Zahrain, Zulkifli Dan Zaid Akan DiBawa Mengadap Lembaga Disiplin PKR

Friday, 12 February 2010

Ramai penyokong bawahan Pakatan Rakyat yang tak puas hati terhadap apa yang berlaku kepada para pimpinan PR yang sering tidak menggunakan saluran parti dalam mengutarakan isu yang berkaitan dengan masalah dalaman parti.

Kalau orang Pas, tok-tok lebai sebagaimana yang dijangkakan, melenting kepada para pemimpin "degil" tersebut kerana tak taat kepada pimpinan tertinggi Parti dan tidak gunakan saluran dalaman parti.

Kalau orang PKR, tak perlu hairan kerana mereka mengamalkan pemerintahan yang telus sehingga terlalu telus sampai tembus.

DAP pula lebih kurang sama sahaja dengan PKR, cuma DAP ini dari dulu berorganisasi ala-ala pemerintahan Dinasti negara China, pemberontak akan dihukum pancung. Mungkin itu cara terbaik bagi mengawal kejatuhan pemerintahan. Sebab itu sebaik sahaja sebarang pemimpin DAP bangun mengecam ketidak puasan hati mereka kepada pimpinan tertinggi, mereka akan cepat-cepat tukar uniform, kalau tak alamat dipancung dan ditanam.



Tak kisah bagaimana cara pemerintahan diadakan, asalkan ianya tidak melanggar etika normal dan matlamatnya masih baik demi kepentingan ummah, kita masih ada dilandasan yang betul.

Pahlawan akan tetap muncul di mana-mana apabila keadaan mendesak, adat pahlawan pantang dicabar dia akan bangun. Hanya pemimpin yang besar dan hebat mampu menguruskan para pahlawan yang liar. Jadi kalau tak ada para pahlawan ini, bermakna tak akan muncullah pemimpin yang besar yang dapat mematahkan semua pemberontakan.

Saya tertunggu-tunggu Zahrain untuk dipanggil mengadap lembaga disiplin. Jika dia dapat membuktikan segala tuduhannya terhadap Lim Guan Eng, saya akan sama-sama menumpang membelasah Ketua Menteri Pulau Pinang itu (secara tulisan sajalah...siapalah kita!).

Kalu Zahrain tak dapat buktikan, alamat masaklah Zahrain!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License