"Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mahu " Perkampungan orang Melayu di seluruh negara perlu dikekalkan sementara peraturan untuk melindunginya diperketatkan"
Kenyataan Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar.
Cuba lihat para pemimpin melayu tinggal di mana?. Adakah mereka tinggal di perkampungan-perkampungan melayu tradisional yang serba daif atau di rumah-rumah mewah banglo berharga jutaan ringgit?
Dah nak pertahankan sangat perkampungan melayu, apa kata semua para pemimpin melayu mula berpindah dan tinggal di kawasan kampung masing-masing, tinggal di rumah pusaka dan tak payah bermewah-mewah. Tunjukkan bahawa itulah kehidupan sebenarnya kepada rakyat bukan sepertimana kebanyakan pemimpin sekarang ini yang kemewahan seperti raja dan anak-anak mereka geli geleman memijak pasir di perkampungan.
Ada di kalangan orang melayu yang mahu menjadi pekerja atau ahti badan kebudayaan dan kesenian?. Latih mereka dengan berbagai adat lama dan kesenian lama agar mereka dapat mempersembahkannya kepada para pelancong yang datang melawat mereka di perkampungan budaya di serata Malaysia dan antara penontonnya termasuklah para pemimpin melayu yang datang melawat dengan SUV atau Merz S Class.
No comments:
Post a Comment