Pages

Saturday, 9 February 2013

Najib pekena OKU!

Raya Cina tahun ni jadi medan pertempuran politik antara BN dan PR. Raya sambutan tahun baru cina ini akan disambut pula dengan PRU-13.

Pilihanraya yang dijangka paling sengit dalam sejarah mengalahkan pertempuran kuasa antara Postugis dengan Belanda merebut Melaka.

Anwar Ibrahim dengan penuh bergaya membuat ucapan di Radio Selangor khas untuk warga Cina rakyat Malaysia segenap lapisan. Baca sini.

Majoriti orang Cina berikan sokongan penuh pada PR. Itu fakta yang Umno/BN terpaksa telan samada suka atau tidak.

Wakil BN Sri Gading buat lagak ngeri

Mamat Sri Gading ni memang popular. Dia banyak cakap dalam dewan dan sentiasa ada saja kontroversi ketika bersidang. Dia ayam tambatan BN ketika bersidang dalam Parlimen.

Tapi aku pelik sikit kenapa dia tak ada dapat apa-apa jawatan dalam kabinet. Apasal dia tak dilantik jadi menteri. Kesian kat dia, penat tegakkan benag basah tapi satu jawatan menteripun Umno tak kasi kat dia. Mungkin sebab dia tak berapa cerdik, dan Umno perasan masalah itu.

Semalam dia sedap-sedap tuduh Pembangkang dibuai mimpi ngeri sebab dah tahu nak kalah dalam PRU-13 nanti. Sebab itu pembangkang tuduh kerajaan cuba takut-takutkan rakyat dengan berbagai masalah agar tidak undi pembangkang.

Woooit! ko tuduhlah apapun, rakyat bukannya bodoh sekarang dan gertakan kerajaan pada rakyat tak akan menjadi malah membosankan rakyat lagi adalah.

Hang tunggu lepas ni, bila BN kalah dan PR naik, aku yakin Sri Gading akan lakukan lagak ngeri...hehehe

Isu Ustaz Nasharudin...

Pas Selangor minta Ustaz Nasha jangan dok bawa nama aruah Ustaz Fadzil dalam apa saja kenyataannya. Jangan jual nama arwah dan dalam masa yang sama terus tikan Pas.

Pertelingkahan dalaman berlaku dalam mana-mana parti di seluruh Malaysia. Tatak heran jika itu berlaku dan aku sebenarnya tak kisah sebab bagi aku semua kira OK...

ASALKAN BUKAN UMNO !!!

Datuk K Rajagopal patut "boleh belah"

Setelah dibelasah 2-0 oleh pasukan Qatar, skuad bolasepak negara masih boleh lega. Lega kerana jurulatih mereka amat berbangga dengan prestasi mereka ketika menentang Qatar!!!

Aku tak tau apa nak cakap lagi pada jurulatih ni, berpuasa hati dengan pasukannya setelah kalah dalam perlawanan sulong kelayakan piala asia 2015.

Jadi agaknya pasukan bolasepak negara tidak perlu komited sangat untuk menang sebab menang pun ok kalah pun ok juga malah boleh berbangga lagi!.

Pengkritik sukan negara Tan Sri Khoo Kay Kim, sendiri tak faham dengan kenyataan K Rajagopal yang langsung rasa tak malu sebaliknya berbangga.

Inilah akibatnya buat kerja tak sepenuh hati dan ikut telunjuk para-para mangkoq yang tak tau apa-apa tapi gila kuasa.

Buat camna beb...cari makan...kata Rajagopal

FAM meroyan lagi!

Dalam banyak-banyak organisasi ada 2 yang paling gila meroyan di malaysia. Meroyan atau gila talak ni memang penyakit terklenal di negara kita pada mereka yang tak kuat jiwa. Organisasi yang aku maksudkan adalah:

  1. Umno
  2. FAM
Makhluk yang pertama tu semua dah tahu memang sewel aka gila meroyan takut hilang kuasa kemudian ramai-ramai kena dakwa salah kuasa, salah laku seleweng herta rakyat dan sebagainya.

Apa yang aku nak cakap kat sini adalah makhluk nombor dua yang dikuasai oleh mereka-mereka yang tidak nampak bagaimana cara bolasepak perlu dikendali dan di bina ke peringkat yang lebih tinggi.

Buka saja puak-puak yang duduk kat atas dalam organisasi tu, malah keseluruhan mereka yang terlibat dari peringkat bawah sampailah keatas semuanya mangkaq. Daripada pemain atau jurulatih atau pengadil atau penyokong kelab yang tertakluk bawah FAM semunya mangkaq berayun tak boleh pakai dan tak ada satu iltizam tinggi untuk buat perubahan.

Apa yang FAM buat dari sehari ke sehari dengan berbagai kontroversi amat meloyakan tekak aku. Baru-baru ni dia bagi pulak surat tunjuk sebab pada Shahidan kassim sebab kritik FAM dan buat kenyataan media terhadap FAM.

Kalau ikutkan rasa nafsu amarah aku, memang seronok tengok Shahidan Kassim kena macam tu sebab dia tu orang kuat Umno dan aku tak suka sesiap saja yang jadi orang kuat umno dan aku tak sokong mereka.

Tapi dalam bab ni kita perlu lebih objektif dalam mengkritik demi untuk melihat FAM dan keseluruhan sistem yang ternyata gagal dalam badan penting suka bolasepak negara kita berjaya dimusnahkan dan diolah serta dirombak semula.

Dari segi perlembagaan yang ada dalam FAM, memang semua yang mereka buat adalah betul. Tak salah sama sekali dan mereka yang tertakhluk bawah FAM yang melanggar perlembagaan memang bersalah dan perlu dikenakan tindakan.

Aku tak pertikaikan proses itu semua. Tetapi aku pertikaikan perlembagaan yang aku rasa lapuk dan perlu dirombak supaya lebih berdaya saing dan mampu memartabatkan bolasepak di negara kita dan memberikan peluang pada semua orang yang berkemampuan untuk menyumbang pada industri tersebut tak kira raja atau rakyat biasa.

Apa yang perlu sekarang adalah mengajak kesemua yang terlibat dalam FAM nekad untuk tinggalkan saja organisasi tersebut dan biarkan si luncai terjun dan kawal serta peluk labunya. Biarkan kerabat dan konco-konconya saja yang terkebil-kebil buat ikut suka hati mereka tanpa ada pasukan bola, pengadil, penyokong, peniaga, penjual tiket yang layan mereka.

Sebulan, setahun, dua tahun depa akan belah berambus dan berikan pada orang yang lebih serius cerdik dan mahu membangunkan sukan bolasepak negara.

Umno belagak macam dah menang!

Kalau kalah jangan buat huru hara, terima kenyataan dan akur pada pilihan rakyat!!! kata Najib lembut!.

Alahai, macam dah tahu BN akan menang PRU 13 nanti? ada apa-apa special kot baguih punya rancang dengan SPR, Polis, Tentera, KDN dll...untuk buat magik!

Kalau tidak, kenapa yakin semacam saja siap nasihat pada PR dan Anwar Ibrahim suruh terima kenyataan....!

Aku rasa Anwar Ibrahim pulak kena beri peringatan pada Umno/BN supaya jangan buat kacau bila rakyat tolak mereka masuk longkang najis dalam PRU 13 nanti. Rakyat memang dah lama sangat tunggu untuk humbankan Umno/BN kesemua sekali dalam muzium...tinggal kenangan.

Dah lama sangat dok perbodohkan Melayu, perbodohkan rakyat jelata dan perbodohkan semua orang termasuk macai-macai Umno sekali.

Aku rasa tak sabar tunggu PRU-13 nanti....

Friday, 8 February 2013

Najib harap pada skandal lembu untuk PRU-13

Najib letak harapan yang cukup tinggi pada Wanita Umno untuk pastikan mereka tidak dimalukan oleh rakyat dalam PRU 13 yang bakal berlansung samada mereka suka atau tidak suka.

Wanita Umno menurut Najib telah banyak menyumbang pada negara. Antaranya adalah:

  • Tranformasi industri lembu di negara kita daripada makan rumput atas padang kepada lembu yang duduk di komdominium mewah
  • Transformasi projek tanah rakyat yang dianugerahkan pada Ketua Wanita Umno Selangor lalu dijualnya pada usahawan ubat gigi dan buat duit atas angin sap-sap sui.
Atas sumbangan yang terlalu banyak pada menghabiskan duit rakyat maka Najib yakin kaum wanita di seluruh Malaysia sudah tentu akan sokong Umno. Awat najib ingat wanita malaysia dah bobo ke? tak tahu mana Intan mana Kaca?

Dalam itu Najib puji dirinya sendiri kerana semua dunia puji usaha transformasi kerajaan yang didalangi oleh najib. Masa persidangan ekonomi dunia hari tu dia kata semua orang puji usaha tersebut dan tak ada seorangpun di situ cakap pasal Buku Jingga!

Alahai! Awat hang bodo sangat? takkan dok tak dok orang nak cakap pasal buku jingga pulak dalam persidangan yang dihadiri oleh Najib? cuba tunggu lepas ni kalau PR pegang kerajaan, depa tak akan cakap proses transformasi hang tu...

Thursday, 7 February 2013

Ulama Umno fatwa sokong BN sampai bila-bila

Masa bawa kereta petang tadi sambil dengar radio Bernama Radio 24, terikut temuramah bersama dengan salah sorang ulama Umno, Ustaz Idris yang membicarakan berkenaan pemerintah dan rakyat.

Sebagai ustaz dia bercakap semunya ada nas, ada hujah. Tapi aku rasa hujah dia hanya akan diangguk oleh penyokong Umno astau mereka yang tak ada pendirian dalam politik saja.

Satu perkara yang paling ketara, dia insist mengatakan bahawa sistem demokrasi adalah sistem kafir dan perlu ditolak terutamanya kerana demokrasi seolah-olah menjadi satu Agama yang giat dipromosikan oleh kafir Yahudi.

Kemudian dia kata pulak oleh kerana susah sangat nak ikut cara Islam, maka tak ada pilihan buat sementara waktu ini kenalah kita ikut demokrasi. Islam itu lengkap dan punyai sistem ynag tersediri dalam politik. Banyaklah hujah dia kasi berkenaan garis panduan antara pemerintah dengan rakyat.


Peliknya dia tak sebut pulak perkara asas sebelum berlakunya kedudukan pemerintah dan rakyat perlu kepada proses melantik pemerintah. Yang tu dia tak sebut mengikut fahamannya bagaimana hendak dinaikkan pemerintah tanpa mengikut sisitem demokrasi.

Cara dia bercakap seolah-olah kena ikut pemerintahan khalifah di Malaysia ini khasnya untuk menjaga kepentingan umat Islam. Sekali lagi dia tak cakap macam mana nak lantik Khalifah di negara kita.

Peliknya adalah jika kita lantik Khalifah umat Islam di Malaysia, bagaimana dengan umat Islam di luar dari Malaysia, depa nak lantik macam mana dan bila semua negara Islam ada Khalifah masing-masing siapa pula The Grand Master of Khalifah di muka bumi ini? sia punya urusan untuk meletakkannya dan bagaimana?

Dalam dok merapu semua itu dia akhirnya membawa pandangan bahawa kerajaan tidak boleh dijatuhkan. Pemimpin yang tak betul tidak boleh dijatuhkan, boleh nasihat tapi secara one to one. Bila agaknya rakyat berpeluang jumpa one to one dengan Najib melainkan jika mahu push projek buat duit untuk kroni!

Dia bagi hujah Imam Nawawi yang tidak membenarkan rakyat menegur pemimpin secara terbuka walaupun dia fasik dan tak betul sama sekali. OK lah kalau dia fasik sebab buat dosa antara dia dengan Tuhan saja. Tapi jika dia buat fasik yang melibatkan rakyat dan seterusnya merosakkan aktiviti dakwah ummah pulak macam mana?

Ustaz Umno ni pulak macam tak sedar sekarang ni ada kerajaan negeri dan ada kerajaan persekutuan. Macam mana pulak dengan kerajaan negeri yang berada di dalam kuasa Pakatan Rakyat? kenapa ulama Umno kritik dan tolak mereka? bukankah itu juga satu kesalahan jika diikutkan doktrin mereka kena taat pada pemimpin walaupun tak betul?

Aku rasa apa yang dia nak bagi tau adalah tukar semuanya menjadi kerajaan BN di seluruh negara dan negeri dan rakyat perlu taat sampai bila-bila dan setiap kali pilihan raya kena pangkah BN dan PR tak perlu letakkan calon supaya BN menang percuma dan BN kekal jadi pemerintah sampai kiamat....betoi ke cara dia ni berfikir?

Kempen mari mengundi guna lagu RAP

Zaman dah moden. Lagu mengundi juga perlu berubah dan kali ini depa bubuh lagi Hip-Hop nyanyian Kumpulan One Nation Emcee sebagai lagi tema kempen keluar mengundi...tak sabar dengar lagi RAP keluar mengundi nih!

Dalam pada itu, SPRM berjanji PRU kali ini bakal jadi yang laing bersih sekali dalam sejarah dunia dan bukannya paling kotor sebagaimana yang orang takutkan.

PRU kali ini juga bakal menjadi yang terbaik dalam sejarah...maknanya SPRM akan pastikan Pakatan Rakyat menang dengan telus dan bergaya dan segala tipu daya tidak akan dibenarkan sama sekali
Sumber

Wednesday, 6 February 2013

Suami setubuh paksa isteri didakwa rogol!

Pejuang hak asasi wanita yang memperjuangkan hak sama rata antara lelaki dan perempuan hari ini menggesa kerajaan menaiktarafkan undang-undang agar lebih berpihak kepada kaum wanita terutamanya dalam hal ehwal antara suami isteri.

Antara perkara yang mereka mahu adalah agar Najib Razak melihat kemungkinan untuk mengenakan salah rogol pada suami yang menyetubuhi isterinya secara paksa.

Jika ini berlaku, para suami mungkin terpaksa melancap sahaja sambil melihat isterinya dari jauh jika ajakan bersetubuh tidak direstui atau disukai oleh isteri.

Aku takut lepas ni, bila para suami sering melancap depan isterinya kerana tak mahu disetubuhi, mereka akan minta akta menghalang suami menunjukkan kemaluannya atau berkelakuan lucah di depan isterinya pulak....alahai!

Lepas tu depa akan minta diberikan hak untuk bersetubuh dengan sesiap saja yang mereka mahu dan suami tidak berhak menghalangnya....!

Kalau diikut-ikutkan sangat makcik-makcik yang tak ada suami atau kaki buli suami ini, mahu terbalik jadinya dunia...!

sumber

Gambar pertemuan Deepak dengan Mahfuz

Pagi tadi dalam lingkungan pukul 11.00 Deepak Jaikishan, yang satu masa dulu kawan baik Rosmah Najib berjalan masuk ke Bangunan Pas di Jalan Raja Laut KL. Dia ada pertemuan dengan Naib Presiden Pas, Dato' Mahfuz Omar di tingkat 5.

Deepak bersetuju untuk bertemu Mahfuz bagi membincangkan isu imuniti yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Deepak dalam usaha mendedahkan segala apa rahsia yang dikendongnya di bawah kilang karpetnya itu memerlukan perlindungan saksi untuk berbuat begitu.


Pertemuan Deepak bersama Mahfuz akan diiringi oleh para peguam bagi membincang dan mendapatkan khidmat nasihat terbaik dalam hal menguruskan perlindungan saksi yang diminta olehnya.

Deepak bukan seorang Indian businessman yang lekeh. Sejak tahun 2000 ke tahun 2009 dia berjaya selesaikan sebanyak RM3 billion pelaburan dalam sektor pembangunan hartanah. Memang dia dan keluarganya dikenali dalam industri hartanah berbanding industri karpet.

Dia hanya jadi Keling Karpet setelah membeli syarikat pembuatan karpet Noble Carpet Sdn Bhd yang merupakan kilang karpet paling besar yang ada di Malaysia.

Dari kilang karpet yang besar tersebut, Deepak berjaya masuk ke dalam rumah Rosmah Najib untuk membekalkan segala hiasan dalaman istana Wanita No1 Malaysia. Rosmah punya taste yang tinggi hanya akan berurusan dengan tokeh paling besar dalam industri karpet bagi menghamparkan karpet di dalam istananya. Sejak itu Deepak dakwa..."Rosmah dah jadi macam aku punya kakak!!!".

Biasalah dalam dunia gelap negara kita, setiap urusan niaga yang melibatkan kerabat Umno/BN akan berakhir dengan taukeh terperosok menjadi pencacai tahap maksima pada Umno/BN. Dan tup-tup Deepak terpaksa menjadi barua bagi melindungi PI Balasubramaniam. dalam isu penutupan rahsia kes pembunuhan Altantuya!!!.

Bagi sesiap saja yang berjaya deal business dengan Umno/ BN akan lalui proses, buat duit, jadi kaya dan dapat projek lagi dan jadi kaya lagi dan dapat duit buta dan dapat tanah buta dan jadi kaya lagi dan jadi barua, jadi balachi dan akhirnya terkena...kalau masih kaya tak jadi isu tapi kalau jatuh papa akhirnya akan jadi musuh BN...lalu PR akan menyambutnya sebagai ayam tambatan baru pulak

Biasanya ayam tambatan yang PR dapat power-power sebab BN/Umno terkenal dengan terlalu banyak isu korup, tamak, dengki dan segala sumpah seranah bisul bernanah...

Tuesday, 5 February 2013

Zahid Hamidi pertahan Majlis Syura Pas!

Senarionya bermula bila Lim Guan Eng minta kerajaan persekutuan membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam Bible. Agak pelik juga dok tak dok LGE buat statement cam tu dekat dengan pilihanraya. Bukan dia tak tau sentimen orang melayu terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam.

Untuk meredakan keadaan Tuan Guru Haji Hadi bersama dengan pimpinan PR keluarkan kenyataan ok untuk bukan Islam gunakan kalimah Allah. Aku rasa Tuan Guru haji Hadi bukannya tak tahu hukum hakam untuk perkara sebegitu.

Kemudiannya Majlis Syura keluarkan kenyataan putus bahawa penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu tidak dibenarkan. Kenyataan ini sepatutnya jadi kata putus buat Pas dan tak perlulah dipertikaikan lagi atas dasar Majlis Syura punyai kata putus dalam perkara sebegini. Betul kata Haji Hadi, ia sudah diputuskan oleh Pas dan tak perlu bincang lagi.


Bangun pula singa DAP, Karpal minta Majlis Syura pertimbangkan semula keputusan mereka. Permintaan Karpal sudah tentu berdasarkan kepentingan politik dan bukannya atas dasar kepentingan Islam sebab dia seorang kafir yang masih belum mendapat hidayah. It's purely politics!, tak ada benda lain.

Ramai yang kritik latahan Karpal yang mahu tunjuk pandai menasihatkan Majlis Fatwa dalam urusan yang melibatkan kepentingan umat Islam. Kenapa Karpal tak reti hormat sikit rakan mereka yang mewakili umat Islam dalam PR. Ini bukan kali pertama dia buat macam tu namun Pas tak boleh pecat Karpal dari parti kerana dia bukannya ahli Pas.

Hari ini Zahid Hamidi pulak, orang kuat Umno tegur Karpal agar jangan masuk campur dalam urusan Majlis Fatwa yang tidak ada kena mengena dengan DAP. Walau buruk macam manapun persepsi aku pada Umno atau pada Zahid Hamidi, aku rasa Zahid buat perkara yang betul untuk mengkritik Karpal dalam hal umat Islam.

Kenapa Majlis Syura buat keputusan sebegitu, sudah tentu setelah mempertimbangkan bencana atau kerosakan yang bakal timbul pada umat Islam khasnya di Malaysia jika Bible menggunakan kalimah Allah di dalamnya. Aku yakin pertimbangan politik wajib menjadi perkara kedua berbanding perrtimbangan kepentingan agama dan dakwah Islamiah.

Ringkasnya, jelas Pas bukannya pencacai DAP, itu semua orang Islam dan juga bangsa Melayu mesti tahu. The End

Sumber

Monday, 4 February 2013

PAS bodoh ekonomi: Chua Soi Lek

Pas akan kuasai Johor jika PR berjaya tawan negeri kubu kuat Bn itu. Sebabnya adalah Pas akan bertanding di 32 kerusi daripada 56 kerusi yang terdap;at di Johor. Paling banyak kerusi yang DAP akan bertanding hanyalah sebanyak 15 kerusi, jadi jika PR menang kat Johor, Kerajaan Islam di bawah pemerintahan Pas akan ditubuhkan di sana.

Kalau ini berlaku dan aku rasa ini sudah tentu akan berlaku, Insyallah, kata Chua Soi Lek, keseluruhan pembangunan yang sedang rancak berlaku di Johor akan berhenti....!!!


Apasal pulak Chua Soi Lek kata begitu?

Sebabnya adalah Parti Islam Semalaysia tu terlalu bodoh tentang ekonomi. Mereka hanya pandai bercakap segara retorik pemerintahan islam, Kepimpinan Ulama, kesejahteraan dan bla,bla, bla...tapi mereka bodo ekonomi. Itulah kata Chua Soi Lek...

Apa pendapat hangpa?
Aku tak dapat tidak terpaksa akui cakap biadap Chua Soi Lek tu, memang Pas bodo ekonomi berbanding orang lain. Selama Pas tertubuh sejak dulu lagi, tak pernah ada seekorpun syarikat hebat yang berkait rapat dengan Pas berjaya ditubuhkan atau dibina yang boleh dibanggakan. kalau adapun mungkin Kohilal, itupun koperasi yang naik kemudiannya melambung mampus setelah diambil alih oleh para Ustaz (yang dakwa depa ulama) setelah menendang keluar mereka yang menaikkannya.

So, apa Pas perlu buat?
Perkara utama paling penting yang Pas perlu buat adalah...

"MENGAKU KELEMAHAN TERSEBUT!!!"

Bila dah mengaku barulah boleh duduk pikirkan bagaimana nak selesaikan kebocoran terhadap kebodohan ekonomi. Lahirkan lebih ramai mereka yang macam Husam dan bukannya berusaha menjatuhkan orang yang macam Husam.

Para Ustaz kena faham jika hangpa pandai hukum hakam hatta dalam bab hukum muamalat sekalipun, anda bukan semestinya reti tentang ekonomi.


KUALA LUMPUR: MCA president Dr Chua Soi Lek has warned that Johor will fall into PAS hands if Pakatan Rakyat takes the state.
He said the DAP will try to urge the voters to vote for Pakatan but the DAP won’t have the numbers to rule the state.
“Today DAP says it wants to break into the Barisan Nasional’s bastion in Johor. Johor has 56 seats, but I dare say DAP will only contest in less than 15 seats, whereas PAS will contest 32 seats.
“If Pakatan gains power PAS will be calling the shots. All mega projects in the pipelines will be halted,” Chua said at the party’s anniversary celebration in a restaurant here today.
He added that PAS was known for its religion-centric policies and ignorance in economic developments.
Pakatan has named Johor as its frontier state in the coming 13th general election in an attempt to shake the ruling coalition its long grip on power in the state.
PAS vice-president Salahuddin Ayub has announced his shift to contest in Johor – his birthplace – from Kelantan while DAP’s veteran Lim Kit Siang was also rumoured to stand in the state.
Currently, BN holds 50 seats in the Johor State Legislative Assembly while the opposition has the remaining six.
Chua also said a vote for DAP meant a vote for PAS because DAP was only a “supporting actor” in all states but Penang.
“Let’s look at the last general election, it is proven that a stronger opposition would only benefit PAS. Out of the five states Pakatan won, PAS took the menteri besar’s positions in three states.
“The best example is Perak; although DAP had 18 elected representatives, and PKR and PAS only 13 MPs, the menteri besar was from PAS,” he said, in reference to the brief reign of Pakatan state government in Perak between 2008 and 2009, in which PAS’ Nizar Jamaluddin was the menteri besar.
“DAP has already changed; it now embraces PAS and its Islamic teachings. If we want to reject PAS and DAP, we should not forget they both are political allies,” he said, urging the voters to also abandon the DAP.
The MCA luncheon was attended by more than 300 people, most of them sporting the dark blue “stability above chaos” polo tee-shirt.
Meanwhile, on a separate matter, Federal Territories MCA chief Tan Chai Ho announced during the event that he would not seek to return to Bandar Tun Razak – a seat held by him until 2008 – in the coming general election.
He said although there have been numerous calls for him to re-contest the seat, he felt that it was wise to go at an appropriate time.
Tan was the former deputy home minister until he was defeated by Khalid Ibrahim in the constituency in 2008.


Sumber