Putrajaya, semalam Menteri Pengankutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata bahawa kementeriannya tidak akan melayan atau mengeluarkan sebarang surat sokongan terhadap para pelobi atau para penender yang menyertai sebarang tender kerajaan.
Ini akan menjadi polisi bagi kementeriannya dan menyeru semua agensi kerajaan, semua para ahli politik, para pemegang jawatan agar menghentikan amalan memberikan surat sokongan itu.
Laporan lanjut boleh di baca di sini.
Sepatutnya kenyataan dan tindakan menghentikan amalan surat sokongan dalam tender kerajaan itu di keluarkan sejak zaman dulu lagi dan tidak sepatutnya berlaku lansung dalam sejarah pemerintahan negara kita.
Sebagai seorang yang berniaga dan kadangkala terlibat dalam menyertai tender-tender kerajaan, saya dah naik bosan dengan kebiasaan para menender yang sering menyertakan surat dari para menteri yang berkenaan dalam sesuatu tender yang mereka sertai.
Saya percaya budaya tersebut merupakan budaya Barisan Nasional yang sepatutnya dihapuskan sama sekali dan kenyataan serta arahan perlulah di keluarkan oleh pemimpin tertinggi Barisan Nasional iaitu Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib.
Bagi mereka yang biasa dengan tender tentu dah biasa dengar perkataan "Kabel". Siapa yang mempunyai kabel yang lebih besar akan lebih berkemungkinan mendapatkan tender tersebut. Maka menjadi lumrahlah para kontraktor yang majoritinya adalah penggiat politik BN mendapatkan kabel sebesar mungkin dalam usaha mereka mendapatkan tender tersebut.
Dan dari situ sudah tentu terdapat imbuhan kepada orang yang memberikan laluan mendapatkan sokongan dari mana-mana menteri. Banyaklah duit tercicir sepanjang jalan dalam mendapatkan kabel menteri, dari drebar menteri, ketua cawangan, ketua kawasan, ketua pemuda, setiausaha politik, kawan setiausaha politik, kawan kepada kawan setiausaha politik.....
Jika anda prihatin dengan apa yang berlaku, anda pasti perasan ada mereka yang mampu hidup mewah hanya dengan menjadi pelobi.
Hentikan segala campur tangan ahli politik dalam prosedur kerja pegawai kerajaan dan para pegawai kerajaan hendaklah profesional dan tidak menjadi hamba abdi para ahli politik.
Tender Kerajaan - Hapuskan Budaya Surat Sokongan
Thursday, 21 January 2010
Labels:
# Masyarakat
# Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment