Sebuah sindiket penipuan terbesar dunia yang dinamakan Nigeria 419 dikatakan menjadikan Malaysia sebagai pusat operasi pembohongan besar-besarannya. Mereka dilaporkan terlibat dalam kes penipuan yang bernilai RM460 juta di China baru-baru ini.
Kenapa negara kita menjadi pilihan adalah kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Tak pasti pula apa kaitan antara negara Islam dengan sindiket pembohongan. Nama bekas PM kita Tun Mahathir juga digunakan dalam urusan pembohongan mereka untuk mengaut keuntungan.
Sekarang ini terlalu banyak kes penipuan berlaku di negara kita. Mereka menggunakan berbagai cara termasuklah rangkaian media sosial seperti twitter, FB dan email dan lain-lain bagi menjalankan aktiviti mereka. Boleh dikatakan hampior semua orang yang sering menggunakan kemudahan internet akan pernah menerima email dari individu yang kononnya sedang menguruskan wang berjuta-juta dollar dari luar negara.
Mereka akan memberitahu bahawa mereka sedang mencari penama bagi disalurkan wang tersebut ke luar negara dan memilih kita sebagai orangnya. Jika kita layan maka segala dokumen-dokumen penting yang kononya sebagai bukti akan didedahkan pada kita. Jika kita terpedaya maka sedikit wang pendahuluan perlu dikeluarkan bagi menguruskan urusan penyaluran wang-wang tersebut.
Jika anda menerimanya elok anda katakan agar individu itu mengeluarkan wangnya sendiri dan menggunakan nama kita sebagai penama. Wang yang bakal disalurkan nanti berilah kesemuanya pada individu tersebut. Bukankah begitu lebih baik jika benar ia ada akses kepada wang yang begitu banyak. Namun begitu masih ada yang terkena. Semuanya berpunca daripada sifat tamak haloba yang ada dalam hati kita.
Jika kita hidup sederhana dan tumpukan pada mencari rezki secara halal dan bermakna, maka biarlah orang lain kaya raya sekeliling kita. Jangan terpengaruh nak jadi macam orang lain. Kita perlu hidup dengan cara kita. Kita buat sejarah kita sendiri asalkan ianya berlandaskan pedoman dari ajaran agama kita yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.
Semua makhluk yang hidup dijanjikan Tuhan cukup segala keperluan bagi meneruskan kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Gunakan segala keperluan tersebut bagi mendekatkan diri kita kepadaNya.
Andaikata putus rezki kita di atas muka bumi ini, ia sebenarnya adalah tanda putusnya kehidupan kita di muka bumi. Itulah saat kematian kita.
No comments:
Post a Comment