Pages

Monday, 17 June 2013

PR kena tipu pada hari mengundi!!!

Himpunan blackout 505, bantah keputusan pru 13. Bantah kejadian blackout ketika hari mengundi. bantah kejadian kena tipu ketika hari mengundi. bantah dan bantah tak dapat menerima keputusan bahawa Pakatan Rakyat kalah.

Aku sendiri dok tertanya-tanya betoi ke semua pakatan rakyat tertipu ketika hari mengundi pada pru 13 dulu tu? Betoi ke SPR bersekongkol dengan Umno di seluruh pusat mengundi yang strategik untuk memastikan Umno menang dan PR kalah teruk?

Puas aku dok fikir dan baru-baru ini aku tengok komen Nazri Aziz tentang isu kena tipu dalam pru 13. Kalau betol kena tipu, maka salahkan agen calon PR ler!, semua ada dalam kejadian pada hari mengundi, kenapa tak bantah hari tu...apa lena ker???

Ya! betoi jugak siapa kata spr  menipu, rupa-rupanya mereka yang tak terima kekalahan yang sedang cuba menipu rakyat. kalau berlaku penipuan sepanjang hari mengundi, aku setuju bahawa kita perlu salahkan ajen calon. tak kira samada calon BN atau PR. Mereka yang bongok tak buat kerja!.

Tapi apakah aku setuju sistem demokrasi kita telus dan adil? dalam bab ini aku langsung tak kata demokrasi kita adil. Sistem demokrasi kita hanya berat sebelah kerajaan yang memerintah persekutuan. Demokrasi kita hanya berpihak pada BN.

Lihat akhbar, lihat tv lihat radio dan lihat penggunaan harta awam dan kerajaan yang berleluasa sepanjang tempojh kempen...itulah yang paling celaka yang perlu dibersihkan dari terus berlaku.

Aku dengar SPR akan report pada parlimen selepas ini dan bukan lagi pada kabinet. Itu cukup bagus dan sepatutnya dah lama berlaku.

Ringkasan pada keputusan PRU 13 adalah:

  • PR tuduh SPR tipu pada hari mengundi itu adalah kerja putar alam peringkat tak boleh terima.
  • Kemenangan BN kekalkan kuasa di Putrajaya belum tentu merupakan pilihan rakyat...ia lebih pada paksaan dan bukan satu pilihan

Wednesday, 12 June 2013

Usaha jatuhkan ulama

Dah lama aku tak mengarut dalam blog ni sejak PRU 13 dah habis, baru hari ni rasa nak jenguk semula dan buat sedikit ucapan polotik semasa. Aku tak taulah samada aku dah terlepas bot atau tidak tapi dalam banyak benda politik yang aku cuba tak mau dengar, aku masih juga dengar orang berbual pasal agenda jatuhkan ulama.

Kalau bab ulama atau tak ulama ni dan dalam ruang lingkup politik pulak, tentu tak lepas dari PAS. Biasanya parti Pas yang paling banyak cakap pasal ulama sampai Umno terikut-ikut terhenjut-henjut mengumpulkan bahan apa saja untuk dijadikan ulama. Umno rasa kalau tiada ulama ditonjolkan sedikit secukup rasa dlaam parti mereka, tak ada umph daya tarikan dikalangan orang melayu kampung.

Sebab apa aku kata orang melayu kampung adalah kerana biasanya mereka saja yang bila dah terhenjut-henjut tua nak masuk kubur, akan berjinak-jinak dengan masjid atau surau. Tatkala itu mula bercakap ala-ala ulama sampai semua orang keliling akan kata Fulamak!!!.

Jadinya, lebai kampung yang dah kembali ke pangkal jalan tu akan mula jadi pencinta ulamak tak kra macam mana fahaman dia, setakat mana betulnya ilmu dia tak penting. Asalkan ulama, itulah kebenaran. jadi atas dasar itu Umno tak boleh lari dari tonjolkan pada mereka, 'woi! kami pun ada ulama lerrr!"

Ok! aku merewang panjang dah ni tapi masih tak buat kesimpulan apa yang aku nak cakap. Isunya adalah aku dengar ada tuduh menuduh berlaku dalam Pas kononnya ada kumpulan yang mahu menjatuhkan ulama agar terduduk atas lantai Parti tersebut.

Maka ramailah pak janggut yang naik minyak nak cantas dan tebas sesiapa saja yang berani hina ulama. Jangan cakap nak perlekehkan ulama dan nak tolak ulama daripada pegang kerusi pimpinan Pas, depa nak mengamuk.

Macam-macam depa marah. Mereka mula buat hujah perlu tolak golongan yang hina ulama. Perlu singkirkan mereka yang tak pandang tinggi pada ulama dan sebagainya seumpamanya dll. Tapi geng-geng yang sama bila puak yang sebarisan dengan depa dok hina ulama seperti Harussani dan Sahibus Salamah, Fathul Bari dan lain-lain, mereka diam membisu dan mungkin ada jugak yang tumpang bubuh sekaki dengan katanya ulama sesat, tak berkelayakan, gila wang, gila pangkat dan lain-lain.....

Maknannya depa juga akui adanya ulama tak boleh pakai dan ada ulama yang boleh pakai. malangnya depa ingat jenis itu hanya ada diluar Pas. kalau masuk dalam Pas semua ulama boleh dan wajib kena pakai sebab mereka maksum agaknya?????

Woi!!! ada nampak ke apa yang aku nak cerita?

Okalah setakat itu saja buat kali ini...bulan depan kita jenguk pulak. Itupun kalau ada umur.

Friday, 12 April 2013

Kenyataan berat Hassan Jati berkenaan video seks Cikgu Pa

Cuba baca syarahan Hassan Jati yang 110% percaya bahawa orang yang ada dalam video seks tersebut adalah Cikgu Pa...aku tau korang rasa panjang sangat nak perabih...tapi baca lah jugak sebab kat bawah sekali aku ada buat soalan pada Hassan Jati yang berupa soalan cepu Mas...

PERLAKUAN SUMBANG YANG DIKATAKAN MELIBATKAN PIMPINAN TERTINGGI PAS

Kelmarin dunia siber digemparkan dengan paparan perlakuan seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi PAS, Dato Mustapa Ali Setiausaha Agung Parti Islam itu. Video 11 minit 26 saat itu setakat ini tidak dapat diketahui siapa yang merakamnya digambarkan berlaku disebuah bilik hotel mewah dikatakan berlaku di ibu negara Kuala Lumpur.

Wednesday, 10 April 2013

Khas buat pengundi Putrajaya - Penting

Kebanyakan pengundi di Putrajaya adalah penjawat-penjawat awam. Bila sebut penjawat awam mereka ada phobia sikit untuk undi Pas atau pakatan Rakyat.

Tapi kali ini, ini kalilah tak payah takut lagi kerana hak memilih sesiap saja yang bertanding samada BN atau PR adalah hak rakyat Malaysia. Sesiap saja yang bertanding dalam negara kita semua dah tahu wajib daripada kalangan Rakyat Malaysia.

Maknanya semuanya rakyat malaysia dan jangan takut dengan doktrin BN yang sesat mengatakan selain daripada BN adalah penderhaka kepada negara malaysia. Itu doktrin sesat dan perlu ditolak mentah-mentah.

Peluang bagi pengundi di Putrajaya memilih seorang pemimpin PAS yang cukup berpotensi pada kali ini apabila Pas meletakkan Husam Musa sebagai calon Parlimen di sana. Husam ni perlu diketengahkan sebagai pemimpin peringkat Nasional kerana dia orang jujur, orang kuat kerja dan ada fikrah pejuang Islam yang cukup hebat.

Tengok video ni dan undilah Husam Musa....TAKBIR!!!

Masih tak caya dengan PR...?

Panas!! Bekas MB Perak Dari Umno Sertai Pakatan Rakyat

Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.

Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.

Naik darah aku tengok video ni....

Hoi mak bapak kat luar sana, tengok-tengok sama anak-anak korang!. Bagi ibubapa pada budak yang kena pukul tu, bagi tau kat aku kalau perlu bantuan ajar pelajar-;pelajar samseng dalam video tersebut.

Undi Pas Haram - Fatwa tengah lalok?

"Sekali buah salah...tak ada peluang untuk baiki diri"...itu bibit irik dalam salah satu nyanyian Abiet G Ade.

Aku rasa masih ada peluang untuk baiki diri jika mula ambil sikap telus dan jangan campur tangan dalam sesuatu yang kelihatan cenderung kena beli.

Jika buat hukum tanpa terlebih dulu merujuk pihak yang dihukumkan maka nampak sangat pengaruh lalok masih ada dalam jiwa. Apa salahnya kalau dah mengaku Ulama pergi berbincang, bahas, berhujah dan mendengar hujah sebelah pihak sebelum belasah buat fatwa penting macam tu?

Tuesday, 9 April 2013

Mahathir ngaku Anwar goda dia pulak!!!

Gila agaknya papagomo nih!, dia buat cerita yang Mahathir mengaku Anwar pernah goda dia. Papagomo kata Mahathir buat pengakuan yang Anwar selalu tikam belakang dia...papagomo ni tak siuman aku rasa!.

Tapi yang peliknya ramai pulak yang terjun masuk baca blog dia!. Yang terjun tu pulak tentu majoriti besarnya adalah penyokong tegar Umno. hanya mereka yang gila suka pada bacaan gila. Jadi logiknya penyokong Umno tu kebanyakannya gila. Gila macam papagomo.

Cerita-cerita macam ni menyerlahkan lagi sikap gila babi papagomo. Aku rasa pelik jika ada orang masih percaya semua tuduhan daripada Umno terhadap Anwar. Semuanya adalah cetusan dari idea gila papagomo.

Bagus jugak papagomo nak bertanding lawan Anwar kat Permatang Pauh. Bolehlah dia jelmakan dirinya yang sebenar. jangan pulak dia hantar hantu pakai topeng dan kemudian SPR benarkan pulak topeng gila yang tak menghadirkan diri bertanding...

Memang biul dan aku gelak berdekah-dekah bila baca cerita terbaru dari papagomo nih...tak payah aku nak buat link pada artikel tu sebab hanya menambahkan meluat korang saja.

Undi Pas Haram...ini jawapannya!

Duduk kumpul 3 hari untuk keluarkan resolosi mengharamkan Pas tapi tak panggil pulak majlis syura Pas untuk sama-sama berdebat atau berdiskusi perkara yang menyentuh organisasi mereka sendiri.

Kemudian dengan seronoknya keluarkan fatwa undi Pas haram berdasarkan andaian mereka sendiri. Dan akhirnya konklusinya adalah undilah Umno. Oklah, itu korang punya sukalah, tapi nih dengar jawapannya daru Ustaz Nazmi Karim berkenaan ulama jenis tu:

Sunday, 31 March 2013

Ustaz Azizan kritik Selangor?

Apa pandangan Ustaz Azizan terhadap kerajaan Pakatan rakyat di Selangor?...depa janji banyak sangat sampai tak boleh tunaikan, sebab itulah banyak masalah. Kena sama merata-rata tempat sebab tak boleh tunaikan.

Itu pandangan Ustaz Azizan terhadap keadaan negeri Selangor. Bila ditanya apa pendekatan beliau di negeri Kedah?. Dia jawab, "senang saja, tak payah janji apa-apa, kita perelok saja apa yang ada!".

Wah wah!, senang sangat hang cakap? hang dah check dulu ke pada kawan hang Khalid Ibrahim tu sebelum jawab ikut suka hati?. Hang tau tak kerajaan Selangor duit berlambak, setakat nak huluq kat semua yang minta tu dalam masa 24 jam boleh clear semuanya.

Friday, 29 March 2013

Zul Kulim bengap, tak reti beza Tuhan dgn Tokong!

Hangpa cuba dengar rakaman yang aku bubuh kat sini. Banyak rakan-rakan blog bubuh tajuk Zul Kulim hina agama Hindu. Ok memang cara dia cerita nampak menghina agama hindu berdasarkan segala aktiviti yang orang Hindu lakukan.

Walau bagaimanapun perbuatan orang Hindu itu samada hina atau tidak hina memang bersalahan dari segi akal yang waras dan lari daripada batas-batas murni manusia. Nak buat camna, dalam Quran dah terangkan betapa celarunya orang yang jadikan berhala sebagai sembahan mereka.

Itulah pedahnya bila akal diletakkan sebelah demi mengikut amalan datuk nenek moyang...macam kaum kafir Quraish lah juga dulu di Mekah.

Aku cuma nak ulas dari satu sudut sahaja berkenaan apa yang dicakapkan oleh YB yang kononnya pandai sangat dan amat kuat mempertahankan Islam dan menjadi wira dalam mempertahankan penggunaan perkataan Allah.

Hangpa perasan tak dia asyik dok ulang perkataan Tuhan. Dia kata Tuhanpun tenggelam, Tuhan dari tembaga, Tuhan....dan sebagainya.

Apa tak retikah maknanya Tuhan? ayat Tuhan pun tenggelam itu adalah ayar Kufur!, mana logik akal Tuhan tenggelam...itulah pegangan yang sebenar-benarnya dalam agama Islam.

Yang sebetulnya adalah Tokong Hindu Tenggelam, itu baru betul. Hindu sembah Tokong, sembah Berhala, bukannya sembah Tuhan. Itulah aku dah cakap bila dah bengap, perkataan Tuhan pun nak dipermain-mainkan.

Jika kita Faham apa makna Tuhan, kita faham juga apa maknanya Allah. Jika kita tolak Allah boleh tenggelam, maka Tuhan juga mustahil untuk tenggelam.

Nak bagi ceramah agama, tapi tak reti beza apa makna Tuhan dengan Tokong, tak payahlah pakai kopiah tu. Jangan ingat hang loya, hang pandai kesemua. Aku bukannya pandai sangat, tapi aku yakin dan paham benda asas yang menyentuh Tuhan.

Dan aku tak berkompromi dengan kesalahan jahil yang tak tahu bezakan antara Tuhan dengan Tokong. Orang Kulim tolong sound sikit kat Lebai tu...ok!!!

Papagomo hebat!


Aku rasa tak ada orang yang cukup terkenal dengan perbuatan jahat ala-ala binate dalam dunia cuber selain dari beruk yang bernama papagomo ini.

Orang lain mungkin ada buat jahat dengan memaparkan benda-benda lucah dalam dunia cyber, tapi papagomo ini memfitnah orang lain dengan menuduh mereka buat benda lucah.

Maknanya papagomo buat dua benda jahat sekali gus iaitu papar dan sebarkan benda lucah dan memfitnah orang lain melakukan perkara terkutuk dan lucah. Memang terror habis kata orang kampung!.

Wednesday, 27 March 2013

Umno berkarat jangan baca ini!!!

Taktik kotor Umno kerana rakyat semakin memilih Pakatan Rakyat

Menjelang pilihanraya umum ke 13 ini, PKR ingin memaklumkan rakyat bahawa mereka hendaklah bersedia menghadapi pilihanraya umum yang paling kotor dalam sejarah negara.

Di sebalik keyakinan yang cuba ditonjolkan pemimpin UMNO melalui media arus perdana, wujud kekhuatiran yang ketara di kalangan pemimpin tertinggi BN.

Selain dari manipulasi dan pengawalan maklumat melalui media arus perdana, jentera kerajaan disalahgunakan untuk memenangkan BN.

Duit cukai rakyat digunakan untuk melalikan rakyat dari hakikat bahawa daya saing negara semakin merosot dan pencapaian ekonomi negara tidak seimbang.

Tuesday, 26 March 2013

Najib perabih RM36.1 juta untuk iklan sahaja!!!

Cuba teka siapa pelanggan terbesar dalam industri pengiklanan di negara kita?, ramai tentu sangka puak kapitalisma kan kan kan... SALAH!

 Pejabat Perdana Menteri perabish sehingga RM36.1 juta untuk iklan sahaja, punyalah bebal!!! dia pakai duit siapa? duit aku, hang dan semua rakyat malaysia lah.

Penyumbang belanja iklan no 2 terbesar di negara kita jatuh pada Unilever Malaysia. Ituopun hanya setakat RM13 juta sahaja. Dalam semua orang kenal Unilever dan segala produknya dan punyalah banyak dia punya tabur kat iklan, dia hanya jatuh di tangga kedua, jauh tertinggal dari segi belanja.

Monday, 25 March 2013

Papagomo potong kemaluan sendiri?

Aku terbaca kisah 2 orang anak beranak yang disambung kembali kemaluan mereka setelah anak lelaki yang terpengaruh dengan ajaran sesat memotong kemaluan ayahnya sendiri yang dah tua.

Pada mulanya aku ingatkan papagomo yang potong kemaluannya sendiri sebab terlalu takut dengan tekanan demi tekanan yang melanda hidupnya. Dia yang selama ini berlagak lebih gedebe lagaknya daripada Brahim Ali dalam segala penulisannya ternyata tak dapat bertahan dengan lakonan lagaknya itu.

Sunday, 24 March 2013

Haram undi Pas: Minda Pondok!

Ya! memang minda pondok punya fatwa. Haram undi Pas kata mereka. Jesteru itu untuk mengelakkan haram pangkah Pas mereka syorkan pangkah Umno!, maknanya kalau tidakpun wajib undi Umno, sekurangnya bagi mereka pangkah Umno tu halal!.

Sebab utama mereka kata haram pangkah Pas adalah kerana para pemimpin Pas telah bertukar menjadi orang suruhan kepada rakan mereka dalam pakatan rakyat. Para pemimpin Pas juga dituduh menjual prinsip demi untuk mendapatkan kuasa.

Ok! ok ! aku tau hangpa dah mula mendidih aku dok ulang tuduhan merapu mereka. Mai kita tengok sikit kecelaruan depa yang mendakwa sebagai kununnya ulama pondok tu!.

Pertama aku rasa mereka ni sekadar ustad cari makan dengan menggunakan institusi pondok yang orang Melayu kampung ada simpan banyak nostalgia. Depa perasan macam sama tarah dengan para alim ulama pengasas institusi pondok dahulu yang memang hebat-hebat dan terkehadapan berbanding kebanyak umat islam lain dengan mnubuhkan institusi pengajian sedangkan masa tu berlambak orang kita buta hurup dan tak mengaji.

Saturday, 23 March 2013

Habis siapa Papa Gomo?

Setakat ini satu Malaysia sudah percaya bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris dengan Papa Gomo adalah orang yang sama. Paling membuktikan bahawa beliau ada kaitan dengan Papa Gomo adalah ketika episod lawatan ke Kapal Selam berhantu yang menyebabkan Altantuya berkecai di Puncak Alam.

Papa Gomo adalah antara beberapa blogger yang mendapat layanan istimewa Menteri Pertahanan untuk menaiki Kapal Selam berhantu tersebut walaupun ramai yang persoalkan kewarasan membawa para blogger dalam isu yang melibatkan pertahanan negara.

Samada Wan Muhammad x polis talam dua muka di sistem SPR, itu merupakan Papa Gomo, hanya boleh disahkan oleh Zahid Hamidi kerana sebaik saja lawatan penjelasan isu kapal selam dibuat, Papa Gomo membuat liputan panjang lebar kehebatannya mendapatkan maklumat terperinci dan melilau di dalam kapal selam itu sehingga mendakwa banyak lagi maklumat rahsia tentang pertahanan negara yang terpaksa disoroknya.

Thursday, 21 March 2013

Jangan terkejut: Anwar dalang pembunuhan Altantuya

Semalam aku dengar temuramah secara live dari seorang fanatik pada Umno/BN dilakukan oleh radiao 24 Bernama. Isunya berkisar tentang kejadian di Lahad Datu dan kononnya mamat yang mereka jemput itu mahu berikan penerangan sebanar apa yang sedang berlaku di lahad Datu.

Macam yang aku dah agak, mangkok tu akhirnya dengan yakin mengaitkan serangan tersebut dengan Pakatan Rakyat. Dia dengan yakin menuduh Anwar Ibrahim merupakan dalang dalam serangan di Lahad Datu Sabah.

Tapi dia cover pulak dengan berkata ini bukanlah saya punya kata, malah ia merupakan maklumat risikan daripada tentera Filipina. Semua laporan tentang pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dihebohkan oleh media-media luar termasuk Reuters.

Kemudian dia heran pulak kenapa Anwar hanya saman media di Malaysia sahaja dan tidak saman media lain di filipina dan reuters....maknanya dia nak cuba kata bahawa semua media di seluruh dunia menuduh Anwar Ibrahim adalah dalang dalam pencerobohan tersebut.

Wednesday, 20 March 2013

Lagi ! perangai haramzadah BN dibongkar

Sarawak Report mendedahkan bahawa syarikat kepunyaan adik kepada Taib Mahmud, ketua menteri sarawak dianugerahkan pinjaman sebanyak RM880,000,000.00 !!!!.

Sayarikat tersebut adalah Kumpulan Construction Sdn Bhd yang mempunyai modal berbayar sebanyak 1 juta dan hutang sebanyak RM42 juta. Tahun lepas syarikat mencatatkan jualan sebanyak RM43 juta dan keuntungan sebanyak RM4 juta. Setakat ini syarikat tak ada sebarang projek mega lagi.

Persoalannya, syarikat sebegitu mana layak dapat pinjaman sebanyak itu!!! mana boleh dia bayar bengong oooi!. Pinjaman diberikan oleh RHB pulak tu, kepunyaan EPF. Ini apa punya cerita ambil duit orang senang-senang ni? melainkan Taib Mahmud ada rancangan nak anugerah satu lagi projek mega gila babi pada adiknya...hahaha memang mereka cilaka looo!

Baca sini


Tetap sokong Anwar jadi PM walaupun dia Gay!

Aku ada tengok paparan pada FB seseorang yang cut&paste tweet dari (kononnya) PKR Bangi. Dalam tweet tersebut ada buat kenyataan sebegini:
"Kita tetap akan terima DS Anwar Ibrahim sebagai PM walaupun dia seorang Gay, kerana itu hak peribadi beliau..."
Aku tak tau samada betoi itu adalah tweet dari PKR Bangi atau rekaan semata sebab dalam dunia media sosial ni macam-macam boleh jadi. Bukan mudah sangat nak buktikan anda adalah akaun media sosial dan akaun media sosial adalah anda.

Monday, 18 March 2013

Orang kampung kepong ceramah Zul Nordin!

Ceramah Zul Nordin, Mursyidul Am TIBAI, dan Perkasa dikepung penduduk kampung!!!.

Diberitakan Pak brahim katak susah hati krn anak buah kena dikepong di SMK Guar Perahu. Suasana di luar lebih ramai dari dalam apabila orang ramai pergi kepung ceramah bongok tu.

UMN(G)O(K)-Be End semakin terdesak. Sambil mengedarkan seratus ribu risalah fitnah, mereka cuba mengetest market. Zul Kulim menjadi ayam tambatannya.

Modalnya seperti biasa tak lain tak bukan memburuk-burukkan DSAI. dengan ucapan seperti saya mendapat maklumat...bla-bla...dan saya 110% percaya dan yakin bahawa...bla-bla.

Sunday, 17 March 2013

Anwar berpeluang jadi PM lebih dari sekali

Dalam ramai-ramai pemimpin yang ada kat Malaysia agaknya siapa yang dapat tandingi Anwar? dalam jumlah peluang yang mereka ada untuk jadi Perdana Menteri Malaysia, tak ada orang lain yang pernha dapat peluang lebih daripada sekali.

Hanya Anwar Ibrahim, satu-satunya pemimpin yang ada peluang macam tu. Pertama ketika dia jadi TPM di belakang Tun M. Cuma tinggal satu hun saja lagi, peluang tersebut terlepas begitu saja. Sebab apa tak perlu kita bahaskan di sini.

Saturday, 16 March 2013

Kalau Altantuya dibunuh, takkan ini tak boleh buat?

Kalau aku tanya korang mana yang lebih senang antara:

  1. Buat video lucah porno homo dan letakkan orang-orang tertentu yang seiras dengan orang yang nak dikenakan.
  2. Bunuh orang, kemudia pasang C4 keliling badan dan kasi berkecai
Bagi aku, perkara nombot dua tu lebih susah dan tak ramai yang sanggup buat. Yang nombot satu tu ramai yang boleh buat dan tak perlu buat bayaran yang banyak sangat.

Jadi apa pendapat hangpa kalau aku kata benda kat bawah ni palsu dan kerja mudah?

Friday, 15 March 2013

Mana ada Menteri Besar macam ni...satu-satunya

Setiap hari jumaat beliau akan berpesan-pesan pada rakyat tentang hari akhirat...satu-satunya Menteri Besar yang buat begitu. MB yang tidak hanya sibuk urusan dunia saja sehingga lupa mengingatkan rakyatnya tentang kepatian.

Itupun Umno tak puas hati dan seru untuk tukar kerajaan kelantan sedangkan ulama-ulama muda mereka berkata Haram tukar kerajaan BN yang ada sekarang.

Ulama muda dia haramkan rakyat tukar kerajaan BN yang lebih utamakan keseronokan daripada akhirat, tetapi diam seribu bahasa bila pemimpin mereka sendiri dok gesa tukar kerajaan Kelantan daripada pentingkan agama kepada pentingkan harta duniawi dengan serba serbi pembangunannya...gila ke apa?

Thursday, 14 March 2013

Kisah Macai Umno - Rugi tak tengok!

Laporan terbaik adalah yang ringkas padat dan mendalam maknanya...

Wednesday, 13 March 2013

Najib nak tangkap Anwar!!!

Aku terbaca laporan panjang lebar dari Malaysia Chronicle teori kemungkinan besar Anwar Ibrahim akan ditangkap berdasarkan perancangan sejak 2 minggu lalu terhadap isu Lahad Datu. Aku bubuh laporan tu kat bawah nanti untuk semua yang ada masa membacanya.

Dalam satu lagi tulisan dari Mynewshub pulak aku baca laporan bekas peguam Anwar dalam kes liwat 2 yang berpatah balik menyerang Anwar akibat tak puas hati dengan berbagai persoalan tentang kelaku Anwar yang baginya mencurigakan.

Ringkasnya peguam itu nak bagi tau siapa yang membaca laporannya, bahawa Anwar benar-benar meliwat Saiful. Buktinya adalah telah ditemui air mani Anwar dalam dubur Saiful. Walaupun ada juga kemungkinan Saiful ambil picagari dan suntuk sedikit air mani atau apa-apa DNA Anwar masuk dalam pungkoq dia, tidak pula ditanya.

Beza akhlak Anwar berbanding Najib

Bila Najib merencana segala tohmahan buruk terhadap Anwar, ramai yang terfikir betoi ka kesemua ini.? Biasanya pencuri akan menuduh orang lain sama suka mencuri sepertinya.

Begitu juga kaki betina akan menuduh orang lain sama perangai kaki betina macam dirinya. Kaki cina doll juga akan menuduh dan bersangka orang lain semua kaki cina doll macamnya.

Sebelum anda semua nak percaya dengan segala cerita karut tersebut, nanti dulu!!!, tengok gambar di bawah ini. Fikirkanlah!

Tuesday, 12 March 2013

Pesan Nurul Izzah pada Aku

Orang PR kata sekarang ini, Umno dengan menggunakan berbagai NGO(k) yang pro-Umn(g)o(k) sudah main ganas. Mereka baling baru, baling kaca, cederakan orang, paksa orang ngaku benda yang orang tak buat dan macam-macam lagi untuk takutkan para pejuang PR yang gentleman dan steady.

Aku kata, Umno dan pencacainya sudah lama buat begitu sejak dulu lagi terutamanya sejak terkejut dengan Tsunami 2008 yang menyaksikan mereka hampir kena titik penuh dengan PR.

Monday, 11 March 2013

5 penyokong PR cedera, NGO Pro Umno mengamuk

Bila seluruh dunia tertawa dengan kelemahan PM, Menteri Pertahanan, dan Menteri Dalam negeri menangani isu Lahad Datu, NGO pro Umno atau lebih tepat lagi barua Umno mengamuk di depan pejabat PKR.

Sudahlah berbohong pada pihak berkuasa kononnya ia adalah perhimpunan aman, mereka dengan muka tak malu dan sewel sekali memaksa agar Anwar Ibrahim mengaku bahawa dia menjadi dalang dalam kes Lahad Datu. Sikit punya gila ka? main paksa-paksa orang mengaku!

Untuk kasi parah lagi keadaan, polis yang sentiasa lembab dalam menguruskan mana-mana aktiviti ganas yang dianjurkan oleh pro Umno, mereka hanya datang setelah semuanya selesai dan setelah berlaku 5 kecederaan.

Sebab itu aku syak, geng-geng Lahad Datu adalah kumpulan mereka yang pro Umno. Ini memandangkan mereka sentiasa lembab dalam menguruskan sesiapa saja yang pro Umno. Bila keadaan dah tak terkawal, mereka akan salahkan pulak pembangkang...dasar kebudak-budakan sungguh!.

Baca lebih lanjut sini

Gambar yang tak akan keluar media !!!

Ini bukti laungan mereka selama ini hanya lakonan semata-mata. Depa memang cukup pandai hafal skrip, kata lain buat lain...itu ciri-ciri Umno.

Meh tengok harta Taib Mahmud...humban BN!

SENARAI HARTA YG DI MILIKI OLEH KETUA MENTERI SERAWAK.....Pastikan Sarawak bukan milik BN lagi!!!

  1. 750 hektar … di Sungai Lubai Tengah, Limbang Srwk Plantations Entiti perniagaan ini tlh diswastakn, 60% pegangan saham dimiliki olh Hamid Sepawi (sepupu Taib) & Hasmi b Hasnan.
  2. 4,400 hektar … di Sungai Medalam, Lawas Celerity Design Sdn Bhd – Abu Bekir Taib (anak Taib Mahmud).
  3. 9.000 hektar … di Batang, Limbang Future Atmosphere Sdn Bhd Abu Bekir Taib.
  4. 11,000 hektar di Ulu Medamit, Limbang – Dataran Aras Sdn Bhd – Abu Bekir Taib.
  5. 3,000 hektar … di Tinjar,Miri – Amazing Green Sdn Bhd – Teresa Toyad (keluarga Taib yg berkahwin dgn bekas Setiausaha Kerajaan Negeri) & CEO kpd SCORE Wilson Baya Dandot.
  6. 750 hektar … di Jalan, Miri.

Sunday, 10 March 2013

Hadiah wallet utk Nik Aziz sebab kesian pakai sampul

Seorang hamba Allah bersusah payah buat beg duit Handmade dan menghadiahkan pada Tuan Gurtu Nik Aziz. Dia terlihat Tuan Guru hanya menggunakan sampul surat untuk simpan duit dan merasa sedih dengan keadaan tersebut.

Lihat gambar...

Saturday, 9 March 2013

Lagi berita panas Saiful - Tengok gambar!

DULU WAJAH SAIFUL ADA TANDA DIDAHI...TERKINI TANDA-TANDA ITU DAH LESAP HILANG!!!!!!

Dulu semasa kemuncak perbicaraan kes Liwat II, saksi utama yang tak berak 3 hari, tak mandi 3 hari, seluar dalam disimpan di rumah tunang, selepas kena liwat boleh makan karipap dan minum kopi bersama-sama dengan DSAI, kena liwat boleh lambat-lambatkan buat laporan polis,di dahinya ada kesan lebam seolah-olah digambar sebagai orang yang kuat solat.

Pencacai Umno Penang tunjuk samseng ugut LGE

Pencacai UMNO cuba pecahkan pintu kaca di Komtar tersebar..

Keadaan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang, Komtar kecoh seketika semalam apabila kira-kira 100 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cuba merempuh masuk untuk bertemu Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Kekecohan itu bermula apabila kumpulan NGO itu dihalang oleh pihak keselamatan daripada memasuki lobi pejabat di tingkat tiga dan beberapa orang cuba memecahkan pintu kaca di situ ~

Kes ayah Saiful: Apa kata Haron Din

Kalu dua pencuri bersekongkol curi satu barang, selepas berjaya lalu mereka bergaduh berebut sapa punya, itu perkara biasa. Sebab keduanya pencuri, biasa buat kerja tak baik masing-masing nak kata benda curi tu dia punya.

Dalam pergaduhan sebegitu, satu perkara yang cukup jelas adalah, barang direbutkan tersebut adalah tetap barang curi. Diambil tanpa hak.

Dalam kes Saiful dan bapaknya, bersekongkol buat fitnah pada Anwar lalu Saiful masih bertegas nak kata memang Anwar menyontot jubuqnya sebab masih nak bolot ganjaran dari Umno untuk fitnah Anwar. Yang terang dan jelas adalah, kes sontot tersebut kesemuanya palsu dan bapak Saiful berada dipihak yang terkeluar dan tewas dengan kegilaan anaknya.

Saiful sering dating dengan Papagomo!!!

Aku dah kata, memang depa ada hubungan. malah hubungan yang cukup akrab. Buktinya adalah bila blogger Umno sendiri yang akui. Cuba lihat ayat di bawah:
"Dalam kalangan rakan-rakan blogger kami Papa Gomo adalah yang paling rapat dengan Saiful. Mereka sering berhubung dan berjumpa."
Wow!!! lihat betapa intimnya hubungan mesra antara Saiful dan papagomo tu seperti yang diakui sendiri oleh blogger Umno ini. Mereka kini tengah kantoi terkial-kial cuba menegakkan benag yang basah. Dasar kaki fitnah akhirnya kantoi jugak.

Orkestra untuk mengaburkan orang ramai telah bermula sebaik saja bapak Saiful mendedahkan perkara sebenar pada rakyat Malaysia. Mula-mula sekali papagomo dakwa kononnya telah mendapat maklumat bahawa keluarga saiful sedang diburu untuk dibeli oleh Anwar Ibrahim!...pigidah!

Mesej penting Anwar Ibrahim !!!

Ini mesej teramat penting daripada bakal Perdana Menteri kita. Bacalah mesej dia dan hangpa tentu percaya itu mesej yang datang daripada manusia yang benar-benar insaf untuk mengembalikan maruah negara.

Mesej manusia yang insaf untuk mengembalikan hak rakyat Malaysia yang ditipu oleh Umno/BN selama berpuluh tahun tanpa henti. Jom ubah!!!

Mesej Anwar Ibrahim sempena tsunami politik Tanggal 8 Mac

Assalamualaikum Salam sejahtera,

Hari ini 8 Mac, genaplah tempoh maksima pemerintahan Datuk Najib Razak sebagai Perdana Menteri, walaupun beliau sendiri tidak pun mendapat mandat sebagai Perdana Menteri pada 2008 kerana ketika itu dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi.

Friday, 8 March 2013

Tak ada siapa offer gua jadi PM: Tengku Razaleigh

Desas-desus kononnya PR offer Tengku Razaleigh jadi PM dipuih tuih oleh tuan punya badan. "Mana ada?", kata Tengku Razaleigh. Ini semua khabar angin yang dimainkan oleh pihak sebelah sana.

Pihak sebelah sana bermaksud geng PR. Sebab ketika buat menafian tersebut dia ada bersama dengan Ahmad Shabery Cheek (perasan tak nama dia orang dua-duanya special punya spelling, ala-ala mat saleh sikit).

Maksudnya Tengku Razaleigh kata ini mainan PR. Aku pun pernah dengar ura-ura kononnya ada perbincangan untuk menolak naik orang tua Umno tu jika PR kuasai Putrajaya. Bagi aku sekarang ini bukan masa dia dah.

Ini bukti Azmin bukan anak (sungai) derhaka!

TV3/4 bersekongkol dengan amoi sewel umi hafilda untuk tuduh dan fitnah Azmin sebagai anak derhaka, tapi macam mana nak kata derhaka bila dia buat begini? akupun tak buat kat mak aku..walaupun aku amat sayang mak aku. Baca kata Azmin di bawah ni:
AZMIN ALI....."Kasih dan sayang saya kepada Bonda tidak pernah surut. Saya doakan semoga Bonda senantiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan mendapat rahmatNya serta beroleh kesihatan yang baik. Selamat Hari Wanita buat Bonda, Shida dan seluruh wanita di Malaysia."

Saiful kaitkan liwat dengan pencerobohan Sabah!!!

Nak tau apa Saiful kata bila ayahnya sendiri mengaku kes liwat terhadap Anwar adalah konspirasi politik kotor Umno?

Dai kata bapanya buat press statement tu sebab nak tolong Anwar alihkan tumpuan rakyat terhadap kes pencerobohan di Lahad Datu!!!

Eh? bila pulak Saiful tahu banyak rahsia negara? siapa bagi kat dia maklumat sampai ke hal ehwal keselamatan negara nih?

Hangpa nak tau siapa yang suap maklumat sampai begitu hebat kat Saiful Arbok?...siapa lagi kalau bukan Papagomo gila tu...hehehe. Memang orang sewel akan serasi dengan orang yang sewel jugak.

Ezam tak puas hati: Bukan bapak Saiful yang kena liwat!

Penyangak yang selama ini membawa 12 kotak rahsia merata tempat hari ini meluahkan rasa tak puas hati pada bapak Saiful Bukhari.
"Kenapa dia (bapa Saiful) yang nak sibuk-sibuk?, bukannya dia yang kena liwat". kata Ezam
Sepatutnya Saiful yang kena buat akuan bukannya bapak dia. Bapak dia tak ada kena mengena dengan kes Saiful....itulah yang Ezam dok meracau berulang-ulang. tak ada hujah lain yang lebih kuat untuk meyakinkan orang.

Bapok memang degil: Saiful tuduh bapak dibeli!!!

Setakat yang aku tahu, kebanyak para bapok berkongsi satu sifat yang sama: DEGIL!. Kalau dalam bahasa utara ketegaq!. Memang mereka jenis ketegaq sebab itu sanggup pakai baju pompuan dan goda suami orang walaupun semua orang tengok rasa nak termuntah!.

Satu lagi ciri-ciri bapok adalah kuat imaginasi disontot oleh orang yang mereka ghairah. Mereka sanggup buat drama sardius untuk lepaskan nafsu amarah mereka jika tidak dilayan. Mereka akan marah bila setiap kali menonggeng pada jejaka yang diidamkan, orang buat tak peduli saja...hehehe.

Jadi bila Saiful tolak kenyataan bapaknya dan tuduh pulak bapanya kena beli untuk buat kenyataan terbaru ini, aku tak heran. memang bapok jenis degil dan luar biasa jiwa pemberontakannya. Mai kita tengok logik sikit:

Bapa dia dah tua, dah matang dan sedar hidup tak berapa lama lagi, jadi tak guna gadaikan prinsip semata-mata untuk dapat duit.

Bapak Saiful Bukhari mohon maaf pada Anwar!!!

Bila orang ada kuasa ulang tuduhan atau tohmahan bertalu-talu pada seseorang keburukan yang sama, niat mereka adalah untuk tanam keyakinan bahawa yang dituduh benar-benar melakukannya. Walaupun memang ianya tohmahan, orang akan mula percaya...

Itulah tujuannya apabila segala cerita direka untuk menjatuh dan memburukkan Anwar sehingga ramai yang dulunya tak percaya dah mula percaya. Usaha Tun mahathir disambung pula oleh Najib dengan cerita yang sama.

Kalau mereka gunaka si kafir Nallakarupan untuk buat segala cerita seks dan liwat gila serakah pada Anwar Ibrahim, ianya agak sukar untuk meyakinkan orang yang beriman. Tak ada kesaksian bagi tuduhan berat seperti itu bagi seorang yang tidak beriman seperti Nallakarupan. Aku tobat tak akan percaya sedikitpun pada penganut hindu sepertinya.

Thursday, 7 March 2013

Bukan konspirasi umno lah?

Aku rasa semua yang berlaku kat lahad datu bukannya konspirasi, sebaliknya perancangtan jahat yang tak menjadi hehehe, biasalah bengap punya menteri-menteri yang ada yang jawatan digunakan sekadar untuk belasah duit rakyat dengan sapu bersih segala projek...itu saja yang mereka reti.

Bila teruji dengan kes berat seperti kes lahad datu, apatah lagi mungkin ada pakatan nak kasi havoc alihkan pandangan rakyat pada isu lain apabila mereka kelemasan di serang dengan bertubi-tubi atas segala kelemahan mereka selama ini, baru terserlah kebejatan akai sempit para menteri yang ada.

Rumusannya adalah:
Menteri Umno kalau konspirasi rembat duit rakyat, tak ada mana-mana menteri didunia ini yang boleh lawan...

60 orang dah mati: Pencerobohan Sabah

Bila seorang mati atas kejadian pembunuhan atau kemalangan ngeri dan lain-lain, semua akan murung dan bersimpati. Bila ramai sangat yang mati, perasaan simpati berkendur sedikit walaupun rata-rata meluahkan ayat-ayat power bersimpati pada mangsa.

Sebabnya bila sorangmati, kita akan anggap ianya satu trajedi, namub bila ramai sangat yang mati, ianya bertukar menjadi sekadar data statistik. Jadi berapa statistik kematian di Sabah sejak tercetusnya peristiwa pencerobohan tersebut?

Jumlah keseluruhannya adalah seramai 60 orang = 8 pegawai keselamatan M'sia + 52 penceroboh

Kronologi Lahad Datu

Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina (berkemungkinan ramai yang punyai IC) di Lahad Datu:

  • 12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.
  • 14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan ''Raja Sulu'' dari selatan Filipina.

Wednesday, 6 March 2013

TV3 serang Tian Chua teruk sungguh...betoi ke?

Tian Chua dah jadi musuh negara kalau dilihat dari jumlah masa ke udara dalam berita TV3/4 tadi. Liputan seluruh negara yang bangkit membantah Tian Chua kurang sedikit saja daripada liputan kes serangan Lahad Datu!!!. Begitu hebat Tian Chua.

Dalam dok serang Tian Chua, mereka tak lupa sebut kuat-kuat, Naib Presiden PKR. Maknanya secara direct mereka guna isu Lahad Datu untuk kempen jatuhkan parti lawan yang sedang mereka gerun.

Tetiba, masuk pulak macai mana aku tak kenal, terus belasah Pas. Dia persalahkan Pas bersekongkol dengan DAP dan PKR sehingga membuatkan Tian Chua mengeluarkan (kononnya) apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu lakonan BN.

Ini apa yang Tian Chua sebut sebaik saja tercetusnya pertempuran di Lahad Datu: https://twitter.com/tianchua/status/307352813426597888
Tian Chua suspek ini satu lagi drama macam kes Al-Maunah. Bagi Tian Chua may be...just may be semua ini adalah lakonan perang yang tak wujud.

Pemimpin yang lemah perlu berundur

Jundub bin Junadah (Abu Zar) berkata,
"Saya bertanya, "Wahai utusan Allah, amalan yang mana lebih banyak kebaikannya?"

Nabi Muhammad menjawab, "Beriman kepada Allah dan berjihad bagi mempertahankan agama Allah".

Saya bertanya lagi, "Orang suruhan yang bagaimana yang lebih baik dimerdekakan?"

Jawab beliau, "Yang dipandang elok oleh tuannya serta yang mahal sekali harganya."

Saya bertanya lagi, "Sekiranya saya tidak berupaya melakukan kedua-duanya, sana ada berjihad mempertahankan agama Allahpun memerdekakan orang suruhan yang paling mahal harganya, apa pula yang dapat saya buat?"

Friday, 1 March 2013

44 mati!!!

44orang mati bila polis bertempur dengan pengikut pembangkang di Bangladesh. Ketua pembangkang tersebut dikenakan hukuman bunuh selepas didapati bersalah atas kesalahan jenayah lama.

Maaflah pada pembaca yang sangkakan berita ini adalah kes pertempuran di Sabah.

Tapi di Sabah juga berlaku kematian seramai tiga orang dan dua darinya adalah polis negara kita.

Aku rasa sepatutnya kerajaan kita jangan lembab menangani kes kemasukan tentera raja sulu tersebut. Kita sepatutnya tegas maca man Najib halu ahli Parlimen Australia.

Kes pencerobohan sabah lebih patut dipandang serius keranamencabar kedaulatan negara kita. Tindakan sepatutnya adalah beri amaran satu jam dan terus serang dengan jet pejuang halau mereka.

Kalau kita buat macam tu, tak iniaya dua polis kita mati begitu saja kena serang hendap tentera sulu tu.

Aku rumuskan kerajaan kita lembab dan tidak layak memerintah dan tak boleh diharapkan mempertahan rakyat malaysia dan negara kita.

Selama ini depa tuduh pembangkat merupakan pengkhianat tapi mereka sebenarnya pengecut dan hanya berani jerit belakang. Mereka hanya pedulikan kepentingan kuasa politik mereka saja untuk buat duit peribadi.

Oleh itu akusyorkan kerajaan yang ada djatuhkan segera kerana tidak cekap handle kes penting kedaulatan negara serta pelihara nyawa pihak keselamatan negara kita.

Ikutkan patut, menteri pertahanan dan menteri dalam neeri perlu bertanggung jawab penuh dengan letak jawatan. Begitu juga PM. The end BN

Thursday, 28 February 2013

Sinar FM kecul perut - Buat penafian terlibat kutuk PR

Rakyat yang sokong PR bukannya sikit. Kalau dunia hiburan tak berapa cerdik kononnya nak kipas BN untuk jadi kaya macam macai-macai tak ada maruah kat Umno/BN tu, alamat mereka kan hilang sokongan lebih dari separuh rakyat Malaysia.

Berikutan artis yang paling aku meluat iaitu bapok tua nak mampuih Salleh Yaakub dan janda meroyan Raja Azura yang merupakan juruhebah mengada-ngada di radiao sinar terlibat dalam rakaman kutuk PR, maka dek takut rakyat mengecam Sinar FM mereka telah membuat penafian terlibat dengan para artis tersebut.

Aku rasa semua kena boikot Sinar FM selagi mereka masih gunakan darai bapok tua dengan janda meroyan tu dalam siaran radio mereka.

Jom boikot Sinar FM!!!

Wednesday, 27 February 2013

Beza nepotisme Anwar Vs Mahathir

Baru bersembang kedai kopi dengan orang Umno tadi pasal politik. Dia bagi tau kat aku kebenaran Mahathir mempertahankan dirinya apabila dituduh oleh Anwar bahwa dia suap anak-anaknya untuk dapat projek dan bagi mereka jadi kaya raya.

Kata Mahathir masa dia jadi PM tak ada anak-anaknya yang masuk politik. Dan anak-anaknya yang lain berniaga sendiri dan kebanyakan projek yang mereka dapat adalah dari luar negara. Walaupun sekaran Mahathir jadi penasihat Petronas, dia tak ada kuasa untuk paksa Petrona bagi projek pada anaknya.

Sebaliknya kata Mahathir, Anwar yang kini jadi ketua pembangkang melibatkan semua anak serta bininya masuk politik. Nurul Izzah jadi orang kuat Parti dan Wan Azizh jadi Presiden PKR. Bagi Mahathir Anwar nampaknya menyediakan PKR sebagai parti anak serta bininya. Itu lagi nepotisme kuat berbanding dengan tuduhan Anwar terhadap Mahathir.

Anwar dan Pakatan Rakyat: Artikel terbaik !!!

“Men come and go. But the river stays.” - Anwar Ibrahim
Ayat di atas merupakan rumusan terbaik yang diungkapkan sendiri oleh Anwar Ibrahim, orang yang bertanggung jawab mewujudkan Pakatan Rakyat sebagaimana adanya sekarang ini.

Dalam konvensyen terbaru yang baru saja tamat, Anwar kelihatan tidak perlu lagi menjadi orang penting yang mesti ada dalam kewujudan Pakatan Rakyat menyediakan gabungan politik bagi mencabar BN.

Tuesday, 26 February 2013

Islam musnah jika undi Pakatan Rakyat - Najib Meloya

PM Najib gertak bodoh pada rakyat Terengganu dengan berkata;

  • Kalau rakyat undi PKR, akidah umat Islam akan rosak!
  • Kalau rakyat undi Pas, umat Islam akan berantakan!
  • Kalau Rakyat undi DAP, Islam akan dipijak!
Dalam masa yang sama pulak kawan Najib Chua Sok Sek ujgut pada orang Cina kalau undi Pakatan Rakyat, maknanya rakyat undi undang-undang hudud!

Monday, 25 February 2013

Risikan tentera, polis yakin Pakatan menang! - Najib kecut!

Ini mungkin satu lagi faktor kenapa Najib masih tak berani bunbarkan parlimen. Dia mahu cuba nsib dengan beri rasuah bermacam-macam benda, umum berbagai-abagai peruntukan dan janji bermacam-macam janji. Dengan harapan rakyat akan rujuk semula pada Umno/BN yang telah ditalak 3.

Amalan Umno/BN sejak sekian lama akan mengumpulkan segala maklumat daripada risikan samada tentera maupun polis untuk menentukan masa yang sesuai bagi membubarkan parlimen. Ini dah diketahui umum sejak dulu lagi.

Kerajaan Umno/BN tak segan silu mempergunakan segala kemudahan kerajaan, pegawai kerajaan, bangunan kerajaan, pihak berkuasa keamanan, pihak mengadilan dan segalanya demi mengekalkan kehebatan mereka.

Sunday, 24 February 2013

Nik Aziz penampar Harussani!!!

Ini surat nasihat daripada seorang ulama sebenar kepada seorang ulama 'fake' yang pro-kerajaan. Kenapa aku kata Nik Aziz sebagai ulama sebenar adalah kerana dia terang-terang menggunakan politik sebagai wadah dakwah tanpa berselindung atau berdolak dalik.

Kenapa akau kata Harussani sebagai ulama fake adalah kerana dia nafi melibatkan diri dengan politik tapi dala masa yang sama segala tindak tanduk, segala perkataan yang keluar dari bibirnya berbaur politik. Mulutnya masam berbau Umno. Hidungnya berlubang ditindik tali Umno dan dia cari makan dengan sokong Umno membuta tuli tanpa buat sedikit homework.

Sedangkan dunia sekarang terlalu banyak maklumat berada di hujung jari, dia masih berdegil hanya mahu mendengar media pencacai yang kuat memfitnah. Apakah layak seorang mufti mengambil maklumat daripada media atau orang kaki membuat fitnah?

Saya mahu rakyat letih tunggu PRU - Najib Meloya

Aku dok terfikir jugak sebab apa lembab sangat Najib nak umum pembubaran Parlimen. Kalau ikutkan otak cetek aku ni mungkin:

  • Umno/BN tak yakin mereka mampu bertahan berdasarkan maklumat spy mereka yang sekarang berada di segenap pelusuk tanah air. Hingga dikhabarkan dalam sibuk geng Raja Sulu naik dart bumi Sabah, masih sempat juga Najib seludupkan agen Umno/BN untuk pantau mereka sokong BN atau PR!
  • Mereka yakin boleh menang, tapi mahu pastikan kemenangan besar. Sebabnya adalah:

Saturday, 23 February 2013

Barang baik tak boleh sorok!

Kalau tanya semua orang Melayu yang ada sedikit iman sekalipun, siapa golongan yang lazim ke surau dan masjid antara Umno dan Pas, tentu semua akan jawab...Passssss

Kalau tanya siapa yang baik akhlaknya walaupun kadang kala agak ekstrem sebab tak tahan kena fitnah kena tohmah dan kena hina...tentu akan jawab Passsssssss

Kalau tanya siapa golongan mewah, berfoya-foya, suka geli-geli dengan perempuan, dan pergi masjid surau hanya harimjumaah atau hari raya, semua kan jawab Umnooooooo ngok!

Oklah, dulu memang Umno chop Pas parti pak lebai, kolot, pakai serban, pakai kain pelikat, hanya tahu uruskan tahlil dan doa selamat, hanya tahu serapah masa ceramah (sebab tak tahan dugaan). Tapi sekarang tak boleh lagi sebab, Pas ada ramai pro, ramai ulama, ramai educated, ramai pernah berjawatan tinggi, ramai berfikiran jauh....

Tips mengundi - Penting!

Klik pada gambar untuk besarkan
Ura-ura kata Nanjib nak bubar Parlimen semalam tinggal kenangan. nampaknya Najib masih tak yakin yang dia patut buat PRU-13 dalam masa terdekat ini walaupun mereka melaung seantero Malaysia semua rakyat dah sokong Umno/BN. Nampaknya mereka sendiri tak yakin dengan apa yang mereka laungkan!.

Apapun, sumber terdekat yang aku dapat, PRU-13 akan diadakan dalam pertengahan bulan April. Bagi mereka yang dah pernah mengundi tentu dah tahu apa yang perlu dilakukan. Bagi mereka yang pertama kali tentu ada sedikit keraguan macam mana nak mengundi.

Aku biasa tengok makcik-makcik tua menggigil setiap kali keluar mengundi. Mereka risau takut tersilap sedangkan tak ada sesiapa nak dakwa mereka jika silap. Berikut aku senaraikan beberapa maklumat penting bagi semua yang nak turun mengundi.

Friday, 22 February 2013

Ini kata TGNA, ini jawapan TBTM

Aku tak dengar apa TGNA cakap tentang BR1M. Tapi yang aku dengar media propaganda pencacai Umno terus hentam TGNA dan dapatkan komen merata orang kononnya TGNA kata sesiapa yang ambil duit rasuah tu semuanya haiwan!

Oleh kerana aku sedikitpun tak percaya pada media yang dah jadi dayus, seperti lembu kena tarik hidung dan semua pekerjanya tak ada maruah diri itu, maka aku tunggu kalu-kalau dapat maklumat apa sebenarnya yang TGNA cakapkan. Betul sangkaan aku lain yang dicakap, lain pulak yang difitnahkan. Ni dia TGNA kata:

Harap kita tak berperang di Sabah!!!

Tempoh masa sampai hari jumaat untuk Jamalul Kiram, Sultan Sulu yang naik bersama tenteranya untuk merampas semula Sabah dari Kerajaan Malaysia telahpun tamat. Kerajaan malaysia bagi masa sampai hari jumaat iaitu hari ini.

Tapi Sultan Sulu tak mahu berganjak daripada tuntutannya manakala Presiden Filipina pula mohon agar Kerjaan Malasyia lanjutkan tempoh dan cuba selesaikan secara aman.

Dengar kata Kerajaan mungkin akan bincang untuk tambahkan elaun atau kadar sewa negeri Sabah kepada Sultan Sulu. Itu yang aku dengar laporan dari Filipina tulis. Dan kata mereka lagi, fakta bahwa Kerajaan Malaysia bayar sewa pada sultan sulu sahaja sudah membuktikan bahawa Sabah adalah kepunyaan mereka!

Fadzilah Kamsah minta Norsammudin delete videonya!

Aku dah kata, ramai yang terover buat anaiaya kat Fadzilah Kamsah dengan aibkan keluarganya. Dia kutuk doa Pas yang baginya tak betul, itu dia punya pendapat. Pendapat yang sama juga diberikan oleh ramai lagi orang lain terutamanya mereka yang tolak PR.

Kes tolak PR atau tolak BN itu hak masing-masing. Tiada paksaan dalam berparti dan tiada paksaan dalam sokong atau tolak mana-aman parti kat malaysia ini. Sebab itu Umno/BN tak paksa tapi dia pujuk dengan bagi BR1M dan macam-macam yang lain dan kalau paksa pong mereka buat diam-diam.

Bagi membantu serba sedikit pada Fadzilah kamsah punya masalah aku sebarkan kenyataan medianya di bawah:

MIC pula dilanda ribut!!!

Strategi Umno guna orang luar untuk lempar batu nampaknya tak menjadi. Kononnya nak jadi orang baik Umno outsourced kerja bakar sentimen bangsa Melayu dan agama Islam kepada kumpulan seperti Perkasa dan Jati.

Tak cukup dengan itu mereka guna pula individu perseorangan untuk terus tuang minyak bakar sentimen yang sama. Walaupun kita boleh agak tujuan mereka lebih kepada untuk menyerang Pakatan Rakyat yang multiracial dan lebih mengamalkan konsep 1 Malaysia berbanding Umno BN.

Thursday, 21 February 2013

The Economist ramal BN menang PRU13 - Kena bayar?

Bernama melaporkan The economist Intelligence unit meramalkan yang BN akan menang dalam PRU 13 nanti berdasarkan rekod cemerlang BN selama memerintah.

Mereka letakkan kehebatan BN dalam menunaikan segala janji berbanding Pakatan Rakyat yang membuat berbagi janji yang sukar untuk dipenuhi. Mereka juga berpendapat janji-janji PR seperti pelajaran percuma, dan permansuhan cukai kereta tidak boleh dilaksanakan.

Banyak lagi yang mereka kondem. Aku tengok semua ayat yang digunakan adalah ayat-ayat Umno/BN saling tak tumpah. Apa lagi yang boleh aku katakan mereka sebenarnya telah kena beli untuk bubuh report macam tu.

Kalau tak kena belipun mereka sebenarnya tak faham politik bangang tak matang negara kita yang tidak membandingkan performance sebaliknya siapa kuat bohong kuat rasuah akan berjaya bodohkan rakyat. Mereka tak faham cara pemikiran orang kita masih tahap feudal.

Tapi sekarang ramai dah sedar dan bukan sebab BN punya perfomance buat pembangunan yang kita pandang, tapi kehebatan mereka ambil faedah masuk poket dalam setiap projek yang dilaksankan itu yang memualkan semua rakyat!

sumber

MB Kedah sembur pemberontak !

TERKINI :
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa beliau tidak perlu memohon maaf kepada kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang didakwanya sebagai ejen Umno kerana sering membuat bantahan terhadap pengurusan kolej.

Azizan berkata, beliau tidak kisah dengan desakan sekumpulan kakitangan yang mahu permohonan maaf dibuat kerana telah mengheret mereka ke dalam kancah politik.
"Nak mohon maaf pasai apa? Memang depa ejen Umno, sebab tu Shahrizat (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil) bela depa. Saya tak hairan sebab mereka (kakitangan) ni ada masalah sikit, panggil wartawan cakap kat televisyen. Kalau mereka (kakitangan) benar-benar ikhlas, sepatutnya depa mai (mereka datang) jumpa saya.. depa ni semua orang pandai,"
Katanya kepada pemberita selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar dan barisan exco negeri di Istana Anak Bukit Bukit di Alor Setar, hari ini.

Presiden Pas buat perjumpaan dengan Tabligh

Hari ini Tuan Guru Haji Hadi Awang ziarah jemaah tabligh kat Masjid Sri Petaling. Bagus tu untuk promosi PRU-13 akan datang ni sebab pengikut jemaah tabligh ni tak ada haluan tertentu tentang politik.

Aku kenal ramai juga kawan-kawan yang aktif jemaah tabligh. Antara mereka terdapat berbagai fahaman tentang politik ni. Ada yang sokong Umno atas dasar perjuangan melayu.

Ada yang sokong Pakatan Rakyat atas dasar meluat pada Umno/BN. Ada pula yang tak setuju langsung dengan politik tak kira parti apappun.

Ramai yang beranggapan politik hanya membuang masa dan penuh dengan sikap mencari salah orang dan mempromosikan sikap saling benci membenci.

Ini mungkin golongan paling banyak dalam jemaah tabligh. Mereka berkemungkinan tak berdaftar dengan SPR dan tak ada niat untuk mengundipun.

Terdapat berbagai fahaman dalam politik melambangkan sikap jemaah itu sendiri yang tidak jelas dalam perjuangan mereka dari segi politik. mereka lepaskan bebas kepada jemaah untuk mengambil haluan masing-masing dalam perkara pemerintahan negara. Mungkin bagi mereka jemaah tabligh tak perlu pada kewujudan negara?

Askar Sulu tambah 1,500 lagi lawan tentera M'sia!!!

VIVAnews - Situasi antara pasukan Kesultanan Sulu asal Filipina dengan pemerintah Malaysia di wilayah Sabah semakin tegang. Pasukan Malaysia telah mengepung lokasi walaupun belum melakukan agresi. Sementara itu, Kesultanan Sulu dilaporkan menambah pasukannya.

Sebelumnya diberitakan, Menteri Dalam Negeri Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengatakan negaranya tidak akan berkompromi dalam menegakkan kedaulatan. Namun demikian dia berharap pendudukan desa Tanduao, Lahad Datu, sabah, tidak akan berakhir dengan pertumpahan darah. 

Diberitakan kantor berita Filipina Inquirer, Rabu 20 Februari 2013, pihak Kesultanan Sulu di Mindanao memperingatkan pemerintah Malaysia untuk tidak menyakiti saudara lelaki Sultan Jamalul Kiram III, Rajah Mudah Agbimuddin Kiram, yang menjadi komandan dalam pendudukan yang berlangsung hampir dua minggu itu.

Kenapa anda perlu lari selamatkan diri jika jumpa polis!

KUALA LUMPUR 18 Feb:
Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan individu membelasah seorang lelaki hingga berlumuran darah, tersebar di internet.

Video tersebut merakam sekurang-kurangnya 10 lelaki, mengerumuni kereta dinaiki mangsa sebelum menariknya keluar dan memukulnya tanpa belas kasihan.

Keadilan Daily tidak dapat mengesahkan sama ada beberapa lelaki dalam video itu adalah anggota polis berpakaian preman ataupun orang awam. Manakala lokasi dan tarikh kejadian juga tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun rakaman itu jelas menunjukkan anggota polis beruniform di tempat kejadian tidak bertindak menghalang perbuatan itu, malah ada antaranya ikut sama memukul mangsa.

Gambar haiwan hilang dari pandangan !

Cuba lihat gambar yang disertakan dan cuba cari binatang di sebalik gambar tersebut. Gambar dirakamkan oleh jurugambar hidupan liar Art Wolfe. Kadangkala sukar untuk mencari semula di mana binatang yang telah dirakamkan..

Wednesday, 20 February 2013

Sultan Selangor setuju bubar DUN!!! - Khalid Ibrahim

Menteri Besar Selangor umumkan persetujuan Sultan untuk membubarkan dewan undangan negeri hari ini. Khalid akan umumkan tarikhnya selepas ini. Sultan punya syarat hanya pastikan semunya berjalan ikut prosedur dan bersih serta terhormat.

Apa pendapat anda dengan isu bubar dewan negeri selangor ni?
Aku rasa ia agak terlewat dan langsung tak ada kelebihan dalam masa sekarang ini sebab jika dibubarkan bermakna khalid lepaskan semuanya pada SPR dan dia sudah tidak punya apa-apa lagi...sumber

Umno parti yang 'rendah diri' dan 'bersopan' - Raja Nazrin?

Wah! dah nak mai PRU-13 Umno dapat chop mohor di raja pulak. NST melaporkan Raja Nazrin puji Umno atas kejayaan mereka selama ini mempertahankan kehebatan bangsa melayu di malaysia atas dasar mereka yang merendah diri dan bersopan dan diterima oleh semua bangsa lain!.

Tafsiran NST mungkin berbeza dengan apa yang aku tafsirkan dari ucapan tersebut. Bagi aku kalau masih ada lagi manusia yang waras berkata Umno itu sebuah parti yang merendah diri dan bersopan santun, maknanya dia dah lama sangat duduk dalam hutan dan tak ikuti perkebnagan politik tanah melayu.

Aku tak nampak kat mana Umno dan majoriti ahlinya mengamalkan sikap merendah diri dan bersopan dalam amalan seharian mereka. Pemimpin Umno dikenali sejak lama dah berlebihan melebihi raja berlagaknya. Semua itu akibat kemewahan kuasa dan harta yang mereka bolot sejak sekian lama daripada rakyat.

Lagi kes Fadzilah Kamsah - Apa komen KP Pas?

Banyak orang komen tentang pemuda Pas khasnya kepada Ketuanya. Antara perkara tak gemor aku mendengarnya adalah ejekan yang berbunyi, " Nasrudin Hassan Tantawi, a man with no plan...". Aduh menikam rasanya ayat tersebut!.

Kalau nak tengok komen Umno/Bn pada KP Pas ni tak payah nak cakaplah, dah namapun musuh, orang bagus hebat macam Tok Guru Nik Aziz pun dia orang hentam, kutuk, hina macam nakl gila. Sampai yang jadi gilannya bukan Tok Guru, tapi mereka sendiri!.

Aku agak setuju gak dengan ayat 'a leader with no plan'. Mungkin sebab aku dah tua dan tak ada akses untuk maklumat perancangan Pemuda pas ni. Akses yang aku ada hanyalah setakat perancangan mereka nak terbalikkan golongan berfikrah tidak jelas yang bermaharajalela dalam parti tersebut (depa kata).

Fakta berkenaan Anwar Ibrahim yang Umno tak suka dengar!

"Dato Seri Dr.Anwar Ibrahim dilantik sebagai pengerusi Bahagian Pembangunan Bank Dunia ( Chairman Of Development Committee World Bank ) pada tahun 1998,kerana Anwar mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi dan kewangan seperti yang terbukti dengan kejayaan beliau mengurus dan mentadbir ekonomi dan kewangan Malaysia, dan perlantikan tersebut dipersetujui oleh kabinet Malaysia ketika itu"
KeADILan Lahad Datu.

Bila Anwar kata Malaysia akan bankrap jika BN terus memerintah, Muhyiddin Yassin melenting dan tuduh Anwar mangoko yang tak reti pasai ekonomi. Aku setuju kanyataan Muhyiddin itu, ya! memang Anwat tak reti pasai ekonomi, dia tak reti dan tak faham sistem ekonomi fahaman Umno yang membenarkan hanya segelintir kroni makan duit sampai kembung perut berbillion-billion tak pernah cukup.

Terkini!!! Stadium Gong Badak runtuh lagi!!!

Gambar jarak dekat terkini
Update: 1.45 pm
Dalam pada itu kepulangan Tuan Guru Nik Aziz disambut dengan cukup meriah. Penuh sesak airport menyambut kepulangan beliau. Oleh kerana Nik Aziz adalah MB Kelantan sebuah negeri bersebelahan Terangganu. ia juga satu simbolik runtuhnya kerajaan BN di Terengganu...tengok gambar

Khalid Ibrahim tak sabar nak menang !

Sebelum ini aku terbaca laporan dalam akhbar Sinar kenyataan Satim Demand tak sabar nak ambil alih negeri Selangor. Dia tak sabar sebab yakin semua rakyat Selangor dah tak tahan untuk menolak PR dan memilih semula BN.

Mungkin Satim Demand dah round seluruh selangor dan melihat ramai rakyat negeri Selangor telah kebuluran dan nazak sebab tak makan dan tidak ada kemudahan. Satim Demand juga mungkin dah melihat berlaku banyak kehancuran di negeri Selangor dan Kerajaan negeri telah kepupusan duit untuk mentadbir negeri dengan baik. maklumlah bagi Satim Demand, semua orang PR lapaq duit dan kaki makan duit rakyat!

Aku boleh confirm apa yang Satim Demand tengok itu semuanya betoi. Sati Demand hanya pusing tengok orang-orang Umno/BN di seluruh Selangor. Jadi rakyat yang sebenarnya kelihatan kebuluran dan putus harapan adalah kalangan Umno/BN sahaja yang tinggal tak berapa kerat sebab hampir pupus tak dapat buat kerja jahat sebagaimana biasa.

Umno/BN sebar budaya ugutan pada pengundi!

Ada sekali aku jumpa dan bersembang dengan seorang pesara kerajaan wanita. Wanita itu anak jati Kuala Pilah negeri Sembilan. Kebetulan hari itu Muhyiddin Yassin datang berkempen ke Bahau dan wanita itu turut sama dijemput (dibayar) untuk memerihakan dan meramaikan lagi sambutan terhadap pemimpin feudal no 2 negara.

Entah apa sebab yang membuatkan dia bercakap pasal politik dengan aku sedangkan aku hanya lebih banyak angguk kepala dari bersuara. Dia macam dapat kesan yang muka aku ni muka tak suka pada Umno/BN. Atau mungkin sebab nama aku ABU- Asal bukan Umno!.

Dia kata kat aku, "biorlah apo yang tejadi, den tetap pangkah BN". Aku hanya dengar dengan penuh minat dan terus angguk kepala. Ketika balik, perbualan itu berlegar-legar dalam kepala aku. Kenapa mereka begitu tegar mengundi Umno/BN walau apapun yang terjadi. Aku boleh rumuskan beberapa sebab:

Tuesday, 19 February 2013

Pengakuan blogger PR dibayar RM3,000!

Mula-mula sekali blogger PR tuduh dan buktikan bahawa blogger pencacai Umno dibayar mewah. Aku percaya sebab siap dengan bukti transaksi duit. Aku percaya juga sebab aku kenal Umno memang macam tu, no money no talk!.

Kemudian blogger pencacai Umno pula tuduh blogger pembela PR dibayar. Aku tak percaya sebab tak ada bukti transaksi duit. Aku tak percaya juga sebab sepanjang aku sokong pembangkang dari remaja samapi aku tua beruban, aku hanya pernah keluarkan duit bagi pada parti. Tak pernah terjadi parti bagi duit kat aku samada secara resmi atau tidak resmi.

Aku kenal ramai, terlalu ramai kawan-kawan terutamanya dari kalangan pembela bulan mengambang penuh di langit hijau yang sejak dari ada duit sampai habis semua duit tak pernah dapat duit daripada parti yang mereka julang. Malah ada yang terpaksa menyorok setelah habis duit dari melibatkan diri dengan parti takut-takut diminta lagi duit.

15 rahsia Kaabah yang anda tak tahu!

Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains :

  1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
  2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
  3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
  4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
  5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

Monday, 18 February 2013

Kutu mana buat anaiya Najib ni?

Awal-awal mingu, hari isnin ni dah muncul satu lagi cerita lawak kat negara malaysia kepimpinan Najib. Heboh satu dunia cyber yang kononnya Perdana Menteri Malaysia, telah secara rasminya meletakkan jawatan.

Dalam kenyataan letak jawatan tersebut najib memohon maaf pada ketua pembangkang dan kumpulan pembangkang atas kesemua benda jahat yang dia telah lakukan.

Alahai kesian pada PM kita yang kuat tapi lembek ni!, macam-macam orang buat tahna kat dia. Mentang-mentanglah dia punya musuh dari luar dan dalam terlalu banyak depa pakat buli dia jadi pelawak profesional internasional.

Kemudiannya berita tersebut dinafikan. Mereka mengesyaki ada penceroboh telah mendajalkan site kerajaan dan buat kesemua kerja tak senonoh tersebut. Baca sini. dan sini

Entah-entah, memang betoi Najib belasah keluarkan kenyataan letak jawatan! al maklumlah dia kan lembek. Tak tahan dengan kerenah team Muhyiddin, team Tun Mahathir, kerenah, team Rosmah, kerenah luar serta dalam Umno, lalu buat kerja bebal surrender...nah ambik kau!...boleh jadi tu!

Aku benci Ahli Majlis macam ni!

PRU-13 dah dekat, ramai yang berebut nak jadi calon bagi parti masing-masing. Tak kira samada dari PR atau BN masing-masing dah nampak mula berebut.

Dalam kes BN, memang depa ni jenis berebut gila kuasa dari dulu. Dan untuk dapatkan kuasa kena jadi calon dalam apa-apa saja pemilihan. Yang paling dikehendaki adalah dalam PRU dan kalau terlantik ada peluang dapat jawatan.

Bila ada jawatan, ada kuasa, ada banyak peluang. Banyak boleh buat duit, dapat betina, bela gundik, bela gigolo, bela anjibg kucing buat rumah makan kedarah besar buat banglo besaq dan lain-lain lagi. Bila aku sebut bab ni aku rasa geram nak marah.

Dalam kes PR pulak, aku dah nampak ada kecenderungan segelintir mereka yang dah jadi macam Umno/Bn dulu. Mungkin mereka tak biasa buat maksiat seperti tempa jalang, mabuk, bela gundik atau seumpamanya, tapi untuk mengelakkan diri daripada buat duit semata-mata atas dasar untuk dit itu saja ramai yang tak dapat tahan.

Sunday, 17 February 2013

Fadzilah Kamsah diaibkan! - Kesian!

Fadzilah Kamsah punya ayat popular bila beri nasihat berjelanya pada kaum ibubapa dalam hal mendidik anak-anak adalah:
"Pak borek, anak rintik"
Peribahasa ini bukan saja terpakai pada orang ramai tertentu saja, tapi termasuklah pada dia juga sendiri. Macam mana kelaku anak-anaknya, begitulah juga kelaku mak bapaknya.

Tapi aku rasa benda ni terpakai pada anak-anak yang belum akil baligh atau dalam zaman moden kita ini mungkin boleh dilanjutkan lagi sebab anak-anak zaman kita terlalu manja. Aku tengok ramai anak-anak dah berbulu serata tempat masih dilayan macam budak tadika di negara kita.

Hishamuddin kuat bohong

Soalan: Kenapa Umno dikenali sebagai parti pembohong?
Jawapan: Sebab pemimpinnya suka mohong

Soalan: Siapa pemimpin Umno yang bohong?
Jawapan: Hishamuddin

Soalan: Hishamuddin mohong apa?
Jawapan: DAP gagal hantar report

Apasal mangkaq tu nak masuk campur benda yang dia tak tahu aku tak faham langsung. Hang duduk diam-diam buat kerja cukuplah tak payah kacau hal orang lain le!

Gempar! Bilik gerakan BN disimbah cat merah!

Kejadian berlaku pukul 7 pagi tadi di Taman Kota Laksamana, Melaka. Cat merah penuh tersimbah di papan tanda, serta beberapa bahagian bangunan rumah tersebut. Kelihatan 2 beg plastik yang diisi dengan cat merah pada tempat kejadian.

Ali Rustam kata ini mungkin perbuatan pembangkang yang dengki dengan kehebatan BN menghampiri para pengundi dan merasuah mereka dengan berbagai janji, gula-gula dan trip ke Phuket (ini aku reka). Tapi aku rasa ada sebab lain:

  1. Berkemungkinan besar tempat yang terkena simbahan cat merah itu ada terlibat dengan hutang along. Mereka tak bayar lalu membuatkan along marah. Kerja lempar cat merah sebegitu hanya budaya suku along.
  2. BN upah orang campak cat merah untuk fitnah PR atau ada kumpulan dari BN (terutamanya Umno) yang pergi lempar cat tanpa pengetahuan yang lain untuk fitnah pembangkang. Ini memang kepakaran BN terutamanya Umno yang beli dan pujuk dan gerakkan orang satu Malaysia untuk buat kerja bodoh fitnah pembangkang.