Kementerian Kecewa Dengan Sambutan Dingin Pelajar Terhadap "Speakers' Corner"

Wednesday, 19 May 2010

Bernama melaporkan di sini bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah kecewa tiada apa-apa aktiviti berlaku di tempat "Speakers' Corner" yang diadakan di setiap universiti setelah 4 bulan pelancarannya.

Apa yang nak disesalkan kepada pelajar, sesalkanlah pada para pemimpin yang telah membunuh bakat serta benih berpidato meluahkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan para pelajar selama ini hasil dari akta mengarut AUKU yang melarang aktiviti politik serta penggabungan aktivis pelajar pelajar.

Sedangkan jika tidak dilarangpun, berpidato atau bercakap dikhalayak ramai merupakan satu perkara yang amat ditakuti oleh manusia lebih dari mati, inikan pula jika dilarang!. banyak insan pejuang serta pemimpin yang berbakat sejak dari tahun  1971 sehingga kini telah kita sia-siakan termasuklah saya yang membesar dalam tempoh tersebut.


Ayam kalau dah biasa letak dalam kurungan sejak kecil sampai besar, jika dilepaskan ke padang akan biul dan terpinga-pinga tak dapat menyesuaikan diri. Kita hanya banyak menghasilkan pelajar yang terbelenggu dengan mengejar pencapaian akedemik, kita mengurung minda pelajar seperti memasukkan jin afrit ke dalam botol, lebih gemar melihat dan mendengan dari terlibat.

Malah yang lebih teruk lagi lebih ramai yang buat tak perduli dengan apa yang berlaku. Sehingga ada satu kumpulan pelajar sebelum ini yang berdemo menggesa kerajaan mengekalkan akta tersebut tanpa apa-apa pindaan. Seolah ayam terlepas dari kurungan yang berpiket merayu tuannya memasukkan mereka semula ke dalam kurungan.

Sebahagian manusia mempunyai keupayaan menyesuaikan diri, tapi memakan masa dan tempohnya tiada siapa yang tahu, mungkin cepat mungkin lama mungkin tak boleh lansung. Padan muka rakyat Malaysia!!!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License