Akta yang melarang para pelajar dari melibatkan diri mereka dengan kegiatan politik hari ini telah diputuskan oleh mahkamah sebagai melanggar perlembagaan Malaysia. Ia bertentangan dengan hak kebebasan menyatakan pendapat sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan.
Akta tersebut yang selama ini berjaya mengekang keterlibatan para pelajar dalam kegiatan politik dan berjaya menjadikan para pelajar kita bacul dan mati pucuk tidak bernafsu terhadap pembangunan politik tanah air rupa-rupanya selama ini dikuat kuasakan secara salah dan penuh dengan pembohongan.
Para Hakin yang turut sama selama ini mempertahankan AUKU rupanya buta perlembagaan dan turut sama mahu rakyat serta bakal pewaris negara kita menjadi pak turut dan tidak kritis terhadap pemimpin negara.
Sebenarnya banyak lagi akta-akta yang bertentangan dengan perlembagaan dan banyak juga perkara-perkara yang diputuskan oleh mahkamah yang bertentangan dengan perlembagaan. Tetapi tiada siapa yang sudi atau sanggup melawan arus mengembalikan hak rakyat di negara kita ini.
Satu-satunya orang yang begitu lantang mendedahkan berbagai salah laku dikalangan pemimpin, mahkamah dan lain-lain ialah Prof Abdul Aziz Bari. Beliau sejak dahulu lagi begitu lantang mengkritik dan cuba mendidik rakyat agar menyedari hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Mungkin sebab itu ada sesetengah pihak yang tidak senang dengan Prof Abdul Aziz Bari dan menuduhnya sebagai pro pembangkang.

No comments:
Post a Comment