BN nak lawan Khalid Ibrahim |
- Semalam The Malay Mail melaporkan Barisan Nasional berura-ura meletakkan seorang jaguh korporat bagi menerajui negeri Selangor jika mereka berjaya menakhluki semula lubuk duit paling dalam di negara Malaysia ini.
- Ia dikatakan bagi meyakinkan semula rakyat negeri Selangor dalam komitmen BN membuat transformasi pengurusan mereka dalam politik dan pemerintahan.
- Kita lihat reaksi dari berbagai pihak terhadap cadangan BN tersebut.
- Charles Santiago, DAP - Bukan senang nak ikut cara PR memerintah dan BN sebenarnya tidak ada calon yang layak untuk jawatan tersebut yang bersih dan telus dalam pengurusan. Tambahan pula ahli korporat BN akan sentiasa terpaksa akur dengan taukeh politiknya.
- Nurul Izzah Anwar, PKR - Bubuhlah siapa saja. Ianya hanya akan berkesan selagi pemimpin itu tahu mengutamakan rakyat dan negara lebih daripada kepentingan peribadinya. Namun BN pasti akan melalui jalan sukar untuk cuba melaksanakan reformasi setelah bertahun-tahun bergelumang dalam lembah kekotoran.
- Saari Sungib, PAS - Ahli korporat BN hanya akan berkesan seandainya dia mendapat sokongan daripada parti dan sekutu mereka . Berbeza dengan PR, semua pimpinannya berkongsi aspirasi yang sama dalam pemerintahan yang telus, amanah dan bertanggungjawab.
- Ong Tee Keat, MCA - Apa pasal mau tiru sama itu PR? apa perlunya meniru sedangkan strategy itu hanya akan mengundang spekulasi dalam dunia politik sahaja. Jawatan MB bukan hanya terhad dalam pengurusan korporat dan kewangan saja, ia mestilah bersandarkan kepimpinan yang cekap.
- Idris Harun, Umno - Latar belakang korporat tidak penting. Yang penting adalah kelayakan, pengalaman serta pengetahuan dalam memimpin. Dalam politik kepuasan rakyat, kecekapan serta keuntungan perlu diseimbangkan kerana akhirnya kuasa akan kembali ke tangan rakyat untuk menilai prestasi kita.
- P. Kamalanathan, MIC - Mungkin bagus idea itu tapi ia perlu mendapat mandat daripada akar umbi dan seseorang itu perlu ada keupayaan yang lengkap.
- Abdul Rahman Dahlan, Umno - Mengapa tidak? tapi dia mestilah diterima dan dihormati oleh semua ahli dewan.
- Saya kata - Nampaknya Noh Omar akan berputih mata.... BN perlu buat permintaan lagu dalam Sinar.FM untuk ditujukan khas kepada Khalid Ibrahim, "Dalam diam aku mencintaimu..."
No comments:
Post a Comment