Bekas Menteri yang disingkirkan daripada Umno, Zaid Ibrahim hari ini secara terbuka memohon maaf kepada PM Najib kerana tidak sangka Najib mampu membuat perubahan yang besar untuk demokrasi negara. Ini berikutan pengumuman popular Najib semalam yang mahu menghapuskan ISA dan juga beberapa sekatan lain yang menghalang kebebasan rakyat Malaysia menyatakan isi hati mereka.
Dalam kenyataannya dia amat terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Najib semalam ketika menonton TV dan ia merupakan sesuatu yang amat besar maknanya pada rakyat Malaysia.
Tuan Guru Nik Aziz pula dalam komennya berkata ia adalah sesuatu yang sepatutnya sudah lama dilakukan kerana ISA adalah undang-undang yang bertentangan dengan konsep keadilan Islam dan ianya juga melanggar ak asasi kemanusiaan.
Memang apa yang Najib buat adalah sesuatu yang amat besar yang bakal merubah landskap politik negara kita, itupun kita perlu juga melihat apakah peruntukan yang bakal menggantikannya bagi menjamin keselamatan negara.
Apakah agaknya yang Najib cuba sampaikan kepada rakyat Malaysia melalui tindakannya tersebut menjadi satu tanda tanya yang besar. Hampir kesemua para blogger tegar Umno nampaknya menempelak tindakan Najib tersebut dan menanggapnya sebagai tindakan yang bodoh dan bakal memberikan kelibihan kepada parti pembangkang.
Ada para blogger Umno yang merasakan tindakan tersebut bakal membuatkan para pembangkang bermaharaja lela di Malaysia. Sikap ini sudah pastinya keterlaluan dan membuktikan bahawa apa yang segolongan orang Umno faham ISA ini adalah senjata khas untuk memberkas dan menyekat kemajuan dan juga kemaraan parti pembangkang.
Barangkali Najib mempunyai inspirasi untuk melihat kesatuan politik di negara kita antara kerajaan dan juga parti-parti pembangkang. Jika segala ketidak adilan dalam penggunaan undang-undang dihapuskan daripada menekan para pembangkang, maka para pembangkang tidak dapat lari daripada menjadi pesaing kepada kerajaan secara positif dan bukan lagi menjadi musuh kepada kerajaan secara negatif. Terdapat perbezaan yang besar diantara 'pesaing' dan juga 'musuh'.
Pesaing membuatkan semua yang bertanding mampu meningkatkan kemampuan dan prestasi masing-masing dan hasilnya akan hanya memajukan perkembangan politik tanah air kita dan kebaikannya akan kembali kepada negara dan rakyat keseluruhannya.
Ada juga yang berpendapat tindakan Najib hanya akan menggugat kedudukan politiknya pada masa akan datang. Ini kerana dengan berbuat demikian Najib seolah-olah menafikan kehendak mereka yang berhaluan konservatif. Golongan konservatif adalah mereka yang seumpama dengan Perkasa yang mendokong fahaman atau ajaran politik Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan mereka-mereka yang seumpama dengannya. Baca sini
Ada juga yang berpendapat tindakan Najib hanya akan menggugat kedudukan politiknya pada masa akan datang. Ini kerana dengan berbuat demikian Najib seolah-olah menafikan kehendak mereka yang berhaluan konservatif. Golongan konservatif adalah mereka yang seumpama dengan Perkasa yang mendokong fahaman atau ajaran politik Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan mereka-mereka yang seumpama dengannya. Baca sini
Adakah ini satu permulaan kepada bersatunya semua rakyat Malaysia walaupun mempunyai pendapat yang berbeza? sama-samalah kita lihat perkembangannya.
No comments:
Post a Comment