Silap Pilih Ahli Majlis - Rosak Imej Parti, Rosak Pemerintah

Wednesday, 6 October 2010

Hutan semak dalam kawasan taman Zon 13 Puchong
Bagaimana kita boleh rumuskan tugasan sebagai seorang ahli majlis?. Secara ringkasnya ahli majlis adalah orang tengah yang bertindak sebagai wakil kepada masyarakatnya bagi menyalurkan rintihan dan masalah mereka.

Secara tak lansung, ahli majlis melalui lantikan parti yang memerintah juga menjadi duta kepada parti agar masyarakat dapat melihat sendiri keberkesanan serta kemampuan parti yang sedang memerintah sesebuah negeri.


Hutan jadi pusat buang sampah. Salah satu sebab kes
denggi tinggi di kawasan ini.
Seorang ahli majlis yang cemerlang, dikenali dan dihormati serta disukai masyarakat yang diwakilinya mampu  membantu memakmurkan masyarakat dan sekali gus dapat menarik sokongan mereka terhadap parti yang sedang memerintah.

Sebaliknya ahli majlis yang tidak di kenali masyarakat yang diwakilinya, tidak cemerlang bekerja akan membuatkan masyarakat tidak terurus dan sudah tentu parti yang diwakilinya akan dibenci dan ditolak.

Cukup sekadar itu untuk saya gambarkan betapa pentingnya ahli majlis kepada masyarakat terutama kepada parti. Maka orang yang hendak dipilih mestilah benar-benar layak dan mampu bekerja, berkhidmat kepada masyarakat atas semangat perjuangan tanpa mengharapkan balasan.

Ada banyak jenis balasan yang boleh kita tafsirkan, harta benda, kuasa dan juga kemegahan pangkat adalah termasuk dalam makna ganjaran. Jika yang tersebut itu kita cari, tak ada faedahnya menjadi ahli majlis kerana ia bakal merosakkan imej parti serta imej pemerintah.

Salah satu kriteria yang penting sebagai ahli majlis ialah mempunyai masa yang mencukupi bagi memantau masyarakatnya serta bertindak menyelesaikan segala masalah dengan berkesan. Sudah tentu mereka yang makan gaji dengan bekerja di syarikat swasta atau kerajaan tidak layak atas faktor waktu dan juga amanah makan gaji.

Sebagai contoh bagaimana kita tafsirkan seorang ahli majlis yang saya senaraikan dibawah, adakah dia mampu melaksanakan tugasnya dengan cemerlang dengan profilnya seperti berikut:


Nama: Sapiyan bin Mohd Din

Pekerjaan: Executive di MAB (Malaysian Airport Berhad)
Jawatan Politik: 1. Ketua Penerangan PAS Puchong
                        2. Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Puchong
Lantikan Politik: 1. Ahli Majlis MPSJ Zon 13
                       2. Pengerusi JKP Zon 13
Jawatan Masjid: 1. Timbalan Nazir Masjid As- Salam
                         2. Pengerusi Biro Pembangunan Masjid As-Salam


Rumah di Puchong Intan ini bertukar jadi Kuil !
Ada banyak lagi rumah lain yang jadi kuil.
Ada lagi jawatan yang tidak disenaraikan kerana dengan apa yang ada di atas sudah cukup untuk saudara kita di atas memerlukan lebih daripada 72 jam sehari bagi melaksanakan semua tanggungjawabnya. Itu belum masuk lagi kerjanya sebagai ayah dan juga suami.

Kalau saya jadi majikannya saya akan memberikan dia 2 pilihan samada kerja atau berhenti, kerana sudah tentu dia tidak akan mampu menanggung amanah perlantikan sekali gus beramanah terhadap majikannya. Tambahan pulak dia merupakan ahli Pas, bukankah orang Pas amat arif dalam hal amanah serta hukum hakamnya.

Mungkin tokong tepi jalan ini tak cukup lagi ?
Maka tidak hairanlah, tak ramai dari kalangan penduduk zon 13 yang tidak mengenalinya dan banyak rungutan aduan yang tidak ada tindakan. Banyak yang boleh dilakukan di kawasan tersebut dengan lebih baik lagi jika orang lain yang lebih fokus menggantikannya, atau jika dia berhenti saja dari makan gaji menjadi bos kepada dirinya sendiri.

Agak malang bagi Pas Puchong kerana mensia-siakan peluang menonjolkan parti. Ini hanya membenarkan persepsi orang ramai selama ini bahawa Pas tidak berkemampuan dari segi pengurusan dan pentadbiran negara dan masyarakat berbanding Umno, memang orang Pas dari segi jujur serta lurus lebih baik dari Umno, tapi kalau lurus bendul tak pandai pengurusan nak buat apa?.

Siapapun tak berani ceroboh sampai jadi hutan !
Harap pihak kepimpinan PR mengambil isu ini dengan serius.
Share on :

3 comments:

  1. salam subhi, blog anda telah siap dilinkkan, lihat link 1.TQ

    ReplyDelete
  2. salam, begitu juga di bandar country homes rawang, Ahli majlis nya dikalangan majlis perbandaran selayang, salah seorangnya wakil dari bandar country homes, kini telah ada 3 kuil didirikan dirumah2 kediaman, iaitu fasa 2, 3, 10, bila diajukan kepada MPS.....batang hidong pun tak nampak. InsyaAllah kini saya agak perihatin untuk megundi dilain kali.. yang pentingnya Islam...tak kira dari mana fahaman politik.. kerana apa yg berlaku di bandar contry homes ini, yg merisaukan saya adalah Islam..

    ReplyDelete
  3. cikgupj,
    Terima kasih

    Shida Rahman,
    Kena tegur tu...Terima kasih

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License