Belajar main bowling sampai jadi jaguh, anda ada lesen untuk rogol budak bawah umur? |
Kita layan kejap undang-undang sivil. Lagipun negara kita letak undang-undang ala British tu di atas sekali dalam hal ehwal jenayah. Aku tak ada pilihan lain selain dari follow dan kritik apa yang aku rasa tak betul base on that sivil law, ok. Walau macam manapun aku tak rela undang-undang macam tu berjalan dan aku reserve hak aku untuk pangkah pada mereka yang sudi mahu melaksanakan tututan syariah.
Baik!, berbalik pada tajuk sensasi tidak bermoral yang aku letak di atas tu, aku pilih tajuk itu sebab kes seorang champion main bowling negara yang didapati bersalah dan mengaku bersalah merogol remaja berumur 13 tahun di sebuah hotel telah diringankan hukuman kerana dia mempunyai masa depan yang cerah.
Hukumannya diringankan seumpama macam tak ada hukuman lansung sebab dari asal hukuman penjara 5 tahun dia bertukar menjadi "berkelakuan baik selama 5 tahun beserta ikat jamin RM25k". Waduh waduh seronok balun budak kecik lepas tu hukumannya hanya perlu buat baik selama 5 tahun.
Apa hangpa pasang cctv kat atas kepala dia ke untuk pantau dia selama 5 tahun. hari tu dia kantoi belasah awek budak kecik 13 tahun tu, lepas ni kalau dia belasah berdozen anak dara dan tak dara peminat muka hensem tangan keras hayun bola bowling dia tu macam mana?.
Kemudia yang lucunya pulak, selepas 5 tahun lagi dia boleh tak berkelakuan baiklah? begitu ke maksudnya. Woooit, berkelakuan baik tu bukan hukuman, macamlah hang jatuhkan hukuman tak boleh tinggalkan solat selama 5 tahun, itu memang dah wajib dan kalau tak buat kena bunuh, tau tak?.
Hukuman bermoral macam tu bagi mesej kuat pada remaja lain untuk berusaha menjadi champion atau apa-apa saja yang boleh memberi tanda masa depannya akan cerah. Dengan status tersebut maka kelakuan anda pelahap tubuh budak kecik 13 tahun tidak akan dikira sebagai jenayah berat. Dan hukuman lawak akan diberikan semata-mata takut masa depan budak champion akan rosak.
Alahai! aku tak paham puak hakim ni jenis yang berkawan dengan masyarakat atau tidak. Berdasarkan apa yang berlaku di atas aku yakin dia jenis bergaul sesama dia saja dan telah lama meninggalkan dunia kemasyarakatan!
Baca kat sini laporannya
No comments:
Post a Comment