Keluarga Mangsa Rakyat Kelantan Nahas Helikopter Di Lapangan Terbang Sibu
Pagi ini Puan Suriani binti Shafie (38) dengan rasa berat dan sayu akan bertolak sekeluarga ke Kota Bharu berkereta meninggalkan rumah yang amat bersejarah bagi dirinya dan al-Marhum suaminya Suhaimi bin Ghazali (38) dan anak-anak menyemai kasih di sini sejak lebih dari sedekad lepas. Terhenti beliau sejenak berdiri di ruang tamu di mana tempat keluarga bersama beristirihat dan bercakap.
Matanya pula menjeling ke meja makan di mana mereka berenam sering makan bersama dan terlihat pada potret suaminya yang masih tergantung di dinding, lantas air matanya tergenang dan mengalir di pipinya mengenangkan kemesraan sekeluarga dan kini kontradik dengan duka selepas suaminya meninggal (11 April) nahas helikopter selepas mengangkut pegawai-pegawai yang mengiringi Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam pilihanraya Sarawak 16 April 2011 lepas. Sejak itu keceriaan keluarga bertukar duka selepas anak-anak ketiadaan bapa.
Pada asalnya Puan Suriani mau bertahan dan mau terus tinggal di rumah mereka di sebuah taman perumahan di Kajang Utama bersama anak-anak, Mohd. Salman bin Suhaimi (13), Mohd Hilmi (9), Jasmin Salsabila (7) dan Iskandar (4). Puan Suriani bercadang menyambung kembali kerja dari cuti panjang beliau sebagai jururawat bagi menanggung keluarga, Kerja arwah suaminya tidak berpencen. Urusan pampasan dan insuran suaminya masih tidak selesai. Syarikat Sabah Air semacam lepas tangan selepas memberi sedikit sagu hati selepas nahas. Permohonan tambang menambang membawa pulang barang-barang ke Kota Bharu tidak dapat dibiayai oleh Sabah Air. Bahkan tuntutan tambang menambang selepas nahas kerana mengurus dan mengikuti jenazah suaminya di bawa pulang ke Kota Bharu yang dijanji oleh Sabah Air untuk di bayar tidak dibayar.. Kata Puan Suriani, `Simpati dan heboh hanya beberapa hari dari nahas, selepas itu senyap , kita orang kecil hingga kini tiada apa-apa pembelaan.``
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pegawai-pegawainya diangkut arwah suaminya, tidak langsung memberi perhatian terhadap kami orang-orang kecil. Kalau kita orang besar, sudah tentulah pembelaan dan pampasan dan jaminan hidup anak-anak diberi perhatian.``
Pada wajahnya berarak mendung duka. Bila ditanya, mengapakah tidak terus tinggal di rumah sendiri di Kajang Utama ?``
Menurutnya dengan perbelanjaan dan keperluan hidup yang tinggi dan tiada jaminan sumber kewangan, beliau bimbang tidak mampu tinggal di sini,`` katanya. Tambah beliau ``Kami buat keputusan sekeluarga untuk pulang ke kampong buat sementara tinggal dengan ibu terlebih dahulu di Pengkalan Chepa sebelum mendapat rumah sewa di sana.``
Bila ditanya bagaimana dengan rumah di Kajang Utama ini, adakah akan dijual ?
``Tidak,`` jawabnya, ``Akan disewakan untuk menjadi sumber kewangan diurus kenalan di samping saya akan bekerja kembali sebagai jururawat di Kota Bharu,`` tambahnya.
Sebenarnya, kami dari Lajnah Kebajikan Adun Bangi, pernah datang menziarah keluarga Puan Suryani selepas beliau pulang dari mengurus jenazah suami di Kota Bharu sebulan lepas. Dalam hati kami menjangka antara faktor beliau mau pulang ke Kota Bharu, kerana lebih dekat dengan kuburan suaminya yang dikasihi. Dua hari lepas, selepas mendengar beliau dan keluarga akan bertolak ke Kota Bharu hari ini, sekali lagi kami dari Lajnah Kebajikan dan AJK di Kajang Utama beramai-ramai datang menziarah dan menyampaikan bantuan. Kajang Utama adalah di bawah Dun Bangi. Atas rasa tanggungjawab dan simpati kami datang menziarah lagi.
Kami menjangka perpindahan Puan Suryani tidak semudah dijangkakan. Dengan keadaan masih tiada pekerjaan, pampasan belum berselesaian dan diri dan anak-anak perlu dtanggung, khususnya bagi pengajian anak-anak, banyak ujian yang akan dihadapi oleh Puan Suryani. Mengapa pihak Kerajaan, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memberi perhatian terhadap pekerja yang telah berkhidmat membawa pegawai-pegawainya pada pilihanraya di Sarawak dulu. Bahkan sebagai raklyat Malaysia, khidmatnya harus dihargai kerajaan dan pembelaan yang wajar patut diberi, khususnya oleh seorang Timbalan Perdana Menteri yang seharusnya bersifat prihatin.
Pagi itu walaupun hati Puan Suryani masih berbelahbagi, dirinya yang sebak sayu bagai diarak rindu, tetapi sebahagian hatinya masih melekat di sini membimbing anak-anak masuk ke dalam kenderaan, melambai tangan pada jiran dan yang datang. Dia bagai membawa anak-anaknya merempuh gelombang hidup yang sudah tentulah tidak tenang dan berhadapan banyak ujian.
Sekian.
dipetik dari sini drshafie.blogspot.com
Al-fatihah disedekahkan kepada allahyarham Suhaimi bin Ghazali
Betul-betul tak tau2 apa saudara yang membuat kenyataan dlm blog ni. kalau tak tau cerita jgn la di ungkit...
ReplyDeleteawak dr hari pertama kejadian ke ada dan mengikut perkembangan kejadian ini?
jgn la buat cerita setakat dgr cerita org atau dr sebelah pihak...kalau betul2 nak membantu cuba siasat dulu dr akar umbi. pergi jumpa dua2 pihak minta penerangan...
dari segi insurans, nak tanye saudara la, pernah ke claim insuran? kalau pernah agak-agak berapa lame pihak insuran akan membuat pembayaran? sedangkan kemalangan kecik kenderaan pun ambil masa berbulan-bulan baru insuran buat pembayaran.
jadi fikir-fikirkan lah...jangan la merumitkan keadaan pihak keluarga arwah yang masih bersedih tu. Pihak Lajnah kebajikan dan ajk kajang utama pun dah jadi macam parti politik, nak dpt publisiti murahan...
Bah car !!!
ReplyDeleteAku bagi hang 24jam untuk kemukakan sebarang bukti tentang apa2 pampasan yang telah terima oleh keluarga yang terlibat. Kalau nak counter komen dengan air liur ... boleh pi minum balik ayaq kencing Mat Sembab.
hahahaha... kalau setakat 24jam takya la...
ReplyDeletenak tanye skit...ko ade ke masa kejadian?
dan kenapa baru skrg korang tulis blog ni? setelah 2 bulan...kenapa tidak awal2 lg? korang ade tanye abg Arwah ke? keluarga arwah yg terdekat yg dpt dihubungi masa kejadian dan tanya dia siapa yg melawat dan memberi sumbangan kilat pada hari yg same di hospital sibu?
dan pada saudara kenatipuolehumporno...
ape kepentingan saudara dalam hal ni? kalau nak bukti tak payah susah...saudara pun dgr dari org gak.
berkenaan pampasan tu...itu semua dari pihak insuran,kwsp,perkeso dll. semua tu suda ti selesaikan dan cuma menungguh masa je pembayaran di buat melalui akaun isteri Arwah. Dan sy dgr sumbangan bantuan kilat ehsan pun pihak syarikat tempat arwah bekerja telah beri. dan nak tau siapa yang membawa isteri arwah untuk menguruskan itu semua? for sure bukan saudara la kan...
jangan la kerana bencikan kerajaan perkara ni pun saudara politikkan dan melibat kan syarikat terbabit.
nauzubillah...
Si banggang car nie dok mai cerita bab claim insurance. Aku pernah claim dalam 2 minggu aje. Dalam 2-3 hari selepas kejadian ajen aku datang dengan complete claim package.
ReplyDeleteNie TPM punya trip .. cable power punya pon sembab lagi. Dah sebulan lebih masih dok nganga. Sibuk dok cucuk bontot DSAI dan gila talak dengan PAS.
Tak abih pulak dok sibuk jaja gambaq SEX seluruh Malaysia sampai terpalit di peta dunia sebagai Negara Porno. Macam sial grombolan najis APCO nie memerintah negara aku. Patut diterajang keluar.
Kalau bahlol Car tak tampil bukti macam dicabar tu .. aku terima pakai info dalam bloq ini sebab dah 50 tahun aku kenal puak jahil UMporNO nie.
Wei Car tukang karut UMporNO pandikutty !!!
ReplyDeleteKo nie memang jahil .. sikit pon tak ada perikemanusian. Cara ko mula komen ko nie tak perhatin langsung dengan nasib keluarga ini. Yang ko lebih nak tegakkan benang basah dipapar dalam blog ini.
hahahahah nampak sangat isu ni telah dipolitik kan...luar tajuk betul...betul2 fanatik.
ReplyDeletetiba2 lak masuk pasal apco la DSAI la...
Apco tu ape DSAI tu ape pun aku tak tau...aku peduli apa psl pandangan politik korang.
aku cerita pasal bloq ni yang telah melibatkan dan memburukkan syarikat tempat arwah bekerja...dimana arwah cukup gembira bekerja dengan syarikat terbabit.
Car Lembu !!!
ReplyDeleteTak perlu aku kena ada ditempat kejadian dan sepanjang masa dengan keluarga terlibat untuk pastikan nasibnya dibela.
Setakat janji dan pampasan dari UMNO APCO YAHUDI LAHANAT .. dah serik mangsa2 pedajjal grombolan hangpa lalui. Ko pi cari bukti atau suruh keluarga terlibat menafikan berita dari blog ini.
Wie Car penjilat juboq Mar Sembab !!!
ReplyDeleteArwah meninggal kerana grombolan Politik. Bukan pi melancong. Yang naik tu TPM bukan artis.
Banggang betul laaa hang. Sepatutnya isu ini tak perlu timbul kalau segala2nya terbela. Kalau tak ada angin mana pokok nak goyang.
Itu pasal laaa suruh ko pi siasat jangan dok membuta tuli dan dok bela penzalim yang dok cuci tangan.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehahahahaha... mmg bloq politik ni...malas aku nak melayan org gile politik...
ReplyDeletejgn ckp suruh cari atau suruh keluarga arwah nafikan bloq ni la...isteri dan abg arwah pun sy kenal. ko nak no telipon isteri arwah atau abg arwah? ko nak no tu?
malas da nak ckp kalau masuk politik ni...tak guna org yg ikut perasaan perckp psl politik.
matmonggol...
ReplyDeleteaku bukan cerita pasal politik ke TPM ke ape...aku komen sbb bloq ni sudah salah maklumat dan ckp syarikat tempat arwah bekerja tu tak membantu dan mendiamkan diri.
Wei Car !!!
ReplyDeleteKo ada bukti ker bahawa syarikat yang arwah sudah bayar pampasan ??? Sudah dua bulan beb !!! Malah kematian ini melibatkan program politik dan orang politik nie bukan pembangkang .. TPM beb Kerajaan Beb.
Setakat saguhati ... aku pon boleh bagi. Kalau ini hang tafsirkan sebagai pampasan memang sah hang nie banggang.
Isu ini sudah timbul .. sekarang ko kena pi cari bukti. Bukan dok spin doktor kat sini. Ko boleh pi kat mykemut dimana spesis macam hang belambak kat sana.
Aku tunggu ... he he he he
Mangkok Pandikutty Car..
ReplyDeleteKematian ini boleh dielak kalau grombolan UMNOAPCO tidak bazirkan duit cukai rakyat dengan naik Heli dan jet ke setiap lokasi. Malah dalam jarak 30 min pon naik heli.
Pembangkang pakai duit sendiri isi minyak dan pakai pacuan empat roda , sampan dan rakit ke lokasi kempen. Ini beza dia.
Ko paham tak apa Negara Kebajikan? Bukan setakat mengkayakan rakyat malah boleh selamatkan nyawa lagi.
hahahahaha.....ko tau ke pampasan tu mcm mane, saguhati macam mane dan bantuan mcm mane?
ReplyDeletekenatipuolehumporno...
ReplyDeletehahahaha..
ko pernah p serawak ke? dan kenapa ade sesetengah tmpt kena naik heli?
aku satu malaysia ni da pernah sampai...ko tau sarawak je da sebesar semenanjung ni...
Dah terbukti dengan kempen PAS , PKR dan DAP .. depa naik heli dan jet ker ??? Kah kah kah mangkok betul hang. Pasai grombolan UMNOAPCO yang mentahkedarah duit cukai rakyat , mati katak seorang insan.
ReplyDeleteBalik kepada cabaran aku .. ko pi cari mana2 link yang menyokong komen ko yang sebut keluarga ini terbela.
Sebelum itu ko baca balik perlahan2 apa yang tertera dalam topik ini. Jangan baca tajuk aje.
Wei Car
ReplyDeleteAku nak keluar kejap ... nanti kul 4.30pm aku online balik. Ko ada 4 jam untuk cari mana2 link untuk membuktikan ayat ko.
Kalau tidak tanggunglah dosa menyokong tindakan zalim yang dilalui oleh keluarga ini.
Silap haribulan.. meleret ke anak bini ko. Nanti jadi kat hang jangan nyesal.
kalau tajuk tu aku no komen la...
ReplyDeleteaku cuma komen psl isi kandungan topik ni je...berkenaan dgn syarikat tersebut...so tak patut la...
cu cer, cu cer ko buktikan pada aku pulak yg isteri arwah ckp mcm tu? ko pun baca dari artikel dlm bloq ni je... ko nak bukti? jom jumpa aku kat Taman Kajang Utama hehehe...
hahahaha anak bini pun terkeluar...sah ko ni berfikiran kolot... jd ko maki hamun org tu kira baik la konon...
jgn ko yg kena balik kang nyesal..
Wei Car ... !!!
ReplyDeleteJumpa apa2 link tak untuk sokong hujah ko yang segala kebajikan telah terpelihara atau segala pampasan telah ditunaikan. Kalau ko tak lampirkan bukti maka aku sokong apa yang blog ini bentangkan.
Malah aku lebelkan ko sebagai duri dalam daging untuk masyarakat semelayu yang ingin keadilan yang sewajarnya.
PS: Kerana melayu macam ko Saham Melayu sebanyak 53 Billion iaitu 53 Ribu Juta Ringgit hilang. Kalau ko masih tidak buktikan bahawa kompeni yang bertanggung jawab telah membuat segala pampasan.