Menarik membaca cerita ringkas YB Zulkifli dalam blognya bagaimana dia mematah dan menewaskan segala hujah serta pendapat bekas seorang mufti berkelulusan PhD di sini.
Memang hebat YB ini mematahkan para ilmuan islam, bekas mufti lagi, dalam diskusi hukum berkenaan kebolehan seorang bukan Islam masuk ke Masjid dan berucap, setidaknyapun itulah yang cuba digambarkan oleh YB Zul dalam cerita ringkasnya di dalam blognya. Akhirnya ada juga orang yang dapat mendiamkan bekas mufti itu...dan orang itu ialah YB Zul.
Umum mengetahui betapa bekas mufti ini seorang yang amat berkecuali dalam arena politik kepartian dan sentiasa memberikan pendapatnya berlandaskan kajian keilmuannya tanpa condong ke mana-mana parti, namun YB Zul tetap memberikan nasihat kepada "muridnya" itu agar tidak mencampuri urusan politik dengan hanya berdakwah.
Nampaknya YB Kulim masih tidak puas hati dengan apa yang telah berlaku, walaupun cina malang tersebut telah memohon maaf kerana rasa bersalah. Dia masih terus memalu gendang kebenciannya.
No comments:
Post a Comment