Pages

Tuesday, 16 October 2012

Petua mudah elak serangan strok

Sebanyak 6 kes serangan strok baru berlaku setiap satu jam di negara kita. Strok menjadi pembunuh rakyat Malaysia nombor tiga paling besar. Di seluruh dunia pula data menunjukkan satu kematian setiap 6 saat. Dalam setiap 6 saat juga berlaku serangan strok dan mereka yang terkenanya tidak akan lagi boleh menjalani kehidupan seperti sebelumnya.

Apa ke bendanya serangan strok tu? penerangan mudahnya adalah apabila otak tidak menerima darah melebihi beberapa saat, lalu bekalan oksigen terputus pada bahagian otak tersebut maka berlakulah strok. Darah tak masuk dalam otak biasanya disebabkan oleh saluran arteri yang tersumbat samada disebabkan oleh lemak, cholestrol atau lain-lain bahan..


Mereka yang sering kena strok:

  1. Pesakit darah tinggi
  2. Kencing manis
  3. AF, bukannya akademi fantasia tapi Atrial Fibrillation iaitu ruang bahagian atas jantung anda berdegut secara merapu tidak konsisten. Mereka yang alami ini berisiko 5 kali ganda kena strok dari biasa dan selalunya sekali kena memang paling teruk.
  4. Kolestrol tinggi
  5. Sakit/lemah jantung. Mereka yang aliran darahnya lemah pada bahagian kaki senang kena strok
  6. Latar belakang keluarga yang memang kaki kena strok.
  7. Gaya hidup yang buruk seperti minum mabuk, hisap dadah, makan banyak tak bersenanm terlebih gemuk dan lain-lain.
Macam mana nak elak atau kurangkan diri kita terkena serangan strok dengan cara yang paling mudah?
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang secara rutin makan banyak buah tomato menurunkan risiko terkena serangan penyakit bahaya ini.

Jadi, makan buah tomato banyak-banyak. Masak apa saja menu yang memerlukan buah tomato. Jadikan buah tomato sebagai sayur. Jadikan buah tomato sebagai salad. buat buah tomatao macam buah epal dan macam-macam lagilah....baca sini

Monday, 15 October 2012

Bolehkah peniaga kecil bina 'world class business'

Bila sebut perniagaan kecil, kita teringat perniagaan seperti pasar malam, jual goreng pisang, putu mayam, nasi lemak, mee goreng, pasembur, sate, kacang rebus dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya. Kedai burger tepi jalan atau menumpang sebelah kedai orang juga masuk dalam kategori perniagaan kecil.

Restoran juga satu jenis perniagaan kecil. Itupun bukan jenis yang meletup-letup dapatkan pinjaman kerajaan, buat sistem francais dan lain-lain lalu kembangkan ke seluruh pelusuk tanah air dan akhirnya menutup satu persatu kedai atau cawangannya seperti restoran sekinchan ikan bakar.

Untuk bina worls class business sebenarnya tak perlu besar. Sejauh mana pembesaran kedai dan sebanyak mana cawangan yang anda ada tak penting, tapi kita mesti ada sikap dan ilmu untuk membina perniagaan bertaraf dunia supaya perniagaan tidak hanyut atau terpaksa ditutup sebab tidak mendapat sambutan.


Bagaimana nak lakukan semua itu?, jika anda salah seorang peniaga kecil-kecilan dan ada impian atau tertanya-tanya bagaiman cara berfikir yang betul untuk seorang usahawan kecil-kecilan, anda boleh dapatkan semua itu dengan menyertai Bengkel Usahawan jaya.

Jangan lepaskan peluang ini untuk berkongsi bersama mereka yang telah berjaya menjadi Taukeh di mana perniagaan mereka menjadi sumber yang membantu mereka hidup dengan cara yang mereka mahu. Segera baca tawaran Bengkel Usahawan jaya

Kenapa kerajaan PR perlu banyakkan kilang cokelat

Terdapat bahan yang dipanggil 'Flavonoids' dalam cokelat. Bahan tersebut didapati mengandungi antioksida yang tinggi dan membantu meningkatkan kecerdikan manusia. Berdasarkan maklumat tersebut seorang penyelidik, Franz Masserli mula melihat samada wujud hubungan antara jumlah pengambilan cokelat dengan pencapaian sesebuah negara.

Beliau menyusun maklumat negara yang rakyatnya menerima anugerah nobel yang didapatinya dari wikipedia  terhadap jumlah pengambilan cokelat di setiap negara tersebut. Data yang menarik itu menunjukkan bahawa lebih banyak jumlah pengambilan cokelat di sesebuah negara, maka lebih ramai saintis dari negara itu menerima anugerah nobel!.

Oleh itu jika negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat mahu melahirkan ramai rakyatnya yang cerdik dan celik sains, mereka perlu memikirkan untuk meningkatkan penghasilan cokelat di negeri mereka dan buat kempen 'Makanlah cokelat banyak-banyak!'


Komen pakar dalam hal tersebut menyatakan bahawa fenomena itu tak ada kena mengena dengan jumlah pengambilan cokelat. Sebaliknya ia berkait rapat dengan kekayaan.

Negara yang jumlah rakyatnya makan cokelat dengan banyak adalah negara yang kaya. Untuk memajukan bidang sains dan penyelidikan memerlukan sebuah negara yang kaya. Oleh itu hakikat sebenarnya adalah, negara yang banyak saintis hebat-hebat adalah disebabkan negara tersebut kaya.

Jika begitu, tak salah juga untuk kita galakkan rakyat makan banyak cokelat. Untuk membolehkan mereka banyak makan cokelat, mereka terpaksa ada banyak duit dan terpaksa berusaha menjadi kaya. Bila rakyat kaya, maka secara terus, negeri juga akan kaya dan maju.

Mungkin negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor tidak ada sebarang masalah dalam hal memajukan sains dan teknologi di negara kita. Tapi negeri seperti Kelantan dan Kedah perlu melebihkan usaha penggalakkan industri cokelat untuk memajukan rakyat mereka.

Nampaknya macam cerita lawak, tetapi kadangkala sains memang sesuatu yang lawak!...sumber

Sunday, 14 October 2012

Budaya curi mesin ATM - pakar dunia kagum!

Ada beberapa sebab kita pergi ke mesin ATM. Yang paling kerap adalah untuk mengeluarkan duit. Kebanyakan daripada kita menggunakan mesin tersebut bagi keluarkan duit sekadar perlu untuk kegunaan harian.

Tetapi ada satu kumpulan orang yang pergi ke mesin ATM untuk keluarkan semua duit yang ada di dalam mesin itu termasuklah dengan mesin-mesinya sekali. Fenomena ini cukup kerap berlaku di negara kita dan menjadi antara negara di dunia di mana perompak mensasarkan mesin sebagai sasaran.

Laporan berita bernama di radio24 tadi melaporkan rasa kagum para pakar di negara kita dan antarabangsa akan kehebatan para perompak di negara kita. Kes sebegini amat jarang berlaku di lain-lain negara jiran. kalau adapun ia tidak sekerap yang kita alami.


Walau bagaimanapun, kes rompak mesin ATM juga menyaksikan peningkatan di Amerika. Perompak mensasarkan mesin berbanding rompakan bank kerana ia lebih selamat. Jika anda rompak bank, ada kemungkinan kena tembak mati samada oleh polis atau guard.

Jumlah wang lesap sudah mencecah jutaan ringgit. Ini amat merisaukan pihak berkuasa dan juga menteri yang menguruskan industri perbankan. Macam biasa komen dari Awang Adek adalah dengan menunjukkan jarinya pada semua bank yang katanya tidak menjaga mesin mereka dengan baik!.

Arahan telah dikeluarkan agar semua bank pindahkan mesin di kawasan yang lebih selamat. Tidak pula dinyatakan kriteria kawasan yang selamat. Mungkin akhirnya mesin ATM hanya akan diadakan di premis bank sahaja dan tidak lagi di tempat awam.

Kehilangan mesin ATM ada juga berlaku di premis bank sendiri. Barangkali selepas ini bank juga perlu memindahkan bangunannya sekali di tempat yang selamat. Dan akhirnya kita akan mendapati bank hanya wujud di kawasan dalam pagar balai polis di setiap pekan!.

Selain daripada mesin ATM kena rompak, masyarakat kita juga terdedah dengan risiko dirompak sebaik sahaja mengeluarkan duit dari mesin tersebut. Kes sebegini bukanlah kes terpencil, malah sudah menjadi perkara biasa yang sering kita dengar.

Kesimpulannya apa saja yang bersentuh dengan hal ehwal kewangan di negara kita semuanya sudah tidak selamat. Wang rakyat bukan saja dirompak oleh perasuah dari kalangan pegawai kerajaan dan ahli politik yang korup, malah mereka juga sering dirompak di atas jalan....apakah peratrusan kes jenayah negara kita benar-benar telah turun dengan banyak?