Nak tau apa rahsia Tun M boleh berkuasa lama?

Monday, 7 May 2012

Antara sikap Tun Mahathir yang kuat adalah sikap tak percaya pada orang dan berburuk sangka yang keterlaluan pada semua orang yang tidak bersetuju dan seiring dengannya. Dengan sikpa seperti itu dia akan sanggup buat apa saja untuk menghapuskan musuhnya.

Contohnya kalau ada orang bangun menentang dia akan berprasangka orang itu mahu membunuh dan merosakkan keamanan negara maka dia akan arah polis, fru bomba askar dan lain-lain pi sapu puak tu masuk dalam lokap habis. Sikap berprasangka ekstrim ni memang ada pada semua pemimpin hebat-hebat yang berjaya memerintah atau menakluk dunia. Orang tak boleh silap sikit dia akan terus berprasangka ekstrem.


Dalam masa dia perintah semua sikap itu terserlah dan dia tidak pernah bertolak ansur dengan semua musuhnya. Bukan sebab dia takut tapi dia ambil pendekatan berprasangka perkara yang paling buruk yang boleh berlaku. Seba  tu dia hancurkan Al-Arqam, dia sumbat pembangkang dalam Isa, dia bunuh Ibrahim Libya, dia aibkan Anwar Ibrahim dan belasah masuk dalam penjara dengan berbagai tuduhan ekstrem termasuklah kononnya Anwar tibai pungkoq Dr Munawar, mamak pakistan yang dah tua tu hahaha...lucunya.

Dan kali ni semua itu terserlah lagi apabila dia tuduh Anwar Ibrahim dan semua para pembangkang akan gulingkan kerajaan jika mereka tak menang dalam Pru-13 nanti. Tun Mahathir dakwa akan berlaku Coup D'Etat jika BN kekal memerintah selepas PRU13....boleh percaya ka?

Aku tak tau Najib punya sikap bagaimana. Tapi, kalau Tun Mahathir masih jadi PM sekarang ini, wajib dia angkut semua pemimpin termasuk Anwar, Mat Sabu, Ambiga, Nik Aziz, Haji Hadi, Wan Azizah, A Samad Said, Lim Kit Siang, Karpal, Lim Guan Eng, dan lain-lain untuk disumbat masuk dalam penjara atas tuduhan cuba melancarkan perang dengan Yang Di Pertuan Agong dan akhirnya mereka semua akan dihukum gantung sampai mati macam yang telah berlaku pada kumpulan Al-Maunah. Sudah pasti tindakan itu akan membuatkannya kekal menjadi ketua...hahaha betoi tak?
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License