Scan Penyakit Dengan Rasa Denyutan Nadi

Monday, 26 December 2011

Dah lama rasa tak selesa dengan keadaan badan yang sentiasa berangin. Yang paling merimaskan sekali apabila rasa nak sendawa tapi tak boleh sendawa. Tersekat-sekat di dada tak boleh mengeluarkan angin dari dalam. 

Kebetulan balik kampung baru-baru ini ada masa untuk berjumpa dengan 'bomoh scan'. Itu nama yang kami gelar pada tukang urut tersebut kerana dia mampu mengenal pasti apa masalah yang dihadapi oleh orang dengan hanya scan denyutan nadi orang orang tersebut.

Saya pergi mengurut keseluruhan badan di rumah bomoh scan yang terletak di Permatang Tok Jaya untuk menghilangkan masalah angin yang menjadi-jadi di seluruh badan.

Seperti biasa dia akan memeriksa nadi pada kaki untuk melihat kalau-kalau ada masalah penyakit. Setelah menekan ibu jari kaki saya dia buat kesimpulan saya sihat, seperti 'muda remaja' katanya. Tak ada masalah kencing manis, jantung atau darah tinggi.

Sambil dia mengurut dari kaki naik ke atas dia akan memeriksa semua nadi yang ada. Tiba di bahagian kaki kanan, dia memeriksa nadi yang terletak di antara pelipat kaki dan mula mengesan yang saya ada masalah pada perut. Kawasan ini bengkak katanya, sebab itu saya sering sendawa tak lepas.

Kemudia dia memeriksa pada bahagian atas pergelegangan peha di bawah perut. Situ juga bengkak katanya di sebelah kanan. Di sebelah kiri semuanya ok. Kawasan sebelah kiri menandakan keadaan usus saya ok manakala keadaan bengkak sebelah kanan menandakan saya ada masalah pada perut bahagian abdomen.

Selepas itu dia menekan pusat untuk merasakan nadi di situ. Tak ada nadi katanya. Dia mula mencari-cari nadi yang sepatutnya berada di bahagian pusat badan saya dan akhirnya bertemu di sebelah kanan atas sedikit daripada pusat. 

Sah memang perut saya bengkak. sebab itu nadi lari dari tempatnya, terang bomoh scan pada saya. Dia mula mengurut pada bahagian abdomen saya bagi membetulkan keadaan perut saya yang katang bengkak dan lari sebelah.

Lama dia mengurut bahagian tersebut. Sesekali ada kedenganran bunyi seperti gelembung angin yang pecah dari dalam perut. 'Banyak sangat angin dalam perut hang' kata bomoh scan. 'Kalau nak bagi pulih betul-betul dan buang segala toksik yang berselerak pada urat-urat darah hang ni kena makan ubat, harganya RM150.

Saya KIV dulu beli ubat tersebut. Tak ada modal lagi kata saya, nanti mai urut sekali lagi saya cuba. Selepas mengurut saya pulang ke rumah dan mula mengalami cirit-birit sejak dari hari sabtu, ahad sampai ke hari ini masih tak lega.

Saya telefon pada kawan yang membawa saya mengurut dengan bomoh scan. Dia menggunakan khidmat bomoh itu bagi memulihkan masalah gastrik. Saya tanya samada dia ada mengalami masalh cirit-birit selepas mengurut bagi membuang angin.

Dia kata tak ada. Tapi dia juga mengalami masalah cirit-birit seperti saya hari itu. Berkemungkinan di sebabkan minuman di kedai yang kami singgah sebelum pergi ke rumah bomoh scan. Dia makan nasi minum teh dan saya hanya minum air kopi-o. Jadi kami rumuskan air bancuhan kedai tersebut berkemungkinan kotor dan tidak cukup masak menyebabkan kami keracunan.

Begitulah sedikit cerita hujung minggu yang panjang kali ini. Malas nak update blog sekarang ini. Terlebih lagi mals nak update isu-isu politik yang sentiasa panas dengan berbagai isu di negara kita. Mungkin kena tukar cerita macam ini pula yang memaparkan kisah-kisah seharian masyarakat kita.


Share on :

1 comment:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License