300 Ribu Ahli Perkasa Tak Akan Mengundi Jika Pakai Dakwat?

Saturday, 3 December 2011

Ibrahim Ali, Presiden Perkasa, sebuah pertubuhan yang memperjuangkan Bangsa Melayu dan Agama Islam di Malaysia membantah penggunaan dakwat dalam pilihanraya negara yang akan berlansung tidak lama lagi bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Alasannya adalah disebabkan penggunaan dakwat yang dicelup pada pengundi yang telah menjalankan tugasnya sebagai pemilih boleh menyebabkan pengundi tersebut tidak sah mengambil wuduk. Salah satu syarat sah wuduk adalah tidak ada sesuatu yang akan menghalang aliran air pada kulit kita di bahagian anggota wuduk.


Kebanyakan dari kita biasa mendengar fatwa sebegini sejak kecil. Apabila kita terkena dakwat pen bergaris di tangan  atau lain-lain anggota wuduk maka orang-orang tua kita akan membeliakkan mata menyuruh kita menghilangkannya sebelum kita berwuduk untuk menunaikan solat.

Dakwat yang bakal digunakan dalam pilihanraya dikatakan hanya akan hilang selepas tempoh 2 minggu daripada digunakan. Walaupun ada blogger sewel terkenal dari kandang pro-BN yang kononnya mendedahkan video bagaimana dakwat tersebut boleh dicair dan dilunturkan dengan kadar segera setelah dibasuh dengan cecair kimia yang boleh dibeli dari negara India, namun maklumat blogger sewel itu sebenarnya lansung tidak boleh diterima kerana 99.9999% video tersebut adalah video bohong yang dilakonkan oleh saudara sepupu belah ayah saudara Shah Rukh Khan. Oleh itu kita anggap dakwat tersebut akan kekal selama 2 minggu.

Kembali kepada masalah besar seperti mana yang tertulis pada tajuk di atas, Ibrahim Ali nampaknya terpaksa tidak mengundi begitu juga dengan semua ahli Perkasa dan sudah tentu Zulkifli Noordin sekali, demi untuk membolehkan mereka bersolat 5 waktu selepas mengundi.

Berkemungkinan lebih ramai yang tidak akan turun mengundi selain daripada ahli Perkasa atas alasan yang sama adalah amat besar. Sekurasng-kurangnya 70% daripada 3.4 juta ahli Umno yang cintakan agama dan amat mementingkan solat juga tidak akan mengundi. Dikecualikan dari senarai dalam lingkungan 30% tetap akan mengundi kerana mereka terdiri daripada para wanita danjuga puteri Umno yang uzur pada hari mengundi dan tidak perlu bersolat.

Menurut fatwa daripada ulama besar Umno, Syed Akhbar Ali dalam blognya di sini, untuk membolehkan seseorang sah mengambil wuduk mereka hendaklah meyuntik dakwat masuk ke dalam kulit pengundi sepertimana yang dilakukan oleh pembuat tatoo. Bagi Syed Akhbar Ali, tatoo tidak mengapa dan tidak menghalang sah berwuduk.

Syed Akhbar Ali juga dalam tulisannya menyebut bahawa penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihanraya kita bakal menyebabkan huru hara apabila akan muncul segerombolan manusia yang akan segera pulang untuk memadamkan dakwat yang melekat pada jari mereka dengan menggunakan cecair kimia yang dikhayalkan dalam filem arahan Papagomo dan kemudian datang semuala ke pusat mengundi.

Apabila mereka datang untuk mengundi sekali lagi sudah tentu pegawai pilihanraya akan menghalangnya kerana nama mereka sudah dipadam sebagai telah mengundi. Maka akan melompatlah geng-geng gerombolan tersebut ke atas meja mengundi memprotes dan seterusnya ia akan merebak semakin besar dan besar dan tercetuslah huru hara yang amat dasyat sehingga habis berlaku kerosakan harta benda kerata banyak dibakar dan beribu-ribu bangunan akan diruntuhkan. Maka negara kita Malaysia bakal berakhir dan tamat riwayatnya menjadi padang jarak padang tekukur dikuasai oleh puak geromnbolan yang mengamuk tadi.

Apa yang menjadi soalan besar yang menarik untuk kita teka adalah...'siapakah puak gerombolan tersebut?'
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License