Ketua Negara Paling Lama Memerintah

Tuesday, 28 December 2010

Tun Mahathir
Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir memerintah negara kita selama 22 tahun. Bagi rakyat negara Malaysia sudah tentu merasakan itu satu tempoh yang amat lama dan tak ada PM lain yang dapat menandinginya.

Sebenarnya ada ketua negara lain yang jauh lebih lama memerintah negaranya yang memang sukar untuk di tandingi oleh ketua negara-negara lain. Lihat senarai di bawah pemimpin yang amat lama memerintah negara mereka.
  1. Omar Albert-Bernard Bongo, Gabon - Memerintah sejak 14 April 1947 sehingga 8 Jun 2009. Ini contoh pemimpin yang berkuasa sehingga ke akhir hayatnya. Beliau memeluk agama Islam pada tahun 1973 dan menukar namanya kepada El-Hadj Omar Bongo
  2. Kolonel Muammar Gaddafi, Libya - sejak 1 September 1969. Tak perlu diperkenalkan lagi yang menggelarkan dirinya Putera Afrika. Mengambil alih pemerintahan dari rampasan kuasa pada tahun 1969. Selepas kematian Omar Bongo Gaddafi yang masih hidup ini terus memotong tempoh jangka lama memerintah tak tahu sampai bila akan berkesudahan.
  3. Fidel Castro, Cuba - sejak 2 November 1976. Nama sebenarnya adalah Fidel Alejandro Castro Rutz. Seorang yang berfahaman Marxist meletakkan jawatan pada 19 February 2008 lima hari sebelum tamat tempoh mandat pemerintahannya. Dilahirkan dalam agama Kristian Roman Katolik tetapi mengaku bahawa dia tidak pernah mempercayai Tuhan dan beliau percaya hidup hanya sekali, tiada kehidupan lagi selepas mati.
  4. Ali Abdullah Saleh, Yaman - sejak 17 Julai 1978. Merupakan presiden pertama Republik Yemen sehinggalah sekarang. Seorang pengganut fahaman Syiah Zaidiyah dan tidak berpelajaran. Memulakan kariernya sebagai tentera sejak muda naik dan naik hingga menjadi presiden.
  5. Omar Bongo
    Gaddafi
  6. Maumoon Abdul Gayoom, Maldives - sejak 11 Novenber 1978. Memerintah sehinggalah kekalahannya dalam pemilihan presiden pada Oktober 2008. Beliau kalah kepada pembangkang yang diketuai oleh Mohamed Nasheed dari Parti Demokratik Maldive. Pembangkang terpaksa menunggu selama 30 tahun untuk menewaskannya. Beliau adalah lepasan Al-Azhar dalam pengajian syariah.
Fidel Castro
Sebenarnya tak ramai pemimpin dunia yang dianugerahkan keupayaan memerintah dalam tempoh yang lama dalam zaman moden ini. Tapi dari segi jenis parti yang memerintah lama, BN adalah salah sebuah parti lama (ditukar nama daripada "Perikatan" pada tahun 1973) yang masih lagi bertahan menguasai negara kita. Entah bila rekodnya akan padam hanya Allah saja yang mengetahui.


Maumoon Abdul Gayoom
Share on :

1 comment:

  1. rakyat kelantan pun ternanti=nanti mb baru

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License