Saya ada seorang kawan yang bertugas sepenuh masa sebagai setiausaha salah seorang YB Pas. Dia bekerja sepenuh masa untuk segala aktiviti parti di bawah YB tersebut dengan diberikan gaji sebanyak RM900 sebulan.
Apabila saya bertanyakannya samada cukup untuk dia menyara kehidupannya dan keluarga dengan gaji sebanyak itu, dia hanya menggelengkan kepalanya. Manalah cukup untuk menjalani kehidupan dengan wang sebanyak itu di Lembah Kelang ini.
Sewa rumah sahaja sudah mencecah RM500 sebulan baki RM400 yang ada tak mampu untuk dia menampung segala perbelanjaan lain. Jadi dia terpaksa berusaha mencari duit tambahan dengan mengintai peluang perniagaan agar dapat menyara keluarganya. Tambahan pula, apabila terlibat dengan kerja politik ini, kadang kala perlu buat PR dengan minum dengan orang, kadang kala terpaksa keluarkan duit sendiri untuk belanja.
Yang menjadi masalah ialah bila ramai yang menuduh dia kurang berada di pejabat untuk kerja-kerja parti, dan mengambil kesempatan dengan kenalan politiknya untuk mendapatkan kerja-kerja kerajaan. Ini sering menjadi keluhannya yang kadangkala dia seperti tidak mahu meneruskan khidmatnya pada politik.
Tambahan pula persepsi orang Pas apabila kita berbuat begitu, kita telah menyalah gunakan kuasa, entah bagaimana mereka fikir kawan saya itu perlu menyara hidupnya. Dari segi kerja parti dia tidak pernah mengabaikannya, cuma dia perlu berusaha menambahkan pendapatannya, adakah itu salah? soalnya pada saya.
Saya berpendapat tidak salah jika dia berusaha, menyara hidupnya dengan berniaga mendapatkan kontrak-kontrak kerajaan. Lagipun kebetulan pula kerjanya membolehkan dia mengenali ramai kakitangan kerajaan dan juga peniaga-peniaga. Apa salahnya dia mengunakan kelebihannya, secara yang benar dan telus serta mengikut prosedur untuk mencari rezki.
Takkanlah seorang yang terlibat dengan industri ikan, menyara hidupnya dengan menjual sayur. Boleh, tapi tak bijak namanya. Kalau jaringan kita baik dengan peluang-peluang dari kerajaan, maka carilah rezki dengan peluang itu.
Kita faham bahawa dana untuk menyara kerja-kerja politik Pas adalah terhad, tapi janganlah kita anggap petugas-petugas parti tidak perlu menyara hidup dan keluarga.
No comments:
Post a Comment