Pelopor budaya fitnah di dunia blog terhadap pemimpin pembangkang |
Datuk Ahmad Maslan hari ini menggesa agar SKMM 'mengajar' para blogger yang sentiasa menaburkan fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan melalui tulisan-tulisan di blog mereka. Para bloger semua perlu didisiplinkan, katanya.
Beliau menyarankan agar para blogger mengikuti jejak langkah KOMPAS yang memohon maaf kepada Datuk Seri Najib baru-baru ini. Maksudnya para blogger kalau nak minta maaf perlulah separuh jalan macam yang dibuat oleh Kompas tanpa menarik balik laporan yang ditulis oleh mereka dan paling utama sekalai, selitkan pada ruang yang kecil sahaja dalam satu laporan lain.
Orang ramai yang merasakan diri mereka difitnah hendaklah segera melaporkan pada pihak polis agar blogger yang bertanggung jawab boleh di kenakan tindakan.
Memang aktiviti menaburkan fitnah perlu dibanteras sehingga ke akar umbi tak kira samada terhadap para pembangkang ataupun para penyokong kerajaan. Sebenarnya aktiviti sebar cerita tanpa bukti yang kukuh merupakan budaya yang dipelopori oleh blogger Umno dan kini mula menjadi ikutan oleh ramai blogger.
No comments:
Post a Comment