Pages

Saturday, 11 August 2012

Apa beza Tun M dengan Tun Lah

Tun Mahathir sekali lagi menyalah dan memperlekehkan pemerintahan orang kepercayaannya yang mana dia sendiri mewariskan pemerintahan. Ketika Tun M mewariskan pemerintahan negara pada Pak lah, semua orang tahu negara dan pemerintahan Umno/BN berada pada tahap paling teruk penuh dengan taik yang perlu disapu.

Bila Tun Lah dapat tampok pemerintahan negara, nampak macam dia berjaya memulihkan sokongan rakyat jauh lebih baik berbanding Tun M sebelum itu. Tun Lah sapu pembangkang liau-liau sampai kerusi PKR tinggal satu, kesian. Ini membuatkan Tun M dan rasa jelous tapi dia simpan dalam dada.


Pak Lah mula menonjolkan dirinya sebagai utusan terhormat bagi membuat pembaharuan kepada pemerintahan negara. Dia nampak macam berjaya pulihkan Umno lalu memperkenalkan Islam Ada Hari di Malaysia dan cuba meluaskannya ke seluruh dunia. Tapi ternyata gagal dan kena sumpah.

Pak Lah bukannya tak bagus, tapi dia silap sebab cuba memuaskan hati semua pihak di seluruh tanah air termasuklah anak bini serta menantunya. Habis kesemua bekas kawan lama, Cina, India, orang susah, orang senang, peniaga, makan gaji, pembangkang, lelaki wanita, Islam bukan Islam cuba dipenuhi permintaannya dan akhirnya dia sendiri tenggelam dalam cubaan sewel untuk memuaskan semua pihak. Akhirnya Pak lah ambil keputusan untuk tidur dalam setiap mesyuarat yang dihadirinya.

Sikap cuba memuaskan hati semua pihak Pak lah akhirnya membawa kejatuha bila dia tersepit dengan keputusan kejap ok kejap tak ok. Memang akan jadi cam tu bila semua orang kita nak dengar.

Itulah yang membezakan Tun Lah dengan Tun M. Tun M hanya mendengar sekumpulan pihak yang dia suka saja. Tun M dia bisnes minded jadi dia hanya mahu ambil kira pendapat puak peniaga dan puak kaya raya sekelilingnya saja. 

Puak sekeliling Tun M banyak duit, mereka main peranan untuk tabur bagi mendapatkan sokongan atas apa saja yang Tun M mahu laksanakan. Maka bermula disitu politik beli sokongan guna duit bercambah dengan subur sekali.

Tun M tegas dengan keputusannya dan tak akan layan suara mereka yang dia tak mahu dengar. Dia sanggup berkas dan sumbat masuk penjara dan jatuhkan sesiapa saja jika cuba buat kacau. Keputusannya berdasarkan pihak yang digemarinya akan dilaksanakan sampai jadi biar apa orang lain nak kata.

Jelas Tun M mengamalkan pemerintahan ala perniagaan. Tun M hanya memasarkan produknya pada pasaran yang dia kenal pasti demografiknya dan dia istiqamah membina pasaran tersebut sebesar mungkin. Bagi demografik yang dia tak berniaga, dia sedikkitpun tak layan. Itu teori perniagaan yang tepat jika kita mahu membersarkan perniagaan kita.

Jadi siapa betul siapa salah antara Tun M dengan Tun Lah? bagi aku cara Tun M betul cuma kumpulan yang dipilihnya untuk dilayan saja yang tidak betul. Jika kupulan pilihannya betul nescaya negara akan menjadi lebih baik lagi. Tidak ada mana-mana pemerintahpun di dunia ini akan berjaya memuaskan hati semua pihak, maka pilihlah pihak mana yang mahu kita puaskan hati mereka dan buatlah yang terbaik.

Najib pun nampaknya macam dah ikut jejak langkah Tun Lah. Dia sedang cuba melayan semua orang di negara ini dan akhirnya dia juga jadi flip flop sampai pilihanraya pun jadi tak tentu kalu sampai sekarang. Itu alamat kejatuhan sesebuah pemerintahan. Apakah Najib akan menjadi PM terakhir dari BN? aku yakin ya tempoh mereka sudah sampai dan apa saja yang mereka buta hanya mempercepatkan lagi proses perubahan rejim pemerintahan negara kita.

Hanya orang gila percaya fitnah begini!

Cuba baca apa Sewel sebelah ni tulis. Aku lampirkan petikan dari wall kat FB dia. Kununnya skandal seks Tuan Guru Nik Aziz di Mekah akan di dedahkan.

Hahaha! aku tergelak sampai meleleh ayaq mata baca drama tuduhan seks macam ni pada seorang pemimpin berumur (nak kata tua nanti ada orang marah pulak) seperti Nik Aziz yang jernih ayer mukanya dan tak pernah cakap selain daripada mengingatkan kita semua agar takutkan Allah.


Tuang Guru bila cakap atau komen apa saja peristiwa tak pernah sesekali dia lupa untuk kaitkan dengan mengajak manusia kepada takutkan Allah. Itu satu hal, lagipun Tuan Guru yang aku hormat dan sayang ini dalam tahun lepas saja berapa kali masuk wad sebab uzur. Masih lagi mereka nak kaitkan dia dengan skandal kegemaran puak gerombolan tak bermoral...seks!

Orang kata mereka yang gila akan rasa semua orang lain adalah gila macam dia, orang jahat pula fikirkan semua orang jahat macam dia, orang baik pula mengharapkan orang semua baik macam dia manakala orang gila seks akan merasakan semua orang lain gila seks macam dia. Jadinya puak yang tuduh orang lain ada skandal seks sebenarnya bersepah dengan skandal seks dan rasakan orang lain begitu juga.

Nampaknya orang yang buat tuduhan macam tu ada ciri-ciri setan yang mahu semua orang jahat macam dia. Setan siap berdoa pada Allah mohon untuk sesatkan semua manusia. Puak ni macam tu juga, mengharapkan semua orang gila seks macam mereka.

Aku sumpah mereka yang percaya dengan cerita baghal ni tak siuman 7 keturunan, melainkan mereka itu memang dah tak siuman, tak perlulah aku sumpah lagi. Kesihan aku kat depa....tapi apa nak buat dunia dipenuhi dengan berbagai makhluk yang melata dengan berbagai rencam peelnya.

Thursday, 9 August 2012

Cara selamat merogol remaja bawah umur !

Belajar main bowling sampai jadi jaguh, anda ada lesen
untuk rogol budak bawah umur?
Kita layan kejap undang-undang sivil. Lagipun negara kita letak undang-undang ala British tu di atas sekali dalam hal ehwal jenayah. Aku tak ada pilihan lain selain dari follow dan kritik apa yang aku rasa tak betul base on that sivil law, ok. Walau macam manapun aku tak rela undang-undang macam tu berjalan dan aku reserve hak aku untuk pangkah pada mereka yang sudi mahu melaksanakan tututan syariah.

Baik!, berbalik pada tajuk sensasi tidak bermoral yang aku letak di atas tu, aku pilih tajuk itu sebab kes seorang champion main bowling negara yang didapati bersalah dan mengaku bersalah merogol remaja berumur 13 tahun di sebuah hotel telah diringankan hukuman kerana dia mempunyai masa depan yang cerah.


Hukumannya diringankan seumpama macam tak ada hukuman lansung sebab dari asal hukuman penjara 5 tahun dia bertukar menjadi "berkelakuan baik selama 5 tahun beserta ikat jamin RM25k". Waduh waduh seronok balun budak kecik lepas tu hukumannya hanya perlu buat baik selama 5 tahun.

Apa hangpa pasang cctv kat atas kepala dia ke untuk pantau dia selama 5 tahun. hari tu dia kantoi belasah awek budak kecik 13 tahun tu, lepas ni kalau dia belasah berdozen anak dara dan tak dara peminat muka hensem tangan keras hayun bola bowling dia tu macam mana?.

Kemudia yang lucunya pulak, selepas 5 tahun lagi dia boleh tak berkelakuan baiklah? begitu ke maksudnya. Woooit, berkelakuan baik tu bukan hukuman, macamlah hang jatuhkan hukuman tak boleh tinggalkan solat selama 5 tahun, itu memang dah wajib dan kalau tak buat kena bunuh, tau tak?.

Hukuman bermoral macam tu bagi mesej kuat pada remaja lain untuk berusaha menjadi champion atau apa-apa saja yang boleh memberi tanda masa depannya akan cerah. Dengan status tersebut maka kelakuan anda pelahap tubuh budak kecik 13 tahun tidak akan dikira sebagai jenayah berat. Dan hukuman lawak akan diberikan semata-mata takut masa depan budak champion akan rosak.

Alahai! aku tak paham puak hakim ni jenis yang berkawan dengan masyarakat atau tidak. Berdasarkan apa yang berlaku di atas aku yakin dia jenis bergaul sesama dia saja dan telah lama meninggalkan dunia kemasyarakatan!

Baca kat sini laporannya