Menarik menonton debat antara Saifuddin Abdullah mewakili UMNO menentang Salehuddin Ayub mewakili PAS dalam isu "Demontrasi jalanan adakah mengukuhkan atau meruntuhkan demokrasi". Semua penghujahan memang aku dah jangka bila Salehuddin mempertahankan demontrasi demi mengembalikan demokrasi manakala Saifuddin walaupun tidak menolak keharusan demontrasi tetapi tidak bersetuju dengan cara PR menggunakan demo jalanan atas alasan memperjuangkan demokrasi.
Secara peribadi aku lebih memihak pada Salehhudin. Bukan sebab aku sokong PR dan terus menerima segala apa saja yang pemimpin PR sebut tetapi aku lebih yakin dan percaya dengan hujahnya. Saifuddin cuba pertahankan bahawa Kerajaan yang ada memang mahu dengan ikhlasnya memperbaiki sistem demokrasi di negara kita, cuma pihak PR sengaja mengambil pendekatan jalanan untuk menuntut demokrasi yang lebih baik. Sedangkan bagi Saifuddin ada cara lain yang lebih bertamadun berilmiah dan berkesan.
Namun aku tak nampak apa alasan Saifuddin boleh berikan dengan pertanyaan Salehuddin, berapa lama lagi Pas perlu menunggu untuk mendapat kebenaran keluarkan akhbar Harakah secara harian sedangkan mereka menuntutnya sejak 54 tahun yang lalu? adakah itu tidak cukup menjadi alasan kenapa mereka tidak mahu berbincang dan berbincang lagi?. Itu soalan check-mate yang terang-terang menunjukkan BN atau UMNO sebenarnya penakut, jahat dan tidak mahukan rakyat memilih pemerintah negara secara demokrasi.
Kita tak payah bincanglah pasal siapa menang dan siapa kalah dalam debat tersebut. Yang kita perlu lihat apa sudut positif yang dikeluarkan dalam penghujahan kedua-dua belah pihak dan lihat siapa lebih ikhlas mahukan yang terbaik untuk rakyat. Saifuddin mungkin antara pemimpin Umno yang lebih maju pemikirannya dalam melahirkan budaya berpolitik yang bertamadun berbanding rakan-rakannya yang lain terutamanya Bossnya Khaled Nordin yang mangkuk berayun tu, tapi Saifuddin samada sedar atau tidak dia kebetulan duduk dalam kem orang jahat yang berlakon untuk jadi hero pada rakyat. Penonton sebenarnya sudah sedar mereka tertipu selama ini sedangkan Saifuddin masih tak sedar kerana sibuk berlakon dan kalau dia berterusan sebegitu lambat laun wataknya akan dimatikan menjadi mangsa penjahat.
Satu saja perkara yang menarik perhatian aku. Satu soalan yang dikemuka oleh moderator pada Salehuddin Ayub samada Pas akan benarkan demo jalanan berlaku dengan meriah, andaikata Pas menguasai Putrajaya. Sebenarnya aku rasa soalan yang lebih menarik perlu diajukan kepada Saifuddin samada Umno akan berdemo di jalanan andaikata PR menguasai Putrajaya.
Salehuddin bertegas jika PR kuasai Putrajaya mereka akan memertabatkan demokrasi dan demo aman akan hanya mengukuhkan lagi demokrasi, jesteru itu sudah tentu PR akan benarkan demo dan mereka akan pastikan tiada gas pemedih mata dan tidak ada meriam air beracun. Berdemolah sebanyak mana yang orang mahu kerana kerajaan yang telus dan benar tidak perlu takut pada demontrasi aman. Ini dibuktikan dalam negeri yang dikuasai PR di mana Umno tak henti-henti buat demo dan mereka tidak di sambut dengan gas dan air. Bagi aku, kita boleh percaya kenyataan Saifuddin tersebut.
Berbalik dengan soalan yang aku harapkan di tanya pada Saifuddin samada Umno akan berdemo jika PR kuasai Putrajaya. Aku jangkakan Saifuddin akan jawab tidak sebab itu prinsip dia yang tidak pernah bersusah payah berjuang seperti mana yang telah dialami oleh PR dan sudah tentu Saifuddin mampu menjadi pembangkang yang baik.
Sebaliknya aku rasa Umno sudah tentu akan berdemo dengan hebat menentang kemenangan PR dengan pencetus paling berpengaruh terhadap demo tersebut diketuai oleh Tun Mahathir. Tun Mahathir memang tak akan berdemo sebab dia bukan jenis macam tu, tak akan berani dia turun ke jalanan. Dia masih tetap menggunakan pengaryh penulisannya menghasut Umno berdemo sebagaimana dia menggunakan tulisannya semasa muda menghasut dan meyedarkan orang Melayu pada satu ketika dulu.
Tun Mahathir dalam bab menfhasut orang dengan kekuatan penanya memang tak dapat dipertikaikan lagi. lihat saja apa yang berlaku pada rejim Pak Lah. Dan dia kini mengukuhkan kekuatannya semula dalam rejim Najib. Itupun kalau Tun Mahathir masih panjang umur. Sebab menurut teori salah seorang daripada kawan aku, dia meramalkan Tun Mahathir akan terkena serangan jantung yang hebat sebaik sahaja keputusan PRU 13 diumumkan dengan kemenangan besar memihak pada PR. Aku tak maulah sampai ke tahap itu. Nampak macam mendoakan keburukan pada orang tua itu pula. Eloklah dia panjang umur dan dapat saksikan kesalahan anggapannya selama ini bahawa hanya dia sahaja orang yang pandai menguruskan negara.
Setelah Umno berdemo dan demo mereka berjaya dikawal dengan baik tanpa provokasi sebagaimana zaman pemerintahan kuasa naga sebelum ini. Lama kelamaan demo mereka mula tidak bertenaga setelah menyedari tidak ada apa ganjaran yang bakal mereka perolehi jika terus berdemo. Kalau sekarang taukeh ikan bakar berdemo masih boleh mengharapkan lagi ganjaran daripada penguasanya, masa PR memerintah itu semua sudah tidak lagi menjadi budaya. Akhirnya mereka sedar yang mereka hanya membakar petrol secara sia-sia. Tiada lagi janji menjadi senator atau gelaran datuk atau projek 100 juta secara runding terus belasah.
Di saat itu hilanglah budaya demo ala-ala UMNO yang motifnya lebih kepada nak kipas pemimpin dengan harapan dapat habuan. Mereka tidak sanggup lagi usung kepala lembu sana-sini dan tonggek tunjuk pungkoq depan rumah orang beramai-ramai. Umno busuk akan pupus dan yang tinggal hanyalah Melayu baru yang punya jati diri tapi bukan Melayu yang menamakan diri mereka JATI.
.
No comments:
Post a Comment