Orang ramai setia menunggu untuk membantu kerajaan. Pemandangan di kaunter IPD polis Selangor hari ini pukul 4.30 petang |
Sejak beberapa hari lalu sebanyak 150,000 hingga 200,000 pembayaran saman diproses sehari oleh MyEG.com.my
Seluruh balai polis, JPJ dan juga pejabat pos diserbu oleh pesalah trafik yang mahu menjelaskan saman yang dipotong 50% jika di bayar sebelum 28 Feb 2011.
Hari ini polis mengumumkan lanjutan sehingga ke pukul 12 malam untuk mendapatkan diskaun separuh harga. Mereka yang membayar selepas hari ini perlu membayar harga saman penuh.
Saya sempat membayar saman ekor saya sebanyak 8 saman sejak tahun 2005. Jumlah yang perlu dibayar adalah RM1,120 kalau tidak saya perlu membayar 2 kali ganda jumlah tersebut.
Masih ramai yg beratur walupun sudah lewat petang ! |
Cuba bayangkan jika purata satu saman sebanyak RM100 dilunaskan. Mengikut data di atas terdapat 200,000 saman diproses satu hari. Jadi jumlahnya adalah sebanyak RM20 juta dalam masa sehari dikutip kerajaan.
Itu baru satu hari, kalau 5 hari jumlahnya menjadi RM100 juta/ Itu sekadar satu anggaran yang sedikit, saya yakin kutipan kerajaan yang dikenakan terhadap rakyat yang malang melebihi RM1 Billion sepanjang kempen bayar saman ekor ini.
Pergilah tanya siapa saja dari polis sampai kerani pejabat pos, rumusannya kenapa bersungguh sangat kerajaan buat kempen ini adalah kerana mereka tak ada duit.
Duit tak berapa cukup untuk disalurkan kepada kroni-kroni yang semakin lapar. Duit juga tak cukup untuk rasuah pilihan raya kepada rakyat.
Apabila kerajaan bergantung kepada denda atau saman yang bukan-bukan sebagai pendapatan utama negara, tunggulah ! masanya dah terlalu hampir untuk kejatuhan.
Tahniah kita ucapkan pada kerajaan, selamat berjaya !
Dah langgar peraturan kenalah bayar... kalau tak nak ada undang-undang, buat negara sendiri atau pun duk kat hutan tak yah kena saman lalu lintas sebab tak pakai jalan, mungkin pakai gayut dari pokok ke pokok aje... he he... jangan marah tuan
ReplyDeletesetuju dengan Pemerhati Tarzan, tiada siapa tolak undang-undang.
ReplyDeleteTapi bukan semua undang-undang adil macam saman ekor tu, banyak ketempangannya dan mereka yang terkena tak ada jalan keluar.
Kalau saman biasa, kedua-dua pihak setuju, sign saman dan bayar. Tak ada masalah.
Saman ekor tak ada semua proses tu, alih-alih check sistem disenarai hitamkan.
Ya! siapa yang tak kena tak akan rasa ketempangannya, biarlah ia begitu, sekurang-kurangnya dapat menyumbang pada kerajaan.
aku tak sabaq nak tunggu rege minyak naik! kalau buleh biq naik sampai 50sen baru kerajaan kita ringan bebanan mereka.ini asik nak sabsidi jer bila nak maju?
ReplyDeleteYang pi duk wat tarikh akhir tu apa hal.. kalau nak suruh orang bayar saman pun buatlah macam kalau tak bayar saman tak boleh renewal license..
ReplyDeleteIni tak, semua org serbu pejabat pos, myeg dan balai polis.. baru kejap saya pergi IPD Putrajaya, lebih kurang jam 9.45PM, ramai org datang nak bayar saman, tapi pintu dah tutup. Polis kat depan cakap yang ada no giliran saja yang boleh masuk. Last no giliran, jam 12PM, orang yang datang selepas tu, semua kena balik.
Saya kesian kat seorg PakCik (umur dalam lingkungan 60an), dia datang jam 10PM nak bayar saman, polis cakap tak boleh masuk, sebab tak ada no giliran. Dia pun beredar dari situ tapi tak balik rumah, duk berlegar2 kat depan balai polis. Mungkin dia fikir masih ada peluang lagi kut sebelum detik 12AM.
Kemudian saya pusing depan balai polis dalam jam 11.40PM, dia masih ada kat situ lagi.. sedih dan kesian.. Inilah hadiah untuk rakyat Malaysia..Bak kata saudara Shubhi, kerajaan sekarang di ambang kejatuhan, dah tak sabar lagi dah..
setuju mohd shubhi sesiapa yg ada pak long,pak ngah dan seangkatan dgnnya boleh cakap mcmtu.Saya ada cerita yg boleh kita kongsi bersama masa nak renew roadtax kereta tak bleh sebab ada 7 saman tertuggak semua berlaku 2 dan 3 tahun kebelakang saya tak puashati saya check saman2 tersebut yg peliknya jenis kenderaan tak sama kereta saya jenis honda civic lama tapi yg tertera jenisnya mercedes.Cepat kilat kerani di jpj tu cakap dah settle dan roadtax saya boleh dihidupkan saya pelik dan bila saya tanya runner kat situ diaorg cakap benda biasa kerja sindiket.Bayangkan kerani dah boleh buat lagu tu apalagi pihak2 atasan,menteri2 dan bagi saya moral of the storey "M'sia boleh"
ReplyDeleteha..naik lagi..
ReplyDeletenaik..
nak naik...sangat....
ha..buat laa bebanyak lagi...
buat3....
jgn tak buat!!!!!!!
"Dah langgar peraturan kenalah bayar... "
ReplyDeleteIni kata2 orang UMNO, memang begitu...rakyat ditekan, diperah bayar segala cukai, depa kata kerajaaan BN baguih apa...
Harga petrol naik, depa kata baguih...
Harga ikan, sayuq naik, depa kata kerajaan baguih...
Lepas bayaq saman ribu2, lepas ni giliran bayaq cukai pendapatan pulak...
Aku setuju kata hang Shubhi, salah satu BN jatuh, ni la puncanya... hang tengok la nanti...
setuju..setuju...siapa zalim patut jatuh...
ReplyDelete