Sebab apa DS Najib tangguh lagi PRU-13

Friday, 29 June 2012

Tajuk paling hot yang masih kekal dalam carta isu hot tanah air kini adalah 'bila PRU-13 akan berlansung?'. Soalan itu tak pernah tidak dibincangkan setiap kali aku bertemu dengan kawan-kawan atau sesiapa saja yang aku kenal. Sampaikan penjual goreng pisang yang biasa aku beli tak pernah lupa untuk bertanyakan soalan yang sama setiap kali aku terpacak di gerainya.

Macam biasa jawapan yang paling tepat yang aku boleh cedangkan adalah 'tak tahu!, ikut suka Najib bila dia rasa nak buat'. Jawapan itu biasanya mengundang reaksi kata-kata, 'takut kalahlah tu!, kalau berani sangat kenapa tak bubarkan saja Parlimen sekarang!'. Itu reaksi yakin daripada hampir kesemua pendokong Pakatan Rakyat.


Memang ada logiknya jawapan atau lebih kepada cabaran yang dihamburkan oleh kebanyakan penyokong PR. Hampir keseluruhan media utama yang laris di pasaran menggambarkan bahawa sokongan rakyat terhadap Barisan nasional kembali pulih ke tahap yang amat baik dan kerajaan BN semakin kuat sekarang ini. Kalau ada media cetak popular yang jarang cerita bab itu mungkin hanya Hairan Metro. Mereka lebih fokus pada isu masyarakat bernilai sensasi sebagai tajuk utama akhbar mereka.

Susulan daripada jawapan orang ramai yang mengejan Najib untuk bubarkan parlimen kalau berani akan aku jawab dengan pendapat aku yang sedikit lain daripada kebiasaan. Aku berkata, bukan Najib takut kalah pada Pakatan Rakyat dan hilang kuasa di Putrajaya, tapi hakikatnya Barisan Nasional mahu pastikan mereka menang besar dan kembali menggondol lebih daripada 2/3 kerusi di Parlimen.

Aku rasa Najib bukan takut untuk kalah PRU-13, malah dia sebenarnya yakin mereka mampu menang dan kuasai Putrajaya selepas PRU-13 nanti. Cuma masalahnya Najib mahu pastikan dia menang besar, sebab itu dia delay dan delay sampai dia betul-betul yakin akan mencapai sasarannya itu. Buat apa Najib sekadar meletakkan sasaran menang sahaja, itu akan membawa kepada kemungkinan samada menang atau kalah sedangkan jika dia letakkan sasaran menang besar 2/3, kemungkinan yang berlaku adalah samada menang besar, menang tipis atau kalah tipis. Kebarangkalian untuk kalah tipis pula sudah tentu akan tipis.

Sebab itu kita lihat PR dedahkan bagaimana komplot pujuk ahli parlimen PR sejak 2008 lalu adalah sesuatu yang real dan bukan tuduhan liar. Gerakan beli MP pakatan masih berlaku dengan amat giat sekarang ini dan akan berterusan sehinggalah Parlimen dibubarkan. Dengan pembubaran Parlimen tersebut bermakna sebahagian besar MP yang mereka yakinkan untuk berpaling tadah telah bersedia dan menerima habuan mereka untuk kalih baju. Ini bermakna mereka punya jalan cerah untuk menang besar PRU-13.

Dalam bab menguasai negeri pula, BN tak akan berhenti buat kerja selagi mereka tak yakin untuk mengambil semula negeri Selangor. Itu antara sasaran besar dan utama mereka. Untuk mengambil alih Pulau Pinang, aku rasa tak mudah dan barangkali satu kerja yang sia-sia. Tapi untuk ambil Selangor mereka akan buat apa saja dengan kos setinggi manapun.

Pergolakan yang mereka gembar-gemburkan berlaku di Selangor antara Azmin dengan Menteri Besar bukan benda palsu. Ia ada makna dan memang mereka sengaja giat mencatur. Aku rasa antara matlamat BN untuk menang di Selangor adalah dengan cuba memujuk Tan Sri Khalid Ibrahim untuk masuk Umno dan mewakili BN dalam PRU-13 nanti. Jika itu berjaya dilakukan BN akan dapat selesaikan satu masalah besar yang sedang mereka hadapi, iaitu siapa bakal MB jika BN menang di Selangor.

Jika Khalid Ibrahim berpaling tadah, BN akan promosikan dia juga sebagai bakal MB. Prestasi Khalid Ibrahim dalam mentadbir Kerajaan Negeri Selangor semua mengakuinya samada pihak kawam maupun lawan. BN tak nampak ada lagi orang lain dalam Umno sendiri yang mampu tandingi Khalid Ibrahim. Jadi jika mereka berjaya ikat Khalid Ibrahim mereka akan capai dua matlamat serentak, kuasai Selangor dan selesaikan isu siapa bakal Menteri Besar.

Aku rasa kepimpinan Pakatan Rakyat juga tahu pergerakan BN. Pimpinan PR bukan orang yang tak reti percaturan pilihan raya yang bijak dan penuh dengan pembohongan yang merupakan kepakaran BN. Jadi kalau ada para penyokong PR yang masih sangka BN delay PRU-13 sebab takut kalah, tak payahlah nak yakin sangat, buat kerja kuat-kuat dan jangan biarkan bara api menjadi sejuk dan terpadam. Sekarangpun soalan "bila nak mengundi ni?" dan makin pudar jadinya, kedengaran macam dah letih menunggu dan kehilangan semangat. Itu juga salah satu sasaran BN untuk pastikan mereka menang besar.

Elok kita tak payah tanya lagi bila nak mengundi. Kira semuala berapa tenaga baki yang masih tersimpan takut-takut kalau terlebih guna sampai habis minyak belum sempat mengundi....
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License