Tak pernah terfikir adanya sebuah Bank untuk menyimpan susu ibu yang berlebihan yang di dermakan kepada Bank Susu. Rupanya dunia barat dah awal lagi mengamalkan konsep ini. Cuba lihat web UK Association For Milk Banking.
Dunia semua dah akui kepentingan kanak-akank yang baru dilahirkan diberikan susu badan bagi mempastikan bayi sihat dan sistem ketahanan badannya dapat dibina dengan baik dan sempurna. Bagi menyelesaikan masalah kekurangan susu ibu dan mempastikan semua kanak-kanak mampu mendapatkan bekalan susu ibu yang mencukupi maka idea tersebut timbul dan orang barat benar-benar melakukannya.
Macam biasa, orang negara kita suka ikut apa saja yang barat buat. Kita sudah biasa ikut semua perkara sekerat jalan tanpa mengkaji kenapa dan apakah faktor timbulnya sesuatu idea tersebut yang membuatkan orang barat melakukannya. Hasilnya kita tidak dapat mencatur budaya kita sendiri dan habis kehidupan kita bercampur aduk antara fahaman ketimuran dengan ikutan barat sekerat jalan. Dalam kes Bank Susu ini perkara yang sama cuba dibuat oleh orang kita.
Adakah masyarakat kita mengalami masalah kekurangan susu badan seperti di barat atau kita sebenarnya mengalami masalah tidak ada masa untuk duduk di rumah membela anak-anak kita kerana mengejar sesuap nasi. Jika masalah utama ibu-ibu kita adalah untuk memenuhi keperluan sesuap nasi bagi keluarga mereka maka apa yang kita patut buat adalah memberikan peluang menambah pendapatan tanpa korbankan tanggung jawab menyusukan anak.
Kalau kita baca Sirah Nabi, kita akan dapati bahawa antara budaya menarik orang arab adalah dengan menghantar anak-anak mereka yang baru lahir ke kawasan perkampungan bagi disusukan oleh ibu-ibu yang tinggal dikampung.
Dalam masa yang sama kawasan kampung merupakan kawasan yang masih bersih dan nyaman jauh dari kesibukan dan serabut kota raya. Ini mampu menjadikan kanak-kanak lebih sihat dan tenang.
Apa kata kerajaan tubuhkan banyak kampung dikawasan-kawasan pendalaman yang menyediakan ibu-ibu susuan kepada mereka yang berminat menghantar bayi mereka ke kawasan kampung untuk disusui oleh para ibu kampung tersebut.
Ini tentu lebih baik daripada mengadakan Bank susu yang telah difatwakan Haram oleh Majlis fatwa baru-baru ini. Dalam masa yang sama kita dapat menambah pendapatan para ibu di kawasan kampung pendalaman dan memberikan mereka satu motivasi untuk sentiasa mengandung dan melahirkan anak lebih ramai.
No comments:
Post a Comment