Mat ponteng jadi wartawan hari ini ! |
Selama berbulan-bulan beliau ponteng tidak menghadiri persidangan dewan undangan negeri bagi menjalankan tugasnya sebawai wakil DUM kawasannya dengan berbagai alasan. Tetapi hari ini untuk persidangan khas bagi meminda perlembagaan dia tersipu-sipu malu nak masuk juga bersidang.
Speaker yang bertegas mengistiharkan kekosongan kerusinya sudah tentu tidak membenarkan dia masuk untuk bersidang sekali, nak buat apa, dah terlewat...akhirnya dia masuk juga melihat persidangan tetapi di kerusi dalam bilik khas yang biasanya di sediakan untuk media.
SHAH ALAM, 24 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, muncul semasa Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) khas bagi meminda Undang-undang Tubuh Selangor.
Beliau bagaimanapun tidak dibenarkan masuk dan hanya menonton dari bilik yang dikhaskan untuk media.
Adun Pelabuhan Klang itu tiba di bangunan SUK, diiringi dua pembantu pada kira-kira jam 9.30 pagi.
Kehadiran beliau telah diserbu pemberita dan jurugambar, menyebabkannya agak terkejut.
“Wah, banyak peminat ni,” katanya berseloroh.
Beliau enggan menjawab sebarang soalan walaupun ditanya bertubi-tubi oleh pemberita sama ada akan mencabar keputusan speaker Teng Chang Khim yang mengisytiharkan kerusinya kosong.
Selepas terus didesak pemberita, Badrul memberitahu akan memfailkan saman bagi mencabar keputusan itu tengah hari ini selepas menghadiri sidang DNS.
Apabila DNS mula bersidang jam 10 pagi, kerusi Adun Pelabuhan Klang itu, yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker, duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan. /Malaysiakini
No comments:
Post a Comment