Tak henti kena serangan dari Utusan |
Sejak DAP menawan negeri Pulau Pinang pada PRU-12 2008 lalu, Utusan Malaysia menjadi alat golongan tertentu memainkan dan menyemarakkan kebencian seluruh orang Melayu terhadap parti DAP. Serangan demi serangan disasarkan tepat kepada wakil-wakil rakyat dari DAP.
Mari kita lihat senarai serangan serta provokasi yang diperbesarkan oleh Utusan Malaysia bagi menyemarakkan sentimen kebencian kepada Parti DAP umumnya dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang khasnya.
- Lim Guan Eng diserang hebat oleh Utusan Malaysia apabila dia mengumumkan pembentukan Exco khas bagi pengurusan hal ehwal agama-agama bukan Islam. Lim Guan Eng dituduh mahu mengenepi dan mencabar umat Islam dan juga majlis raja-raja. Belum sempat penyelarasan pembentukan potfolio tersebut dilakukan dia sudah di serang teruk.
- Teresa Kok dari DAP pernah diserang dan dituduh mengarahkan azan tidak dilaungkan menggunakan pembesar suara di sebuah masjid di Puchong sehingga dia ditangkap di bawah ISA. Kena tangkap buta nyonya tu sedangkan pihak masjid sendiri tampil menafikan penglibatan Teresa Kok.
- Teo Nie Ching dari DAP juga telah diserang apabila beliau masuk ke surau untuk menyampaikan sumbangan. Isu ini dibesarkan secara besar-besaran.
- Teo sekali lagi diserang apabila dikatakan berpakaian tidak menutup aurat ketika bersenam robik di kawasan parkir masjid. Dia juga dituduh tidak menjaga sensitiviti umat Islam. isu ini juga jadi besar. Kalau orang gedebab pakai pakaian sukan yang ketat mereka tak kisah, mungkin ada wakil utusan yang geram melihat badan Teo ketika bersenam.
- Pada hujung tahun 2010, utusan menggesa parti DAP diharamkan kerana dituduh menjadi agen kepada orang luar. Selepas konvensyen PR, Utusan menuduh Guan Eng sebagai membenci orang Melayu.
- Guan Eng dituduh sebagai zalim dan raja kepada perkauman pada keluaran Utusan 20 hb December 2010.
- Guan Eng juga dituduh menghalang sambutan Maulidur Rasul dan menghalang orang melayu berniaga di bazar ramada di Komtar. Dia juga dikatakan memusnahkan banyak kampung di Pulau Pinang.
- Guan Eng di serang lagi kerana menggunakan duit pendapatan dari hasil judi untuk memberikan sumbangan kepada warga tua di Pulau Pinang
- Utusan juga ada menyiarkan kenyataan Zahid hamidi yang mengatakan Guan Eng sebagai ajen negara Singapura.
- Utusan juga menyiarkan kenyataan Zahrain yang menuduh Lim Guan Eng sebagai seorang yang taat kepada negara Singapura.
Banyak lagi kalau nak disenaraikan mainan Utusan kalau dibiarkan semakin hari semakin mencetuskan pertelingkahan serta persengketaan antara kaum di Malaysia. mereka seolah-olah tidak mengiktiraf lansung kemenangan DAP atau Pakatan Rakyat di beberapa negeri di negara ini.
Utusan nampak seperti melepaskan geram setelah selama ini pihak pembangkang sahaja yang sering mencari kesalahan parti pemerintah. Segala apa saja yang dibuat oleh parti pemerintah semuanya salah. Tidak ada satupun yang betul. Ada saja idea untuk menyerang semua pergerakan parti pemerintah.
Kini tiba masanya pembangkang merasai semua itu dan cukuplah, semua ini perlu dihentikan dengan segera. Bersainglah dengan sihat agar rakyat mendapat faedahnya.
wau panas ni
ReplyDeletejanagn berbunuh sesama malaysian, cukuplah
ReplyDelete