Ada buku yang ditulis dengan tajuk 'anda adalah apa yang anda makan'. Ada banyak kebenatan tentang ayat tersebut. Kita memang apa yang kita makan. Segala penyakit yang kita ada banyak berpunca daripada makanan yang kita makan.
Dalam agama, makanan membentuk akhlak peribadi kita. Jika yang masuknya halal dan baik, maka jadi bagus dan baiklah akhlak kita sebaliknya jika yang masuk adalah haram dan buruk, maka buruklah akhlak kita.
Sebenarnya apa saja jenis makanan yang kita ambil membawa pengaruh terhadap sikap peribadi kita. Umpamanya orang yang suka makan makanan manis, biasanya suka bersosial, mereka yang punyai citarasa pelik pada makanan juga biasanya punyai sikap atau perangai yang pelik juga.
Dalam kajian terbaru, mereka yang menggemari makanan organik mempunyai sikap bertimbangrasa yang kurang berbanding orang lain yang mengambil makanan biasa. Mereka biasanya lebih lewat membantu mereka yang memerlukan berbanding orang lain.
Sekarang ini, budaya makan makanan organik adalah budaya orang kaya-kaya. Orang susah-susah tak ada masa untuk memikirkan memilih mana organik mana bukan organik, yang pentingnya perut mereka terisi. Kenapa agaknya hasil kajian menemui hubungkait antara makanan organik dan perasaan tidak bertimbangrasa tersebut di atas. Aku syak ia tidak ada kena mengena dengan jenis makanan, sebaliknya ada kena mengena dengan dari mana mereka dapatkan duit untuk menjadi kaya dan menyumbat perut mereka dengan hasil tersebut.
Baca laporannya di sini.
aku rasa semua tu sebab sikap.
ReplyDelete