Pages

Saturday, 26 May 2012

Sekali lagi Tun Mahathir salahkan Pak Lah


  • Aku tak tahu apa salah besar yang dibuat oleh Pak Lah kepada Tun Mahathir sehinggakan sampai sekarang kemarahannya belum reda. Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir, dia menuduh kemarahan rakyat pada Pak Lah menjadi sebab kenapa pada pilihanraya ke 12, BN tidak mampu mengekalkan kemenangan 2/3 kerusi parlimen.
  • Tun Mahathir nampaknya masih tidak dapat menerima sedikitpun kemarahan rakyat bukanlah pada Pak Lah semata-mata tetapi sebaliknya kemarahan rakyat adalah pada BN dan Tun Mahathirlah orang yang bertanggung jawab sedikit sebanyak mencetuskan kemarahan itu.
  • Pemerintahan Tun Mahathir yang merupakan PM paling lama memerintah di antara PM-PM yang pernah ada berjaya menyebabkan gabungan kemarahan-kemarahan kecil beransur menjadi besar. Kebetulan kemarahan tersebut mencapai klimaksnya pada masa pemerintahan Pak Lah dan aku rasa kemuncak klimaks yang kedua sedang menunggu letusannya pada PRU 13 nanti.
  • Tun Mahathir bukanlah seorang yang tidak cerdik dan dia lebih arif untuk mengesan bahang letusan kemarahan rakyat pada PRU 13 nanti. Sebab itu dia menyusuli teori kejatuhan BN yang akan datang dengan tohmahan kononnya rakyat Malaysia terutamanya pembangkang merupakan kumpulan yang pendek akal yang mahu menghancurkan demokrasi di Malaysia dengan menggulingkan BN melalui keganasan.
  • Aku yakin di sudut kecil hati semua rakyat Malaysia memperakui ada juga jasa baiknya kerajaan BN selama ini yang menghidangkan jamuan kemewahan pada mereka walaupun hidangan lebih banyak merupakan kuah berbanding lauk, namun ia tetap mampu mengenyangkan rakyat ala kadarnya.
  • Namun aku pelik apabila Tun M menuduh pembangkang yang menjadi pesaing dalam pertandingan lumba lari pilihanraya Malaysia dituduh mahu menyela kayu dikaki BN supaya mereka rebah tak dapat bertanding. Sedangkan PR mahu bertanding secara bersih sehingga ke garisan penamat dan siapa kuat dialah yang menang.
  • Apa yang aku lebih risaukan adalah setiap kali tiba di garisan akhir, ada orang yang sentiasa menjauhkan tali penamat lebih jauh setiap kali pembangkang tiba dulu...
  • Baca tulisan Tun M di sini.

Sayur ini cukup berkuasa menyahtoksik racun dari badan anda


Makanan siam banyak pakai ketumbar

  • Dunia kita sekarang ini penuh dengan pencemaran. Badan kita semakin lama semakin tidak kuat untuk menyahtoksikkan segala keracunan yang masuk ke dalam badan kita. Kita perlu menambahkan keupayaan badan kita meneutralkan racun tersebut dengan amalan pemakanan. Selain dari berpuasa secara berkala, anda perlu makan sayur-sayur di bawah yang amat kuat membantu kesihatan badan anda:
    • Ketumbar - amat berkuasa menyahtoksikkan merkuri dari badan anda.
    • Bawang Putih - Antibiotik semulajadi (Sunnatullah) dan berkuasa dalam aktiviti detoksifikasi
    • Brokoli - Bagus dalam pencegahan kaser dan membantu kecekapan hati menapis racun.
    • Betik - Salah satu daripada agen detoks yang bagus, kalau boleh makan sekali dengan bijinya.
    • Air limau nipis atau lemon - Minum campuran lemon atau limau nipis dengan air suam setiap pagi sebelum makan atau minum minuman lain. Ini membantu mencuci hati.
    • Kacang Hijau - Beli yang segar kalau boleh yang organik dan buatlah bubur kacang. Ia amat baik dalam aktiviti ditoksifikasi.

Thursday, 24 May 2012

Kenalpasti negara mana paling korup dengan lihat saman trafik


  • Kajian di Amerika mendapati diplomat dari negara yang paling teruk rating rasuahnya cenderung untuk menghimpun jumlah saman tidak berbayar paling banyak.
  • Sebelum tahun 2002, para diplomat dari negara bangsa-bangsa bersatu mendapat pengecualian terhadap bayaran saman pakir mereka. Itu menyebabkan mereka yang melakukan kesalahan atau tidak bergantung kepada tabiat atyau amalan biasa seseorang diplomat tersebut.
  • Selepas 2002, undang-undang bagi menarik balik lesen plate diplomat kepada mereka yang tidak membayar saman diluluskan dan jumlah mereka yang tidak membayar saman telah turun dengan begitu mendadak sekali.
  • Agaknya negara manakah yang diplomatnya paling banyak tak bayar saman?. Adakah kecenderungan rakyat tidak membayar saman di negara kita menunjukkan tabiat rakyat kita yang kuat mengamalkan rasuah?
  • Sumber: "Corruption, Norms, and Legal Enforcement: Evidence from Diplomatic Parking Tickets" from Journal of Political Economy

Perbaiki diri anda dalam satu bidang membuatkan anda hebat di semua bidang!


  • Mereka yang menyertai program kecergasan menjadi lebih cergas, mereka yang menyertai program perancangan kewangan mampu menyimpan wang, mereka yang mengikuti kelas pembelajaran lebih rajin membuat latihan. Begitulah faedahnya jika kita mengikuti sesuatu program bagi memperbaiki diri kita di dalam sesuatu bidang.
  • Tetapi ia bukan sekadar itu sahaja, anda bukan sekadar memperbaiki bidang yang anda ikuti programnya malah kajian menunjukkan mereka yang menyertai satu program membaiki sesuatu bidang sebenarnya berjaya membaiki dirinya di dalam kesemua bidang yang lain. Dalam ertikata lain kehidupan anda serta disiplin anda berubah menjadi lebih hebat dalam semua segi.
  • Sebagai contohnya, mereka yang mengikuti program fitness selain daripada berjaya menjadi cergas, mereka juga didapati mengurangkan tabiat buruk mereka seperti merokok dan minum minuman beralkohol.
  • Mereka juga didapati rajin berkemas bagi memastikan rumah mereka sentiasa bersih. Mereka juga mula rajin membasuh pinggan sebaik saja selesai menggunakannya dan tidak meninggalkannya tersadai di dalam sinki. Mereka makin kurang menagguhkan kerja, mereka juga lebih suka menghabiskan kerja daripada menonton tv dan mereka juga kurang membuang masa melepak dengan rakan-rakan.
  • Oleh itu, jika anda mahu diri anda atau pasangan anda atau anak-anak anda membuat perubahan hidup yang lebih baik, anda hanya perlu menghantarnya menyertai satu sahaja program yang digemarinya, insyallah dia akan berubah di semua lapangan lain.
  • Kalau nak tahu lebih lanjut, sila baca buku: "Willpower: Rediscovering the Greatest Human Strength"

Elakkan iPad, jangan jadi hamba kepada majikan anda!


  • Jika anda bekerja, cuba lihat sekeliling pejabat anda dan kenal pasti siapakah antara rakan sekerja anda yang paling stress atau paling tertekan jiwanya dengan pekerjaan. Bagaimanakah anda dapat mengesan bahawa rakan anda tersebut itu amat stress dengan hanya melihat pada peralatan komputer yang digunakannya.
  • Jawapannya mudah sahaja, semakin kecil peralatan komputer yang digunakan oleh rakan sekerja anda itu, bermakna semakin tertekan jiwanya. Jika rakan anda menggunakan peralatan seperti iPad atau Tablet dari jenis yang lain, mereka biasanya merupakan pekerja yang cukup stress.
  • Ini berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Toshiba yang mendapati 86% daripada mereka yang menggunakan iPad atau Tablet lain mengaku berasa amat tertekan ditempat kerja mereka. Bagi mereka yang menggunakan Laptop pula jumlah yang merasakan stress berkurang kepada 68% dan mereka yang menggunakan Desktop pula mencatatkan hanya 57% perasaan tertekan ditempat kerja.
  • Kajian juga mendapati mereka yang menggunakan peralatan kecil seperti iPad juga amat mudah menjerit terhadap teman sekerja mereka. Keadaan tertekan dengan kerja pada mereka yang menggunakan peralatan seperti itu mungkin atas faktor peralatan yang boleh dibawa ke mana sahaja. Ini membuatkan mereka sentiasa dalam keadaan bekerja walau dalam keadaan apa sekalipun hatta di bilik air.
  • Laptop walaupun boleh dibawa ke mana-mana, ia lebih sukar berbanding Tablets, apatah lagi Desktop, sebaik sahaja anda melangkah keluar dari pejabat, anda sudah meninggalkan segala pekerjaan anda di sana sehinggalah anda datang semula keesokkan harinya.
  • Teknologi sebenarnya dicipta oleh para kapitalis untuk membuatkan warga pekerja menjadi hamba kepada majikan mereka sepanjang masa. Dengan telefon bimbit yang sentiasa terbuka sahaja sudah cukup untuk membuatkan anda sentiasa boleh diganggu oleh boss anda di sepanjang masa, apatah lagi dengan smartphone, Tablet dan lain-lain seumpamanya. Anda dipaksa secara halus untuk menjadi tenaga kerja yang amat produktif tak kira di mana saja anda berada.
  • Oleh itu jika selepas ini anda mahu memohon pekerjaan dan mahu jenis kerja yang tidak tertekan dan tidak menjadikan anda hamba kepada majikan anda, pastikan kerja anda tidak dibekalkan kepada apa-apa peralatan perhubungan yang canggih, jangan tertipu jika majikan anda menjanjikan anda Blackberry, ia adalah perangkap untuk menjadikan anda sebagai hamba kerjanya. 

Wednesday, 23 May 2012

Hanya mereka yang bebas korup saja berani joint Pas !

Mat Sabu buat ulasan ringkas tentang kemasukan Fauzi Shaari, bekas orang kuat Polis negara sebagai salah seorang pegawai yang tidak ada masalah korup ketika bertugas. Bagi Mat Sabu tak ada apa yang nak ditakutkan oleh bekas pegawai kerajaan untuk menyertai Pas atau parti Pakatan Rakyat yang lain kalau mereka tak ada pernah buat apa-apa kesalahan yang luar biasa.

Memberikan komennya terhadap kecaman bodoh Presiden Bekas Polis, Shafie Bakri yang berkata kemasukan Fauzi ke dalam Pas adalah satu pengkhianatan terhadap kerajaan. Mat Sabu hanya mempelawanya untuk turut sama menyertai Fauzi. Itupun kalau Shafie Bakri tak ada apa-apa kes berat. Kalau dia ada kes berat nak diselimutkan oleh kain gebang besar Umno, tentu dia takut...


Apalah punya bodo statement Presiden Bekas Polis tu, adaka dia boleh kata sesiapa pegawai kerajaan yang masuk Pas atau lain-lain parti PR sama dengan melakukan khianat terhadap Kerajaan ! hahaha minda kelas rendah kasta gaban tahap longkang. Pemikiran pelik yang percaya sesiapa saja selain Umno/BN itu adalah pengkhianat negara....hahaha.

Sebab tu masa British jajah dulu, puak yang sama percaya sesiapa saja yang melawan British untuk halau mereka keluar dari Malaya depa anggap sebagai pengkhianat negara, sebab tu depa turut sama sokong pengharaman KMM dan lainya. Puak babal ni masih ada lagi keturunannya di negara kita, masih berfikiran penjajah. Bila puak ni nak pupus agaknya.....?

Senarai terkini negara pengguna FB paling aktif dunia 2012

Eduardo Saverin jadi rakyat Singapura
betul-betul sebelum syarikat mereka
disenaraikan.

  • Negara manakah yang rakyatnya paling ramai menggunakan Facebook di dunia sekarang. Walaupun Amerika merupakan negara asal munculnya FB, namun ia bukanlah menjadi negara paling tinggi penggunaan FB di dunia.
  • Dunia internet menjadikan dunia sekarang hilang sempadannya. Tidak penting lagi dari negara mana sesebuah inovasi internet itu muncul kerana sebaik sahaja kemunculannya, ia menjadi satu produk dunia tanpa sempadan.
  • Tidak hairanlah salah seorang pengasas FB, Eduardo Saverin yang menjadi kaya raya sekelip mata dengan kekayaan bernilai $3.64 billion, setelah syarikat mereka disenaraikan  telah melepaskan kerakyatan Amerikanya untuk menjadi waganegara Singapura yang tidak mengenakan cukai atas keuntungan yang didapatinya dari penyenaraian FB.
  • Di mana dia berada tidak lagi penting sebenarnya. Tapi dia berkemungkinan diharamkan masuk ke Amerika jika dia lari kerana mahu mengelakkan cukai.
  • Walau apapun ceritanya mari kita lihat senarai terkini negara di mana rakyatnya paling banyak menggunakan FB:
    1. Brazil - 38,138,000 (76.7%)
    2. Italy - 21,270,000 (70.5%)
    3. Spain - 15,628,000 (67.0%)
    4. France - 28,335,000 (66.9%)
    5. United Kingdom - 25,737,000 (63.9%)
    6. Germany - 24,508,000 (54.6%)
    7. Japan - 14,877,000 (24.4%)
    8. Switzerland - 1,985,000 (50.3%)
    9. New Zealand - 2,672,000 (79.8%)
    10. Taiwan - 11,068,000 (77.9%)
    11. United States - 152,763,000 (69.6%)
    12. Australia - 11,010,000 (68.4%)
  • Di Negara Jepun blog lebih popular daripada FB. Sumber

Mustapa Mohamed hina x-pegawai dan artis yang masuk Pas

Bila orang tak masuk Umno mereka mula gelabah. Selama ini Umno ingat hanya depa saja yang kuat, depa saja yang berjuang untuk Islam, depa saja yang berjuang untuk bangsa, depa saja yang berjuang untuk negara. Sebab itu apa saja perayaan kebangsaan seperti hari merdeka depa raikan macam perayaan Umno. Macam tak ada lansung pertubuhan atau parti lain yang berjasa dalam semua pencapaian yang negara dah buat.

Itu cerita lama, masa rakyat masih belum celik dan tak berani buat pendirian. Sekarang semua orang dah buka mata. Orang dah mula berani meluahkan rasa hati mereka dan melihat parti lain selain Umno juga memainkan peranan untuk negara.


Negara kita sekarang ni sedang riuh melihat kemasukan bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan ke dalam parti pembangkang. Artis-artis juga tidak kurangnya mula celik mata dan ingin turut sama menyumbang untuk kematangan politik tanah air.

Baru-baru ini bekas orang no3 polis negara masuk Pas, penyanyi Aisyah juga masuk Pas dan bila ditanya kepada Mustapa Mohamed, dia kata mereka yang masuk Pas atas alasan untuk menyumbang pada agama hanyalah lakonan politik semata. Kalau mereka ikhlas banyak lagi organisasi lain yang bebas yang boleh mereka sertai untuk menyumbang pada agama, seperti perkim dan lain-lain.

Aku rasa Mustapa ni jenis orang yang tak fikir politik tu ada dalam agama agaknya. Kalau orang nak menyumbangkan khidmat politiknya kepada agama kenalah masuk parti politik. Parti politik yang perlembagaannya khususu untuk memperjuangkan Islam hanyalah parti Pas. Memang Umno ada dakwa depa perjuangkan agama, tapi cuba pi baca perlembagaan mereka, ada tak Islam menjadi agenda utama mereka berbangding Pas?.

Kalau nak jadikan alasan layanan kerajaan pada x serviceman adalah world class, nampak sangat hang tu buta perut. Dia tak ada kena mengena dengan masuk parti mana. Habis semua yang kerajaan bantu kena masuk Umno dan tak boleh masuk parti lain?, beri layanan sebagai menghargai pesara itu kerja Kerajaan, bukan kerja Umno, kebetulan kerjaan yang ada sekarang adalah kerajaan Umno/BN, jadi hangpalah yang kena buta. Itupun nak kena bagi tau ka?, nampak sangat kepala hangpa dah pening tak reti beza antara kerajaan dengan Parti...hahaha

Awat Mustapa mangkaq sangat dan memandang sinis dengan mereka yang mahu masuk Pas, ada takut ke?. Cuba tengok kalau depa masuk Umno, depa bukan main rai macam nak rak canagn sekeliling kampung. Woooit! buka lah sikit fikiran benak hangpa tu, orang dah mula pilih Pas untuk perjuangkan agama kenapa hangpa takut, be positif lah bro!, kalau hangpa kalahpun tak ada orang nak iniaya hangpa aaih...hang Tok pa bila lagi nak masuk Pas?

Aku baca laporan ni kat Bernama pada mulanya tapi bila nak link tengok dah tak ada kat bernama, nasib baik Malaysian Insider cepat copy laporan ni baca kat bawah:

KOTA BARU, May 23 — Kelantan Umno liaison committee chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed said the recruitment of former government officers and celebrities by PAS for the purpose of preaching was a political ploy.
Mustapa, who is international trade and industry minister, said there were many other channels they could have used if they were genuinely interested in preaching, such as NGOs like Perkim or other bodies.
He said public servants who joined the opposition after retirement should always remember that they were never neglected by the government when they were in its service.
“Not only are they taken care of during their service, but even after retirement, as their pension allows them to lead a good life,” he told reporters after a meeting with civil servants and local leaders here last night.
No other country provided “the best” for its civil servants, he said, but added that the government respected their decision to join the opposition. — Bernama

MB Selangor! selesaikan sampah sebelum rakyat humban anda masuk tong sampah!

Dalam sehari dua ni aku tengok dalam tv dan baca paper depa dok fokus pada masalah sampah yang tak terurus di beberapa tempat di Selangor. Sampah yang sepatutnya dikutip tiga kali seminggu kini dah jadi hanya sekali seminggu. Itupunkekadang boleh missed terus tak kutip seminggu. Ada juga komplen kontraktor hanya datang bawa lori satu tan biasa untuk kutip sampah dan bukannya lori kompaktor khas kutip sampah. Sampah dari sisa makanan tu bila buat keluar air, bau dia alahai bukan main busuk dan kalau depa mai bawa lori satu tan, satu taman terseksa dengan bau macam ikan busuk dan seribu satu macam lagi bau ngeri.

Hari tu aku dengar PKR umum kehebatan kerajaan SELANGOR sekarang kumpul duit sampai ada jumlah simpanan RM1.5 billion dan negeri Selangor sekarang ni tak ada hutang. WOW! Hebat aku dengar tapi aku musykil jugak depa nak buat apa dengan duit banyak tu. Aku dapat tau tender kutip sampah diberi pada syarikat yang belasah masuk dengan harga paling rendah dan tak peduli samada syarikat tu ada kelengkapan cukup atau tidak. Ada jugak syarikat yang baru tubuh diberi kontrak sebab harga dia paling rendah sehingga membunuh diri. Ada beberapa syarikat yang akhirnya terpaksa surrender kontrak sebab tak mampu buat kerja dengan harga gila yang depa bubuh untuk dapatkan kontrak.

Aku rasa biar kontraktor lawan harga bukan benda bijak sebab itu namanya kerja bunuh diri. Kita berniaga bukannya buat charity dan kalu tak untung tak payah berniaga lagi bagus pi joint pertubuhan kebajikan lagi bermanafaat. Buatlah harga siling yang patut dan mereka yang masuk harga tak logik elok reject terus supaya kerajaan negeri dapat pastikan kontraktor mendapat kelebihan yang secukupnya untuk perform dalam kerja mereka barulah orang tak komplain. Duit dok kumpul banak dan dok bermegah dengan duit banyak simpan tu nak buat apa?

Elok MB Khalid selesaikan sampah tu segera sebelum rakyat humban hangpa masuk dalam tong sampah. Bagus jugak MB berkeras untuk hold pilihanraya negeri selepas jun sekurangnya ada juga masa untuk selesaikan semua masalah pengurusan sampah tu. Jangan buat remeh dengan masalah macam tu sebab dia kena direct dengan pengundi dan depa tak peduli berapa banyak duit hangpa simpan dalam bank hangpa, yang depa tahu duit banyak tu perlu disalurkan kepada pengurusan kemudahan rakyat dengan secekap mungkin.

Tuesday, 22 May 2012

Pas bukan hanya untuk orang Pas - Ustaz Azizan

Macam nilah yang kita nak tengok pada Pas. Macam yang Ustaz Azizan Razak kata, beliau bukan hanya Menteri Besar untuk orang Pas sahaja, tetapi beliau adalam MB untuk semua orang, semua bangsa, tak kira Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain.

Tapi ada juga dikalangan orang pas, cawangan-cawangan Pas atau Kawasan-kawasan Pas yang Ketua depa berlagak dan bekerja hanya untuk orang Pas saja, kalau buat program hanya untuk orang Pas dan berkawan buat PR hanya dikalangan orang-orang Pas. Ada juga orang Pas bila nak berniaga, hanya dengan orang Pas. Itu semua konsep silap dan tak betul samasekali.


Aku tahu masih ada yang bersikap begitu walaupun tak ramai dah macam tu, tapi masih ada segelintir yang masih membina benteng tinggi memisahkan diri mereka daripada orang lain. Kalau kenduri orang bukan Pas  tak mau pi, kalau ada orang mati tapi dia bukan ahli Pas tak mau ziarah dan lain-lain seumpamanya. Kalau ada yang terasa, jangan marah, berfikiran terbuka dan fikirkan, kalau hangpa bukan macam tu, Alhamdulillah, kalau tak berubahlah...

Baca laporan majlis DHPP Kedah bersama Presiden Pas kat sini

5 pemain bola Premier League yang paling banyak dicari dalam enjin carian

Fabrice Muamba terkena serangan jantung dan rebah atas
padang, tetapi ajalnya masih belum sampai.

  • Bolasepak memang ramai peminatnya di seluruh dunia. Ada peminat bolasepak daripada kawan-kawan saya yang mengetahui hampir kesemua cerita para pemain pasukan yang diminatinya sehingga ke tahap makanan apa serta binatang apa yang menjadi kegemaran pemain itupun diketahuinya.
  • Dengan dunia internet sekarang kita boleh tahu senarai pemain bolasepak mana yang paling kerap dicari dalam enjin carian internet. Kebiasaannya mereka mencari dengan menaip nama pemain dan segala cerita atau perkembangan mengenai pemain tersebut akan terpampang di depan mereka. Berikut senarai 5 pemain Premier League yang paling banyak sekali di cari di internet:
    1. Fabrice Muamba, pemain Bolton yang jatuh diserang masalah jantung ketika bermain di padang menjadi pemain yang paling banyak sekali muncul dalam enjin carian.
    2. Ashley Cole, pemain pertahanan Chelsea berada di senarai kedua.
    3. Wayne Rooney, pemain Manchester di tempat ketiga dan
    4. Mario Balotelli, juga dari Manchester di tangga ke empat.
    5. John Terry, pemain Chelsea berada di tangga ke lima.
  • Salah satu daripada ciri-ciri manusia yang dikenal pasti oleh sekumpulan cendikiawan penyelidik di Universiti Harvard mendapati manusia adalah sejenis makhluk yang cukup suka bermain atau berhibur. Rumusan ini disimpulkan dalam satu usaha terbaru mereka bagi mengklasifikasikan sifat manusia dalam era zaman moden ini.
  • Menurut mereka dalam banyak-banyak makhluk di atas muka bumi ini, manusialah makhluk yang cukup gemar meluangkan masa mereka untuk bermain dan berhibur. Oleh itu terciptalah berbagai-bagai jenis hiburan atau permainan bagi memenuhi dorongan sifat mereka yang suka berhibur dan salah satunya adalah bolasepak.
  • Para pelabur yang gemar dalam dunia permainan buat duit telah lama melihat sifat semulajadi manusia ini dan mengekploitasikannya bagi mengaut keuntungan berbillion-billion ringgit. Astro sahaja berjaya mengekploitasikan industri sukan terutamanya bolasepak dengan menyediakan siaran khas berbayar untuk tontonan peminat bolasepak di negara kita.
  • Hebatnya hiburan permainan bolasepak ini sehinggakan ramai para imam dan ustaz yang berserban besar dan juga para hufaz yang turut menjadi salah satu dari kumpulan mereka yang ternganga di depan kaca TV Astro sukan, setiap kali pasukan mereka bermain, apatah lagi orang biasa yang memang bermain bolasepak. Maka tidak hairanlah Ananda Krishnan semakin hari semakin kaya walaupun dia mungkin tak pernah menyepak bola.

Dalam Umno, hanya orang bodoh yang ikhlas berjuang

Aku ada terbaca papagomo merungut baru-baru ini tentang cybertrooper yang dilantik dibawah pengawasan Khairy Jamaluddin yang dibayar RM300,000 sebulan tetapi tak berjaya lansung menimbulkan persepsi agar rakyat menolak PR dan memuji BN.

Bagi Papagomo dan beberapa kerat blogger Umno lain yang bekerja bertungkus lumus siang dan malam secara persendirian dah sungguh-sungguh menaruh kepercayaan pada Umno, mereka lebih jauh berjaya daripada kumpulan cybertrooper dalam menarik pengunjung masuk ke blog mereka dengan begitu ramai sekali sedangkan entah apa-apa yang dibuat oleh kumpulan cybertrooper Umno yang makan gaji buta tu.


Kumpulan persendirian seperti Papagomo, Gerakan anti-PKR, RBF, Parpukari, The Unspineers, Dr Novandri,  dan Pisau juga menuduh cybertrooper Umno lebih memberikan tumpuan pada menaikkan pemimpin tertentu terutamanya Khairy Jamaluddin dan juga Najib sendiri dan bukan untuk Umno keseluruhannya. Ketua bagi kumpulan cybertrooper Umno dikatakan ialah Rocky's bru dan dia dikatakan mengaut keuntungan yang cukup lumayan.

Kumpulan bergerak sendiri seperti papagomo dan lain-lain kecewa kerana merekalah sepatutnya lebih layak menerima habuan RM300,000 sebulan daripada Umno. Apapun nampak jelas bahawa berurusan dengan Umno hanyalah atas urusan makan duit semata-mata.

Aku yakin duit perbelanjaan peruntukan kepada kumpulan cybertrooper Umno itu juga adalah duit rakyat yang macam biasa puak Umno anggap duit mereka yang boleh dubelasah sesuka hati oleh suku sakat mereka. Untuk membelasah semua duit rakyat itu orang Umno mestilah bijak menghidu peluang dan nampaknya kumpulan seperti papagomo bukanlah dari kalangan Umno yang bijak, Mereka mahu berjuang dengan rela untuk Umno dan dalam Umno sebenarnya hanya orang yang bodoh saja yang ikhlas berjuang.

Sunday, 20 May 2012

"Winning Team" - Kumpulan paling kuat PKR dalam sejarah pilihanraya


Aku sempat singgah sebentar hari ini ke Dewan Sivik MPPJ di Petaling Jaya untuk menjenguk perkembangan Majlis Pelancaran SISMEP3.0 dan penyerahan bahan kempen pilihanraya di negeri Selangor. Ketika aku sampai dewan sudah penuh dan saudara Rafizi tengah berikan taklimat pilihanraya kepada semua para hadirin. Selepas itu Azmin Ali pulak memberikan ucapan dan penerangan juga menyuntik semangat semua para penggerak keadilan di Selangor.


Sebelum ini 'The Winning Team" melakukan acara yang sama di Negeri Sembilan dan juga di Negeri Melaka dan begitulah seterusnya mereka akan habis pusing sampai satu Malaysia. Dari cara persembahan dan segala persediaan yang ada aku lihat memang ini kumpulan yang paling kuat dan bersemangat yang pernah dilahirkan oleh PKR sejak Merdeka. Dan insyaallah mereka bersama dengan parti lain sebagai rakan PR akan berjaya menawan Putrajaya selepas PRU13 nanti.

Kalau bukan dengan salah guna kuasa Umno/BN yang menggunakan kemudahan kerajaan sewenangnya untuk faedah parti mereka, sahih Umno tak mampu lansung bersaing dengan PKR. Itupun aku nak tergelak bila nonton TV para pemimpin Umno dok canang mereka amat kuat dan yakin tawan habis semua negeri dan akan menang besar dalam PRU13 sebab semua rakyat dah sokong mereka.

Kalau dah yakin sangat bahlol ooi, apasal tak bubar saja parlimen segera. Nak simpan buat suspen untuk apa kalau dah yakin sangat kemenangan duduk dalam kerengkong hangpa. Tapi nampaknya Najib tengah kecut teloq tak tentu punca nak bubar atau tidak parlimen. Habis terpaksa pakai Tun Madet nyanyok tu yang masih rasa baguih untuk pulihkan sokongan rakyat pada Umno/BN.

Dalam Umno/BN dok sibuk fitnah habis kesemua pemimpin PR dan tayang masalah remeh temeh yang kecil dalam pemerintahan negeri PR, rupanya PKR dan rakan-rakan mereka menyediakan bermacam penyelesaian untuk dihidangkan demi kesejahteraan rakyat. PR sedang menyediakan diri mereka untuk mengambil alih kerajaan Malaysia. Insyallah!


7 cara mudah tingkatkan kebijaksanaan anda

Mereka yang ada ramai kawan rapat mampu tingkatkan
keupayaan akal mereka.

  1. Percaya yang anda boleh menjadi bijak - Hanya dengan menaruh kepercayaan pada diri anda yang anda mampu bijak dapat meningkatkan tahap kebijaksanaan anda. Sumber
  2. Rajin menconteng - kajian mendapati mereka yang menconteng sambil mendengar mesej telefon yang memberikan maklumat mampu mengingati 29% lebih baik daripada mereka yang memberikan tumpuan mendengar mesej tanpa buat apa-apa. (Sumber: "What does doodling do?" from Applied Cognitive Psychology, Volume 24 Issue 1, Pages 100 - 106)
  3. Minum kopi dan makan donut - Kajain mendapati kombinasi caffeine dan glukos meningkatkan daya tumpuan dan keupayaan mengingati sesuatu. (Sumber: "Glucose and caffeine effects on sustained attention: an exploratory fMRI study." from Hum Psychopharmacol. 2010 Oct 26.)
  4. Hidu bauan rosemary - rujuk sini
  5. Bersenam - Mereka yang bersenam didapati jarang terlebih tidur. Berlebihan tidur membuatkan kepekaan otak menurun. (Sumber: Lipnicki DM, Gunga HC, BelavĂ˝ DL, Felsenberg D. Bed rest and cognition: effects on executive functioning and reaction time. Aviat Space Environ Med 2009; 80:1018-24.)
  6. Jangan bercampur dengan wanita jelita - Jauhkan diri anda dari bersama atau berkawan dengan wanita cantik. Kajian mendapati tahap IQ lelaki jatuh dengan teruk apabila bergaul atau berkawan dengan wanita jelita dan menghairahkan. (Sumber: "Interacting with women can impair men’s cognitive functioning" from Journal of Experimental Social Psychology, Volume 45, Issue 4, July 2009, Pages 1041-1044)
  7. Berkawan - Jangan jadi kera sumbang. Binalah rangkaian rakan anda dan jalinkan hubungan rapat dengan kawan-kawan. Mereka yang tak ada kawan mula merasa diri mereka tidak disukai dan kesannya amat parah dan mampu membuatkan orang mati awal. Kesan tidak disukai juga menurunkan tahap kecerdasan akal dengan teruk. Jadi keluar dan pergi cari kawan, jangan cari perempuan cantik sudahlah!. (Sumber: " Mere Belonging: The Power of Social Connections" from Journal of Personality and Social Psychology)

Anwar mengorat pelajar lelaki, minta gambar bogel?

Orang camni anytime boleh ambil upah ngaku Anwar
Ibrahim ngorat dia !
Aku pergi beli koi pagi tadi kemudian singgah jenguk tajuk-tajuk utama muka depan akhbar-akhbar kat Pak Cik juai paper sebelah tu. Macam biasa aku usyar suratkhabar sampah Mingguan Malaysia untuk tengok apa pulak sampah yang diisinya pagi-pagi ahad ni. Ha ! dah agak dah, ada satu sampah baru kat muka depan.

Ceritanya tentang tuduhan kononnya Anwar Ibrahim dok stim kat seorang pelajar lelaki IPTA sejak setahun yang lalu. Anwar Ibrahim juga dituduh tergilakan 'body jejaka lelaki tu sampai minta dikirimkan gambar bogel lelaki itu padanya.


Tuduhan ini dilempiaskan oleh seorang Ahli Majlis Syura kumpulan Tibai. Tibai ni sebuah kumpulan yang mempersendakan susunan organisasi pemerintahan Iran dan juga carta organisasi Pas dengan menmabil title seperti Majlis Syura, Mursyidul Am dan sebagainya. Tak ada matlamat lain selain daripada mahu mempersendakan negara Republik Islam Iran dan juga Parti islam SeMalaysia.

Alahai ! tak ada kerja lain ka manusia-manusia penjilat Umno ni. Tak habis-habis dengan fitnah. Mentang-mentanglah Anwar ada cita-cita nak jadi Perdana Menteri Malaysia, hangpa cibaikan dia habis-habisan dengan apa saja cara.

Tapi puak Tibai tu kata depa ada bukti yang memang Anwar ada minta gambar bogel budak lelaki tu. Mungkin bukti sms, atau rakaman perbualan, takkan bukti surat kot, orang dah tak main surat lagi dah zaman ni. Sms atau bualan telefon tu boleh bikin punya untuk sebar fitnah, tapi itulah jugak yang depa ambil percaya. Dan pengakuan jejaka lelaki tupun boleh upah, senang sangat nak kasi remaja lelaki sekarang buat pengakuan palsu, kasi RM100 ribupun dah terlalu besar bagi mereka.

Aku tau depa memang takut sangat dengan hasrat Anwar mahu gantikan Najib sebagai PM negara kita dan semuanya hampir menampakkan kejayaan, tunggu saja sedikit masa lagi bila Najib terpaksa juga bubarkan Parlimen. Susah jugak kalau jadi orang hebat nih! ramai sangat cemburu...hahaha