Bila FB saham FB ditawarkan pada awam dengan harga yang tinggi, berebut-rebut orang teringin nak beli dan selepas itu sahamnya merudum jatuh membuatkan ramai yang gigit jari. Ada juga yang membandingkan saham FB dengan FGVH dan meramalkan saham Felda yang diwar-warkan oleh Najib Razak itu akan turut mengalami nasib yang sama macam FB.
Tapi aku rasa Felda tak akan mengalami nasib sebagaimana FB kerana Felda punya perniagaan ada dasar yang kukuh tidak seperti FB yang mengharapkan iklan semata-mata kononnya kerana ramai orang buang masa di FB maka sesiap yang beriklan di situ akan mendapat laba yang tinggi.
Malangnya kajian mendapati hanya 4 daripada 5 orang yang ditanya menjawab mereka tak pernah lansung beli barang melalui iklan atau cadangan dari aktiviti di FB. Para penganalisa lansung tidak yakin FB mampu menjadikan dirinya sebagai satu alat pemasaran yang berkesan, sekurang-kurangnya tidak dalam jangka masa terdekat ini. Baca sini
Aku rasa penyenaraian FGVH lebih menarik kepada pelabur kerana mereka mempunyai perniagaan yang nyata dan bukanlah sesuatu yang direka-reka dan tidak punyai substance. Jadi sesiapa yang ada peluang dapatkan saham FGVH tentu beruntung, dan aku tidak ragu-ragu tentang hal itu.
Cumanya aku yakin ada seseorang atau sekumpulan yang benar-benar beroleh keuntungan yang cukup besar sebagaimana biasa yang menjadi amalan usahawan-usahawan genius Umno yang kuat auta.
No comments:
Post a Comment