Ini moto terkini Barisan Nasional untuk mengambil hati rakyat. Kita boleh dengar di radio, lihat diTV dan juga di billboard serata tempat di seluruh negara. Ini juga 'kononnya' untuk membezakan antara mereka dengan Pakatan Rakyat. dengan moto 'JANJI DITEPATI', BN cuba menyampaikan mesej pada rakyat yang hanya gemar menelan saja apa yang disuap kerajaan bahawa:
- Hanya Barisan Nasional yang mampu memerintah negara dengan baik
- Hanya Barisan Nasional yang layak membuat janji selama pemerintahan mereka sejak negara mencapai merdeka.
- Semua janji yang dibuat oleh BN ditepati
- Pakatan Rakyat tidak layak membuat janji
- Pakatan Rakyat lansung tidak menunaikan janji mereka
Mesej yang paling utama selepas semua yang tersebut di atas adalah BN mahu rakyat Malaysia mengundi dan mengekalkan BN sebagai Kerajaan.
Dalam kesemua mesej yang tersebut di atas hanya mesej ke-3 sahaja yang boleh dipertimbangkan manakala yang selainnya adalah karut dan bohong belaka. Itupun jika anda rakyat Malaysia yang ada akal yang mahu digunakan untuk berfikir.
Mungkin ada yang tak suka bila aku kata betul memang BN menunaikan janji. Banyak yang mereka janjikan pada rakyat ditunaikan selama ini. Ini berdasarkan prestasi mereka yang hanya menjanjikan kesemua perkara-perkara yang mudah dan amat patut ditunaikan oleh mana-mana kerajaan yang ada di dunia ini. Janji-janji seperti kemudahan asas, pendidikan, infra, perlindungan dan lain-lain adalah sesuatu yang wajib yang tak perlu dijanjikan. ia seumpama janji kita pada makbapak untuk tidak meninggalkan solat, samada janji atau tidak anda wajib tunaikannya tak payah nak main janji-janji.
Tapi dalam BN menunaikan segala janji yang asas yang aku rasa kalau PR berkuasa pun mereka dengan mudah dapat melaksanakannya, ada satu perkara yang BN tak pernah buat janji pada rakyatnya. Untuk memahaminya sila baca contoh di bawah:
"Bekalan ubat yang didapati di negara kita kebanyakannya diambil dari negara India yang dapat mengeluarkan ubat-ubatan bermutu tinggi dengan harga yang amat murah. Sebagai contohnya kita mampu membeli satu jenis ubat dengan harga hanya RM10 sahaja untuk di bawa ke Malaysia.
Kerajaan mendapatkan bekalan ubatan untuk keseluruhan hospital mereka melalui syarikat kroni Umno yang terkenal iaitu Pharmxxxxxx Berhad. Hanya syarikat ini saja yang layak membekalkan ubat-ubatan mereka kepada kerajaan kerana para pengarah serta pemegang sahamnya merupakan orang-orang yang banyak berjasa pada negara seperti Dato Ahmad Pardas Senin, Dato Azman Yahya, Dato bla-bla dan lain-lain.
Logiknya Pharmxxxxxx Berhad boleh membekalkan pada kerajaan dengan harga RM15 sahaja setelah diambil kira segala kos pengurusan dan juga logistik. Namun itu tidak berlaku kerana Pharmxxxxx Berhad juga mempunyai kroni-kroni mereka sendiri yang perlu di jaga. Pharmxxxx juga bukannya nak buat kerja sangat kerana kalau mereka buat kerja kuat tentu yang untungnya adalah rakyat sedangkan Pharmxxxxx tak ada buat apa-apa janji pada rakyat.
Dan prosesnya jadi begini:
- Mamat A ada lubang untuk beli ubat dari company India dan dia beli dengan harga RM10
- Mamat A terpaksa jual pada satu syarikat yang ada cable dengan Pharmxxxxx dengan harga RM15, kalau Mamat A cuba masuk terus ke Pharmxxxxx tak akan lepas punya sebab orang BN kuat jaga kroni mereka.
- Syarikat itu pulak akan jual pada Pharmxxxxx dengan harga RM30
- Pharmxxxxx pulak seterusnya akan tolak pada Gomen dengan harga RM45
- Rakyat akan menyara kesemua kos-kos tersebut di atas melalui pembayaran cukai dan lain-lain dan rakyat bersyukur kerana mempunyai kerajaan yang menunaikan janji.
- Yang paling menarik sekali adalah Mamat A yang pertama sekali di ataslah yang melakukan keseluruhan kerja dari mendapatkan bekalan di India dan membuat penghantaran terus kepada Gomen manakala kroni yang duduk ditengah-tengah tu hanya goyang kaki melihat proses dokumentasi duit masuk dalam poket mereka.
Sekarang kita dah dapat tahu rahsia kenapa harga ubat-ubatan di negara kita mahal berbanding harga sebenar di India."
Cerita di atas merupakan satu contoh apakah yang BN tak pernah janji pada rakyat mereka dan tidak perlu mereka tunaikan. Dah tak janji sebab apa nak tunaikan pulak, jadi ini tidak diambil kira sebagai salah dalam bab 'janji ditepati'. Kesimpulannya memang betul BN sentiasa tepati janji mereka sama kepada rakyat mahupun pada kroni-kroni mereka.
Benar..depa ni dah terlalu lama menindas rakyat namun..siapa yg buta dan pekak?
ReplyDeletemoga kali ini rakyat akan memberikan yg terbaik utk kesejahteraan Rakyat kembali