skip to main |
skip to sidebar
Kalau saya 60 tahun, saya akan lawan untuk jawatan Presiden Umno - Kassim Ahmad
|
PRM |
- Kassim Ahmad pernah berkecimpung dalam dunia politik dan beliau pernah menjadi Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia yang ditukarkannya daripada nama Parti Rakyat Malaysia.
- Namun kerjaya atau penglibatannya dalam politik tidak membuahkan kejayaan yang memberangsangkan dan beliau akhirnya keluar menjadi penulis sepenuh masa.
- Bagi Kassim Ahmad, menulis adalah kerjaya yang paling sesuai untuk dirinya.
- Tidak dapat dinafikan Pak Kassim merupakan seorang yang luas pengetahuannya dan teramat banyak membuat kajian terutamanya tentang agama dan masyarakat maka tidak hairanlah dia mempunyai banyak idea-idea serta teori yang ideal yang saya rasa beliau sendiri tidak dapat melaksanakannya.
- Dalam tulisan terbarunya beliau ada membuat essai tentang ' Negara Malaysia yang diidaminya' dan beliau memberitahu bahawa kalaulah umurnya baru 60 tahun sudah tentu dia akan bertanding untuk merebut jawatan Presiden Umno. Umur Pak Kassim baru 78 tahun sekarang ini.
- Pak Kassim percaya untuk melakukan sebarang perubahasn terhadap negara Malysia, kita masih tidak dapat melakukannya tanpa Umno, Sebab itu dia mahu menjadi presiden Umno bagi merealisasikan negara impiannya.
- Baca tulisan menariknya di sini.
No comments:
Post a Comment