Buku ini merupakan satu analisis terhadap Kesatuan Melayu Muda yang merupakan parti politik melayu pertama ditubuhkan pada tahun 1938 dan dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Ini merupakan satu permulaan kepada kemunculan apa yang dinamakan sebagai 'golongan kiri melayu'.
Buku ditulis berdasarkan latihan ilmiah penulis ketika menuntut di Universiti Kent pada tahun 1975 bagi memenuhi keperluan pengajiaannya. Jadi ia bukanlah satu penulisan berbentuk cetusan idea atau pendapat sebaliknya lebih merupakan satu menelitian sejarah yang berdasarkan kajian.
Walaupun bunyinya berat dan membosankan tetapi banyak yang saya dapat kutip daripada pembacaan buku ini dan salah satu yang paling penting adalah kefahaman tentang bagaimana caranya orang melayu pada era sebelum tahun 1930-an dahulu berfikir tentang politik dan kenapa kesedaran serta keterlibatan orang melayu amat lewat dalam pergerakan politik.
Buku ini memberikan jawapan kepada saya kenapa sampai sekarang masih ada orang melayu yang lebih selesa menjadi hanya pak turut dan tidak mahu ambil pot dengan urusan kepimpinan negara. Kenapa ada golongan melayu yang kerjanya hanya mempertahankan segala perbuatan dan kedudukan pemimpin ang ada dan tidak pernah mencabar kedudukan pimpinan yang ada.
Secara ringkasnya perkara yang paling menarik yang saya ceduk dari buku ini adalah bahawa datuk nenek kita dulu orang Melayu mempunyai anggapan dan juga pegangan bahawa orang biasa atau rakyat tidak layak membicarakan tentang hal ehwal pemerintahan atau politik.
Hal ehwal politik hanyalah layak dibicarakan oleh mereka yang berada di kerusi atau takhta golongan bangsawan pemerintah sahaja dan bukan di kalangan rakyat biasa. Kalau nak berkumpulanpun hanya setakat bagi menjalankan aktiviti kebajikan sahaja.
Oleh sebab itulah sampai sekarang masih ramai yang mewarisi pemikiran bahawa hanya orang tertentu dan dari kumpulan tertentu sahaja yang layak menjadi pemerintah negara ini. Kemunculan individu secara tiba-tiba daripada golongan rakyat biasa dan lebih lagi daripada parti selain Umno merupakan satu kejutan terhadap orang melayu dan akan dianggap sebagai penderhaka atau pembelot melayu kerana cuba mencampuri urusan golongan aristokrat yang sudah ada chop mohor sebagai ketua sampai bila-bila.
Berminat nak beli pergi kat sini
No comments:
Post a Comment