Pages

Saturday, 8 September 2012

Teknik perang yang BN guna untuk menang PRU - Petua panglima perang hebat

BN tak pernah kalah dalam peperangan PRU di negara kita. Secara logiknya mereka tentu ada amalkan teori perang dari buku Sun Zhu's Art of War. Buku itu merumuskan falsafah:

"kenali diri anda, kenali musuh anda, dalam 100 pertempuran anda tak akan kalah!"

Setakat ini perang PRU belum lagi mencapai 100 kali, tapi kalau nak dikira dari segi peratusan mereka telah menang 100%. Maknanya mereka tentu ada mengamalkan falsafah hebat yang dipelajari dari para jeneral perang hebat yang ada di seluruh dunia dalam sejarah.

Apakah falsafah perang yang diguna pakai oleh para jeneral hebat tersebut:


  1. Jangan serang pada tempat yang musuh cukup bersedia. BN atau Umno tak pernah suka menyahut cabaran pembangkang untuk berceramah atau berdebat. Tak ada parti yang lebih bersedia untuk berceramah selain daripada pembangkang di negara kita ini. Lawan hujah atau lawan pidato alamat cari nahas bagi Umno. Lihat mereka dari BN/Umno yang cuba-cuba lakukan perkara tersebut. Hampir kesemuanya kena titik habis.
  2. Sentiasa menyerang dari berbagai sudut. BN/Umno tak pernah kering idea menyerang pembangkang dari pelbagai sudut. Mereka ada kelebihan gunakan kesemua media popular yang dikuasai kerajaan untuk itu. Serangan pula pada sudut lemah pakatan pembangkang seperti mana yang dinyatakan pada prinsip pertama di atas.
  3. Jangan tumpu pada perlawanan, berikan tumpuan pada matlamat akhir. Dengan itu anda mungkin tak perlu bertempur lansung untuk menang. BN/Umno tak kisah pada pertempuran ketika PRU, mereka lebih kisah pada matlamat menguasai kerajaan persekutuan. Segala usaha dilakukan seperti ubah pengundi, ubah sempadan, beli calon, pujuk calon bebas dan lain-lain. Biar sesetengah medan mereka kalah teruk, asalkan kerajaan persekutuan mereka kuasai. Kadang-kadang menang tak bertandingpun.

BN/Umno memang berpengalaman luas untuk menang perang PRU. Mereka tak pernah kisah jika dianggap pondan bila ketua mereka tolak berdebat dengan ketua pembangkang. Tak ada jeneral hebat yang cari penyakit untuk serang secara berdepan di mana kedudukan musuh terlalu bersedia.

Apakah semua itu akan terbalik pada PRU-13 nanti dan BN/Umno jadi pembangkang pulak? jika itu terjadi Malaysia akan menyaksikan kemunculan seorang lagi jeneral perang hebat dalam sejarah dunia...mungkin jeneral itu adalah Anwar Ibrahim?

Strategi di atas di petik dari sini.

Wednesday, 5 September 2012

Teknik pencuri buka kereta dengan mudah - Video mesti tengok

Bagaimana nak buka kereta yang berkunci dengan mudah tanpa memecahkan cermin atau merosakkan kereta anda? ada cara yang cukup mudah tanpa meninggalkan sebarang kesan, calarpun tak ada. itulah yang digunakan oleh pencuri yang mensasarkan barang di dalam kereta kita.

Patutlah ada kejadian hilang barang dari dalam kereta yang pernah aku lihat tanpa ada kesan-kesan brutal terjadi pada kereta. Rupanya ada sempoi punya cara. Dalam bab kreatif buka membuka ni memang kena belajar dari pencuri.

Kalau macam ni punya cara, tak ada cara lain untuk mengelakkan kecurian barang dalam kereta selain dari jangan tinggalkan apa-apapun di dalamnya. Kalau boleh kusyen dengan steringpun jangan tinggal. Tengok video yang dilampirkan.

Monday, 3 September 2012

Cara mudah kuatkan sperma!

Orang lelaki kalau setakat bertubuh sasa macam Incredible Hulk tetapi mempunyai sperma yang tak sihat dan kuat, tak ada gunanya.

Tubuh kuat mesti disertai juga dengan sperma yang sihat. Apa yang dikatakan sperma tak sihat?, sperma tak sihat biasanya:

  • Tak pandai berenang atau tak kuat berenang. Kalau tak kuat berenang macam mana nak pergi jauh untuk aktiviti persenyawaan. Bila lemah berenang alamat terkandas ditepian lah jawabnya.
  • Sperma tak sihat juga mempuinyai kepekatan yang rendah.
  • Bentuk yang tidak normal tidak segak tampan bergaya dan tidak cergas juga menandakan sperma tidak sihat. 
  • Cromosome tidak normal juga adalah tanda-tanda sperma tak sihat.
Jika sperma sihat belum tentu akan melekatkan zuriat. Apatah lagi jika sperma tidak sihat, bertambahlah lagi kemungkinan tak menghasilkan zuriat. Jadi kalau nak sihatkan sperma macam mana?

Senang saja, makan walnut setiap hari. Jadikan ia sebagai diet harian anda. Kajian menunjukkan amalan makan walnut setiap hari menyihatkan sperma. Sperma menjadi cergas, pandai dan kuat berenang, tahap kepekatan juga bertambah baik.

Tapi nanti dulu. sebelum anda pergi kedai dan beli stok walnut, baca ini terlebih dulu. Kajian dilakukan terhadap mereka yang berumur 21 hingga 35 tahun sahaja. Kajian tidak pula nyatakan jika umur anda melebihi 35 tahun mempunyai kesan yang sama dengan makan walnut.