Pages
▼
Saturday, 28 April 2012
Friday, 27 April 2012
Perbandingan liputan media antara Bersih 2.0 dengan Bersih 3.0
- CIJ atau Centre for Independent Journalism menggambarkan terdapatnya tanda-tanda bahawa media di Malaysia tidak bebas sepenuhnya dan ia dikawal oleh parti atau individu atau pihak yang berkepentingan. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan analisis perbandingan antara Bersih 2 dengan Bersih 3 yang nampaknya amat ketara perbezaannya.
- Bersih 3 menurut CIJ adalah suatu peristiwa yang mempunyai makna yang signifikan kepada negara dan rakyat tetapi nampaknya tidak mendapat liputan yang sepatutnya. Berikut berbezaan liputan media-media utama terhadap bersih 3.0
- Utusan Malaysia hanya membuat berita sebanyak 10 laporan sahaja berbanding tahun lepas yang menyaksikan sebanyak 316 laporan. Penurunan sebanyak 97% !
- NST menyaksikan penurunan sebanyak 92% di mana hanya 8 berita berbanding 97 pada Bersih yang lalu.
- The Star turun sebanyak 91%. Dengan hanya 9 laporan berbanding 104 pada Bersih yang lalu.
- The Sun turun sebanyak 62% dengan 10 laporan berbanding 26 pada Bersih yang lalu.
- Laporan di Utusan dan juga NST lebih memihak kepada laporan negatif sahaja manakala The Star menrakamkan 6 laporan yang bersifat neutral daripada keseluruhan 9 laporan.
- Laporan daripada The Sun adalah lebih saksama di antara kesemua media bercetak dengan 8 laporan neutral dan satu laporan positif dan satu lagi laporan negatif daripada keseluruhan 10 laporan yang dibuat.
- CIJ mempersoalkan bagaimana satu peristiwa yang mempunyai makna yang amat besar terhadap rakyat Malaysia seperti Bersih 3.0 hampir tidak mendapat liputan seperti mana yang sepatutnya. Adakah ia menerima arahan daripada pihak tertentu yang khautirkan publisiti meluas kepada Pakatan Rakyat?
- CIJ menggesa pembebasan semua media daripada mempunyai hubungkait dengan parti politik bagi membebaskan konkongan terhadap laporan berita yang telus dan tepat.
- Laporannya di sini
Bersih 3.0 tetap jalan esok! Ini peta perjalanan Bersih !
Perintah mahkamah keluarpun kita akan tetap turun esok. Mahkamah hanya larang masuk kawasan dataran merdeka. Esok kita turun ramai-ramai pi himpit sehampir mungkin dengan dataran merdeka dan tepat pukul 2 petang kita duduk beramai-ramai sambil nyanyi lagi negeraku....jom tengok gathering point darimana kita akan bergerak menuju Dataran Merdeka:
Tips buat liputan bergambar Bersih 3.0 esok !
- Esok Bersih 3.0 akan berlansung dan hari ini polis telah mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka bermula pukul 6 petang tadi sehingga 1 May 2012. Polis akan mengambil tindakan pada mereka yang melanggar arahan tersebut di bawah Akta Kanun Keseksaan Seksyen 188.
- Rekod sebelum ini menunjukkan Bersih tetap akan mendapat sambutan walupun dihalang dengan berbagai ancaman. jadi sudah pasti mereka yang berminat merakamkan peristiwa bersejarah tidak akan melepaskan peluang untuk turun sama samada sebagai peserta atau jurukamera. Bagi mereka yang akan turut serta untuk merakamkan gambar sebagai jurugambat amatur berikut beberapa petua yang saya ambil dari sini untuk mendapatkan gambar yang hebat esok:
- Pastikan anda merakam semua peristiwa yang berlaku sebanyak mungkin. Kalau boleh sediakan dua kamera. Satu untuk merakamkan peristiwa dari sudut yang luas dan satu lagi untuk rakaman peristiwa dari sudut jauh atau kecil. Eloknya bawa satu kamera kompak dan satu lagi DSLR
- Kadang-kadang untuk merakamkan gambar yang hebat anda tidak dapat mengelak untuk berada lebih dekat dengan peristiwa. Oleh itu pergi dekat dan jaga keselamatan anda.
- Berikut senarai yang wajib ada dalam rakaman bergambar anda:
- Rakaman gambar orang ramai - Semua orang yang mahu mendapatkan gambara peristiwa pasti mahukan gambara orang ramai ketika peristiwa. Pastikan anda meletakkan apperture yang besar eloknya f8 ke f11 untuk mendapatkan gambar jelas semua yang dirakam.
- Dapatkan gambaran keseluruhan - Anda boleh berada jauh daripada orang ramai dan rakam gambar anda atau anda boleh naik belakang kawan untuk rakaman gambar dari atas atau anda boleh angkat kamera anda ke udara dan rakam beberapa keping gambar.
- Rakaman terperinci - Pergi berhampiran peristiwa dan dapatkan rakaman close-up betul-betul pada apa yang terjadi. Ini memerlukan penggunaan lensa seperti 35mm atau 50mm untuk hasil gambar yang menarik. Ini mungkin rakaman logo bersih, rakaman poster bersih, contengan muka dengan logo bersih dan lain-lain.
- Anda jangan sesekali lepaskan rakaman emosi - Rakam gambar wajah yang berang, sedih takut, gembira atau lain-lain seumpamanya. Lensa terbaik untuk aksi ini adalah dengan menggunakan 70-300mm.
- Rakaman aksi - Jangan lepaskan sebarang peluang merakam aksi seperti larian pecut, pukulan cota polis dan seumpamanya.
- Kalau ada masa rakam juga gambar potrait - Rakam dari berbagi sudut dan fokuskan pada mata. Jangan lupa masukkan sekali gambar bahu dan jangan lupa untuk perhatikan latar belakang agar lebih menarik.
- Jika anda mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang rakaman dan liputan peristiwa seperti bersih dan mahukan tips-tips keselamatan pergi ke sini.

Adakah bercinta terlebih dahulu mampu mengatasi perceraian selepas kahwin
![]() |
| Sumber photo |
- Ramai muda mudi sekarang mengambil sikap untuk saling mengenali antara pasangan masing-masing sebelum mendirikan rumah tangga.
- Maka ramai yang akan bercinta bagai nak rak, ke hulu ke hilir macam belangkas. Singgah sebanyak mana taman bunga yang ada berkepit menonton wayang di segenap panggung dan membonceng atau memandu berduaan ke sana sini sehingga memakan masa bertahun-tahun sebelum endirikan rumah tangga.
- Di barat, persepsi yang sama berlaku di mana 2/3 daripada mereka yang dibanci bersetuju adalah lebih baik untuk mengelakkan perceraian dengan bersekedudukan terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
- Untuk pengetahuan semua, sebenarnya persepsi tersebut di atas adalah salah sama sekali. Kajian mendapati mereka yang bersekedudukan atau menjadi belangkas terlebih dahulu sebelum berkahwin akan mendapati mereka tidak berpuas hati terhadap pasangan mereka dan akan lebih berkemungkinan untuk bercerai selepas berkahwin.
- Oleh itu ikutlah nasihat orang tua-tua. Kahwinlah segera apabila mendapat jodoh dan bina persefahaman daripada ikatan yang sah. Telah segala berbezaan, sesuaikan diri dengan perbalahan dan paling utama jangan sesekali putus asa untuk tinggal bersama sehingga ke anak cucu. Insyallah, anda akan bahagia.
- Sumber
Sidang kedai kopi: Siapa layak ganti Tan Sri Abdul Aziz?
Berikutan penemuan dalam senarai nama ahli Umno menunjukkan ketua SPR yang ada sekarang termasuk timbalannya adalah ahli Umno. Utusan Meloya telah memangggil sati sidang tergempar kedai kopi untuk membincangkan dan memutuskan dengan kadar segera siapa bakal menggantikannya.
Utusan Meloya: Selamat datang semua ahli sidang tergempar kedai kopi dan ribuan terima kasih diucapkan pada semua yang hadir. Mesyuarat hari ini akan membincangkan 2 perkara sahaja, Pertama: siapa paling layak menggantikan Pengarah SPR dan juga timbalannya. Kita kena putuskan dengan kadar segera sebab PRU13 dah nak mai. Kedua, Perlukah kita ikut kata Ahmad Fuad DBKL untuk tidak menggunakan Dataran merdeka sebagai pusat perhimpunan Bersih 3.0. Saya buka kepada semua untuk mengusulkan agenda pertama.
Syed Perkasa: Salam semalayu semua!, bagi aku dulu berikan cadangan sebab hal ehwal negara Malaysia aku yang paling layak bercakap, ini tanah, Melayu yang punya jadi aku Syed perkasa perlu diberikan perhatian sebab sekarang hal ehwal Melayu aku yang jaga, bla...bla...bla...
Utusan Meloya: Wooooooit! Shut up you ! teruskan pada cadangan hang, kami tak mau dengar syarahan Melayu hang tu.
Syed Perkasa: Ya ya ya !, sorry maaf tuan pengerusi....sebenarnya aku nak cadang kan nama eeeer eeer eeer Ibrahim A.......
Semua yang hadir: TIDAK !...
Syed Perkasa: Nanti dulu, nanti dulu dengar hujah aku dulu...ini persidangan demokrasi kan kan kan aku boleh bagi pendapat ! Aku cadangkan Ibrahim Ali jadi pengarah SPR yang baru, sebabnya dia pejuang Melayu, dia dah kena terajang dari Umno seumur hidup, jadi tak mungkin dia akan kembali untuk menjadi ahli Umno tak ada sesiapa yang akan mengampunkannya dalam Umno untuk membolehkan dia masuk semula Umno. Jadi lepas ni pengarah SPR akan benar-benar Non-Partisan, betul punya neutral. lagipun kesian kat dia lepas ni dia tak ada tempat nak bertanding, mana dia nak cari sumber pendapatan kalau tak jadi MP?
Untuk menjaga hal ehwal perlembagaan yang ada dalam SPR kita boleh letakkan Zulkifli Noordin, mamat Kulim tu menjadi Timbalan pengarah SPR. Dia kan loyar, dia tu terror oooi! sdemua undang-undang dalam kepala balik ketayap lebai dia tu, lagipun dia pandai belit dan setiap kali dia belit dia akan kata "Aku yakin 110%...!, semua orang akan percaya. Amacam ?
Utusan Meloya: Terima kasih pada Syed Perkasa atas cadangan yang ekstrem berhaluan kanan. Syed cadangkan Pengarah SPR di ambil oleh Ibrahim Ali dan Timbalannya pergi kepada Zulkifli Noordin. Ada apa-apa cadangan lain?
Ah Kau Dewan Niaga Tiongha: gua mau cakap sikit. Gua mau kasi cadang talak moleh, gua biasa ikut saja apa lu Melayu cakap, janji gua moleh niaga, gua punya wang bayar cukai talak masuk poket halam jadah punya olang gua manyak happy !, tapi aaa, gua lisau lu Syed mau kasi sama itu Blahim Ali aaa, gua takut dia kasi buang itu semua olang Cina punya nama, dia declare semua sudah mati ooo, ada bole jamin ka dia tatak buat itu macam. Sekian aaaa tuan pengelusi.
Segaran Hindaraf: I totally setuju dengan a Ah kau punya opinion. I want somebody that can develop Indian people. We have been forced to come to Malaya to become rubber tapper. Now we are stuck here and cannot retun back to India, majority of us are very......
Utusan Meloya: Stop Segaran, do not melencong to other agenda. We are discussing about Pengarah SPR and not Prime Minester. OK!
Azroi Oversea: Saya ada cadangan lain!. apakata kita lantik samada Dr Asri atau Ambiga atau A Samad Said untuk jadi Pengarah SPR mereka teramat layak untuk jawatan tersebut kerana mereka NGO yang berprinsip dan sejak sekian lama memperjuangkan Bersih, siapa lagi yang lebih layak melainkan mereka?
Utusan Meloya: Ada lagi cadangan lain?
Semua melainkan Syed Perkasa: Kami setuju dengan cadangan Azroi !
Utusan Meloya: Ok cadangan muktamad ialah Ambiga sebagai Pengarah dan A Samad Said sebagai Timbalan. Tunggu sekejap aku call Ambiga....hallo Ambiga, U kita lantik jadi Pengarah SPR dan Pak Samad jadi U punya Timbalan!...amacam...ok ok ok.
Ok Ambiga kata dia setuju dan dia akan bincang dengan Pak Samad. Dia kata mungkin Bersih 3.0 batal serta merta, semua berhimpun di pejabat SPR untuk rampas kuasa. Kita selesai mesyuarat hari ini sebab agenda kedua telah dibatalkan dengan persetujuan oleh Ambiga untuk menggantikan Abdul Aziz.
Johny Wong: Wait...wait, I need to tell something important. I tunggu sangat nak bincang agenda kedua tu tapi nampaknya tak dapat. Anyway what I want to say is that, please tell Ahmad Fuad that Dataran Merdeka bukan bapak dia punya...that's all. Thanks.
Utusan Meloya: Ok thank you Johny. Let me call the Mayor. Halo ! Halo Puad, halo, sekejap saja short one...just a message from Johny Wong, Dataran merdeka does not belong to your grandfather...! ok thank you!
Ok kita bersurai! hahaha (semua ketawa gembira).
SPR yang Neutral?
![]() |
| Gua tak ingat la Bro ! |
Heboh dalam suratkhabar dan media alternatif dok cakap tentang orang no. 1 dan orang No 2 SPR kononnya ahli UMNO. Setakat ni hanya Taukeh SPR no 1 saja ada buat kenyataan tentang tuduhan tersebut.
Katanya dia tak ingat bila dan di mana dia ada mendaftarkan diri sebagai ahli Umno. Ada kemungkinan orang lain yang tolong mendafarkannya. Itu ada kemungkinan dan tidak boleh dinafikan.
Macam mana boleh ada orang lain yang mendaftarkannya sebagai ahli Umno? biasanya kawan-kawan akan tolong buat semua kerja tu dan kebiasannya kawan-kawan yang rapat dengannya. Ini bermakna kawan-kawan dia ahli Umno tegar yang kuat berusaha menambahkan ahli.
Dia kata dia tak pernag bayar yuran keahlian. Biasanya yuran keahlian juga akan dibayar oleh rakan-rakan Umno tegarnya. Biasalah Umno totok biasanya banyak duit sebab depa banyak buat projek buat duit. Jadi setakat sponsor yuran keahlian Umno dah menjadi perkara mudah yang lansung tidak menjejaskan simpanan wang mudah mereka.
Kini tinggal orang no 2 SPR saja yang masih belum kata apa-apa. Mungkin masih belum dapat ilham nak kelentong apa pulak. nak kata perkara yang sama boss dah dah pakai. Kalau lepas ni dia pulak ambil pendekatan yang sama menunjukkan 2 orang penting negara yang sepatutnya amat neutral menjadi ahli Umno tanpa mereka sendiri ketahui.
Aku yakin sebenarnya 3/4 ahli Umno tak tahu yang mereka adalah ahli Umno. Ramai ketua-ketua bahagian yang akan kidnap mana-mana saja individu yang tak teringin projek untuk dijadikan ahli Umno bahagiannya. Sebab dia nak jadi ketua Bahagian kat situ.
Bila jadi ketua bahagian, hasilnya lumayan. Banyak peluang buat duit terbuka luas. Kalau nak teka di sesebuah kampung atau penempatan di negara kita yang mana satu rumah ketua bahagian atau ketua cawangan atau ketua pemuda, kita cuma perlu tengok rumah mana yang paling tinggi dan paling besar sekali. Haaa itulah rumah mereka.
Kalau yang dah lama jadi Ketua, biasanya depan rumah ada sekurang-kurangnya 5 buah kereta mewah. Satu habuan pi pasar, satu untuk pi pekan, satu untuk pi mengawan, satu untuk pi mesyuarat dan satu untuk pi melobi...hahaha.
Memang depa cekap buat semua tu....! Itulah Umno !!! yang menyebabkan semua orang meluat terutamanya orang yang tak dapat peluang macam mereka. kalau yang dapat tempias sedikit daripada kelebihan mereka akan turut sama bersekongkol....! itulah Umno! hangpa nak undi depa lagi ka?
Thursday, 26 April 2012
Buktikan sumbangan kamu pada Pulau Pinang - Cabar Mat Sembab pada Lim Guan Eng
Mat Sembab pi Penang hari ni dan banyak kenyataan hebat digubahnya. Sebelum ni dia ada di Kelantan dan berhamburan kata-kata sindiran diungkapkannya kepada Kerajaan Pas di sana.
Oleh kerana di Pulau Pinang terlalu banyak kejayaan yang dicatatkan, maka nada Mat Sembab terus berubah. Dia mula menyumpah-nyumpah dan mengungkit-ungkit kononnya Pulau Pinang maju dengan banyak kejayaan adalah hasil daripada Kerajaan Persekutuan. Dia juga berkata semua itu adalah kesan daripada usaha keras Kerajaan terdahulu, maknannya kerajaan BN lahtu.
Rumusannya pada rakyat Penang kalau nak Kemajuan hendaklah pangkah BN. Ini yang aku tak paham mai kot mana rumusan macam tu. Seluruh negara dia canang Kerajaan Pakatan Rakyat kalau diberi kuasa akan menghancurkan negara, menimbulkan bala bencana dan sebagainya.
Maka kenapa pulak dia tak buktikan dahulu pada seluruh rakyat Pulau Pinang di mana telah berlakunya bala bencana dan malapetaka yang amat besar apabila kerajaan DAP memerintah di Pulau Pinang. Ni dia dok cekak pinggang tengkin-tengkin Lim Guan Eng minta tunjuk bukti dia buat semua kemajuan yang berlaku di negeri tersebut.
Aku dapat bayangkan sebenarnya dia hairan dan tak boleh nak berfikir macam mana Penang begitu maju, menjadi negeri pilihan mengatasi KL dan makmur dengan mendapat pujian yang melambung tinggi daripada ketua audit negara. Bila Mat Sembab marah tak percaya maka dia biasanya akan berleter sepetti orang yang gila meroyan....hahaha.
Tengok betapa zalimnya Umno BN !
Mahkamah tidak memberikan kebenarang hari ini pada kerajaan negeri kelantan yang memohon untuk melihat dan membandingkan mode pembayaran royalti minya petronas kepada negeri-negeri yang berbeza.
Kerajaan Kelantan memerlukan semua itu sebagai salah satu daripada lampiran hujah mereka bagi menuntut kembali hak mereka mendapatkan bayaran royalti daripada Petronas yang disekat oleh Kerajaan Persekutuan yang zamim hina dan tidak berperi kemanusiaan.
Sudahlah nafikan wang rakyat Kelantan, kemudia mereka mengejek-ejek serta menghina kepimpinan pilihan rakyat negeri Kelantan yang mereka tuduh tidak pandai cari duit dan tak pandai menguruskan negeri kelantan.
Kerajaan negeri Terengganu apabila tumbang kepada Pas pada tahun 1999 telah mendapat kecelakaan yang sama hasil daripada kekejaman Umno/BN pada masa itu dipimpin oleh Tun Madet.
Sebaik saja tumbang Tun Madet menghentikan pembayaran royalti minyak atas alasan Kerajaan Pimpinan Pas bodoh dan tidak berpelajaran dan tidak ada ilmu untuk menguruskan wang yang banyak. Itulah hinanya Pas di mata Madet dan juga orang Umno.
Kini kerajaan najib, kononnya yang mendahulukan rakyat telah sekali lagi membelakangi hak rakyat Kelantan. Slogan mereka hanya tinggal slogan dan mereka sebenarnya adalah pengikut cara pemerintahan Firaun zaman moden.
Firaun pada masa dahulu akan menyiksa sesiapa sahaja yang tidak mengaku dia manusia yang paling berkuasa setaraf Tuhan. Umno/BN kini akan menyiksa dan menghina dan mengejek sesiapa sahaja yang tidak mahu mengaku bahawa hanya Umno/BN yang tahu memerintah dan menghabiskan wang negara.
Rakyat Berhimpun 28 April 2012: Untuk sokong Ambiga ke?
- Sila jawab soalan berikut:
- Jika Ambiga menyeru semua orang di Malaysia untuk turun ramai-ramai di Dataran Merdeka dengan hasrat menyokong dirinya yang bernama Ambiga Sreenevasan, adakah anda dan rakan anda dan jiran anda lain-lain akan turun.
- Jika Wong Kok Meng menyeru semua orang di Malaysia untuk ramai-ramai turut serta berhimpun bagi menyatakan kepada Kerajaan dan mereka-mereka yang berkuasa di Malaysia bahawa "KAMI MAHUKAN SEBUAH NEGARA YANG MEMBERIKAN HAK PENUH KEPADA RAKYATNYA MEMILIH KETUA MEREKA JESTERU ITU KAMI MAHUKAN PILIHANRAYA YANG BERSIH DAN TELUS!!!"...agaknya adakah anda, rakan anda, jiran anda dan mereka yang seperjuangan dengan anda akan turun.
- Untuk pengetahuan anda Wong Kok Meng adalah seorang Cina yang bekerja sebagai ketua jabatan logistik di sebuah syarikat di Kulim berdekatan Padang Meha pada suatu masa dahulu dan saya tak tau dia buat apa sekarang.
- Apa pentingkah siapa yang menyeru jom tuntut pilihanraya yang bersih? dalam kes di atas soalan pertama sudah tentu jawabannya tak akan ada seorang manusiapun yang akan turun melainkan barangkali rakan teramat dekat Ambiga atau saudaranya. Kalau ramai juga yang turun tentu ada sesuatu yang tak kena. Sebabnya siapa yang buta perut tiba-tiba nak sokong Ambiga?
- Bagi soalan yang kedua, saya pasti ramai yang akan turun termasuk semua pemimpin pembangkang walau tak ada sesiapa pun kenal Wong Kok Meng. Kenapa mereka turun? adakah kerana nak sokong Wong Kok Meng? sudah tentu tidak sebab mereka menuntut BERSIH 3.0
Kerja mana gaji lebih tinggi, paling teruk tekanan atau paling kurang tekanan
- Kajian di US mencatatkan bahawa antara kerja yang paling tidak tertekan adalah kerja sebagai seorang 'Medical Records Technician' dan mereka dibayar secara puratanya sebanyak $32,350 setahun untuk melaksanakan kerja-kerja menguruskan data perubatan, membuat bil dan juga membuat bancian.
- Manakala antara kerja yang paling tertekan adalah sebagai seorang askar yang bertugas dan melakukan kerja-kerja askar seperti berperang sehinggalah kepada menyediakan makanan. Mereka dibayar sebanyak puratanya $32,580 setahun.
- Rumusannya adalah samada kerja anda amat tertekan atau sangat tidak tertekan, anda akan dibayar gaji lebih kurang sama sahaja.
- Oleh itu mana satu kerja pilihan anda?
- Sumber
Muhyiddin tak sanggup korbankan akidah demi untuk dapatkan undi
![]() |
| Puuuuh! gua tak sanggup oooo! |
Segala keluhan masyarakat LGBT ini tidak perlu didengar sama sekali, segala tuntutan mereka tidak boleh dilayan sama sekali. Mungkin hanya tidak sampai ke peringkat penghapusan beramai-ramai kaum seperti ini sahaja yang Umno tidak lakukan lagi. Daripada percakapannya aku rasa satu hari nanti untuk membuktikan mereka berada di landasan yang betul mereka akan buat projek penghapusan beramai-ramai kaum jenis LGBT ini.
Dalam pada solehnya TPM ketika membuat ucapan tersebut, dia dengan yakin menyatakan bahawa Pas telah dengan relanya memberikan lampu hijau terhadap golongan LGBT. Sekali gus beliau mengecam Pas telah sesat. Aku rasa kalau diajak berdebat dengan pimpinan Pas tentu dia tak akan berani kerana dia hanyalah membuat fitnah kering semata-mata.
Kenapa agaknya Muhyiddin tak komen tindakan Najib bersama-sama dengan penganut Hindu di Batu Cave tempoh hari. Bukankah menyembah berhala adalah sebesar-besar dosa. Itu adalah akidah yang paling sesat yang ada di muka bumi ini. Tentu Muhyiddin sendiri tahu asas dalam agama yang di anutinya. Jesteru itu kenapa BN masih berkompromi dengan puak-puak yang menyembah patung berhala bersepah-sepah di sekeliling Batu cave tersebut. Adakah tindak mereka itu tidak menggadaikan akidah?.
Muhyiddin akan jawab kita tidak boleh memaksa dalam bab beragama......kalau membiarkan manusia lain menyembah selain daripada Allah kamu boleh bertolak ansur kenapa pulak ada bukan Islam yang terjebak dalam budaya LGBT kamu tidak mahu hampiri?
Kenapa agaknya Muhyiddin tak komen tindakan Najib bersama-sama dengan penganut Hindu di Batu Cave tempoh hari. Bukankah menyembah berhala adalah sebesar-besar dosa. Itu adalah akidah yang paling sesat yang ada di muka bumi ini. Tentu Muhyiddin sendiri tahu asas dalam agama yang di anutinya. Jesteru itu kenapa BN masih berkompromi dengan puak-puak yang menyembah patung berhala bersepah-sepah di sekeliling Batu cave tersebut. Adakah tindak mereka itu tidak menggadaikan akidah?.
Muhyiddin akan jawab kita tidak boleh memaksa dalam bab beragama......kalau membiarkan manusia lain menyembah selain daripada Allah kamu boleh bertolak ansur kenapa pulak ada bukan Islam yang terjebak dalam budaya LGBT kamu tidak mahu hampiri?
Jakim perlu keluar certificate 'Halal' pada ahli politik dan para peniaga, polis, dan semua umat Islam !
Aku terbaca tulisan Tuan Ibrahim Tuan man kat sini. Habis baca aku termenung sejenak memikirkan betapa kesesatan membuatkan manusia menjadi buta. Pertama sekali yang terlintas di kepala otak aku adalah tentang diri aku sendiri. Persoalannya adakah aku seorang lelaki budiman.
Untuk menjawab soalan yang terpancul dalam benak fikiran aku itu aku buka semula tulisan-tulisan aku menghentam Umno dan mereka-mereka yang bersekongkol dengannya. Waduh ! itu bukan tulisan yang menggambarkan penulisnya seorang lelaki budiman.
Maka tidak hairanlah jika para pembaca budiman yang ada mengikuti tulisan aku di Warta Malaya ini akan mendapati artikel-artikel terbaru aku lebih teratur penulisannya dan menggunakan ayat-ayat serta perkataan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Cuma masih belum ada lagi sijil halal terhadap menulisan sahaja, kalau Jakim ada program untuk penulisan halal, sudah tentu akau orang pertama yang akan beratur untuk memohon siji halal tersebut. Diringkaskan cerita apa yang diperkatakan oleh Tuan Ibrahim Tuan man membuka pintu langit hidayah pada aku untuk menulis secara lebih berhemah ala lelaki budiman. Ya aku mahu menjadi lelaki budiman. Terima kasih Tuan Ibrahim Tuan Man.
Baik !, kembali pada apa yang diperkatakan oleh ketua penarangan Pas tersebut. Orang Malaysia apabila bercakap mengenai 'halal' mereka terus akan mengimbau dalam fikiran mereka tentang makanan. Selain daripada makanan, majoriti daripada kita tidak akan memikirkan tentang adanya istilah halal dan haram. Kalau ada yang memikirkannya pun, terhenti sekadar di benak fikiran.
Ia tidak lah sehebat apa yang berlaku dalam soal makanan. Jika ada makanan tak halal didapati dijual kepada orang ramai, maka akan riuh satu Malaysia membincangkannya. Akhirnya semua itu menjurus pada Jakim yang menguruskan pengeluaran sijil hala kepada makanan yang tak halal. Kebanyakan masa bila diselidiki semula ada banyak juga berita palsu dan fitnah.
Menurut Tuan IbrahimTuan Man, halal juga penting diperhatikan dalam sumber kita mendapatkan wang untuk membeli makanan yang disumbat ke dalam perut kita. Kalau wang itu hasil dari aktiviti rasuah, aktiviti mendapat upah memukul pelajar berdemo, aktiviti menyebarkan fitnah di ruang maya, upah dari usaha tipu orang ramai dengan buat gambar photoshop dan lain-lain, maka ianya juga adalah haram dan tridak halal.
Membuat pembohongan kepada rakyat tiap-tiap hari, menyekat hak rakyat kelantan dari mendapatkan royalti minyak, yang akibatnya membawa kepada tidak upayaan kewangan membangunkan negeri kelantan lebih baik setara dengan negeri maju lain juga dalah tindakan yang tidak halal. jakim perlu mereka satu sijil untuk memberikan tanda halal kepada:
- Tiap-tiap kementerian
- Ahli politik
- Polis
- Askar
- kastam
- JPJ
- TV pencacai Umno
- Radio pencacai Umno
- Akhbar pencacai Umno
- Blog
- Artis
- Dll
Aku rasa itu idea yang cukup baik. Jika kita mahu dengar syarahan seseorang ahli politik kita hanya perlu mencari portal Jakim dan semak samada pemidato atau ahli politik tersebut ada sijil halal atau tidak jika tidak, kita tinggalkan saja majlis itu.
Sekali lagi mereka meludah masuk mulut sendiri
Baru tadi aku tulis tentang tabiat dua orang paling tinggi dalam Umno yang suka menghina Kerajaan Negeri Kelantan. Mereka tak pernah jemu mahu memeluk Kelantan menjadi hak keturunan parti mereka. Tengok kat sini kali ini mereka dengan amat hina sekali mengutuk kerajaan negeri yang tak reti bangunkan Kelantan lalu dengan yakinnya memujuk rakyat Kelantan agar memilih Umno dalam PRU13 nanti untuk mereka bangunkan negeri tersebut.
Aku yakin sangat bila mereka dapat menawan Kelantan maka semua pintu hak royalti minyak Kelantan akan dibuka semula dan tiba-tiba beratus-ratus billion wang eoyalti minyak terpaksa di bayar oleh Petronas kepada negeri Kelantan termasuk dengan tundaan selama puluhan tahun sebelum ini.
Apa akan jadi? sudah tentu 80% akan digunakan untuk membangunkan negeri Kelantan dan 20% lagi masuk poket kroni Umno dengan laju dan akan lahirlah lagi jutawan segera malah kemungkinan besar billionair dalam tempoh satu malam sahaja. Itu sebabnya mereka meleleh air liur nak tawan Kelantan, bukan ada sebab lain pun!
Kelantan bumi penuh berkat - Timbunan emas ditemui di Kelantan!
Tiap kali masuk musim pilihanraya maka Umno terutamanya kedua-dua pemimpin utamanya mula menghina pimpinan negeri Kelantan dengan berbagai tohmahan.
- Kelantan tak tahu urus air
- Kelantan tak membangun
- Kelantan negeri miskin
- Kelantan tak maju
- Kelantan negeri tak ada peluang kerja
- Kelantan negeri kolot
- Dan lain-lain
Dalam serba daif dengan hak rakyat negeri Kelantan terutamanya royalti minyak diperkosa oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Pas Kelantan masih mampu menguruskan negeri itu dengan penuh berhemah. Pengurusannya amat baik sebagaimana yang dipuji oleh Ketua Audit Negara.
Kanak-kanak sekolahpun tahu kalau Kerajaan Pusat kembalikan hak rakyat Kelantan terhadap royalti minyaknya sudah tentu negeri tersebut dapat dipacu dengan lebih hebat daripada negeri-negeri pantai timur yang lain.
Inilah satu-satunya yang ditakuti oleh Kerajaan Pusat terutamanya Umno yang tak pernah jemu mahu menguasai negeri tersebut. Maka mereka sanggup buat apa saja untuk menekan kerajaan Kelantan daripada menonjolkan diri mereka.
Sebenarnya Umno tahu kalau semua hak royalti minyak dikembalikan. Kerajaan Pas yang terkenal dengan kejujurannya dan keupayaan mereka menguruskan wang rakyat dengan berhemah dan bijak akan membuatkan Umno tak akan mampu menawan negeri tersebut. Itu saja sebabnya mereka menekan negeri Kelantan. Hakikatnya mereka tahu Pas memang berupaya lebih hebat daripada para perompak wang rakyat di Kerajaan Pusat.
Negeri Kelantan walau apappun yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat, tetap mendapat keberkatan. Terkini bertimbun longgokan emas ditemui di negeri penuh berkat itu. Itu tandanya tanah negeri Kelantan amat berkat kerana ia diperintah oleh seorang insan yang bertawadduk dan tidak gilakan kemewahan dunia seperti mana para pemimpin Umno. Baca sini
Wednesday, 25 April 2012
Menteri Pelajaran paling buta perut dalam sejarah dunia !
Menteri Pelajaran paling buta perut, ni bukan aku cakap nooo, tapi Tony Pua yang cakap. Aku tak kata dia buta perut tapi dia sebenarnya bodo. Ada blogger yang gelar dia sebagai Mat Sembab. memang pandai blogger tu bagi gelaran, memang tengok muka dia agak sembab sikit.
Walaupun gitu, aku sebenarnya masih menaruh rasa hormat pada Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri yang buta perut ni sebab dia memang pandai bercakap. Ini serius punya puji. Aku memang suka gaya dia bercakap terutamanya kalau dalam temuramah spontan. Dia punya gaya cakap dan keupayaannya menjawab soalan adhoc jauh lebih baik daripada boss dia Najib.
Bila Mat buta perut ni buat ucapan aku hormat juga sebab dia punya ayar dan bahasa baku memang bagus. Lancar sebutannya dan tersusun serta jelas untuk difahami. Sebab itu kenyataan Mat Sembab ni bila bagi tau pada rakyat bahawa Malaysia punyai sistem penddidikan terbaik dunia semua orang yang dengar terus termuntah dan cirit birit...meloya.
itu kenyataan gila! awat dia ni ingat orang ramai bodo macam dia ka? sebenarnya dia bukan bodo tapi kuat menipu, kuat mohong, sebab dia rasa rakyat malaysia tahap IQ depa rendah...hahaha. Hang tu yang under estimate orang Mat Sembab oi!
Hangpa baca Tony Pua maki mamat ni kat sini
Carta negeri paling banyak pengundi baru !
- Soalan: Kenapa ramai sangat pengundi baru yang berdaftar di negara kita secara tiba-tiba?
- Jawapan SPR: Kerana kami terlalu agresif menggalakkan rakyat mendaftar.
- Alasan logik: Pilihan raya umum ke-13 semakin hampir membuatkan orang ramai terjun mendaftar.
- Berikut carta senarai negeri terhebat dengan penambahan pengundi baru sejak 2008 hingga 2011:
- Selangor - 165,222
- Johor - 124,240
- Perak - 96,710
- Sabah - 86,927
- Kedah - 84,704
- Kelantan - 69,344
- Penang - 64,029
- Sarawak - 63,305
- KL - 61,040
- Pahang - 59,639
- Terengganu - 45,190
- Negeri Sembilan - 42,009
- Melaka - 31,827
- Perlis - 9,881
- Labuan - 2,863
- Putrajaya - 1,920
- Pecahan penambahan pengundi baru mengikut bangsa:
- Tahun 2008
- Melayu 53%
- Cina 29.4%
- India 8.1%
- Tahun 2009
- Melayu 67.3%
- Cina 19.8%
- Sarawak Bumiputra 4.8%
- Tahun 2010
- Melayu 56.4%
- Cina 27%
- India 6.6%
- Tahun 2011
- Melayu 60.6%
- Cina 22%
- India 6.7%
- Walaupun begitu masih ada lagi 3.7 juta warganegara Malaysia yang belum berdaftar. Anda bagaimana? sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi?
Betulkah sistem pendidikan negara kita lebih baik dari negara maju
- Kentataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.
- Rakyat Malaysia memandang tinggi sistem pendidikan di negara kita.
- 55% rakyat Malaysia dewasa percaya bahawa sistem pendidikan di negara kita setanding negara-negara lain
- 35% mengatakan bahawa ia adalah "lebih baik berbanding negara-negara maju"
- Kualiti pendidikan di Malaysia adalah lebih baik berbanding Amerika Syarikat, German dan United Kingdom
- Namun persoalannya:
- Kenapa tidak pernah ada seorang pun pemenang Anugerah Nobel dari Malaysia
- Kenapa tiada satu pun universiti Malaysia yang termasuk dalam kedudukan 200 universiti yang terbaik di dunia?
- Kenapa, jika diberi pilihan, lebih banyak pelajar Malaysia memilih untuk belajar di Amerika Syarikat, UK dan German dan bukan di universiti tempatan?
- Ini realitinya:
- Daripada laporan WEF ( World Economic Forum ) kedudukan Kemasukan Pendidikan Menengah kita berada di tangga ke-101, lantas menunjukkan bahawa terdapat ramai pelajar yang tercicir selepas sekolah rendah dan oleh itu tidak dapat memperolehi pengajian tinggi.
- Kedudukan kita di tangga ke-101 ini meletakkan negara kita di bawah Thailand (94), Indonesia (91), Brunei (35) dan Singapura (17) di rantau ASEAN.
- Perkembangan yang membimbangkan ini juga dicerminkan dalam Legatum Prosperity Index yang menunjukkan bahawa kadar kemasukan pendidikan menengah hanya 68%, dan meletakkan negara kita di tangga ke-81 di dunia.
- Sementara itu, kadar kemasukan pendidikan tinggi pula adalah 36% ataupun tangga ke-59 di dunia, jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara OECD yang mempunyai kadar purata melebihi 50%.
- Prestasi Malaysia dalam kriteria objektif seperti kadar kemasukan pendidikan rendah, menengah dan tinggi seharusnya lebih ditekankan berbanding dengan penunjuk pendapat seperti Kualiti Pendidikan.
- Oleh itu, tindakan untuk menguar-uarkan penunjuk-penunjuk subjektif dan mengabaikan penunjuk-penunjuk objektif adalah tidak bertanggungjawab dan mengalihkan perhatian daripada masalah-masalah dalam sistem pendidikan, termasuk kadar perciciran yang tinggi dan kadar kemasukan yang rendah di peringkat pendidikan menengah dan tinggi.
- Statistik-statistik antarabangsa yang lain juga meletakkan sistem pendidikan di Malaysia di tahap yang rendah.
- Sebagai contoh, dalam Program for International Student Assessment (PISA) bagi tahun 2009 yang melibatkan 75 negara, Malaysia menduduki tangga ke-55 dalam keupayaan membaca, 57 dalam keupayaan Matematik dan 52 dalam Sains.
- Prestasi kita dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) juga telah menunjukkan kemerosotan secara berterusan sejak 1999 hingga 2007.
- Data dan statistik daripada laporan-laporan antarabangsa yang berprestij telah menunjukkan bahawa terdapat krisis dalam sistem pendidikan Malaysia. Malah, rakyat Malaysia sebenarnya tidak memerlukan laporan untuk mengetahui bahawa terdapat masalah yang ketara dalam sistem pendidikan kita yang menghasilkan graduan-graduan yang tidak layak untuk mendapat kerja dan tidak mampu untuk berfikir secara kritikal. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mendapat pendidikan tinggi?
- Sumber: Lim Guan Eng
Tuesday, 24 April 2012
Ini bukti Najib & Muhyiddin pembohong besar !
Hangpa pernah dak dengar ayat ni..."kalau Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Rakyat negara akan ditimpa bala bencana yang amat besar..."
Rasa macam pernah dengar no....memang la hangpa dok dengar selalu kat siaran berita yang hangpa suka sangat tu TV1, TV2, TV3 dan lain-lain media.
Perkataan ni memang dok terngiang-ngiang kat telinga aku saban hari saban waktu. Memang aku tak boleh terima lansung dengan ayat tu tanpa apa-apa pembuktian yang ilmiah dan terpelajar yang boleh diterima pakai. Setaka ni yang aku dengan setuju berguling-guling macam nak rak hanya dua orang, satu Ibrahim Ali dan seorang lagi Zulkifli Nordin, Zahrain pun aku tengok ada angguk-angguk sikit setiap kali Najib usyar kat dia....hahaha depa ni memang tak ada prinsip...kumpulan katak hampir pupus kat negara kita. Biarkah mereka begitu.
Woooit! Najib dan Muhyiddin jebong kumpulan Ghazal Parti tak laku. Hangpa baca ni oooi. Berita ni kata Penang is the most liveable city in Malaysia!, number 8th, the most liveable city in asia potong KL yang duduk nombot 10...hahaha malunya aku....
Ini bukan kali pertama hangpa tau tak, ini kali yang kedua berturut turut yang dibuat oleh perunding profesional yang mungkin hangpa tak dan beli lagi kot. Atau aku rasa duit hangpa dah mula tak laku. Sebab hangpa suka mohong orang ramai. Mohong kering-kering sampai mencabar keintelektualan rakyat .....
Awat bila PR perintah Penang tak jadi kucar kacirpun, the most liveable pulak tu...ni macam mana kira, kat mana kacau bilaunya, kat mana malapetakanya...? mohong...mohong...mohong...
KUALA LUMPUR, April 23 — Penang has been named as Malaysia’s most liveable city for the second year in a row by global consulting firm ECA International, Chief Minister Lim Guan Eng said today.
He said that ECA International’s annual location ratings research data also showed that Penang had maintained its position as Asia’s eighth most liveable city, while Kuala Lumpur had dropped from ninth to 10th.
“If we only beat them once, people may say it’s a fluke. But we have repeated the feat this year.
“This year we are ahead of KL, the first time in history,” he told reporters here.
He stressed that ECA International, which helped firms assess locations for global staff placements, was a testament to Penang’s development under Pakatan Rakyat.
Lim said that connectivity to the state would be vastly improved in the near future as his administration was now expanding the airport, port and communication facilities while work on a second Penang Bridge was also underway.
Brahim Ali dah tak tahan, nak tibai Anwar di Permatang Pauh
Brahim Ali ni makin nak dekat pru-13 makin menjadi-jadi. Macam katak panggil hujan. YB Wan Rahim kata kat mamat ni, dia ni jenis Tin Kosong, ketuk bunyi kuat, tin kosong memang kuat bunyi, lagi kosong lagi kuat bunyi. Wan Rahim kata orang Pasir mas memang dah tak sabaq nak tunggu pru13, depa nak bagi malu sungguh-sungguh kat mamat ni kasi malu bangsa melayu saja, jenis tak ada maruah punya perangai.
Baru-baru ni dia dengan bangga penuh harapan melangit istihar pelancaran TIBAI - Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim. Kononnya nak jadi hero untuk kipas bangsa Umno yang dia dok meroyan dan jatuh angau tak habis-habis sampai sekarang walaupun Umno dah buang dia dari parti seumur hidup...hahaha...seumur hidup dia kena pecat hangpa tau tak?...hahaha. Satu lagi bukti mamat ni memang tak boleh pakai. Dalam pada itupun dia masih tak malu nak pi jilat pungkoq Umno yang berkurap tu...his his his tak berkenan aku dengan katak ni!
Tibai tu kononnya nak lawan ABU - Asal Bukan Umno yang disokong oleh Pakatan Rakyat, tetapi malang seribu kali malang masa perasmian tu nampaknya hanya beberapa kerat saja manusia yang turun joint dia tibai gambar Anwar Ibrahim. Dengan bangga sambil gelak ketawa ambik kayu pakat tibai ramai-ramai gambar bakal Perdana Menteri Malaysia. Kesian kat dia tak ada sambutan lansung. memalukan. Buat macam macam tapi tak ada orang yang nak follow mamat ni.
Lepas dah gagal perkemaskan pergerakan Tibai, dia dok tak dok bagi warning kat penduduk Permatang Pauh bagi tau yang dia nak pi lawan dengan Anwar Ibrahim pada Pru13 ni di sana. Dia sanggup berkorban dan sanggup mandi darah untuk berlawan dengan Anwar. Maknannya dia nak pi tibai Anwar kat Permatang Pauh la tu. Aku ingat kalau nak pi sana elok dia bawa kayu besaq sikit daripada kayu yang dia guna tibai gambar Anwar tu. Dan jangan lupa bawak banyak sikit kayu sebab aku nak syorkan pada geng P Pauh ikat dia ni pada tiang dan bakar api kat bawah dia bagi panas menyengat biar salai kat situ dua tiga hari, moga dia hilang perangan buruk dia tu...hahaah
Kenapa kita masak untuk makan
- Dalam Newscientist para pengkaji mengklasifikasikan manusia sebagai makhluk yang melakukan 6 perkara utama:
- Suka berhibur ( Semua makhluk bermain tetapi tidak sehebat manusia dengan berbagai-bagai hiburan)
- Bersikap saintifik (Memahami untuk menjangka apa yang bakal berlaku)
- Merangka peraturan (Semua makhluk mempunyai peraturan mereka tetapi manusia lebih maju)
- Menikmati makanan ( Makan dan sentiasa memperbaiki menu)
- Suka berahsia (Terutamanya dalam aktiviti seks)
- Suka bergossip (Mengata)
- Dalam bab makan semua makhluk makan. Satu perkara yang membezakan kita dengan amat ketara sekali dalam tabiat makan kita adalah memasak. Tidak ada lagi makhluk lain selain daripada manusia yang masak sebelum makan. Kenapakah manusia memasak untuk makan? ini disebabkan beberapa faktor:
- Memasak membuatkan makanan yang kita makan memberikan lebih banyak kalori.
- Memasak juga membuatkan manusia dapat mengurangkan masanya mengunyah. Chimpanze menghabiskan masanya selama 6 jam sehari hanya untuk mengunyah. Dengan memasak manusia mampu mengurangkan aktiviti mengunyah kepada hanya satu jam.
- Kelebihan masa yang didapati hasil dari kurang mengunyah akan digunakan manusia untuk mersosial dan berbudaya.
- Manusia suka membina hubungan. Dengan memasak manusia membina budaya berhimpun sesama saudara untuk menikmati makanan istimewa masakan keluarga. Berbeza dengan Chimpanzee dan makhluk lain, mereka makan sendiri-sendiri.
- Memasak makana secara beramai-ramai dan berkongsi secara beramai-ramai membolehkan manusia berhimpun meraikan sesuatu kejayaan atau lain-lain. Ini juga satu lagi tabiat unik makhluk yang dinamakan manusia.
- Anda boleh baca artikel yang panjang ini di sini
Shafie Apdal lelaki sejati...!
Ini berita paling panas dalam masa kini. Kisah Shafie Apdal dan kelakiannya. Shafie Apdal memang lelaki sejati. Sebab apa aku kata macam tu sebab dia berkahwin dengan Shuryani binti Shuaib dan dikurniakan sehingga 6 orang anak.
Itu sebabnya aku kata dia lelaki sejati. Lelaki sejati punya nafsu. Dengan adanya nafsu itu dia cari jalan untuk kahwin. Dengan berkahwin dia melampiaskan nafsunya sehingga lahir enam orang anak. Kalau lelaki tu tak sejati, dia tak fikir pasal kahwin. Kalau kelakiannya tak sejati, awang adeknya tak akan marah setiap kali tuannya merenung lurah gunung tepung gebu.
Kalau awang adeknya bukan jenis panas baran, dia tak akan naik gunung ke kiri dan ke kanan. Dia tak mendayung sampai letih. Kudrat mendayung itu membolehkan dia meninggalkan zuriatnya di muka bumi. Dipendekkan cerita Shafie Apdal memang lelaki sejati.
Bila kita menjadi lelaki sejati ditambah dengan miliki wang serta pangkat, ketinggian bukan lagi menjadi ukuran. Walau rendah semua orang pandang tinggi. Biasanya orang rendah suka memanjat. Bukan sengaja nak memanjat tapi sifatnya yang rendah membuatkan dia terpaksa memanjat samada suka atau tidak suka.
Bila orang ada duit dan ada kuasa. Ramai orang yang tak kisah untuk menjadi tangga supaya dia dapat memanjat. Bila kita suka panjat, sampai tempat tinggi akan ada orang yang nak jolok jatuh. Berlebihan lagi kita duduk kat atas dan tak lontarkan sedikit buah yang sedang dimakan.
Aku tak sebut apa-apa pasal fitnah kat sini. Aku sebut pasal lumrah kehidupan. Aku sebut pasal suasana masyarakat kita yang tak habis-habis riuh dengan skandal. Pemimpin kita sering berkata, kita orang timur. Sifat kita bersopan santun. Cerita seks kita tak bawa keluar dari dalam kelambu. Kita cerita seks hanya dalam kelambu. Keluar dari kelambu kita cerita hal lain. kita kan pemalu?.
Tapi aku tak nampak semua tu ada dalam budaya kita. Kita mewah dengan skandal seks. Lebih malang lagi ia berlaku daripada pekerja cuci longkang, pak guard, eksekutif, ahli majlis, ahli parlimen sampai kepada peringkat menteri.
Aku dah mula sangsi dengan ayat, kita orang timur, kita pemalu dan bersopan santun....apakah aku masih mampu ulang ayat itu pada anak-anak aku...? di mana nak aku tunjukkan contoh...? hahaha aku cakap macam aku baguih sangat...!
Remaja jual badan untuk beli kasut berjenama
![]() |
| Lukisan Pablo Picasso - Prostitute at a Bar |
- Ibu bapanya bergaduh dan masing-masing tak mahu memeliharanya. Si anak perempuan yang baru berusia 15 tahun pulak mengidamkan sepasang kasut berjenama.
- Memandangkan dia tidak yakin yang ibubapanya mampu memenuhi keinginannya untuk mendapatkan kasut berjenama idamannya itu dia lalu menemui seorang pelacur remaja yang berumur 19 tahun.
- Jika kita bertemu dengan pelacur untuk menyelesaikan masalah kita, jalan penyelesaian yang akan kita dapat sudah tentu dengan cara yang dia mahir dalam linkungan pengalamannya. Lalu pelacur itu mencadangkan dia menjual tubuh badannya bagi mendapatkan wang untuk membeli kasut idamannya.
- Nasib baik remaja tersebut ditangkap pihak berkuasa. Dia telah diberkas dan dihantar ke pusat pemulihan akhlak.
- Apa yang kita boleh belajar di sini ialah:
- Elakkan pergaduhan laki bini sampai bercerai berai semata-mata kerana ekonomi tak kukuh. Kalau terpaksa bercerai juga jangan abaikan tanggung jawab terhadap anak-anak sehingga merosakkan.
- Ajar anak-anak tentang kehidupan yang bermakna dan mencari rezeki yang halal. Mempunyai keinginan memang bagus tetapi pastikan kita mendapatkan keinginan kita dengan cara yang halal dan bermoral.
- Jangan minta nasihat hanya daripada satu pihak sahaja. Perbanyakkan tempat untuk kita membuat rujukan serta meminta nasihat dari pelbagai latarbelakang dan pilihlah yang terbaik dan bersesuaian dengan diri kita.
- Jangan sesekali meminta nasihat daripada mereka yang tidak bermoral. Kita sepatutnya menasihati mereka yang tidak bermoral dan jika tidak mampu elok jauhkan diri dari mereka.
- Kejadian berlaku di Singapura. Baca sumber
Dapatkan Ipad 3, GPS dan Thumbdrive 4GB x 100 unit PERCUMA untuk anda
1. Ipad 3 x 1 unit
2. GPS x 1 unit
3. Thumbdrive 4 GB x 100 unit
Semua ini percuma untuk anda yang berada dalam mailing list saya...
Bagaimana cara mendapatkannya... mudah saja..
Anda hanya perlu mengundi 2 blog ini iaitu blog ShahabudeenJalil.com dan Beautifulnara.com untuk Anugerah Digi Wow Awards.
2. GPS x 1 unit
3. Thumbdrive 4 GB x 100 unit
Semua ini percuma untuk anda yang berada dalam mailing list saya...
Bagaimana cara mendapatkannya... mudah saja..
Anda hanya perlu mengundi 2 blog ini iaitu blog ShahabudeenJalil.com dan Beautifulnara.com untuk Anugerah Digi Wow Awards.
1. Pergi ke link ini dan vote blog shahabudeenjalil.com
2. Pergi ke link kedua ini untuk vote blog beautifulnara.com
http://www.wwwow.my/display_ entry.aspx?ID=7005e95e-bb36- 4623-ba72-a37ed0b20eeb
Setelah setiap kali undian, sila email kami di ipad3digi@gmail.com untuk memaklumkan kepada kami bahawa anda telah vote kedua-dua blog ini.
Setelah setiap kali undian, sila email kami di ipad3digi@gmail.com untuk memaklumkan kepada kami bahawa anda telah vote kedua-dua blog ini.
Anda hanya boleh mengundi sekali bagi satu kategori dengan menggunakan satu akaun facebook.
Untuk meningkatkan kebarangkalian untuk anda menang.. anda perlu mewarwarkan untuk orang lain vote juga. Ia boleh dilakukan dengan mewarwarkan di blog, facebook dan twitter.
Kami akan memilih pemenang untuk semua hadiah ini...
Undi sekarang dan menangi hadiah istimewa ini...
Untuk meningkatkan kebarangkalian untuk anda menang.. anda perlu mewarwarkan untuk orang lain vote juga. Ia boleh dilakukan dengan mewarwarkan di blog, facebook dan twitter.
Kami akan memilih pemenang untuk semua hadiah ini...
Undi sekarang dan menangi hadiah istimewa ini...
Jangan lepaskan peluang ini. Anda hanya ada 21 hari dari hari ini untuk mengundi dan jadilah orang yang bertuah mendapat ipad 3, GPS dan thumbdrive secara percuma ini.
terima kasih
Shahabudeen Jalil
10 negara terburuk kemahiran Bahasa Inggeris dunia
- Ini pula negara yang paling tercorot kemahiran bahasa Inggerisnya:
- Armenia
- Cote d'Ivoire
- Taiwan
- Honduras
- Columbia
- Chile
- El Salvador
- Saudi Arabia
- Israel
- Brazil
- Negara Israel antara negara paling tercorot dunia dalam penguasaan bahasa Inggeris tetapi mereka cukup kuat untuk memperkotak katikkan dunia. Mungkin sebab mereka tak faham segala arahan membuatkan mereka buat sesuka hati mereka.
- Sumber
10 negara terbaik dunia dalam kemahiran Bahasa Inggeris
- Kenapa Tun Mahathir menukarkan medium pembelajaran Maths dan juga Sains ke dalam Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris menjadi Bahasa Penting dunia. Samada kita suka atau tidak suka itulah hakikatnya.
- Industri IT adalah industri yang paling banyak melakukan aktiviti out-source di serata dunia dan pilihan negara mereka sudah tentu kepada negara yang tinggi kemahiran Bahasa Inggerisnya.
- Mari kita lihat 10 negara terbaik dunia yang menjadi pilihan syarikat dunia untuk mendapatkan sumber pekerja mereka berdasarkan kemahiran menguasai Bahasa Inggeris.
- Filipina
- Norway
- Serbia
- Slovenia
- Australia
- Malaysia
- India
- Lithuania
- Singapura
- Canada
- Nampaknya negara kita tidak kurang hebatnya!
- Sumber
Monday, 23 April 2012
10 bandar dunia paling banyak pilihan produk berjenama
- Produk berjenama menjadi pilihan manusia. Sebab itu industri jenama ciplak mendapat tempat di negara yang undang-undang ciplaknya kurang penguatkuasaan. Ramai orang mahu menggayakan barangan berjenama tapi tak ada wang untuk beli yang orijinal. Oleh sebab ramai orang yang berlagak kaya walaupun mereka sebenarnya tak ada wang, maka mereka menjadi peminat barangan berjenama ciplak.
- Walau apapun barangan berjenama tetap mendapat tempat diseluruh dunia kerana masih ada ramai orang yang punyai integriti dan menghargai barangan orijinal. Salah satu cara untuk kita mengukur perkembangan industri membeli belah di sesebuah negara adalah dengan mengukur berapa banyak syarikat berjenama sanggup menjadikan negara tersebut sebagai pasaran mereka. Mari kita lihat 10 bandar dunia yang paling banyak dipenuhi oleh barangan berjenama:
- London
- Dubai
- New York
- Moscow
- Paris
- Hong Kong
- Madrid
- Kuwait City
- Barcelona
- Singapore
- Negara jiran kita Singapura menduduki tempat ke 10 daripada 73 negara dunia yang menjadi pasaran kepada produk-produk berjenama. Ini menunjukkan ramai orang berada di sana dan ramai pelancong dari seluruh dunia menjadikan negara tersebut sebagai salah satu pusat membeli belah mereka.
- Sumber
BN akan lingkup sebab 7 isu - Rais Yatim
Menjelang PRU-13 nanti, Rais Yatim yakin BN akan rentong dibakar oleh 7 isu di bawah:
- BN !, ya BN sendiri akan menghancurkan BN. Sejak BN memerintah, apa yang paling cekap depa buat adalah menyediakan alasan kepada rakyat kenapa harga barang naik. Sekali sekala dengar alasan masih boleh tahan tapi kalau dan berkala terpaksa telan semua alasan rakyat tak akan tahan. Jadi isu Barang Naik akan bunuh BN.
- Skandal orang-orang BN. BN memang banyak skandal. Mereka bertengkar sesama mereka dan mereka mendedahkan aib sesama mereka jugak. Mereka berebut mau jawatan sebab dari situ mereka dapat kuasa dan wang. Dari dua perkara penting tu mereka boleh dapat wanita. Jadi semua skandal BN melibatkan Kuasa, Harta dan Wanita. Di sebabkan mereka ketandusan pemimpin, Presiden MCA tetap dipilih daripada pelakon filem seks (dia mengaku - ini berbeza dengan kes Anwar).
- Royalti Minyak - Isu kerajaan BN bertindak kejam seperti firaun kepada kerajaan negeri Kelantan semata-mata untuk melihat kerajaan tersebut terus mundur dan tak ada duit semua orang dah tahu. Hanya kaki kipas dan menganut fahaman bahawa hanya Umno saja yang mampu perintah Malaysia, yang akan setuju dengan tindakan tidak mematuhi perjanjian. Sekarang PM dan TPM hari-hari dok ulang cakap mengejek Kelantan negeri mundur dan tak ada kelas. Hinanya dia !
- Kempen konsep negara kebajikan - Bila Pas umum mereka nak tubuh negara kebajikan semua orang perlekehkan Pas. Ada yang tuduh Pas dah sesat dan lari dari landasan Islam sampai ada puak yang lari keluar dari Pas macam kes Hasan Ali. Ada yang hina Pas dah jadi barua DAP semata-mata nak tubuhkan konsep negara kebajikan. Mereka yang cela Pas itu anggap seolah-olah Negara Kebajikan bukan dari amalan agama Islam. Nampaknya mereka jilat balik kenyataan mereka dan sahih bahawa Hasan Ali dah kena beli semata-mata untuk berlakon dan pengaruhi Pas bahawa negara kebajikan tu strategi tak betoi.
- Kerakyatan di Sabah & Sarawak - Ini bukan isu fitnah. Benda ni dah dilaung-laungkan sejak berbelas tahun dulu lagi dan BN dengan angkuh tak pernah ambil peduli semua itu dan rakyat Sabah dan Sarawak tetap bagi undi kat BN. Pelik kan? tak eh ! mana pelik ? depa bagi i/c habis pada bangla, pakistan, indo, filipino dan lain-lain untuk pangkah BN dan angkanya semakin besar dan membesar sehingga satu masa nanti jumlah mereka melebihi semua rakyat peribumi asli.
- Orang Cina tak mendapat layanan sama rata - Ini samada benar atau tidak benar, yang pastinya menjadi persepsi rakyat cina sejak berpuluh tahun yang lalu. Apa lagi bila melihat pemimpin Umno sering guna pakai ayat demi kepentingan bangsa Melayu, orang cina kena berkorban bagi lebih peluang agar orang Melayu dapat kejar mereka dari segi ekonomi. Namun setelah begitu lama bersabar nampaknya yang makin kaya hanyalah keturunan bangsawan Umno tamak haloba tu dan Melayu tetap layu...sah Umno pembohong pada orang cina dan seluruh rakyat Malaysia.
- Bukti PR mampu buat lebih baik daripada BN di negeri-negeri yang diperintah PR. Dah ada contoh semua orang boleh lihat. PM dan TPM bohong tak henti-henti kalau PR merintah negara akan ditimpa bencana ternyata lansung tak betoi walaupun satu hun...
Mampus BN !




































