Terlalu Banyak Janji Reform Buat BN Kantoi PRU13

Friday, 3 February 2012

Majalah terkenal dunia The Economist ramalkan BN bakal kantoi dalam pru13 nanti. Puncanya adalah kerana terlalu banyak sangat janji untuk perubahan yang dibuat ole Najib sejak dia memerintah dan semuanya terlalu lembab berjalan.

Hampir semua perubahan yang dijanjikan  mendapat tentangan hebat dari dalam. Lain yang dikatakan lain pula yang diterjemahkan dari dalm parti BN sendiri. Contoh paling ketara adalah dalam tema 1Malaysia yang cuba dipromosikan oleh Najib sendiri ditentang hebat dari semua peringkat.

Antara fakta menarik dalam tulisan The Economist


  • Najib keseorangan dalam partinya sendiri.
  • Umno ditubuhkan dengan satu matlamat iaitu melindungi hak keistimewaan sejak negara merdeka dan tidak pernah mendapat tentangan sejak Malaysia ditubuhkan. Najib pula naik menjadi ketua melalui rampasan kuasa dalaman tanpa terbukti kewibawaannya untuk membuat sebarang perubahan.
  • Lagi lama Najib melambatkan pilihanraya semakin ketara kelemahannya dalam menguasai parti untuk membuat sebarang perubahan.
  • Bekas PM yang masih mempunyai pengaruh besar dalam BN sendiri meramalkan BN kalau menangpun akan hanya menang nipis dan tak akan mampu mengambil semula semua negeri yang telah dirampas oleh PR
  • Keputusan membuat rayuan terhadap kes liwat Anwar Ibrahim mendedahkan lagi keadaaan Umno yang lansung tidak mahu berubah.
  • Najib tidak ada jentera yang cukup kuat untuk merealisasikan apa yang dikehendakinya dalam menuntut perubahan parti sehingga ke akar umbi. Najib sebenarnya sedang berlari menuju ke arah dinding batu yang akhirnya dia sendiri akan melanggar dinding tersebut penuh ke mukanya.
Saya pula berkata kalau pilihanraya umum diadakan nanti BN hanya akan menguasai tidak lebih daripada 5 negeri sahaja. Dan Najib barangkali membuktikan segala ramalan bahawa dia merupakan PM terakhir daripada BN.
 

Baca laporannya di sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License