Aku tak tau samada betul atau tidak tapi inilah yang sering aku dengar daripada mereka yang berpengalaman dalam sepak terajang politik Umno. Kat lobi hotel depa sembang projek buat duit, masuk persidangan Umno depa teriak hidup melayu ! atas nama Melayu itulah mereka gunakan untuk kayakan konco-konco mereka dengan kereta mewah, rumah mewah, jam mewah, awek genit, dan umat Melayu yang mereka perjuangkan itu nak beli ikan kembungpun tak berapa nak mampu...Melayu tercicir dari segenap segi di bumi mereka sendiri. Bumi yang kononnya dijaga oleh Umno...kononnya...!
Pages
▼
Saturday, 19 May 2012
Tunku Aziz memang berintegriti
Aku lemas dengan asakan berita tentang Tunku Aziz yang keluar dari DAP. Mamat berintegriti ini digunakan secukupnya oleh media propaganda umno untuk meyakinkan orang ramai bahawa DAP adalah sebuah parti yang pincang.
Walaupun aku yakin bagi mereka yang berpendapatan rendah cukup makan, kais pagi makan pagi kais petang makan petang, yang mana golongan ini merangkumi 70% orang Melayu tak pernah kenal Tunku Aziz ini. Aku sendiri tak pernah kenal siapa mamat berintegriti ini sebelum ini. Sekali imbas aku tengok dia macam aktivis masyarakat terkenal Lee Lam Thye. Dulu aku sangka dia seorang makluh yang mungkin ada bau-bau bacang dengan Lee lam Thye rupanya aku salah.
Tunku Aziz seorang yang hanya terkenal dikalangan ahli korporat berprofil tinggi. Dia cakap lebih banyak menyentuh hal ehwal masyarakat berprofil tinggi dan integriti yang dilaung-laungkannya juga lebih berkisar dalam suasana berprofil tinggi. Tak ada masyarakat marhaen yang ada masa nak dengar laungannya. Warga marhaen lebih sibuk mengira duit yang ada dalam kocek untuk beli ikan kembung, mereka takut tak mampu lagi makan ikan kembung segar tak ada catitan tentang integriti dalam diari mereka.
Masa mula dia umum nak keluar parti dia kata dia gagal untuk menarik orang Melayu mendekati DAP, jadi dia tak mahu terus gagal dan mahu berundur. Kemudian dia mula serang Lim Guan Eng dengan berkata cina LGE tu biadab. Itu ok lagi sebab biasalah orang tua, bila kita kasar sikit dengan dia, tak ada perkataan lain yang akan keluar dari mulut mereka melainkan biadab.
Kemudian timbul banyak lagi pulak cerita. Kononnya dia dah tiga kali nak keluar dari DAP. Dia juga kata dia tak pernah mahu jadi orang politik. Itu menambahkan lagi pening aku. Kalau dah tak mau main politik apa pasal hang pi masuk DAP sejak hari pertama dulu. Kemudia hang terima pulak jawatan tinggi dalam organisasi badan politik tersebut...apahal?.
Lepas tu dia tibai Anwar Ibrahim pulak. Dia kata tak pernah setuju dengan cara Anwar berpolitik. Lepas tu yang membuat Umno dan juak-juak lain seronok dia kata pula berikan peluang pada Najib buat perubahan pada negara. Perubahan perlukan masa....bla bla bla....dan semua itu berbelit-belit dan akhirnya dia hanyalah membuktikan bahawa dia tak ada prinsip kekal. Prinsip dia berbolak balik dan tak ada arah tuju.
Sebab apa aku kata dia memang berintegriti adalah sebab dia memang mempamerkan sikap berintegriti. Aku tengok dalam kamus dewan bahawa, ini makna integriti:
"(intégriti) 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb): pengarah yg ~ pasti akan mempertahankan nama baik mereka drpd sebarang bentuk penyelewengan"
Apa yang aku faham dari segi makna kejujuran itu ternyata Tunku Aziz memang jujur, dia main belasah apa saja yang berligar di dalam fikirannya tanpa selindung sehingga tanpa disedari dia sekadar mencemarkan nama baiknya sahaja...namun dia tetap jujur.
Cuma dia orang yang tak memahami kehendak rakyat marhaen dan tak pernah ada masalah tak ada duit untuk beli ikan kembung macam orang yang dah berkurun-kurun susah di negara kita. Ringkasnya dia tak ada prinsip politik memperjuangkan rakyat.
Jadi tak payahlah kita layan lagi orang sebegitu dan biarkanlah dia dengan egonya sendiri memikirkan masalah sekitar lingkungan golongan korporat serta warga berada. Yang paling aku meluat sekali adalah bila ditanya adakah dia akan masuk Umno, dengan egonya dia menjawab....Umno sendiri tak akan mampu mengendalikan orang macam dia....alahai berlagak macam hebat sangat mamat taik lalat ni....
Friday, 18 May 2012
Kumpulan pesara tak puas hati kat KJ, nak tunjuk punggung kat dia pulak!
Apa agaknya yang diajar kepada para tentera kita sampai bila pencen depa jadi penagih tarian lucah tunjuk ponggong. Tak puas tunjuk pungkoq kat Ambiga sampai auntie bersih tu naik meloya dan tak mau teruskan lagi bersih 4, kini depa mengalihkan pungkoq depa pada ketua pemuda umno pulak. Semua itu gara-gara KJ kritik tarian mereka yang tak bermoral.
Lepas ni kumpulan pesara tu mungkin akan buat persembahan kat moulin rouge pulak dengan pakaian seluar dalam saja yang lebih menghairahkan, tentu dapat sambutan meriah dari mat saleh di sana.
Aku risau tengok apa yang sedang berlaku kat negara kita terhadap kumpulan penguat kuasa dan pesara pasakan bersenjata negara, apakah kerajaan kurang berikan perhatian pada mereka sampai jadi tak tentu arah?
Kalau nak bodekpun, carilah cara yang lebih berfaedah sikit yang mempamerkan tahap intelektual yang tinggi, ini tidak depa pi buat tarian lucah depan rumah orang. Memang muka tak malu. Kesian aku tengok pada kumpulan pesara tentera ni kebanyakannya sambung sara hidup mereka dengan jadi pak guard atau bagi yang bagus sikit mereka niaga kecil kecilan.
Harap harap bukan semua pesara tentera berperangai macam tu!

Thursday, 17 May 2012
Bagaimana sambungan cerita drama Altantuya
- Dalam kes pembunuhan Altantuya, ia berhenti di episod 2 pegawai polis didapati bersalah membunuh seorang wanita yang cantik dari Monggolia itu. Ini merupakan satu pembaziran sumber wanita jelita, kata Mat Sabu, kalau mereka tak mahupun wanita itu janganlah dibunuh, berikan saja padanya.
- Menurut Mat Sabu, cerita drama Altantuya itu jika difilemkan berdasarkan cerita Hindustan, sepatutnya akan muncul Inspektor Sahab yang mula merungkaikan permasalah tentang siapakah yang mengarahkan kedua pegawai polis tersebut menghancurkan Altantuya.
- Jika orang ramai mahu tahu sambungan cerita Altantuya tersebut, Mat Sabu menggesa agar mereka mengundi PR dan pastikan PR ke Putrajaya, kerana hanya PR sahaja yang berminat meneruskan sambungan cerita drama Altantuya yang punyai nilai komersial yang tinggi jika dihidupkan watak Inspektor Sahab yang merungkai episod selanjutnya.
- Idea ini dikeluarkan oleh Mat Sabu ketika memberikan pidatonya dalam sambutan Hari Pekerja baru-baru ini.
Kelantan tarik balik gelaran Datuk daripada Ibrahim Perkasa !
Istana Kelantan hari ini, telah melucutkan gelaran “Datuk” yang diberikan kepada Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), dan juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan Datuk Ibrahim Ali. Selain itu, gelaran bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud, juga telah ditarik balik.
Reaksi beliau ketika dimaklumkan mengenai pelucutan gelaran itu: “Saya tidak tahu sebab-sebabnya tetapi pada 7 Oktober lalu, saya ada menziarahi Sultan Ismail di Istana Mahkota. Sejak Sultan Ismail gering dan pulang ke Kelantan, inilah pertama kali saya melawat kerana hubungan peribadi saya amat rapat dengan Sultan Ismail.
Apapun, ia tidak menjadi hal pada saya dan saya terima dengan hati terbuka,” “Saya tetap dengan pendirian mempertahankan instiusi raja kerana ia asas perlembagaan negara dan sebahagian daripa da budaya Melayu menjunjung kedaulatan raja. Ampun Tuanku,” katanya.
Menurut presiden PERKASA itu lagi, taat-setianya kepada Sultan Kelantan sekarang, Tuanku Muhammad V tidak berbelah-bahagi. Walaupun gelaran tersebut telah dilucutkan, Datuk Ibrahim Ali masih lagi membawa gelaran “Datuk” kerana menerima Datuk Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dari Selangor dan Darjah Mulia Seri Melaka dari Melaka yang membawa gelaran “Datuk”.
Apa-apa pun, gelaran itu hak Sultan yang mengurniakannya, dan hak baginda juga untuk menarik balik gelaran tersebut atas sebab-sebab tertentu. Mungkin baginda mempunyai sebab-sebab asas yang kukuh untuk membuat tindakan sebegitu. sumber
P/S: Itu tandanya Brahim perkasa dah tamat jadi pelakon politik di negara kita. Tak ada tempat bagi Brahim perkasa di negeri Kelantan lagi. Kalau dia nak bertandingpun terpaksalah dia pergi tempat lain. Sebab itu dia ada melalak baru-baru ini kononnya nak cabar Anwar Ibrahim bertanding dengan dia kat Permatang Pauh...hahaha orang dah boleh baca trik hang Brahim oooi
Teknik membuang tabiat buruk yang amat berkesan
- Adakah anda menghadapi kesukaran untuk menghilangkan tabiat buruk seperti merokok, melepak, berchatting, menyembang, menonton TV dan lain-lain yang seumpama dengannya? walaupun telah berbagai usaha telah anda lakukan namun masih tidak berjaya.
- Jangan putus asa untuk mencuba lagi membuang tabiat buruk yang anda ada. Kini ada satu teknik yang berkesan dan lebih mudah untuk mengawal tabiat buruk anda itu. Ia bukan saja berkesan merubah tabiat buruk anda malah ia juga amat berkesan jika anda ingin membuat perubahan pada sesuatu amalan yang anda tidak suka pada diri anda.
- Jika anda gagal membuang tabiat merokok umpamanya, anda tak perlu berfikir untuk membuang terus tabiat itu. Apa yang anda perlu lakukan adalah mengubah kepelbagaian waktu dan jumlah yang anda hisap setiap hari.
- Sebagai contoh, pada permulaannya tetapkan jumlah berapa batang yang anda sasarkan untuk merokok dalam masa satu hari. Jika anda tetapkan untuk merokok sebanyak 10 batang satu hari, jadikan ia satu disiplin anda.
- Kajian mendapati mereka yang berbuat begitu telah berjaya mengurangkan jumlah batang rokok yang mereka hisap dalam sehari dengan sendirinya, walaupun mereka tidak disuruh untuk mengurangkan jumlah berapa batang yang mereka ambil.
- Proses itu terbukti berjaya membuatkan perokok mengawal tabiat merokok mereka dengan mudah dan tidak mustahil mereka akhirnya berjaya meninggalkan terus tabiat buruk itu secara tanpa disedari.
- Jika anda ada masalah suka buang masa tengok TV, cara yang sama juga boleh dilakukan dengan menetapkan jumlah masa yang anda peruntukkan untuk menonton TV dan patuhi sasaran tersebut. Begitu juga dengan aktiviti lain seperti melepak, bersembang, berchatting dan sebagainya.
- Selamat mencuba...
- Sumber: Buku "The Willpower Instinct: How Self-Control Works, Why It Matters, and What You Can Do To Get More of It"
Wednesday, 16 May 2012
Anwar janji realisasikan sistem pendidikan percuma dalam tempoh setahun menjadi PM
- Isu PTPTN masih belum selesai dan Pakatan Rakyat berazam mahu menjadikan sistem pendidikan percuma sebagai salah satu daripada matlamat mereka jika dapat menumbangkan kerajaan BN.
- Ketika berucap di Shah Alam hari ahad lalu dalam perhimpunan sempena menyambut hari pekerja. Anwar Ibrahim memberikan janjinya untuk melaksanakan sistem pendidikan percuma dalam tempoh satu tahun selepas duduk di kerusi Perdana Menteri.
- Tempoh satu tahun yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim adalah berdasarkan keupayaan negara Turki merealisasikan program pendidikan percuma itu selepas 3 tahun Recep Tayyip Erdogan memegang tampok pemerintahan Turki. Jika negara Turki yang tidak punyai sumber minyak yang kaya seperti negara kita mampu melaksanakannya, maka sudah pasti kita lebih mampu lagi berbanding mereka.
- Salah satu faktor yang menyebabkan lambakan IPTS di negara kita adalah apabila PTPTN diadakan. Dengan peluang untuk menyambung pelajaran terbuka kepada semua orang dengan dimudahkan rakyat berhutang bagi membayar yuran kemasukan ke IPTS atau IPTA maka lebih ramai rakyat akan berupaya menyambung pelajaran.
- Peningkatan pelajar yang boleh berhutang untuk belajar menyebabkan industri pendidikan berorientasikan keuntungan tumbuh macam cendawan lepas hujan. Dan majoritinya adalah usahawan yang mesra BN atau lebih tepat lagi golongan Kroni Umno/BN. PTPTN berjaya melahirkan ramai jutawan segera dari kalangan kroni Umno/BN maka tidak hairanlah bila PR mahu mansuhkan PTPTN mereka melompat marah menentangnya.
- Salah satu bukti bahawa sistem pendidikan berorientasikan keuntungan ini sebenarnya gagal melahirkan graduan yang berkualiti ada dibentangkan di Amerika. Kajian mendapati graduan keluaran IPTS berorintasikan keuntungan majoritinya sukar mendapatkan peluang pekerjaan dan jika dapatpun mereka dibayar dengan gaji yang rendah.
- Terbukti bahawa sistem pengajian awam yang tidak berorientasikan keuntungan berjaya melahirkan graduan yang lebih berkualiti kerana mereka berjaya memberikan fokus kepada kualiti pendidikan itu sendiri berbanding keuntungan. Lihat laporannya di sini.
- Oleh itu marilah kita sokong hasrat Pakatan Rakyat mahu menjadikan sistem pendidikan percuma di negara kita dalam tempoh setahun menawan Putrajaya.
Tuesday, 15 May 2012
Perkara yang menarik untuk diperhatikan selepas Tunku Aziz keluar dari DAP
- Sejak 2008 di mana Pakatan Rakyat berjaya menafikan kemenangan 2/3 kerusi Parlimen di negara kita, negara menyaksikan proses keluar parti ahli-ahli parti terutamanya daripada Pakatan Rakyat.
- Jika kita fokuskan kepada mereka yang keluar daripada PKR seperti Zahrain, Zul Kulim dan yang terbaru Hasan Ali dari Pas, mereka keluar dengan membawa bersama mereka perasaan benci yang diluahkan dengan serangan bertubi-tubi parti yang pernah mereka dokong sebelum ini. Ringkasnya mereka tiba-tiba menjadi pendokong Kerajaan atau secara lebih tepatnya lidah Umno/BN.
- Terbaru, Tunku Aziz mengumumkan perletakan jawatannya dari DAP dan umumkan hasrat mahu leluar terus dari menjadi ahli DAP. Namun masih ada ruang untuknya kekal dan menjawat jawatannya dalam parti apabila Lim Guan Eng mahu memujuknnya.
- Tunku Aziz terkenal sebagai 'orang baik' dan berintegriti selama ini dan apa yang menarik untuk kita perhatikan adakah dia akan menurut jejak mereka yang kini menjadi hero Umno seperti Zahrain, Zul Kulim dan juga Hasan Ali.
- Adakah Tunku Aziz selepas ini akan menjadi alat Umno untuk menyerang PR atau lebih tepat lagi adakah Tunku Abdul Aziz akan membiarkan dirinya diperalatkan oleh Umno/BN. Mungkin lepas ini kita akan dapat memahami apa itu integriti.
Persediaan terakhir PR ke Putrajaya!
![]() |
| Bersedia menjadi PM selepas PRU-13 |
Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik kemunculan semula isu Hudud yang dipermainkan oleh media bagi melagakan Pakatan Rakyat. Ada sesetengah peminat politik berpendapat isu Hudud yang diperkatakan semula oleh Tuan Guru Haji Hadi dan kemudiannya di sambut dengan lebih mesra oleh Tuan Guru Harun Taib adalah sesuatu yang potong stim di saat-saat kekuatan Pakatan Rakyat berada di kemuncaknya.
Namun selepas perbincangan semula sesama pimpinan Pakatan Rakyat ternyata isu tersebut lebih nampak menyerlahkan kematangan kerjasama antara ketiga-tiga parti utama tersebut. Mereka nampaknya lebih mengutamakan yang lebih utama dan sanggup meng'KIV'kan perbezaan pendapat terhadap isu utama masing-masing selepas menakhluki Putrajaya.
Di sini nampak jelas masing-masing pandai memahami permainan politik yang perlu, tepat pada masanya. Di pihak Pas, para pendokongnya tidak perlu ragu-ragu lagi dengan matlamat parti ke arah menubuhkan negara Islam apabila Presidennya membuat penegasan agenda mereka yang tidak pernah berubah walaupun ia secara terang ditentang oleh veteren DAP Karpal Singh atas kefahamannya terhadap negara sekular yang dipercayainya.
Ketegasan kedua-dua parti itu sebenarnya melegakan kedua-dua pendokong parti samada Pas ataupun DAP. Manakala pihak yang memfitnah Pas dengan mengatakan idea negara Islam sudah luntur dari perjangan Pas nampaknya terkedu. Ini menyerlahkan lagi kerakusan dan tidak sabarnya Hasan Jati yang menjadikan alasan itu sebagai punca utamanya keluar dari Pas dan siap menuduh Pas telah berjalan mereng dan terkeluar dari landasan Islam.
Keputusan terakhir mesyuarat sesama pimpinan PAS, DAP dan PKR menegaskan sekali lagi tumpuan utama mereka masih tetap utuh atas dasar mengembalikan kebersihan sistem pilihanraya di Malaysia, merubah polisi ekonomi negara dan mengimplimentasikan dasar buku jingga. Segala hal selain daripada itu akan diperbincangkan sesama parti secara tertutup setelah mereka menduduki Putrajaya.
Daripada temuramah terhadap berbagai kumpulan agama lain yang dilaporkan oleh Malaymail, nampaknya mereka juga tidak nampak isu Hudud sebagai sesuatu yang mempunyai impak yang besar terhadap kekuatan sokongan rakyat kepada PR. Bagi mereka dalam keadaan sekarangpun Pas yang menguasai Kelantan dan juga Kedah terbukti sentiasa patuh kepada prosedur dalam segala tindakan mereka untuk melaksanakan sesuatu yang menyentuh agama Islam. Oleh itu tidak ada bezanya jika PR berjaya menawan Putrajaya, segala tindakan akan dijalankan secara berhemah dan mengikut prosedur.
Menarik juga untuk memetik kenyataan ABIM yang berpendapat isu Hudud perlu dilihat secara holistik dan bukan secara politik. Ia memerlukan penyelidikan serta perbahasan yang menyeluruh dan mendalam dan tugas itu perlu dilaksanakan dalam suasana ekademik secara ikhlas dalam mencari jalan keluar bagi menyelesaikan hasrat pejuang Islam.
Dalam pada itu ABIM berpendapat isu Hudud hanyalah sebahagian kecil daripada perlaksanaan agama Islam di mana ada banyak lagi isu lain yang amat penting seumpama menghidupkan kembali roh Islam kepada para penganutnya sebelum Hudud dapat dilaksanakan.
Bagi aku semua yang tersebut di atas dapat dilaksanakan apabila pimpinan yang ada sanggup bertolak ansur demi mencapai prinsip menang-menang kepada semua pihak yang terlibat. Dan ia pasti dapat dilaksanakan apabila semua pihak setia berikrar untuk saling menghormati hasrat masing-masing.
Aku yakin dengan semangat kerjasama sedemikian, Pas sebagai salah satu daripada Parti yang memerintah dapat memainkan peranan mereka dalam menjernihkan semula fahaman serta persepsi agama Islam terutamanya dalam isu Hudud, kepada semua rakyat Malaysia dengan cara yang lebih berkesan dan aku doakan penjernihan itu akan berlaku bila negara kita lebih fokus kepada isu-isu membina dan intelektual untuk dihidangkan kepada rakyat di media-media massa. Aku yakin media massa selepas ini tidak lagi akan menadikan isu tidak bermoral seperti cerita seks, skandal, fitnah dan sebagainya sebagai bahan utama mereka.
Pas tetap mahu laksanakan Hudud - Apa kata Zul Kulim, Hasan Jati dan Ibrahim Perkasa
- Isu perlaksanaan Hudud bagi Pas sebagai antara matlamat mereka untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam nampaknya tan pernah dilupakan dan Negara Kebajikan yang dipersetujui oleh Pas adalah sebagai landasan menjalinkan kerjasama antara PKR dan DAP.
- Nampaknya tuduhan mereka yang berpaling tadah selama ini yang mengatakan bahawa Pas telah meninggalkan perjuangan asal mereka bagi menegakkan negara Islam ternyata meleset sama sekali.
- Maka apa pulak kata mereka sekarang apabila Haji Hadi dengan tegas menyatakan dia tidak berganjak daripada kenyataannya sebelum ini yang mahu melaksanakan hudud dan mempersetankan kritikan Karpal Singh dengan berkata itu hanyalah komen peribadi karpal.
- Zul Kulim - Dia bertegas mengatakan Majlis Peguam sudah menjadi parti politik apabila mengutuk tindakan polis yang keras menangani peserta bersih 3. Walaupun ditegur berkali-kali bahawa soalannya adalah isu Hudud, Zul Kulim tetap mahu komen tentang isu majlis Peguam.
- Hassan Jati - Dia nampaknya tak kata apa-apa sebab dah kehabisan peluru.
- Ibrahim Perkasa - Dia juga nampaknya tak tau nak kata apa-apa bila ternyata tuduhan mereka selama ini terbukti hanyalah untuk membodek Umno.
Buang nama Islam dari PAS - Harussani toksah masuk campur hal politik
Aku selalu dok terfikir soalan tentang penggunaan nama Islam atas perkara dunia. Banyak orang menggunakan nama Islam dalam aktiviti perniagaan mereka. Pernah satu ketika dahulu sebuah syarikat mempromosikan selipar dengan mengaitkannya dengan nama Islam. Kononnya selipar itu menepati sunnah iaitu bentuk selipar yang dipakai oleh Nabi.
Ada juga syarikat yang berura-ura mengeluarkan nama Kereta Islam yang direka khas mempunyai ciri-ciri yang cocok untuk umat Islam. Ada jam tangan Islam, ada kem motivasi Islam, ada pusat perubatan Islam, ada bomoh Islam, ada hospital Islam, ada Restoran Islam, dan yang paling terkenal adanya sebuah parti politik yang menggelarkan diri mereka sebagai Parti Islam.
Menyentuh persoalan Pas, aku sering bertanya adakah Pas menggunakan Islam untuk politik atau adakah Pas menggunakan politik untuk Islam. Di kalangan ahlinya pulak adakah ahlinya menggunakan Islam untuk menjadi ketua atau adakah mereka menjadi ketua untuk Islam. Di kalangan penyokongnya pulak adakah mereka menggunakan Pas untuk Islam atau mereka menggunakan Islam untuk Pas.
Semua itu terfikir bila aku sering melihat ramai ahli Pas yang tertipu dengan mereka yang berserban besar, yang pandai bercakap, yang banyak menghafal ayat-ayat Quran dan Hadith tetapi hakikatnya pendendam, pemarah, tidak pandai mengurus, tamak haloba penipu dan berbagai lagi, namun orang seperti itulah juga yang berjaya mengkelabukan ahli-ahli untuk dilantik menjadi ketua.
Mungkin itu juga yang difikirkan oleh Tan Sri Harussani yang tiba-tiba jadi garang dan menurut nasihat Ibrahim Ali agar membawa perkara penggunaan nama Islam dalam politik Pas ke muzakarah Majlis fatwa Kebangsaan. Harussani kata Pas dan meleset dari landasan perjuangan mereka, terutamanya apabila menyertai Bersih 3.0
Kalau atas alasan Bersih 3 nak lucutkan perkataan Islam daripada Pas, nampak sangat ada unsur-unsur nak jadi balaci Umno. Apatah lagi Harussani nampaknya mendengar nasihat perkumpulan ekstrim seperti Perkasa itu yang terang-terang merupakan sub-kontraktor kepada Umno bagi memperjuangkan hal ehwal orang Melayu.
Nik Aziz gesa Harussani tidak campurtangan urusan politik
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan parti Islam yang diterajuinya.
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.
Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.
Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”
Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.
Dipetik Berita Harian Online, beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.
“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS.
“Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.
Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu “suka” terhadap status tersebut.
Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut.
“Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam.
“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri,” tegasnya.
Justeru, beliau menuntut agar Harussani “berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran.”
Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.
Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.
“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.
Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik Aziz.
Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam.
Monday, 14 May 2012
Buang nama Islam dari PAS - Harussani toksah masuk campur hal politik
Dari penulis jemputan: Utusan Meloya Meloya

Tengok dulu sebelum berak ! (Bergambar)
Melayu terkaya dibawah Kerajaan Umno/BN
- "Hanya Umno yang mampu memartabatkan Bangsa Melayu !", itu ayat yang biasa dilaungkan oleh para pemimpin Umno bagi menyakinkan orang Melayu memangkah Umno. Memang benar Melayu dibawah pimpinan Umno/BN adalah salah seorang yang paling kaya di Malaysia dan berikut senarai syarikat kepunyaannya:
- MMC
- DRB Hicom
- Proton
- Malakoff
- Johor Port
- Senai Airport
- Port of Tanjong Pelepas
- Bank Muamalat
- Padiberas Nasional
- CSR Sugar
- Gardenia
- MPH Bookstores
- Penang Port
- Dan dengar ceritanya sekarang di mahu mendapatkan:
- RTM
- KTMB
- Bank Islam
- Tentu semua dapat agak siapa yang saya maksudkan di atas. Dia merupakan Melayu yang paling kaya di Malaysia yang memiliki terlalu banyak kepentingan perniagaan di negara kita.
- Berbanding orang kaya di negara lain seperti Bill Gates umpamanya, mereka kaya kerana berjaya memecahkan pasaran dunia dengan produk mereka dan syarikat penumpuan mereka tidaklah banyak sedangkan orang kaya negara kita menjadi kaya kerana belasah habis semua perniagaan yang ada di negara kita sahaja.
- Baguskah begitu? apapun syabas diucapkan pada Syed Mokhtar atas kejayaan luar biasanya itu, moga lebih ramai lagi seumpamanya muncul di Malaysia, tapi harap-harapnya bukan sekadar belasah habis syarikat kat Malaysia saja...seranglah juga pasaran dunia.
Kahwin atas dasar cinta tidak bagus!, suruh ibubapa cari lebih baik!
- Bagaimana anda menemui pasangan yang anda kahwini sekarang. Adakah berdasarkan cinta semasa bertemu di pusat pengajian atau pusat membeli belah, atau pasangan anda adalah pilihan ibu/bapa yang tidak pernah anda kenali sebelum ini?
- Bagi yang sudah berkahwin, anda boleh menilai pendapat yang disebut di atas manakala bagi yang belum berkahwin anda boleh jadikan ini satu pedoman untuk mencari pasangan anda.
- Berdasarkan kajian, mereka yang berkahwin atas pilihan ibu/bapa akan membina hubungan suami isteri yang bahagia dalam jangka panjang dan hubungan tersebut akan terbina lebih erat menuruti masa. Maknanya semakin lama tempoh perkahwinan itu semakin erat hubungan yang terjalin antara kedua suami isteri.
- Bagi mereka yang berkahwin secara suka sama suka atau atas dasar cinta angau, hubungan mereka amat erat dalam tempoh satu tahun pertama selepas berkahwin dan hubungan tersebut semakin lama semakin renggang dan berakhir dengan tidak bahagia dan saling tidak menyukai antara satu sama lain.
- Antara sebab utama perkara tersebut berlaku adalah mereka yang membiarkan pasangan dicari atau ditentukan oleh ibu/bapa akan mendapat pasangan yang mempunyai fahaman dan falsafah hidup serta matlamat yang dikongsi bersama.
- Ibu bapa sudah tentu akan menggunakan segala jaringan yang ada bagi mencari menantu dari keluarga yang dia setuju dan selesa dan mempunyai nilai-nilai kepercayaan yang dikongsi bersama. Oleh anak-anak mereka yang bakal berkahwin mempunyai satu matlamat yang dikongsi bersama. Tugas mereka setelah berkahwin hanyalah untuk saling mengenali hati budi masing-masing secara lebih mendalam.
- Perumpamaannya adalah seperti kita bertemu dengan rakan seasrama apabila baru masuk sekolah. Pada mulanya memang lansung tak mesra, tapi lama kelamaan hubungan akan terbina dan kita akan menjadi kawan rapat.
- Untuk mengetahui lebih lanjut baca buku "The Art of Choosing"
Sunday, 13 May 2012
Apa persamaan 'berinteraksi guna media sosial' berbanding 'hubungan intim'
- Ada pendapat mengatakan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak terlalu obses dengan penggunaan media sosial sehinggakan beliau menggesa mereka yang mahu menjadi calon PRU13 nanti perlu ada akaun twitter atau FB.
- Najib dikatakan memberikan tumpuan yang keterlaluan kepada penggunaan media sosial dalam usaha kempennya untuk kekal berkuasa sebagai perdana menteri Malaysia. Betulkah Najib percaya media sosial dapat membantunya berkuasa?
- Kenapa agaknya Najib, begitu juga dengan jutaan warga Malaysia yang lain amat seronok dan tenggelam dalam penggunaan media sosial seperti FB dan juga twitter sekarang ini.
- Kajian terbaru daripada pakar saraf otak Harvard mendedahkan kenapa jutaan manusia termasuk Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak menjadi obses dengan penggunaan media sosial.
- Kumpulan pakar dari Universiti Harvard mendapati otak mengalami nikmat keseronokan bercerita mengenai diri sendiri setanding dengan nikmat kepuasan melakukan perhubungan seks. Ia sama juga atau lebih lagi dengan rasa nikmat menjamu selera atau nikmat mendapatkan wang.
- Ini membawa kepada jawapan kenapa media sosial menjadi tarikan jutaan penduduk dunia dengan tidak perlu dipaksa. Media sosial menjadi landasan atau alat manusia menceritakan tentang diri mereka, tentang aktiviti mereka, kehebatan mereka atau apa-apa saja yang mereka rasa.
- Dalam kajian, pakar mendapati ada sebilangan responden yang sanggup melepaskan tawaran wang ringgit semata-mata untuk bercakap tentang diri mereka serta apa yang mereka rasa. Ia adalah sifat semula jadi manusia yang gemar memberikan perhatian pada diri sendiri daripada orang lain.
- Tidak hairanlah Najib juga turut menjadi salah seorang penggemar kepada penggunaan media sosial. Najib dapat menggunakan media sosial untuk menceritakan tentang dirinya, tentang apa yang dia lakukan untuk negara, apa yang dia rancang untuk rakyat dan berbagai-bagai lagi tentang dirinya.
- Kenikmatan yang boleh dikecapi oleh Najib dalam menceritakan dirinya kepada orang lain rupanya adalah sama dengan kenikmatan hubungan intimnya dengan Rosmah!. Dan ia juga sebanarnya sama kepada anda saya atau sesiapa sahaja....
- Sumber
PAS akan tinggalkan PR?
Meletup lagi isu Hudud dan negara Islam dalam Pakatan Rakyat. Setiap kali Pas bercakap tentang Hudud, Karpal akan menyambutnya dengan lantang dan mesej yang disampaikan Karpal amat jelas sekali. Karpal dengan jelas mengatakan pendiriannya dan mendakwa ia adalah juga pendirian partinya DAP menolak Hudud dari dilaksanakan di Malaysia dan sekali gus Karpal mewakili DAP menolak samasekali idea negara Islam.
Selain daripada Pas parti mana lagi agaknya yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Setakat yang aku tau tak ada parti lain melainkan Pas sahaja. parti=parti besar seperti Umno, MCA, MIC, PPP, Gerakan, DAP, PKR, dan lain-lain semuanya menolak Hudud dan juga negara Islam.
Secara kebetulannya Pas memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat sehinggakan dalam muktamar terakhir Pas mereka menjadikan matlamat menjadikan Negara Berkebajikan sebagai konsep yang mahu mereka perjuangkan dan dipersetujui oleh Parti. Dengan menjadikan konsep negara berkebajikan, DAP terutamanya dan juga PKR menjadi mesra dengan Pas dan mereka berikrar mahu menjalinkan kerjasama menjatuhkan Barisan Nasional.
Kalau kita lihat balik cara bagaimana Pas ketika berseorangan menentang BN dahulu, mereka menyerang hebat BN atas dasar musuh mereka itu menolak Islam sebagai hidup dan corak pemerintahan negara. Hudud antara peluru utama yang dilepaskan bertubi-tubi untuk membezakan diri mereka dengan Umno terutamanya. Mereka bersaing dengan Umno untuk menarik undi orang Melayu dan taktik Pas menarik orang Melayu adalah dengan menghidangkan matlamat mereka untuk menegakkan Islam di Tanah Melayu.
Namun pertarungan berseorangan Pas untuk melawan Umno dan sekutunya secara itu terbukti tidak pernah berjaya di arena Nasional. Mereka hanya berjaya diperingkat negeri di mana Pas berjaya menawan Kelantan secara konsisten.
Alang-alang berpolitik Pas nampak tak cukup jika mereka sekadar berpolitik untuk bersaing diperingkat negeri sahaja, mereka perlu memikirkan lebih jauh untuk berjuang sehingga ke peringkat Nasional. Satu cara yang paling selamat untuk Pas melebarkan sayapnya diperingkat Nasional adalah dengan menyediakan kekuatan secukupnya di seluruh negara dan berusaha bertanding di semua kerusi DUN dan juga Parlimen.
Dari situ masalah timbul apabila populasi negara tidak sepenuhnya dipenuhi oleh orang Melayu. Malaysia juga punyai ramai orang berbangsa lain yang bukan Islam dan mereka sudah tentu tidak gemar dengan pendekatan Pas yang mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Apatah lagi dikalangan orang Melayu sendiri bukannya semua punyai komitmen mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Malah majoriti orang Melayu yang mengaku Islam itu sendiri tidak melaksanakan solat yang merupakan satu perkara besar yang wajib tanpa kompromi sebagai seorang muslim. Sedangkan solatpun tidak ambil berat apa pulak lagi memperjuangkan negara Islam. Jesteru itu secara logiknya usaha Pas nampak terlalu sukar untuk berjaya jika mereka mahu menggunakan landasan politik demokrasi bagi menegakkan negara Islam.
Pas sebagai sebuah pergerakan politik terpaksa berfikir sebagai orang politik lalu mereka mengambil pendekatan bekerjasama dengan rakan lain yang turut sama mahu melihat BN jatuh tersungkur dari terus menjadi pemerintah di negara kita. Pas lalu memilih Pakatan Rakyat dengan usaha Anwar Ibrahim sebagai orang tengah untuk mencantumkan mereka dengan DAP. Dan ternyata pada 2008 pakatan ini nampak menjadi apabila mereka berjaya menafikan kemenangan 2/3 BN menguasai kerusi Parlimen dan berjaya menumbangkan BN di 5 buah negeri.
Pakatan Rakyat aku lihat semakin kuat dan menggerunkan BN sejak itu. Tak ada perkata lain yang boleh menggoyangkan Pakatan Rakyat daripada terus mara melainkan isu negara Islam dan juga Hudud. Dan itu menjadikan Pas yang didokong oleh para ulama berada di dalam dilema.
Sebagai orang Islam bergelar ulama sudah tentu mereka tidak mahu seara peribadi dan juga tidak mahu dilihat mengabaikan tugas menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Sekali sekala mereka terlatah juga mengeluarkan isi hati mereka dan aku yakin mereka lebih takutkan Allah daripada manusia apatah lagi seorang Punjabi yang bernama Karpal Singh.
Karpal Singh nampaknya telah menghidu sikap itu dalam pimpinan Pas sebab itu dia menyebut lambat laun Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika matlamat mereka tidak dapat dipenuhi. Aku pernah juga dengar dari mulut pimpinan lain Pas yang berpendapat kerjasama dalam PR ini hanyalah satu kerjasama sementara sebagai batu loncatan untuk mebersihkan negara. Setelah matlamat itu tercapai tidak mustahil Pas akan keluar untuk memperjuangkan agenda utama merka secara bersendirian jika hasrat mereka tidak dipersetujui oleh rakan-rakan lain.
Aku yakin perkara itu pasti akan terjadi samada cepat atau lambat. Jika BN yang berkuasa sekarang ini berubah dan mula akur dengan hasrat rakyat yang mahukan demokrasi yang adil, tidak mustahil mereka akan terus kekal menguasai negara. Pada saat itu Pas sudah tentu terpaksa membuat pilihan samada mahu teruskan lagi kerjasama dengan DAP dan PKR. Secara logiknya itu sudah tidak diperlukan lagi kerana matlamat sementara sudah tercapai dan mereka harus menghidupkan semula matlamat utama. Maka jalan yang lebih bijak adalah dengan memilih jalan sendiri sekali lagi.
Persoalan yang perlu dijawab, adakah pada ketika itu rakyat akan berubah dan mula menerima agenda menjadikan negara Islam yang diimpikan oleh Pas lalu memilih Pas sebagai Kerajaan Malaysia? aku rasa tidak sebab selagi majoriti rakyat Malaysia tidak menyembah hanya Tuhan yang satu selagi itulah Pas akan ditolak melainkan Pas ada satu kekuatan yang luar biasa yang mampu menundukkan rakyat Malaysia secara rela atau secara paksa untuk menerima Islam sebagai Addinulhayah.....