Pages

Saturday, 16 February 2013

Fadzilah Kamsah buat silap besar!!!

Cakap macam bagus, nasihat orang supaya adil jangan berat sebelah buat keputusan dengan adil baik dan sebagainya. Tapi kenapa kamu terus buat judgement tanpa mendengar penerangan dari pihak yang dituduh?

Pigidah!!!, tak payah lah nak nasihat orang lepas ni macam bagus itu ini begitu begini, kamu sendiri buat tak serupa bikin, nampak jelas kamu cari makan untuk jadi kaya raya saja...blah la oooi!



Nasihat berjela-jela sampai tak terikut....


Ayat power Anwar tentang pendidikan percuma

"Penyebab negara boleh muflis adalah disebabkan pembaziran dan ketirisan kerajaan dalam berbelanja, bukan sebab beri rakyat pendidikan percuma" - Anwar Ibrahim - Perdana Menteri Malaysia (Bakal)

Begitulah kata Anwar ketika menyampaikan ucaptama di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan di Unisel. Beliau menafikan dakwaan Umno/BN yang kononnya negara akan muflis sekiranya memberikan pendidikan percuma. Itu, jelas Anwar merupakan satu pembohongan besar!

Apa sepatutnya Mahathir buat sekarang

Ada gesaan agar Tun Mahathir bertanding lawan Anwar di Permatang Pauh. Sebelum bertanding, aku nak bagi tau bahawa Tun Mahathir akan kena titik liau-liau kat sana.

Daripada memalukan diri Mahathir dan menyebabkan dia murung dan di serang sakit jantung, elok tak payahlah bagi idea suruh dia lawan.

Kalau Mahathir bertanding kat Kubang Pasupun aku rasa belum tentu dia akan menang. Masa Pak Lah naik dulupun, Mahathir dah kena tolak mentah-mentah di sana.

Jadi tak payah susah-susah menyusahkan semua orang untuk beri laluan Tun M bertanding.

Bagi aku Tun M sepatutnya boleh pencen dan dudk diam jadi penasihat orang ramai yang bijaksana tanpa memihak mana-mana Parti.

Samada parti pembangkang atau parti kerajaan kita semua rakyat Malaysia. Semua parti yang ada menyumbang untuk kebaikan negara dengan cara dan pendekatan masing-masing.

Friday, 15 February 2013

Timbalan Pengerusi SPR macam samseng!

Hari ini, Bekas Menteri Kabinet Malaysia hentam Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad menggesa dia letak jawatan dan bertanding pada PRU13 nanti atas bendera BN.

Abdul Kadir Sheikh Fadzir sokong penuh kenyataan Mat Sabu yang paksa Wan Ahmad untuk letak jawatan kerana tidak layak sama sekali pegang jawatan satu organisasi yang sepatutnya telus dan berkecuali.

Bagi Abdul Kadir, Wan Ahmad punya nada apabila membalas apa saja komen pembangkang seolah-olah dia ahli Umno/BN. Dahlah condong pada Umno/BN, berlagak macam samseng pulak. Kecam sana kecam sini.

Jom baca surat Muhyiddin tentang Anwar Ibrahim

Aku paham sikit-sikit bahasa orang putih ni, tapi tak le sefasih Obama atau Al-Gore. Tapi aku tak sangka Muhyiddin terror jugak buat karangan dalam bahasa orang putih.

Yang aku pelik sikit tu dia buat surat berkisar samada orang melayu boleh percaya atau tidak pada Anwar Inrahim, tapi guna pakai bahasa orang putih. Mungkin dia bersangka baik kononnya ramai dan majoriti orang Melayu pandai bahasa penjajah tu.

Dia tuduh Anwar kononnya hanya bercita-cita untuk naik jadi PM dan sanggup jadi sesumpah demi mengejar matlamat tersebut. Tapi dia tak tanya pulak bila Anwar berjaya jadi PM apa yang dia nak buat dengan kuasa yang ada padanya itu. Tentulah untuk merealisasikan impiannya terhadap bangsa malaysia.

Bagi aku, yang pastinya Anwar hebat kerana sanggup melawan Tun M dan seterusnya keseluruhan jentera Umno yang korup dan banyak duit rasuah tu.

Aku suka orang yang jenis melawan dan tak mudah mengalah. Itu ciri-ciri pemimpin yang orang mau tau mau terpaksa ikut. Aku tak suka dengan jenis yesman macam Muhyiddin tu, kononnya jika tak melawan bolehlah boss naikkan pangkat...itulah melayu yang Umno mahu hasilkan...boleh blah Umno.

Surat Muhyiddin di bawah:

Apa komen bangsa asing terhadap isu Najib dimalukan

Umno/BN bolah kata apa-apa saja untuk menafikan fenomena Najib dan BN ditolak oleh rakyat Pulau Pinang. Hakikatnya bukan setakat orang malay sia atas pagar yang percaya peristiwa itu satu kebenaran, malah orang luar juga yakin peristiwa tersebut satu kemaluan besar untuk Najib.

Video yang merakamkan peristiwa spontan itu berlegar di seluruh dunia sekarang dan tak ada video lain yang boleh counter balik rakaman memalukan itu. Umno/BN dakwa video yang berlegar di dunia maya itu merupakan kerja jahat pihak tertentu yang membawa segerombolan penjahat untuk buat kacau.

Umno/BN juga dakwa hanya kawasan video dirakam saja yang melaungkan kata NO iaitu lebih kurang dalam lingkungan 30 orang saya yang berpakat laung ramai-ramai NOOOO!.

Thursday, 14 February 2013

Memang ada ancaman bunuh PSY - Polis Penang!!

Bagi membuatkan cerita kenapa PSY tak yee sang dengan geng-geng Najib dan BN nampak lebih logik dan diterima, keluar pula kenyataan polis penang membenarkan adanya ancaman keselamatan terhadap PSY.

Polis Penang terpaksa membuat kawalan yang ketat melebihi kawalan terhadap PM ketika PSY datang ek sana tempoh hari. malah Polis menghantar PSY balik tanpa disedari oleh peminatnya...hebat sungguh.

Kalau cam tu kenapa pulak benarkan pertunjukkan itu berlansung dan tak benarkan yee sang yang simple tu? ancaman macam mana agaknya yang PSY terima tak pula diberitahu.

Najib umum tarikh PRU-13 bersyarat!

Ketika ditanya bila beliau akan bubarkan parlimen ketika lawatannya di Sabah hari ini, dia berkata Parlimen akan dibubarkan bersyarat:
"Selagi rakyat tak bersedia, saya tak akan bubarkan Parlimen"
Itulah sebabnya Najib tangguhkan waktu PRU-13 selama ini hingga Tun Mahathir sendiri kata Najib buat silap dalam percaturannya melengah-lengahkan tarikh PRU sehingga ianya tidak dapat disuntuk dengan elemen-elemen kejutan bagi faedah BN.

Aku rasa apa yang dia maksudkan sebagai rakyat bersedia adalah apabila majoriti besar rakyat akan berikan undi mereka pada BN untuk terus merompak wang rakyat dan menggemukkan kroni-kroni mereka berbillion-billion.

Kalau Najib nampak rakyat macam masih tak bersedia yakni masih nak bagi undi pada PR, maka besar kemungkinan dia akan mengadap Agong minta jasa baik untuk menunda PRU ke satu waktu yang tertentu dan mengisi kerajaan dengan pemerintahan ketenteraan.

Alasannya adalah jika rakyat berikan undi pada PR negara akan kacau bilau dan kucar kacir serta akan ditimpa bencana, jadi keadaan seperti darurat....last-last depa nak bohong juga untuk kekal jadi kerajaan

Ada pihak ancam nyawa PSY jika 'Yee Sang' dengan Najib?

Hahaha! nak gelak aku dengar alasan mengarut macam ni. Punya nak pertahan Najib supaya tidak rasa malu, sanggup buat cerita ada orang ancam nak bunuh PSY jika pi yee sang dengan orang BN atas pentas.

Agaknya kalau tanya sendiri pada PSY dalam FB ada tak dia nak mengaku yang dia di ancam bunuh oleh orang malaysia?

Kononnya penganjur mendapat maklumat daripada pihak polis ada ancaman bunuh jika melepaskan PSY ke pentas naik yee sang dengan BN.

maknannya yang sabotaj semua ini adalah pihak polis lah kot???hahaha nampaknya polis juga meluat pada Umno/BN...

Sumber

Nurul Izzah dinafikan hak sebagai YB

Inilah perangai Umno/BN. Cakap tak serupa bikin. Kononnya profesional bekerja untuk rakyat dan bertanggung jawab kepada semua warga negara malaysia.

Tapi dalam masa yang sama langsung tak hormati hak ahli parlimen seandainya rakyat memilih ahli parlimen sebagai wakil mereka dari kalangan pakatan rakyat.

Dalam kes Nurul Izzah, ahli parlimen lembah pantai, haknya sejak hari pertama sampai sekarang dinafikan mentah-mentah macam siul oleh Umno yang jahat tu:

Dr Juanda tanding PRU13 atas tiket PKR, Dr Asri camna?

Desas desus kencang kemasukan dua Dr tokoh agama kontroversi tanah air ke dalam kancah politik negara. Kedua-duanya ada hubungan dengan jabatan Mufti Kerajaan Perlis. Negeri Perlis terkenal sebagai pelopor antara negeri yang paling fleksibel dan awal menerima tokoh-tokoh agama berfahaman terkini (fahaman muda).

Ada 3 nama sebenarnya dalam bab ulama dan politik ini, satu nama lagi tak payah bagi tau iaitu Fathul Bari yang memang dah jadi ayam tambatan kepada parti jahat Umno. Kalau dia bertanding sudah tentu atas tiket Umno dan tak ada pasal dia akan bertanding atas tiket Pas!

Berkemungkinan besar Dr Juanda yang semakin galak dan minat dengan politik akan masuk PKR dan bertanding atas tiket parti berpendirian liberal tersebut. Aku setuju dengan Dr Juanda untuk aktif dalam PKR dan declare sebagai ahli politik dan jangan pergunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

Dr Asri pulak masih kabur samada akan bertanding untuk Pas atau PKR atau DAP. Aku dengar DAP juga ada memujuk dan manawarkan Dr Asri agar aktif menyertai parti mereka. Ini lambang keterbukaan dan kesediaan DAP untuk merangka kaedah terbaik menjadi parti politik yang berwibawa.

Secara peribadi aku rasa, kedua-dua mereka tak perlu bertanding dan sertai mana-aman parti politik. Tidak sertai mana-mana parti bukan bermakna tidak menyokong. Sokonglah mana-aman parti yang dirasakan sesuai dan sama-sama menyumbang dan mengkritik apa saja parti yang disokongnya agar mereka dapat berjalan dengan lebih berkesan.

Itu lebih baik daripada masuk dan jadi ahli politik. Buat macam sekarang dan bertindak secara saksama dalam kritikan anda agar tak ada orang yang akan tuduh mereka bias atau berat sebelah.

Tun Mahathir tuduh Nik Aziz tipu

Dalam entri terbaru Tun Mahathir menjelaskan bagaimana scenario bermulanya kemasukan Pas bekerjasama dengan Umno dan seterusnya Pas kembali pecah dan keluar dari usaha kerjasama tersebut.

Bagi Tun M, Pas retak dan ditolak bukan kerana Umno, tapi kerana perpecahan yang berlaku antara kepimpinan Pas ketika itu.

Bila pimpinan Pas bergaduh dan kerajaan Pas di Kelantan bercempera akibat pergaduhan tersebut maka darurat terpaksa diistiharkan!

Haa! kat situ lah aku dapat teka ada yang tak kena pada kepimpinan Umno masa tu. Yang hangpa pi istihar darurat tu apasal? awat tak ada cara lain ke?

PR perintah, negara tak akan hadapi diskriminasi begini!

Perdana Menteri Najib Razak, yang semakin lemah pernah janji dan gesa agar permit dapat dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk pengusaha teksi individu. Tapi nampaknya tak ada apa-apa tindakan dilakukan oleh mereka yang bertanggung jawab.

Najib yang lemah itu buat kenyataan hanya apabila mendapat tekanan daripada Pakatan Rakyat yang jelas menentang sistem monopoli dan diskriminasi yang diamalkan oleh BN selama ini.

Namun, nampaknya Najib memang lemah, dia hanya kuat jalan buat kempen demi kempen dan reka tema demi tema serta slogan demi slogan untuk menyedapkan halwa telinga.

Projek transformasi yang diwar-warkan sebagai berjaya dan cukup hebat hanya mendapat faedah segelintir kroni dan sahabat niaga Umno/BN. Rakyat hanya dapat tempias sahaja yang lebih kuah daripada isi.

Berikutan itu, satu kumpulan pemandu teksi bertindak melancarkan kempen, 'hentikan monopoli permit teksi'.

Jika Pakatan Rakyat pegang pemerintahan, semua aktiviti kroni, monopoli dan seumpamanya akan menjadi perkara pertama dan pokok yang perlu dihapuskan...sumber

Wednesday, 13 February 2013

Tun Mahathir dakwa Najib buat silap!

Panas! bila orang tuan ni cakap ramai jugak orang yang masih mahu dengaq. Kali ni dia bagi rahsia macam mana Umno/BN pukul liau-liau pembangkang ketika berada di tampok pemerintahan selama 22 tahun dulu. Rahsianya adalah:
"Pastikan waktu pilihan raya menjadi satu kejutan..."
Najib nampaknya buat silap besar bila tangguh dan tangguh waktu PRU sehingga kerajaan BN terhimpit ke sudut dingding dan tak boleh lagi buat kejutan pada rakyat.

Semua orang 1 Malaysia dah tahu PRU mesti diadakan dalam tempoh terdekat ini dan Najib masih lagi terkial-kial cuba pujuk rakyat menyokongnya. Sorry Jib!, rakyat demand tinggi sekarang ni sebab depa tau hang dah tak ada pilihan.

Ini bukan aku yang cakap tapi Tun M sendiri yang kata, Najib sudah kesuntukan masa sebab terperangkap menjadikan Pilihanraya punya waktu sudah bukan lagi rahsia....no elements of surprise!!!

Habislah Najib, harap dia masih sempat prepare jadi Ketua Pembangkang 1 Malaysia pulak.

Majlis selamat tinggal BN di Penang dihadiri Najib

Harapkan panas di tengahari, rupanya hujan sampai ke petang. Harapkan PSY bawak sokongan rakyat Penang kepada BN, malangnya majlis sama jadi acara selamat tinggal BN.

Umno/BN masih tak faham-faham yang rakyat sudah tidak lagi boleh dibeli dengan duit atau hiburan atau janji pembangunan seperti dulu. Rakyat hanya mahukan Umno/BN mampus saja dari terus jadi pemerintah negara. Sekurangnya itulah yang rakyat Penang cuba sampaikan dalam konsert kilat Gangnam baru-baru ini.

Aku sendiri dapat rasakan Umno/BN sudah tak ada harapan lagi di Pulau Pinang. Sebab utama adalah kerana majoriti Cina nekad untuk tolak Umno/BN. Orang Melayu pulak rasa terhina dengan provokasi media pencacai Umno/BN yang menuduh mereka telah dirogol bergilir-gilir oleh pemimpin Cina di sana.

Negara bankrap jika terus beri mandat pada Umno/BN

Umno/BN kata depa selesa dengan sokongan rakyat pada mereka sekarang. Najib dan Muhyiddin saling sahut menyahut dakwa yakin akan dapat menang PRU-13 nanti dan sentiasa kondem PR kononnya rakyat di bawah pemerintahan PR sengsara dan menyesal.

Tapi dalam masa yang sama depa jugak tak habis-habis merayu keliling kampung pada rakyat agar kekalkan pemerintahan BN. Najib rayu agar dia diberikan mandat untuk terus buat negara Malaysia jadi Transformer. Sedih dengar rayuan demi rayuan.

Itu tandanya mereka sebenarnya dalam keadaan tak keruan dan hilang keyakinan samada dapat terus perbodohkan dan perabih duit rakyat atau tidak. Umno/BN sendri tak percaya pada risikan maklumat yang mereka dapat baik daripada SB maupun daripada wakil-wakil bahagian masing-masing. Sebabnya mereka memang selama ini kaki kipas dan cakap hanya apa yang Umno/BN nak dengar.

Awie ketuai kempen cegah maksiat!!!

Gebunya dia!
Woooit! Awie yang terkenal jadi artis rock tu!, yang badan gempal rambut perang bubuh color tu!, yang ada bisnes hiburan melalak tu! ya, ya, ya! Awie tu le!

Rupanya ada juga hati mulia dia tu ya, nak ketuai kempen cegah maksiat.  Eheh takkan nak halang kot? lantak ko lah Awie oooi, tapi jangan lupa cermin diri setiap hari, begitu juga dengan kesemua ahli pertubuhan hangpa.

Yang aku tau hangpa lah juga buat pelari anak dara orang dan hangpalah jugak yang pi selamatkan anak dara orang.

Kali ni nampaknya hangpalah jugak yang buat maksiat dan hangpalah jugak agaknya yang akan pi cegah pada geng-geng hangpa sendiri.

Kalau dah pelakon tu tetap pelakon!

Najib ditolak mentah-mentah oleh orang Penang! Kesian

Aku baru tengok video ni, baru aku tau rupanya sambutan hebat pada Najib hari tu di Penang rupanya hanya syok sendiri saja...hehehe.

Kalau aku jadi dia, aku stop ulang banyak-banayk kali pertanyaan tu...are you ready for BN...NO!!!!, aduh malangnya!, kalu tak ulang banyak kali tentu tak ada yang perasan kot...heheh mampulah BN kali ni...

Najib tak guna wang rakyat untuk bawa PSY?

PSY mai buat tarian nam jahanamnya di Penang dengan bayaran RM2 juta. Itu apa yang aku dengar orang kata dan aku percaya sebab PSY dah jadi bahan tumpuan dunia. Gambar PSY berakpun laku, apa lagi kalau gambar dia berjoget dengan diiringi wanita cun menggoda dengan lintuk badan yang bergelora.

Kos dua juta tu juga jadi satu isu dan Najib kata sesenpun tak ambil duit rakyat. Malah kata Najib, orang ramai datang menonton pertunjukkan tersebut secara percuma termasuklah makcik pokcik yang lemah tulang pinggang, semua tengok dengan percuma.

Cuma mungkin Najib tak cakap bahwa bukan setakat percuma, malah makcik dan pokcik yang mai dengan bas atau kereta tu turut dibayar sedikit wang kopi habuan lepas lelah. Boleh ambil duit tu pi pekena teh tarik atau nasi kandaq kat Kassim Mustafa.

Ok lah kalau tak belasah wang rakyat. bagus tu. Tapi siapa pulak yang buat keluar duit bayar kat PSY? duit poket cina gerakan? duit poket Najib/Rosmah? duit siapa?

Gangnam bantu Najib rampas Penang !

Najib yakin dapat rampas semula Pulau Pinang apabila melihat kehadiran seramai lebih 40 ribu orang menyambut kehadirannya semalam. Dengan senyum lebar Najib dakwa semua yang hadir itu semata-mata untuk menyambut ketibaannya meraikan Raya Cina di P Pinang.

Aku pi jugak kemarin ke Pulau Pinang. Tapi bukan untuk tengok atau sambut Najib. Aku pi Tanjung untuk bawa family jalan-jalan makan angin naik feri. Lama dah tak naik feri rasa rindu pulak. Selepas pertunjukkan PSY baru aku naik feri ke Tanjung.

Ketika ronda cari makan kat Restoran Kapitan, aku tengok orang ramai berpusu-pusu masuk dan makan kat situ. Pinggan bersepah-sepah tak terbasuh kerana terlalu ramai keluar masuk. Aku masuk duduk sat dalam 15 minit kemudian terus cabut. Tak ada sapa nak layan aku! baik aku belah keluar.

Sunday, 10 February 2013

Gangnam vs 6Jahanam

Hangpa semua tentu dah saksikan Cina Korea Psy tu beraksi. Malah lebih satu billion aksinya ditonton di Utube. Dalam bab ni aku nak rasa bangga sikit. Bangga sebab aku sekalipun tak pernah tonton macam manan mamat tu menari atau menyanyi.

Nama dia aku kenal melalui cakap-cakap di internet dan aku tak ambil kisah bagaimana aksi dia sebab itu bukan bidang yang menarik bagi aku. Lantaklah hebat macam manapun dia sikitpun tak menambahkan ilmu aku.

Bila sebut perkataan gangnam, aku sering teringat Enam Jahanam. Orang tua macam aku tentu tau apadia 6 jahanam. Itu tema cerita P Ramlee. Kisah 6 orang crook yang bunuh isteri kesayangan hero yang dilakonkan oleh P Ramlee. Bagi aku Gangnam tu adalah salah seorang 6 jahanam yang datang kerjanya untuk rosakkan anak-anak remaja kita, bunuh budaya kita dan lekakan masyarakat kita.