Pages

Saturday, 27 October 2012

Wala' & Thiqah jadi senjata pemimpin yang lemah!

Kebelakangan ini ada yang menimbulkan persoalan Wala’ dan Thiqah sambil memberikan penekanan terhadap pengamalannya. Ia bagaikan menjadi bagaikan satu ‘trend’ sehingga yang tidak tahu hujang pangkal turut ingin membicarakan persoalan ini. Tumpuan yang diberikan kepada persoalan ini memberikan gambaran seolah-olah PAS sedang dilanda musibah berhubung dengan dua ‘doktrin’ (sepertimana istilah yang digunakan) ini dan ianya perlu ditangani sebelum bencana melanda PAS.

Saya melihat keadaan yang wujud adalah hasil dari ketidak-fahaman ahli PAS sendiri terhadap penggunaan istilah ini. Apabila ianya tidak difahami maka ianya telah menimbulkan keluh-kesah kerana mereka ingin melihat dan mencapai sesuatu yang pada dasarnya tidak dituntut dengan cara yang sepertimana digambarkan. Bagi sebahagian ahli pula, khususnya yang masih ‘baru’, istilah wala’ dan thiqah ini membawa erti kepatuhan yang tidak berbelah bagi sehingga pemimpin serta apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin, tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya ianya disoal, atas apa alasan sekalipun, maka bererti tiadanya wala’ serta thiqah bagi yang menyoal. Mereka ini kemudiannya terus dilabel ‘kurang tarbiyyah’, pemikiran sekular dan sebagainya. 



Oleh kerana salah faham sebegini wujud di kalangan kelompok yang tertentu dan disuburkan pula oleh yang golongan yang lain, maka timbul kekuathiran kononnya ada yang ingin “merobohkan doktrin wala’ dan thiqah”. Tetapi, pada hakikatnya, wala’ dan thiqah tidak menuntut ahli jemaah menjadi bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya untuk diheret ke mana sahaja yang diinginkan oleh pemimpin.

Untuk menjelaskan konsep ini, marilah kita renung bersama kepada peristiwa pembahagian harta rampasan perang (‘ghanimah’ – yang hanya relevan pada ketika peperangan) selepas selesai perang Hunain. Dalam peristiwa ini, Rasulullah telah memberi ghanimah pada orang Quraisy yang baru memeluk Islam dan tidak pula kepada yang lain. Tindakan ini menyebabkan kaum Ansar berasa kurang senang sehingga ada yang mengatakan, “Semoga Allah mengampuni RasulNya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita pada hal pedang-pedang kita masih basah dengan darah mereka (kaum Quraisy)”.

Rasulullah (SAW) telah mendengar akan berita tersebut dan Baginda mengumpul kaum Ansar dan seterusnya bersabda, “Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan ku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan ku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita dan Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Bagi setiap soalan yang ditanya Rasulullah, kaum Ansar menjawab, “Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah (SAW) meneruskan, “Hai kaum Ansar, apakah kamu marah kerana tidak menerima ‘sampah dunia’ yang tiada nilainya? Dengan ‘sampah’ itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa”.

Maka jika kita perhalusi akan peristiwa ini, apa yang terjadi adalah kerana sebahagian dari kaum Ansar mempertikaikan keputusan Rasulullah (SAW) berhubung agihan ghanimah perang Hunain. Tahap pertikaian itu begitu hebat sehingga ada yang menganggap Rasulullah tersilap dan memohon maaf kepada Allah bagi pihak Rasulullah! Apabila Rasulullah mendengar berita tersebut, Baginda memanggil mereka dan menjelaskan mengapa dan kenapa ianya dilakukan sebegitu rupa. Penerangan dan penjelasan yang diberi begitu tepat dan kukuh sehingga semua yang mendengar menerimanya dengan baik, malahan ada yang merasa cukup bersalah kerana mempertikaikan keputusan Rasulullah.

Pengajaran yang utama yang boleh diperolehi dari peristiwa ini ialah kaedah kepimpinan Rasulullah (SAW) itu sendiri. Rasulullah tidak menangani persoalan ini dengan hanya menyebut “wala’ dan thiqah” dan kalau kamu pertikaikan keputusan aku maka kamu tak wala’ dan tak thiqah! Baginda juga tidak mengherdik mereka yang bertanya dan melabelkan mereka sebagai kurang tarbiyyah, berpemikiran jahilliyah dan sebagainya. Sebaliknya, Rasulullah memanfaat situasi yang wujud melalui pertikaian tersebut yang mempertegaskan lagi kemuliaan perjuangan Islam serta diperteguhkan lagi niat untuk menuntut keredhaan Allah yang mesti mengatasi segala niat dan tujuan yang lain.

Melalui kaedah kepimpinan sebegini, Rasulullah tidak menghalang perbincangan dan perbahasan berhubung sesuatu keputusan yang diambil oleh Baginda. Sebaliknya, mengiktiraf hak bertanya oleh kaum Ansar dalam soal sesuatu tindakan yang merupakan pendapat dan bukan wahyu dari Allah. Dengan memberikan penerangan dan penjelasan, wala’ dan thiqah terhadap Baginda (SAW) telah pada masa yang sama turut diperkukuhkan.

Dalam keadaan di mana keputusan Rasulullah sendiri disoal dan Baginda tidak pun melihatnya sebagai satu kesalahan, maka amatlah hairan jikalau pada ketika ini ada yang marah apabila keputusan pemimpin yang bukan seorang Rasul dipertikaikan. Sehinggakan mereka menganggap ianya budaya selain dari Islam kerana Islam tertegak dengan ‘doktrin wala’ dan thiqah’, yang mungkin bagi mereka membawa erti kepatuhan yang mebuta tuli.

Kalaulah Rasulullah sendiri pun tidak marah dan turut mengambil masa untuk menjelaskan kepada para sahabat dari kaum Ansar, maka persoalannya sekarang apakah hak pemimpin lain yang tarafnya jauh lebih rendah untuk marah dan memberi jawapan sekadar “wala’ dan thiqah”?

Perang Hunain adalah peperangan selepas peristiwa Fathul Mekah. Ianya diperingkat penghujung Sirah Nabi di mana golongan Ansar terlebih dahulu telah sempat melalui tarbiyyah dan latihan yang jauh lebih kemas dari kita di dalam PAS. Mereka lebih memahami dan mengetahui Islam dari apa yang ada ketika ini. Namun mereka tidak melihat reaksi mereka terhadap tindakan Rasulullah sebagai ‘tidak wala’ dan tidak thiqah’. Mereka hanya mempersoalkan sebab mengapa ianya dilakukan sedemikian rupa. Dan mereka faham dan tahu bahawa Rasulullah (SAW) selama ini pun mengajar mereka bahawa mereka berhak untuk bertanya.

Hakikatnya, kebijaksanaan dan ketepatan tindakan Rasulullah tidak dapat difahami mereka sehingga ianya dijelaskan oleh Rasulullah (SAW). Tetapi, melalui penerangan yang diberi, menjadi jelas kebijaksanaan dan ketepatan tindakan Rasulullah (SAW) dan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.

Dalam kedudukan mereka yang begitu tinggi kefahaman mereka terhadap Islam sekalipun, golongan ini memerlukan penjelasan apabila berlakunya tindakan yang dilihat agak kontroversi. Apatah lagi kita! Atau adakah dianggap memadai dengan menjawab “wala’ dan thiqah” kerana ahli PAS kini lebih hebat?

PAS sebagai jemaah Islam mestilah mempunyai keterbukaan, mendengar teguran dan kritikan, dari dalam dan dari luar dan memanfaatkannya untuk kebaikan kita. Lebih-lebih lagi kritikan dan teguran yang datangnya dari ahli. Oleh kerana yang menegur adalah ahli, maka PAS harus yakin bahawa teguran yang dibuat adalah bertujuan untuk kebaikan. Tidak wajar jika mahu ditutup saluran dan ruang teguran dan kritikan dengan memutar belitkan kefahaman terhadap wala’ dan thiqah untuk membawa pengertian kepatuhan tidak bertempat. Jika PAS bertindak sebegitu, maka ini akan dengan sendirinya mematikan apa yang Rasulullah sendiri ingin suburkan dan galakkan.

“Pemimpin tidak maksum dan pengikut tidak bodoh”. Kalau kita memahami ini dan mengamalkannya, sudah pasti corak kepimpinan kita akan mendampingi cara Rasulullah (SAW). Rasulullah sendiri bersedia mendengar teguran dan pandangan sahabat walaupun Baginda maksum. Baginda menghargai pandangan sahabat kerana mereka tidak dilihat bodoh oleh baginda malahan dalam banyak hal baginda mencari para sahabat untuk mendengar pandangan mereka.

PAS perlu menyedari bahawa wala’ dan thiqah perlu diperkukuhkan melalui tindakan yang telus dengan memberikan penjelasan berhubung sebab-sebab mengapa sesuatu tindakan itu diambil. Sekiranya tindakan itu mencurigakan, maka ahli berhak bertanya dan sekiranya tidak dijawab, ahli berhak mempertikaikannya. Wala’ dan thiqah tidak merupakan ‘alat pemimpin’ untuk menundukkan dan menafikan hak pengikut untuk bertanya dan mengambil tahu.

Dalam suasana masyarakat yang mengamalkan demokrasi, kemampuan PAS menjelaskan dan membuktikan keadilan dan ketepatan setiap tindakannya kepada ahli dan masyarakat umum amat penting. Ahli dan masyarakat umum menilai setiap tindakan PAS. Ketelusan tindakan serta wujudnya sebab dan alasan yang munasabah bagi setiap tindakan akan mengukuhkan keyakinan ahli dan anggota masyarakat terhadap kemampuan PAS untuk mentadbir Negara.

Oleh yang demikian, tidak cukup dengan hanya menjawab, “wala’ dan thiqah”. Dalam keadaan dan suasana gerakan siir, bawah tanah dan rahsia, jawapan sebegitu mungkin memadai dan hanya itu sahajalah jawapan yang mungkin boleh diberi. Namun pada ketika ini, suasana tidak seperti keadaan seperti Ikhwan pada tahun 60an. Negara kita ini berada dalam suasana yang jauh berbeza.

Lebih cepat di kalangan ahli PAS mampu memahami perbezaan ini dan impaknya kepada kaedah gerakan Islam, maka saya fikir itulah yang lebih baik.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sayur organik sama saja dengan yang biasa?

Pasaran tanaman organik meningkat di Amerika daripada USD3.5 billion pada 1996 kepada USD28.6 billion pada tahun 2010. Ini menunjukkan orang ramai percaya dengan membeli tanaman organik mereka kan lebih selamat.

Tanaman biasa dikhuatiri mengandungi racun serangga yang boleh menjejaskan kesihatan mereka yang menggunakannya. Oleh itu mereka yang melihat ketakutan ini sebagai satu peluang buat duit telah menawarkan tanaman organik. Harga yang ditawarkan pula jauh lebih tinggi daripada tanaman biasa.

Di negara kita juga pasaran tanaman organik sudah mula mendapat tempat. Di pasaraya besar pasti ada kawasan yang menyediakan tanaman organik tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada sayuran atau buah-buah biasa.


Masalah yang timbul hasil daripada ketakutan orang ramai terhadap bahaya racun tanaman adalah apabila mereka mengambil pendekatan dengan mengurangkan makan sayur dan makan buah di sebabkan terpaksa membeli tanaman organik yang jauh lebih mahal.

Bahaya tidak makan atau kurang makan buah dan sayuran terhadap kesihatan adalah jauh lebih teruk daripada makan tanaman yang menggunakan racun serangga. Ini di sebabkan penggunaan racun pada tanaman adalah dalam kuantiti yang dibenarkan dan masih dalam tahap tidak membahayakan manusia.

Kajian juga menunjukkan tanaman organik tidak terbukti mendatangkan apa-apa kelebihan pada kita berbanding tanaman biasa. Oleh itu kenapa membazirkan wang membeli tanaman organik dan dalam masa yang sama terpaksa kurangkan makan sayura dan buah sebab harga tanaman organik mahal.

Tambahan:
Walaubagaimanapun, penggunaan racun serangga perosak di Malaysia kebanyakannya diragui samada mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tidak. Laporan daripada persatuan pengguna menunjukkan terdapat banyak sayur yang berlebihan kandungan racun yang boleh membahayakan pengguna.

Keadaan ini tidak mengejutkan kita kerana Malaysia terkenal mempunyai undang-undang yang terbaik di dunia tetapi malangnya tahap penguatkuasaan yang cukup buruk. Ini membuatkan apa saja undang-undang tidak menghasilkan matlamat yang dikehendaki.

Oleh itu jalan selamat bagi rakyat Malaysia adalah dengan makan sayur dan juga buah-buahan yang ditanam sendiri. Kalau nak beli buah pastikan anda membeli buah yang diimport dari Amerika atau lain-lain negara Eropah yang mengawal penggunaan racun serangga pada industri pertanian.

Alahai....! malangnya rakyat Malaysia?

Baca laporannya di sini.

Thursday, 25 October 2012

Sertai Kembara Soleh

Sejam bersama Hafiz Hamidun
pada 12 November
Jika anda ada anak dalam lingkungan dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 dan ingin menerapkan nilai-nilai Islam pada mereka di kesempatan musim cuti sekolah ini anda dijemput menyertai program:

KEMBARA SOLEH MAAHAD HABIBULLAH AL HAFIZ TAHUN 2012

Kembara soleh ini merupakan komponen program dakwah Habib yang melibatkan:

  • Pelajar Habib sendiri
  • Masyarakat setempat dan
  • Para pelajar dari daerah-daerah lain disekitarnya.
Melalui program berkumpulan dalam akitivi didakwah dan berdakwah, ini pelajar akan dapat amalkan Islam sebagai satu cara hidup holistik yang indah dan harmonis, sekaligus memartabatkan diri dan agama


Objektif Kembara Soleh
  1. Mempertingkatkan pengetahuan dan amalan ajaran Al-Quran/Agama dalam kalangan pelajar
  2. Menggerakkan pasukan pelajar yang cintakan Islam bagi memartabatkan diri selaku hamba Allah yang sebenarnya
  3. Mendedahkan pelajar kepada memahami hakikat keinsanan diri sejurus dapat meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah SWT
  4. Melahirkan pelajar yang dapat menghayati hakikat Syahadah, Solah dan Haji
  5. Mengujudkan ’networking’ dalam kalangan peserta bagi membentuk gagasan pendakwah hebat di masa hadapan
  6. Membentuk pendukung Islam yang cemerlang secara spiritual, mental dan fizikal
  7. Membentuk kecemerlangan berpasukan
Siapa menjadi sasaran Program Kembara Soleh
Kembara Soleh mensasarkan seramai seratus pelajar tahun satu hingga tingkatan lima dari sekolah-sekolah di Puncak Alam dan sekolah-sekolah di lain-lain daerah sekitarnya. Kelompok ’diverse’ ini diharapkan dapat menghasilkan kreativiti yang tinggi dalam program perkongsian ini.

Bila Kembara Soleh akan diadakan?

Bermula dari 11 November hingga 17 November 2012

Aturcara Program

  • 11 November: Tema Aktiviti - How "small we are"
    • Role modelling : mengenali Ilmuan Islam dan sumbangan mereka kepada kecemerlangan Islam 
    • Menyediakan portfolio pelajar
  • 12 November:  Tema Aktiviti - Smart Solat
    • Teori dan Praktis Wudhu dan Ibadah Solah
    • Bersama artis jemputan : Saudara Hafiz Hamidun
  • 13 November: Tema Aktiviti - Menjadi Tetamu Allah
    • Teori dan praktis ibdah Umrah dan Haji
  • 14 November: Tema Aktiviti - Tuhan dan Kehidupan
    • Bersama Penceramah Jemputan: Dr. Abdul Latif bin Abdul Razak Pakar psikoloji Islam dari UIA
  • 15 November: Tema Aktiviti - Keseimbangan Fizikal, Spiritual dan Mental
    • Fishing Race
    • Tilawah Al-Quran
    • Where am I?
  • 16 November: Tema Aktiviti - Detoxify
    • Pimpin Apek dan Mandi Sungai
  • 17 November: Tema Aktiviti - Showcasing Creativity
    • Persembahan kumpulan
Jika berminat dan mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut sila hubungi:

Siti Intan Liyana bte Jais: 012-345 2785

Wednesday, 24 October 2012

Chua SL biadab, Beras Perkasam mengamuk, PR kena tangkap...

Seorang mangsa curi kereta membuat laporan keretanya dicuri. Ketika siasatan mangsa memberitahu keretanya tidak berkunci, kunci berada di dalam kereta yang berada di luar dan mangsa sedang nyenyak tidur. Lalu pegawai Polis berkata, "memang patutpun kereta kamu kena curi!"

Sesiapa saja yang waras akan bersetuju dengan kata pegawai Polis tersebut. Bukannya pegawai maksudkan setiap orang yang melihat keadaan seperti itu patut mencuri kereta mangsa. Sebaliknya ia membawa maksud keadaan cuai mangsalah yang mendorong keretanya dicuri oleh orang jahat.

Begitulah lebih kurang maksudnya bila Tuan Guru Nik Aziz berkata sesiap yang mendedahkan auratnya (yang mengiurkan) memang patut dirogol. Ia membawa maksud mangsa rogol begitu mendedahkan dirinya untuk dirogol apabila bertemu dengan orang jahat yang gemarkan seks seperti seorang pemimpin besar MCA yang terlibat dalam kes video porno bersama gundiknya.


Bagi seorang yang berbangsa bukan Melayu kalau tak faham ayat sebegitu, elok pergi migrate ke negara yang bahasa ibundanya adalah Cantonese dan jangan buat kacau di negara yang Agama resmi persekutuannya adalah Islam.

Kalau tak faham elok bertanya. Kenyataan menghina Hudud merupakan kenyataan yang sama berat kurang ajarnya seperti kes membuat video menghina Nabi. Memang kita kena faham bahwa orang bukan Islam yang tak nampak kebenaran Islam akan mudah melatah ikut selera fahamannya yang sesat (berdasarkan Islam)

Tetapi dalam dunia ini, tidak sunyi daripada terdapatnya kaum yang berfikiran sempit dan mudah melatah mengikut nafsu. Mereka tidak peduli samada rasional atau tidak untuk mengamuk membuat tindakan ganas. Di negara kita juga tidak sunyi daripada golongan yang 'over' seperti itu.

Oleh itu sebagai pemimpin yang bijak perlulah mengambil kira golongan ektremis tersebut agar negara tidak huru hara. Malangnya terdapat pemimpin Cina yang biadab suka cari pasal membincangkan undang-undang Islam yang tak ada kena mengena dengan kepercayaannya.

Apakah pemimpin itu terlalu bodoh? sudah pasti tidak kerana dia menjadi ketua MCA. Jika kita katakan ketua orang MCA itu bodoh tentu ia membawa maksud semua orang MCA turut bodoh kerana melantik ketua yang bodoh. Jadi rumusannya ketua MCA tidak bodoh! Lalu apa muslihatnya?

Barangkali ianya memang sengaja dilakukan sebagai satu taktik provokasi menaikkan kemarahan golongan ekstremis agar bertindak. Keadaan sengaja itu nampak lebih kuat bila teman rapat politiknya yang mendakwa mendaulatkan Islam hanya senyum tidak membantah.

Apabila ada yang bangun buat kacau, maka ada alasan kuat untuk mengambil tindakan. Dan mangsanya sudah tentu mereka yang membantah kenyuataan biadap Chua SL tersebut dan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah PAS.

PAS bukanlah sebuah parti ekstremis. Adalah satu tindakan bodoh untuk mengamuk buat kacau dalam keadaan Pakatan Pembangkang berada di kedudukan paling kuat dalam sejarah. Namun dalam arena politik perkara logik tidak diterima pakai.

Apa yang merisaukan adalah berlakunya satu lagi operasi Lalang yang bakal meragut habis kesemua pemimpin-pemimpin pembangkang seperti masa lalu. Dalam keadaan itu mudahlah BN nak menang bertanding tanpa pesaingan.

Tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan dan melancarkan maklumat memberitahu kepada semua pengamal media samada folmal atau tidak formal, media semasa atau media alternatif, terutamanya penyokong PAS, agar tidak melayan sebarang tindakan provokasi musuh memang tepat dan satu usaha yang terbaik daripada PAS.

Syabas Ketua penerangan Pas pusat. Ia satu bukti bahawa Pas bukanlah sebuah parti yang ekstremis dan mengambil pendekatan ganas untuk berdakwah. Dalam kita mengutuk kenyataan biadab hero porno tersebut, kita sedih kenapa dia masih tak faham terdapat ramai jirannya di Malaysia yang beragama Islam yang akan terguris apabila hukum yang disebutkan di dalam Al-Quran dihina sedemikian rupa.

Tuesday, 23 October 2012

Bolehkah Anwar Ibrahim jadi PM terbaik Malaysia?

Persoalan yang perlu di jawab adalah samada untuk menjadi pemimpin yang hebat memerlukan pengalaman. Pemimpin yang berpengalaman biasanya akan melalui sejarah peningkatan dari satu tingkat ke satu tingkat lain yang lebih tinggi sehingga membawanya ke kemuncak kepimpinan.

Berdasarkan kajian, pemimpin yang meningkat dari satu tahap ke satu tahap sehingga naik ke atas sekali biasanya berakhir dengan hanya menjadi pemimpin yang biasa-biasa sahaja. Jelas menunjukkan mereka yang   masak bergelumang dengan politik dari bawah lalu naik ke atas perlahan-lahan tidak pernah menjadi pemimpin yang sempoi hebatnya.

Contoh yang amat ketara boleh dilihat pada cerita Pak Lah menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum ini. Bagaimana orang ramai terutamanya pemerhati politik memberikan harapan tinggi pada Pak lah yang dilihat cukup masak dalam kancah politik dengan pengalaman naik turun yang lama.


Akhirnya terserlah bahawa Pak Lah hanyalah sekadar pemimpin peringkat average dan tidak ada sedikitpun kelainan yang memberikan tahap wow! pada pencapaiannya. Ternyata pengalaman Pak Lah tidak membawa apa-apa makna untuk menjadikan dirinya hebat sebagai pemimpin nombor satu.

Najib Tun Razak juga dikatakan cukup berpengalaman dalam dunia politik apabila mula menjadi Menteri Besar dalam peringkat usai yang muda. Sejak itu dia naik setapak demi setapak dalam kepimpinan Umno dan akhirnya dengan pertolongan Tun Mahathir, beliau menjadi Perdana Menteri.

Kajian juga menunjukkan orang yang ditunjuk untuk menggantikan kepimpinan biasanya hanya mampu menjadi pemimpin biasa-biasa saja dan tidak dapat menonjolkan kelainan dalam kepimpinannya untuk menjadikan dia hebat. Najib juga memang tidak menunjukkan sesuatu yang istimewa untuk membawa negara kita ke tahap yang lebih tinggi berbanding Tun Mahathir.

Bagaimana pulak dengan Anwar Ibrahim? jika di9a jadi PM adakah sesuatu yang hebat dan luarbiasa boleh dilakukannya? Mengikut teorinya pemimpin yang datang masuk dengan terkejut lalu menjadi ketua secara tiba-tiba melalui jalan yang diluar kebiasaan, mampu menjadi samada:

  • Cukup hebat
  • Paling teruk
Contoh paling mudah adalah dengan melihat pada bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur. Dia tiba-tiba menjadi Presiden lalu menjadi presiden yang paling teruk pernah dilahirkan oleh Indonesia!.

Jalan yang dilalui oleh Anwar agak berbeza. Jika dia naik menjadi PM bukanlah melalui jalan kebiasaan yang diikuti oleh semua Perdana Menteri kita yang lain. Dia diterajang keluar dan dengan kelajuan yang luar biasa memimpin ketumbukan pembangkang paling kuat dan luar biasa dalam sejarah negara yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Jika dia naik jadi PM, jelas dia merupakan orang luar dari kebiasaan dan besar kemungkinan Anwar Ibrahim bakal menjadi pemimpin atau PM paling hebat pernah dilahirkan oleh negara ataupun.....

Pemimpin paling teruk pernah ada dalam sejarah Malaysia....! Kalau nak tahu mana satu, anda perlu berani membuat pilihan samada menyokong Pakatan Rakyat atau menolak mereka.

Jika anda menyokong BN, sudah pasti anda akan dapat pemimpin yang biasa-biasa sahaja malah budaya politik mereka cukup sombong dan bongkak dengan konsep feudal yang masih menebal.

Jika anda pilih PR, anda ada peluang melihat lahirnya satu kelainan. Itulah yang Malaysia perlukan sekarang untuk bersaing dalam dunia yang cukup mencabar sekarang ini. Tepuk dada tanya selera.

Maklumat kajian di sini

Monday, 22 October 2012

Pertandingan pilih menantu!

Al-Kisah pada zaman dulu tersebutlah seorang raja yang mencari calon suami kepada puterinya yang cantik jelita. Syarat untuk berkahwin dengan anaknya mudah saja. Jejaka itu mestilah seorang yang gagah berani.

Maka dicananglah ke seluruh negeri akan upacara pertandingan merentasi sebatang sungai yang lebar. Di dalam sungai tersebut dipenuhi buaya yang ganas-ganas belaka. Pada sesiapa yang berani terjun dan merentasi sungai tersebut dengan selamat ke seberang, akan dicalonkan untuk menjadi menantu pada Raja.

Pada hari yang ditetapkan maka berkumpullah seluruh anak negeri di sepanjang sungai bagi menyaksikan siapa di kalangan jejaka gagah perkasa yang berani meloncat terjun merentasi sungai yang dipenuhi buaya.

Semenjak pagi manusia memenuhi sepanjang tebing sungai namun setelah masa berlalu lebih daripada satu jam, masih tidak ada seorangpun yang berani meloncat terjun. Semuanya kecut perut melihatkan kelibat buaya yang tenggelam timbul menunggu mangsanya.


Maka bertitahlah Raja dengan agak kecewa menyatakan rasa terkilannya pada para jejaka anak negerinya. "Tiadakah di kalangan pemuda beta yang gagah berani?". Semuanya sepi seribu bahasa. Hang tengok aku, aku tengok hang. Masing-masing kelu.

Setelah sepi sekian lama tiba-tiba terdengarlah bunyi air berkocak seolah-olah satu benda besar terjatuh ke dalam sungai. Mata semua yang hadir terbeliak memberikan tumpuan pada tempat berkocaknya air sungai dengan kuat.

Kelihatan satu susuk badan yang begitu tangkas sedang berenang dengan laju menyeberangi sungai. Sekelip mata lembaga tersebut dengan cukup bertenaga membuat renangan sebaik saja melakukan terjunan, dia sudah sampai ke seberang.

Semua yang ada tertanya-tanya siapakah gerangan yang begitu gagah berani itu. Kelihatan seorang pemuda berdiri gagah terpacak di atas tebing seberang sana. Dia sampai dengan selamat hasil dari ketangkasan tangan serta kakinya membuat kayuhan maut sehingga buayapun tak sempat menrkam ke arahnya.

Bertempiklah semua yang hadir sambil menepuk tangan dengan riang gembira. Si jejaka masih tercegat berdiri kaku dengan pakaiannya yang basah kuyup. Lalu menerpalah raja serta semua para pengiring mendapatkan si jejaka.

"Syabas anak muda, nyatakan apa saja hasratmu, akan aku penuhi" titah raja pada jejaka yang masih tercegat berdiri kaku sambil matanya terkebil-kebil. Raja menepuk belakang jejaka tersebut dan mengulangi, "nyatakan apa saja permintaanmu, akan aku penuhi"

Seperti baru tersedar dari mimpi, maka berkatalah si jejak sambil mengeletar, "hanya satu yang patik mohon wahai Tuanku,......dapatkan segera siapa gerangan mangkuk berayun yang telah menolak patik di seberang sungai sana tadi, nescaya akan patik patahkah batang hidungnya disini jua......." The End