Muhyiddin Akui Kes Liwat Anwar Memburukkan Imej Malaysia

Tuesday, 28 September 2010

Lanjutan dari komen pengasas Virgin Group, Richard Branson yang berpendapat Malaysia sepatutnya lebih bergaya tanpa kes liwat Anwar Ibrahim, TPM menyatakan setuju dengan komen tersebut dan beliau sendiri berharap kes itu tidak ujud di negara kita. Rujuk di sini.

Ada dua makna yang berbeza dari komen Richard Branson dan juga ulasan Muhyiddin. Richard Branson adalah seorang yang berfahaman bebas terutamanya dalam hal kebebasan seks.

Nama syarikatnya Virgin adalah cetusan dari perbincangan antara rakan-rakan aktivis mereka ketika remaja terutamanya wanita yang mencadangkan nama Virgin bagi mengekalnya dalam bentuk syarikat oelh kerana kesemua mereka telah lama kehilangan dara (virgin) hasil dari pergaulan bebas seks sesama mereka. (rujuk buku tulisan Richard Branson).

Apa yang dimaksudkan oleh Richard Branson adalah sepatutnya Malaysia tidak meletakkan kes liwat sebagai satu kesalahan sepertimana barat maka tidak timbul lagi kes liwat sebagai sesuatu yang mengaibkan.


Muhyiddin pula mungkin bermaksud seorang pemimpin tinggi seperti Anwar tak sepatutnya meliwat atau mungkin Saiful tak sepatutnya membiarkan dirinya diliwat, atau mungkin dia berkata tak ada cara lain untuk menjatuhkan Anwar melainkan dengan tuduhan liwat.

Kalau nak bebaskan Malaysia dari dihitamkan isu tersebut, maka kerajaan perlu menghakimi kes itu dengan penuh ketelusan, adil dan saksama berlandaskan logik undang-undang yang boleh diterima oleh semua masyarakat baik dalam atau luar negara.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License