Beberapa orang wartawan telah diperkenan untuk membuat temuramah bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di rumahnya. Pada hari yang ditetapkan maka pergilah seramai 3 orang wartawan dengan penuh debaran kerana teruja untuk membuat temuramah secara eksklusit tersebut.
Ketika sesi temuramah, Najib menjawab kesemua soalan yang diutarakan dengan penuh keyakinan, mantap dan bersahaja. Nampaknya Najib tahu apa yang diperkatakannya. Ini membuatkan kesemua wartawan berasa selesa dan terbuka melakukan sesi temuramah tersebut.
Ketika dipertengahan sesi temuramah. Najib mohon untuk berhenti sebentar agar dia dapat ke dapur membancuh teh kepada ketiga-tiga wartawan yang nampaknya macam dah kering bibir menemuramahnya. Oleh kerana temuramah dilakukan di rumah najib dan ia bukanlah sesi formal maka terpaksalah Najib melayan wartawan sendiri. Kebetulan Rosmah pula tidak ada di rumah ketika itu, maklumlah sibuk dengan aktiviti kaum wanitanya.
Maka masuklah Najib ke dapur membancuh teh satu teko lalu dibawanya ke depan untuk dihidangkan pada para wartawan. Melihat kesemua itu maka teramat kagumlah para wartawan. Mereka yakin Najib merupakan seorang yang merendah diri dan tahu mana urusan yang boleh digunakan wang kerajaan dan mana urusan tidak boleh.
Demikianlah cerita yang diceritakan pada saya. Dalam perbincangan terhadap cerita tersebut, rakan saya menyimpulkan Najib tidak layak menjadi pemimpin kerana tidak tahu menghargai masa...? apa pendapat anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dia buat la apa ponnn semua nya nmpak bodoh
ReplyDeleteciter tu mcm tak munasabah la, kalau isteri dia takde pun takkan ler takde pembantu rumah....????
ReplyDeletebetuah la sangat dia nak buat air, angkat hidang kat tetamu...dia hidup gaya orang besar, takde maknenya nak buat kerja2 camtu..pembantu rumah ada berapa orang?duk rumah besar gajah takde pembantu?citer kat budak tadika boleh la..wasatiyah hanya pada mulut, hakikatnya tak.,,,podah
ReplyDeletekalau tok guru nik aziz, aku percaya dia boleh buat camtu..tak pelik..waalopon dia MB, tapi dia hidup tak gaya mcm MB..mcm orang kampung je...
Mesejnya adalah apa pendapat anda jika Nik Aziz atau najib buat begitu, apakah ianya bagus, buang masa, bersesuaian untuk pemimpin atau apa?
Deletesesuai dengan fitrah manusia..
Deletetak kira tinggi mana pangkat, tak rugi merendah diri...