Salah Guna Logo Kerajaan Negeri - Dewan Muslimat Pas Puchong

Thursday, 26 August 2010

Cuba lihat gambar banner yang dipaparkan di sini dan perhatikan logo-logo yang ada. Ini adalah salah satu contoh penyalah gunaan logo Kerajaan Negeri Selangor dengan sewenang-wenangnya.

Adakah gambar wanita yang terpampang dalam banner tersebut salah seorang ahli mesyuarat kerajaan negeri atau salah seorang exco kerajaan negeri? kalau dilihat dari ucapan yang tertulis beliau hanya mewakili AJK Dewan Muslimat Pas Puchong.

Mungkin dia rasa semua AJK Dewan Muslimat Pas Puchong adalah wakil kerajaan negeri serta ahli majlis mensyuarat kerajaan negeri agaknya. Mungkin kita perlu lihat segala aktiviti surat menyurat mereka, manalah tahu ada banyak logo digunakan...jangan jadi macam Tee Boon Hock dah lah.

Apa jaminan yang logo kerajaan negeri tidak akan digunakan sewenang-wenangnya dalam lain-lain hal? Jangan sampai orang kata kemaruk kuasa, dulu kata kat UMNO, pukul dulang paku serpih....!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License