BN Kalah Lagi !

Wednesday, 26 August 2009


Keputusan PRK sudah diumumkan semalam dengan kemenangan berpihak kepada Ustaz Salleh Man dengan majoriti undi sebanyak 4,551.

Walaupun jumlah kemenangan berkurang dari sebelum ini, namun ia masih tetap banyak untuk memadamkan harapan BN mengatakan rakyat sudah mula memihak kepada mereka sebagaimana yang telah berlaku di Manek Urai tempoh hari.

Seperti biasa kepimpinan BN memberikan komen yang mereka akan membuat kajian kenapa BN atau UMNO kalah di PRK Permatang Pasir walaupun semua orang tahu sebabnya adalah pilihan calon yang tak sesuai.

Jika dilihat kesungguhan BN bergerak mengatur strategi dalam PRK Permatang Pasir ini ia menunjukkan mereka masih menaruh harapan untuk memberikan saingan kepada PR.

Saya amat kagum dengan kehebatan pusat perkhemahan kerja mereka yang dibina seperti Pusat Sarkas. Kemas dan amat meriah sekali.

Mulanya saya ingat mereka datang dengan satu kumpulan sarkas atau "Fun Fair" yang memberikan hiburan percuma kepada semua penduduk Permatang Pasir sambil melobi untuk memilih calon mereka.

Menarik juga jika BN buat begitu, kita boleh lihat bagaimana persepsi rakyat dengan kesungguhan BN menarik penggundi dengan cara pertunjukan sarkas atau "Fun Fair".

Saya syorkan Ketua Pemuda UMNO menubuhkan satu kumpulan Sarkas khas untuk menjadi ajen pelobi di setiap Pilihan Raya Kecil.

Mungkin apabila UMNO mula buat begitu PAS juga akan mula menubuhkan satu kumpulan dakwah hiburan mereka yang lengkap dengan nasyid, lawak dan sebagainya.

Berikut antara sebab-sebab kemenangan PAS di Permatang Pasir.

1. Penduduk Permatang Pasir lebih suka memilih Anak Solleh dari Anak Emas. UmnO masih tak dapat memisahkan diri mereka dari sikap materialistik dan masih sangka rakyat semua masih berfahaman kebendaan.

2. UMNO cuba bersaing dengan PAS dengan memakai semua strategi yang di pakai oleh PAS selama ini seperti berceramah, tuduhan undi hantu dan lain-lain lagi. Mana boleh lawan dengan menggunakan teknik tersebut dengan PAS yang telah sampai taraf pro sedangkan UMNO baru Amatur. Penceramah PAS pula terlalu banyak dan hebat-hebat serta boleh berceramah dengan menarik secara spontan.

3. Calon pilihan UMNO yang lansung tak dapat memberikan apa-apa kelebihan selain dari janji kosong akan memberikan kemakmuran kepada Permatang Pasir. Isu peribadinya sudah cukup memberikan gambaran kapada rakyat yang memang itulah tujuan dia mahu jadi YB, untuk membawa projek yang boleh dibahagikan kepada sesama kumpulan elit mereka.

4. Permatang Pasir adalah kawasan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Anwar. Walaupun berbagai isu melanda Anwar, namun orang ramai masih menganggap Anwar sebagai anak tempatan dan merasakan mereka lebih mengenali Anwar dari orang lain.

5. Permatang Pasir adalah satu-satunya kerusi yang diwakili PAS dalam pemerintahan PR di Pulau Pinang, orang cina dan orang india akan memastikan undi mereka diberi kepada PAS untuk memastikan PAS tak cuba lari dari PR.

Mungkin ada banyak lagi sebab lain yang tersirat dan tersurat, hanya Allah lebih mengetahui.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License