Unesco Beri Amaran Pada Pulau Pinang !

Thursday, 24 February 2011

Georgetown diiktiraf sebagai tapak sejarah dunia oleh Unesco. Memang banyak bangunan di bandaraya tersebut merupakan peninggalan penjajah yang telah lama.

Ia perlu dikekalkan sebagai ingatan kepada masyarakat betapa kerdilnya kita suatu masa dulu. Betapa bangsa lain dari negara lain dengan selamba ambil tanah kita, ambil segala hasil bumi kita dan mendakwa itu semua hak mereka.

Cuba bayangkan setiap kali anda melawat bandar Georgetown, orang yang tak ada kena mengena lansung dengan kita, mai langgaq ambil tanah dan buat bangunan mereka. Nak jadi macam tu lagi ka?.

Tapi nasib baik ada orang Cina, sekarang habis bangunan tu diambil alih oleh mereka. kalau tak ada mereka tak tahulah siapa yang mampu.

Kini timbul pulak satu masalah lain, depa ambil bukan nak tinggal kat situ, tapi bagi burung walid duduk buat sarang. Sarangnya untung tinggi, habis semua bangunan jadi sarang burung walid.

Nampaknya depa tak pernah berubah, kalau dulu mereka sanggup datang dari jauh kerana mencari kekayaan, kini dah tinggal selesapun masih tak berhenti cari kekayaan.

Yang masih kekal steady tak bergerak hanyalah Melayu Pulau Pinang. Mereka masih segak bersilang kaki melihat kesibukan orang lain buat harta dari zaman mamak masuk zaman orang putih sampailah masuk pula zaman orang cina. Steady beb !

Baca laporan amaran unesco kat sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License