Berikut nasihat Tun Mahathir pada PAS di Jerlum Kedah baru-baru ini:
- Istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam
- Jangan tukar haluan semata-mata untuk dapatkan faedah politik.
- Jangan bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri. Itu haram di sisi Islam
- Sertai UMNO untuk sama-sama tegak Islam di Negara Islam Malaysia
Aku rasa nasihat yang pertama dan kedua tu memang Pas dah laksanakan. Pas tak pernah tukar haluan untuk memperjuangkan Islam dengan menggunakan platform politik sebagai alat perjuangan mereka. Bila sebut politik, Pas tak bolehlah bendul sangat berkeras tak tentu hala sampai semua orang lari. Macam mana nak dakwah bila tak ada orang yang sudi rapat dengan kita?
Mungkin Tun Mahathir rasa negara berkebajikan tu bukan daripada ajaran Islam aku tak tahulah. Sebab tu masa berkuasa dahulu Tun M lebih banyak membela golongan korporat yang disuap sampai nak muntah tembolok mereka. Golongan bawahan terpaksa kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Golongan petani apatah lagi, industri pertanian telah dianak tirikan macam cerita bawang putih bawang merah.
Nasihat yang ketiga tu pulak aku tak pasti Tun M dapat dari mana berita yang orang Pas dan Umno ada bertengkar sampai berbunuhan sesama sendiri. Yang ada cuma perbezaan pendapat dari segi pemerintahan. Apa salahnya berbeza pendapat.
Ada berkongsi satu negara perlukan percambahan pendapat. Kalau dua rakan kongsi asyik saling sependapat, itu maknanya salah seorangnya tidak diperlukan. Maknannya tak adapun tak apa. Jadi kalau nak teruskan perkongsian positif perlu ada perbezaan pendapat.
Untuk nasihat yang terakhir tu pulak, aku tak tau Tun Mahathir masih ada kuasa lagi dalam menentukan hala tuju Umno. Yang aku tau sekarang Najib adalah Presiden Umno dan bukannya Tun Mahathir. Jadi kalau setakat Tun M yang pelawa Pas joint Umno untuk tegakkan Islam, ia tak boleh pakai sebab kenyataan macam tu hanya layak keluar daripada mulut Najib dan bukannya dari Tun M.
Nasihat Tun M untuk Pas sama-sama joint Umno bagi tegakkan Islam lebih relevan jika Tun M sendiri sertai Pas dan sama-sama berikan idea untuk tegakkan Islam dan tumbangkan Umno. Itu lebih relevan dan sesuai dengan kedudukan Tun Mahathir masa ini.
Apa yang pastinya Tun Mahathir cukup tak suka dengan Anwar Ibrahim. Dia bertambah tak suka bila Anwar bersekongkol dengan Pas untuk tumbangkan BN. Samada Tun suka atau tak suka, bila kerjasama Pas-Dap-Pkr terjalin, persaingan merebut kuasa pemerintahan negara sudah tak seperti dulu lagi.
Umno/BN nampak kepanasan dengan perkembangan tersebut dan mereka nampaknya terkial-kial cuba menambat hati rakyat. Bukan seperti dulu lagi yang mana jawatan YB menjadi rebutan maut di kalangan orang Umno.
Sebab masa tu letak calon down sindrom pun asalkan atas tiket Umno gerenti boleh menang. Dan hasilnya mamat down sindrom tu akan ada 5 buah kereta merz dan 2 buah BMw serta sebiji bungalow mewah yang lebih tinggi daripada semua rumah orang lain di kampungnya.
Tun M...masa itu sudah berlalu!
No comments:
Post a Comment