Pages

Saturday, 31 March 2012

Berapa jumlah kes perceraian di negara kita?


  • Sejak tahun 2000 sehingga ke tahun 2011, sebanyak 354,750 kes perceraian didaftarkan di negara kita Malaysia.
  • Dari kes tersebut sebanyak 293,258 adalah terdiri daripada pasangan muslim manakala sebanyak 61,492 kes terdiri daripada pasangan bukan Islam.
  • Ini bermakna terdapat sebanyak 26,660 kes perceraian pasangan muslim terjadi setiap tahun secara puratanya.
  • Ia juga bermakna sebanyak 73 kes perceraian pasangan muslim berlaku setiap satu hari.
  • Membawa maksud sebanyak 3 kes cerai berlaku setiap satu jam. Itupun jika dikira dalam masa 24 jam termasuk ketika jaga dan ketika tidur. Jika ditolak waktu tidur selama 8 jam maka jumlahnya menjadi 4.5 kes perceraian setiap satu jam ketika manusia di negara kita berjaga. Dan ini adalah data pasangan muslim di negara kita!
  • Apakah institusi keluarga di negara kita telah menunjukkan satu kegagalan yang teruk. Siapakah yang harus dipersalahkan apabila ikatan kekeluargaan tidak lagi menjadi sesuatu yang penting dan bermakna.
  • Sumber

Najib menangis mendengar kenyataan Tun M ini...

Semalam, dalam ucapan terbaru, sebagai amaran kepada Barisan Nasional, Mahathir telah menyatakan bahawa "Tiada kemenangan yang mudah", dan supaya Barisan Nasional jangan terus yakin dan percaya yang mereka boleh menikmati kemenangan pilihanraya yang terjamin, terutama sekali kerana Pakatan Rakyat merupakan pihak pembangkang yang bukan dari zaman beliau sebagai Perdana Menteri.

Seperti yang dimaklumkan oleh Mahathir kepada Bernama Online:
"Apa yang pasti adalah, bukan mudah untuk BN meraih kemenangan dua pertiga majoriti untuk kali ini. Pihak pembangkang sekarang bukanlah seperti pembangkang dahulu dan situasi sekarang agak membimbangkan." 


Sehari sebelum itu, UMNO telah digemparkan dengan kenyataan Mahathir untuk membedil keyakinannya apabila beliau membuat pengakuan yakni UMNO tidak memiliki pemimpin yang bertauliah dan berkualiti untuk membentuk kerajaan yang berkemampuan sebagaimana yang diketahui "Sudah berdekad, UMNO 'tidak membenarkan' golongan yang bijak untuk mendaftar sebagai ahli parti."

Kini Mahathir memberi sokongan kepada UMNO bahawa parti tersebut perlu mencalonkan orang luar untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang, mencalonkan "calon yang bermutu", samada yang dicalonkan itu mempunyai keahlian dengan parti ataupun tidak dan meninggalkan kebiasaan mereka dalam pemilihan calon dari ketua bahagian untuk bertanding.

Sah Umno/BN akan menemui kegagalan sulongnya sejak lebih 50 tahun bermaharajalela......saya prihatin, anda bagaimana...?

Misteri PRU 13: Awal Jun atau tahun 2013?

Coretan Mujahid Yusuf Rawa:

Soalan ini hampir menjadi soalan bonus di mana sahaja saya pergi. Bangun pagi berjogging di Dataran Sungai Kerian pasti akan ada pengunjung yang bertanya, pergi ke Pasar Pekan Parit Buntar penjual sayur dan ikan bertanya, di Pejabat Pusat Khidmat pelanggan yang datang akan bertanya dulu soalan ini sebelum mengadu masalah hinggalah di ruang solat surau di taman rumah saya, ahli jamaah pasti akan bertanya bilakah tarikh PRU ke-13? 

Saya sendiri selaku ahli politik tidak tahu jawapannya apatah lagi rakyat umum dan inilah uniknya Malaysia dalam konteks demokrasi di mana tarikh PRU menjadi misteri hingga hari ini. Sesuatu yang misteri memang diminati kerana misteri adalah teka-teki dan kekaburan yang menggoda seseorang untuk merungkaikan dan mencari jawapan.


Ini adalah taktik para pengeluar filem selama ini untuk meraih untung yang besar kerana lagi saspen (misteri) sesuatu jalan cerita lagi bermutu filem tersebut. Tapi malangnya yang kita perkatakan ini bukan filem tetapi ketelusan sebuah demokrasi yang asasnya ialah mencipta satu padang permainan yang sama rata. 

Salah satu cara untuk menunjukkan ianya satu permainan yang adil ialah ketetapan awal tarikh PRU dengan bermulanya penggal baru sesuatu pilihanraya. Kalau misteri sesebuah filem dikagumi tetapi misteri tarikh PRU adalah sesuatu yang memualkan kerana ia mencacatkan demokrasi dari awalnya lagi. 

Walaupun PRU di Malaysia lima tahun sekali namun secara praktiknya ia tidak semestinya berlaku demikian kerana genap tiga tahun sesuatu penggal sudah layak PRU seterusnya diadakan, jadi genap tiga tahun hingga lima tahun, rakyat Malaysia pasti akan bercakap tentang tarikh PRU yang penuh dengan misteri itu. 

Sehubungan dengan tarikh PRU ini teringat saya semasa di Palembang baru-baru ini, saya bertemu dengan salah seorang ahli Parlimen dari Republik Chad (salah satu negara di benua Afrika) yang begitu mengkagumi Malaysia dan kemajuannya.

Saya sudah tentu berbangga sebagai perwakilan Parlimen Malaysia dalam sidang Kesatuan Parlimen Negara OIC. Lalu dia bertanya tentang proses PRU dan tarikh pilihanraya. Saya secara jujur mengatakan tarikh tidak dimaklumkan awal, ia hanya ada dalam benak PM yang memerintah hari itu, lalu rakan Ahli Parlimen saya ini menjadi terkejut kerana menyangka Malaysia juga turut maju dalam konteks tarikh pilihanraya dimaklumkan lebih awal seperti negara maju yang lain.

Republik Chad lebih ke depan dari Malaysia dalam demokrasi

Paling memalukan saya ialah apabila dia menyatakan mereka di Republik Chad mengamalkan makluman awal tarikh PRU akan datang sejurus bermulanya penggal baru Parlimen! Kita perlu meningkat seiring dengan kemajuan yang dikecapi khusus dalam proses mempertingkatkan ruang demokrasi dan ketelusan, antaranya ialah pengumuman awal tarikh PRU supaya tidak berlaku permainan yang berat sebelah dalam persediaan PRU.

Perlu dijelaskan di sini isunya bukanlah sangat ketetapan tarikh PRU kerana SPR akan melakukan pengisytiharan tersebut selepas Parlimen dibubarkan tetapi persoalannya ialah pembubaran Parlimen, bilakah Parlimen akan dibubarkan.

Pembubaran adalah jawapan kepada misteri ini kerana sejurus dibubar akta pilihanraya menetapkan bahawa tarikh melakukan PRU ialah 60 hari dan dengan melihat trend berkempen tujuh hari, kita dapat menjangka tarikh PRU.

Jadi persoalannya ialah bilakah Parlimen akan dibubarkan? Satu lagi faktor yang mempengaruhi ketentuan tarikh PRU ialah keadaan ekonomi yang dilihat sebagai indikator penting bagi BN kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan orang ramai yang akan mengaitkan kegagalan parti pemerintah mengurus negara. 

Dalam hal ini rakyat akan diberikan gambaran seolah-olah keadaan ekonomi negara terkawal dengan baik walaupun keadaannya membuktikan sebaliknya, ini yang selalu disebut sebagai "the feel good factor". 

Berpandukan kepada trend yang lampau, semua gula-gula yang disampaikan diharapkan dapat memberi imej yang baik kepada kerajaan, contohnya ialah BR1M dan bantuan yuran sekolah serta kenaikan 13%-7% pelarasan gaji kakitangan awam yang penuh kontroversi itu. 

Kerajaan juga harus membuktikan komitmennya untuk menangani salahguna dana awam dengan tegas dan ini dibuat melalui pendakwaan ke atas Pengarah syarikat NFC yang didakwa atas pecah amanah peruntukan RM250 juta untuk projek Fidlot Nasional. 

Berdasarkan kepada perkembangan ini, bagi menunjukkan BN bersih, maka pembubaran Parlimen dijangkakan akan berlaku pada penghujung April lalu membuka jalan untuk pencalonan pada 27 Mei dan pengundian pada 3 Jun.

Satu lagi faktor ialah kadar serangan yang dibuat ke atas pembangkang, semakin dekat PRU semakin kuat serangan dibuat ke atas pembangkang dan kepimpinannya. Isu Anwar Ibrahim walaupun telah melepasi dugaan-dugaan kes liwat 1 dan 2, kini mereka menyerang Ketua Pembangkang itu dengan tuduhan bi-seksual dan saya yakin ia akan menjadi trumpet yang akan ditiup semasa kempen nanti. 

Begitu juga dakwaan pro-Israel dan Liberal dalam pegangan agama akan menjadi peluru-peluru terhadap Pakatan Rakyat. Mereka lakukan demikian untuk meraih simpati undi Melayu dan Najib akan berpuas hati apabila sokongan undi Melayu meningkat dan ketika itu mengisytiharkan pembubaran Parlimen. 

Untuk menyerang PAS, mereka sudah mempunyai ayam tambatan iaitu JATI melalui Hasan Ali yang akan terus mendedahkan penyelewengan PAS. DAP akan senantiasa dilabel sebagai anti Melayu dan Islam khususnya di Pulau Pinang. 

Isu-isu teknikal dan pengurusan pentadbiran akan dikaitkan dengan dasar anti Melayu dan Islam oleh UMNO Penang dan terus mengelirukan orang Melayu tentang peranan PAS dan PKR. Melihat kepada kadar intensiti serangannya kali ini, PRU pada awal Jun tidak dapat dielakkan lagi kenyataannya. 

Walaupun tidak semua faktor dapat dikawal, namun BN mempunyai "tilam empuk" untuk menerima suasana-suasana yang tidak berpihak kepadanya, antaranya ialah manipulasi media, manipulasi bajet dan manipulasi alat demokrasi berpilihan raya sendiri iaitu SPR.

Tilam empuk ini tidak lagi semudah yang dijangka kerana media alternatif dari media sosial kini bercambah, rakyat lebih bijak dan desakan masyarakat sivil berserta parti politik yang prihatin mendesak proses demokrasi berpilihan raya dipantau, diolah dan dibaikpulih.

Segala perkembangan ini menjadikan keberlangsungan BN dalam persada politik tanahair menjadi semakin sukar. Ia juga petunjuk kepada lahirnya lanskap baru dengan pemain baru yang diharapkan menjadi pemangkin ke arah transformasi negara yang lebih tulen. 

Kini semua petunjuk kepada PRU menjurus kepada awal Jun, ini memandangkan jika tidak dilakukan pada awal Jun yang juga merupakan cuti pertengahan tahun sekolah, ia terpaksa dilakukan pada awal tahun hadapan iaitu tempoh maksima tamat penggal parlimen.

Selepas Jun, sidang Parlimen bermula Julai dan selepas Julai umat Islam akan berpuasa dan September umat Islam akan menunaikan Haji. Ada kemungkinan ia akan diadakan pada November, namun, jangka itu telah memasuki pembentangan bajet yang akan dibentangkan pada Oktober. 

Jadi jikalau kita mengandaikan PRU akan berlaku tahun ini, ia mesti dilakukan pada Jun, jika tidak, hanya Najib yang tahu kunci kepada misteri ini. 

*Dr.Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS. sumber

Utusan Malaya di sebalik nama

Aku sedap dengan nama Utusan Malaya. Kalau boleh aku nak bubuh nama Utusan Melayu, tapi hangpa taulah nama tu dah kena chop oleh media pro Umno yang amat terkenal dengan newspaper depa Utusan Malaysia. Itulah yang membuatkan aku ambil nama Utusan Malaya.

Selepas itu aku buat research sikit tentang nama Utusan Malaya ni maka terjumpalah aku akan kesah di sebalik nama yang cukup cantik itu. Tetapi bukan atas nama Utusan Malaya, sebaliknya atas nama Warta Malaya. Untuk pengetahuan semua surat khabar Warta Malaya telah wujud sejak zaman tahun 1930-an lagi di Singapura.

Warta Malaya adalah antara akhbar-akhbar yang lantang memperjuangkan hak-hak orang Melayu ketika Malaya di jajah oleh orang putih British atas jemputan geng-geng raja. Masa tu orang Cina yang dibawa masuk British dah mula lantang menyuarakan hak-hak mereka dengan menyatakan merekalah lebih berhak memiliki kewarganegaraan terhadap negera Malaya ini kerana mereka sampai lebih lama dulu ke tanah melayu dan mereka yang memakmurkan tanah Malaya ini.


Warta Malaya pernah menjadi tempat di mana Haji Abdul Rahim Kajai bekerja sebelum beliau berpindah kepada utusan Melayu di Singapura. Warta Malaya kemudiannya telah dibeli oleh Ibrahim Yaakub, salah seorang pengasas KMM yang terkenal itu.

Ibrahim Yaakub dikatakan menerima wang daripada Askar Jepun yang menawan Malaya dan menghalau Britrish. Duit yang diterima itu digunakan untuk membeli Warta Malaya Press bagi digerakkan sebagai medium menyokong pendudukan tentera Jepun. Ibrahim Yaakub dituduh menjual KM kepada tentera Jepun untuk digunakan sebagai alat mereka menguasai asia tenggara pada masa itu.

Selain daripada membeli Warta Malaya, Ibrahim Yaakub juga dikatakan menggunakan wang dari tentera Jepun tersebut untuk membeli sebuah kereta Morris '8' Saloon dan pakaian-pakaian yang mahal-mahal sebelum mula menjelajah ke seluruh negara.

Itulah serba sedikit yang akau dapat tau tentang Warta Malaya yang ada hubung kait dengan pejuang berhaluan kiri negara kita yang awal-awal menubuhkan pergerakan politik mendahului Umno pada tahun 1938 dahulu. Tapi ada cerita yang kurang enak sikit yang aku dengar tentang Ibrahim Yaakub ini semasa pendudukan Jepun di Malaya di mana dia dikatakan mengambil kesempatan untuk dirinya sindiri dengan menggunakan KMM sebagai modalnya mendapat kedudukan tingggi di dalam Tentera Jepun.

Apapun kalau hangpa nak tau lebih lanjut kenalah cari sendiri sejarahnya...

Apa "nasihat" Rasulullah tentang hutang


  • Adakah sesiapa di antara pembaca yang bebas daripada belenggu hutang?, jika anda termasuk daripada golongan yang lansung tidak ada berhutang maka anda adalah seorang wira yang saya kagum.
  • Orang yang tiada berhutang dalam zaman ini adalah seumpama dengan orang yang tiada kesan parut, sesuatu yang amat sukar dicari. Kita berhutang kad kredit, personal loan, beli kereta dan beli rumah di mana 2 perkara terakhir tersebut membelenggu kehidupan kita sehingga tua.
  • Kerajaan kita juga saban tahun semakin rancak berhutang, walaupun Gabenor Bank Negara kata hutang kita masih ditahap yang boleh diterima namun itu tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita terus berhutang.
  • Mari kita lihat apa nasihat Rasullullah pada kita terhadap hutang ini 
    • اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ - رواه البخاري
    • Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari”
  • Marilah kita tanam azam untuk membebaskan diri kita daripada belenggu hutang dengan memohon kepada Allah sepertimana doa Rasulullah di atas.
    • "Ya Allah, lindungilah aku daripada melakukan dosa dan lindungilah aku dari berhutang."
  • Moga hidup bebas hutang menjadi salah satu matlamat hidup kita selepas ini.
  • Sumber

Mana lebih penting untuk pergi jauh: 'apa yang kamu tahu atau siapa yang kamu kenal?


Untuk pergi lebih jauh Mukhriz tidak boleh mengharap pada
Mahathir

  • Kita biasa dengar dalam dunia perniagaan dan juga kerjaya bahawa apa yang kamu tahu tidak penting tetapi untuk naik ke atas siapa yang kamu kenal mempunyai pengararuh besar dalam kerjaya anda.
  • Seorang penyeledik Yahudi mendapati sangkaan itu salah. Ia mungkin benar pada permulaan kerjaya dimana siapa yang kamu kenal membuatkan anda mendapat kedudukan mula yang lebih baik tetapi selepas itu apa yang kamu tahu diperlukan untuk membuatkan anda berada di mercu kejayaan.
  • Berada dilingkungan keluarga serta kenalan yang elit tidak menjamin peningkatan anda ke kemuncak, tetapi kemampuan serta kebijaksanaan anda sendiri yang hebat lebih pasti mampu menjulang kejayaan anda.
  • Adakah kajian tersebut boeh diterima pakai di negara kita. Itu satu persoalan yang perlu kita buat penelitian yang mendalam dengan melihat diri kita dan orang di sekeliling kita.
  • Adalah lebih mudah untuk memerhatikan masyarakat ahli politik di negara kita di dalam saf kepimpinan tak kira samada PR atau BN. Jika anda berada di dalam saf kumpulan elit kemasukan anda dalam kumpulan elit adalah lebih mudah. Kemudiannya kenaikan anda dalam saf yang lebih tinggi bergantung kepada setakat mana kebijaksanaan anda sendiri.
  • Rumusannya adalah tidak sia-sia membina kekuatan serta kebijaksanaan diri sendiri tanpa mengira daam lingkungan mana anda berada. 
  • Sumber

Friday, 30 March 2012

Memang Umno kaki rasuah dan suka tipu pilihanraya: Pengakuan ikhlas bekas menteri

Ada tak gamaknya rakyat Malaysia yang tak pernah dengar khabar berita atau gossip politik yang kononnya Umno/BN ni kaki korup, suka main duit, main, pompuan, kuat menipu untuk menang PRU dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.

Kalau ada yang angkat tangan kata 'yan' aku tak pernah dengarpun. Tobat dia tu rakyat Myanmar, rupa saja macam rupa orang Malaysia. Mungkin juga dia rakyat Indonesia yang loghat Indon dah hilang sebab terlalu lama duduk di negara kita dan baru-baru ini dapat kerakyatan bersyarat, asalkan pangkah Umno/BN. Atau juga dia rakyat Pattani yang keluar masuk Siam/Malaysia macam tukar baju tidur dengan baju harian jugak baru dapat kerakyatan asalkan pangkah depa.


Oklah hangpa nak aku aku buat fitnah, mampus masuk neraka macam ada seorang cikgu yang baru-baru ni tulis komen dalam tulisan aku tentang Najib pembohong. Dia kata aku fitnah Tun M beli saham proton. Apa pulak fitnah, siapa kata beli saham Proton tu satu kesalahan...apapun aku yakin 110% mamat yang komen tu Cikgu Umno kerat, dia selalu makan cabai, jadi selalu rasa pedas. Tentu orang macam tu akan kata sekali lagi aku fitnah.

Tapi, woooiiit!!!, bukan aku yang kata lah, tapi Pak Kadiaq yang kata, bekas menteri hangpa la jugak, bekas ahli MT hangpalah jugak. Dia kata sendiri semua orang umno yang ada sekarang, semua menteri yang ada sekarang tahu akan dosa-dosa kita sebelum ini, masih belum terlambat, marilah kita berubah, marilah kita bertaubat....baca nih

Aku rasa Pak Kadiaq ni banyak buat baik pada kedua ibubapa dialah sebab tu Allah buka hati nurani dia untuk bertaubat. Moga yang lain akan ikut contoh dia.

Setuju Anwar berhenti jadi Ketua Pembangkang - Cikgu Pa

Oleh kerana Anwar Ibrahim sudah tak layak jadi ketua pembangkang maka memang elok sangat kita tukar saja beliau kepada orang yang lebih sesuai. Rakyat Malaysia tak perlu risau dan perkara itu tak lama akan berlaku.

Antara calon yang disebut-sebut sebagai pengganti yang paling layak adalah samada Najib atau Muhyiddin. Kita perlu memilih salah satu antara keduanya. Mana satu yang lebih bagus sebagai ketua pembangkang sukar untuk dipastikan sebab kedua-duanya terlalu lembab dan tidak pandai berbahas atau berdebat, mereka jenis yang hanya berani cakap dari jauh. Apabila berdepan terus bertukar sikap menjadi terlalu baik dan sentiasa bersetuju dengan apa saja.

Baca statement cikgu Pa kat sini.

Aku rasapun macam tu jugak. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia diberikan ketua pembangkang yang baru. Semua tu akan berlaku selepas PRU13 nanti. Nampaknya Bn terpaksa bekerja keras untuk pilih ketua-ketua pembangkang di Parlimen dan juga di kesemua negeri kecuali di Melaka, Johor dan Pahang, itupun silap-silap hari bulan di tiga negeri itupun mereka terpaksa memilih calon ketua pembangkang...hahaha. 

Thursday, 29 March 2012

Bila Tun M bercakap tentang duit...

Tun ada tulis mengenai duit baru-baru ini. Dengan rendah diri dia kata tak berapa pandai sangat tentang ekonomi berbanding mereka yang pakar-pakar dalam bidang tersebut. Namun pendapatnya telah disetujui oleh semua orang dan dia merasakan agak aneh dengan keadaan itu.

Tun cakap tentang benda asas yang semua orang yang boleh kira duit satu sampai 100 tahu dan boleh faham. Kalau apa yang Tun M kata itu ada yang tidak bersetuju dengannya, aku berani jamin dia ada masalah mental atau tak cukup service kepala otak dia tu.

Kalau kita nak selamat, pendapatan kita RM100 tu kita cuma belanja RM90 dan lebihnya kita simpan. Kalau kita tak mau selamat pendapatan kita RM100 tu kita belanja RM110 dan baki RM10 yang tak cukup tu kita hutang kat orang.


Ayat kat atas antara intipati Tun M yang mudah, ringkas dan budak darjah satupun tau dan boleh faham. Tun M kemudiannya menyamakan aktiviti yang sama terhadap cara kerajaan menguruskan kewangan negara. Kalau kita belanja lebih dari pendapatan kita akan bankrupt tak lama selepas itu.

Woooit, aku tau la semua tu memang betoi...kita kena jimat belanja boleh belanja tapi berpada-pada, selagi kita rasa mampu belanja dan berhutang, dan yakin dapat bayar semua hutang tu pada masanya apa salhnya kita berbelanja.

Yang aku tak setuju, adalah semua alasan yang memang logik tu digunakan untuk menghalang semua orang susah minta naik gaji. Semua alasan tersebut digunakan untuk menghalang golongan papa kedana minta simpati agar keadaan kehidupan mereka dipertimbangkan dan di bantu.

Kenapa tak junakan logik yang Tun M sebut tu untuk menghalang projek yang sepatutnya berharga RM100 juta menjadi RM200 juta. Kenapa tak halang semua pembaziran negara yang dilakukan oleh semua kroni-kroni umno yang mengeluarkan LO dari pejabat Umno.

Kenapa Tun M tak halang pembaziran bodoh yang terpaksa ditanggung oleh rakyat kerana TNB terpaksa bayar mahal pada taukeh-taukeh IP. 

Yang Tun M dok tuduh pembangkang semua bodoh tak boleh paham kedudukan ekonomi negara tu apa hal?. Kenapa nak marah bila pembangkang  sokong kebangkitan rakyat susah bangkit menuntut hak-hak mereka yang telah terpesong masuk poket kroni-kroni Umno, salah kah...?

Dan yang paling aku heran sekali adalah pujian melambung para penjilat Umno dengan tulisan Tun M tersebut seolah-olah itu satu buah pukal yang tak boleh dibantah oleh pembangkang...piiiirah mabuk.

Baca tulisan Tun M kat sini.

Aku dah tua, tak sesuai dah bertanding - Rafidah Aziz

Tan Sri Rafidah Aziz dah nak masuk 70 tahun. Cucupun dah ada. Dia dok jadi MP kat Kuala Kangsar tu lebih 30 tahun dah. Kalau dulu orang kampung dia undi bagi dia menang, sekarang ni anak-anak mereka pulak yang pergi mengundi. Itu alasan Kak Pidah menolak untuk kembali bertanding pada PRU13 nanti. Tapi...ada tapinya...

Kalau PM Najib arah suruh aku bertanding jugak, aku nak kata apa. Aku sentiasa utamakan parti lebih daripada yang lain (sebab itu larangan untuk tidak mendedahkan rambut aku tak ikut sebab bukan parti yang suruh...). Demi parti aku rela buat apa saja.

Kalau hangpa nak dengar nenek Pidah ni berleter, hangpa pi kat sini.

Bagaimana kurangkan berat badan dengan minum air !


  • Kajian dijalankan pada dua subjek yang diberikan makanan berkalori rendah untuk dimakan.
  • Seorang dikehendaki minum air sebanyak 2 gelas sebelum makan dan seorang lagi makan seperti biasa.
  • Dalam tempoh dua minggu, orang yang minum dua gelas air terlebih dahulu sebelum makan hilang berat lebih 5 pound daripada yang tidak minum air.
  • Kajian juga mendapati walaupun dengan makan makanan biasa seseorang yang minum air terlebih dahulu akan mampu menurunkan berat badan dengan mudah.
  • Bagi mereka yang gemuk dan mahu kuruskan badan, selepas ini pastikan anda minum dua gelas air terlebih dahulu sebelum makan.
  • Sumber

Bencinya orang Cina pada BN sekarang ini...!

Sejak PRU12 sampai sekarang aku tengok sikap orang cina masih tidak berubah. Tahap kebencian mereka pada BN malah semakin lama semakin meningkat dan terserlah. Kalau dulu jarang sangat nak tengok orang cina mempamerkan sikap mereka terhadap BN terlebih lagi jika mereka berhadapan dengan orang Melayu. 

Bagi orang cina susah sikit nak bincang dengan orang melayu ni pasal politik, apa lagi kalau melayu tu melayu Umno lagilah susah dan tak boleh lansung dibawak berbincang jadi selama ini orang cina lebih suka ambil sikap seperti lalang, kalau orang yang datng tu cerita pasal BN dia ikut Bn dan kalau yang datang tu cerita pasal PR dia ikut PR.


Tapi itu semua dulu, sekarang orang cina di mana-mana amat giat aktif berpolitik dan mempamerkan sikap mereta terhadap suasana politik negara kita. mereka nampaknya mahu menyumbang kepada negara untuk membuat perubahan dan ini hanya boleh dilakukan jika orang melayu turut sama menolak BN.

Orang cina paham kalau orang melayu masih kukuh diperbudakkan oleh Umno/BN bermakna akan wujud politik perkauman yang mana BN dimonopoli melayu dan PR dimonopoli bukan melayu dan jika PR pegang kuasa persekutuan, ia menjadi agak sukar apabila orang melayu yang menang kerusi parlimen tidak majoriti. Untuk mengelakkan semua itu maka orang cina nampaknya terpaksa bekerja keras menarik orang melayu turut sama menyokong PR.

Semalam sedang minum dengan seorang kawan, dia menceritakan pengalamannya beberapa hari sudah berurusan dengan cina pomen kereta di Shah Alam. Kawan aku tu membawa kereta volkswagen lamanya untuk diservis dan no plate kereta itu adalah BM XXXX.

Ketika mahu menulis bill pada kawan aku tu, taukeh cina tu tanya lu punya kereta apa nombor?, lalu kawan aku tu jawab BM XXXX..

Mendengar jawapan kawan aku, tauke tu tanya sekali lagi dengan aagak kuat..."BN aaa?"

"Bukan BN, BM, gua mari dari Bukit Mertajam, itu BM lah bukannya BN", jawab kawan aku.

"Oooo, nasib baik BM ooo, kalau BN aaa, gua tak mau tulis, manyak suewee oooo" jawab taukeh cina itu diiringi ketawa oleh semua orang yang ada...hahaha...hahaha...hahaha. Apa maknannya? 

Potong kaki sendiri dan campak dalam api sebab tak mau kerja !


  • Di Austria, rakyat mereka yang mengangur akan ditemuduga dan ditentukan samada fit untuk berkerja atau tidak. Jika seseorang itu layak berkerja dan diberikan kerja, tapi dia menolaknya, maka faedah atau pampasan penganguran yang sepatutnya dia terima akan dipotong.
  • Seorang lelaki berumur 56 tahun yang telah mengangur sejak 2003 takut dirinya diperiksa dan didapati sihat untuk bekerja. Dia telah memotong kakinya sendiri dengan mesin pemotong elektrik lalu mencampakkan kakinya itu masuk ke dalam api agar doktor tidak dapat menyambungnya semula.
  • Dengan berbuat begitu, beliau berharap masalahnya akan selesai dan akan didapati tidak fit untuk bekerja dan selamatlah elaun mengangurnya daripada dipotong.
  • Sebenarnya dia mahu bekerja tapi dia cuma risau kalau-kalau kerja yang dia dapat nanti tidak disukainya, kata isteri lelaki malang tersebut.
  • Selepas kakinya dipotong atas sedikit dari buku lali, dia lalu memanggil ambulan untuk menyelamatkannya. Dia hampir mati kehilangan banyak darah akibat perbuatannya itu. Dan kakinya tidak dapat diselamatkan kerana teruk terbakar.
  • Lebih malang lagi para pegawai menyatakan dia akan diperiksa semula selepas sihat nanti dan keadaannya yang hilang kaki sebelah itu tidak menghalangnya untuk diberikan kerja....kantoi!
  • Jangan ada hendaknya orang kita buat kerja gila sedemikian. Cuba fikirkan kalau lelaki itu amat kuat menahan segala kesakitan untuk memotong kakinya dan sanggup menjadi cacat, kenapa dia tidak kuat untuk menerima apa saja kerja yang bakal diberikan padanya? pelikkan.
  • Itulah tandanya bahawa samada kuat atau lemah diri kita amat bergantung kepada bagaimana kita mengendalikan mental kita. Membayangkan masalah yang akan datang sedangkan ianya belum datang hanya akan merosakkan selera makan kita sahaja. Kebiasannya minda akan membesar-besarkan masalah sampai kita tak sanggup lagi ke depan.
  • Jika anda menghadapi masalah seperti itu, anda hanya perlu berkata pada diri anda, 'hentikan berfikir tentang masalah tersebut sebelum ianya benar-benar datang, bila datang nanti baru fikirkan' dan mulakan fikir perkara yang lain yang lebih bermakna.
  • Sumber

Wednesday, 28 March 2012

Teknik ikut imam di saat akhir dalam masjid yang besar


  • Masjid-masjid di negara kita sekarang ini semuanya besar-besar belaka. Tambahan pula jika kita tinggal di bandar-bandar besar. Masjid Shah Alam saja teramat besar sehinggakan jika anda mula mengambil wuduk ketika imam sudah mula bersolah zuhur, sebaik saja anda sampai di saf belakang sekali mungkin imam sudah berada di rakaat ke tiga.
  • Salah satu masalah besar yang dihadapi oleh orang ramai yang mahu bersolat jemaah di masjid-masjid besar ini adalah jarak yang amat jauh antara dewan solat dengan tempat berwuduk.
  • Ini ditambah pula dengan masjid yang amat besar seperti masjid negara contohnya hanya akan dipenuhi oleh paling banyak 3 saf panjang di belakang imam. Kita perlu memecut seperti Usain Bolt untuk membolehkan kita mengejar masa bagi sempat berjemaah bersama imam.
  • Jika kita terkentut di separuh jalan dan terpaksa turun mengambil wuduk semula, alamat kita tidak akan sempat berjemaah lagi dengan imam.
  • Jadi bagaimana jika dalam masjid yang besar itu, sebaik saja kita selesai ambil wuduk dan terhegeh-hegeh naik tangga menuju dewan solat dan dari jauh kita nampak imam sedang berada di dalam rekaat terakhir membaca tasyahud.
  • Kalau kita teruskan juga melipat gandakan pecutan larian kita dua kali lebih laju dari Usain Boltpun masih tidak sempat untuk kita bersama ikut imam. Dalam keadaan itu apa yang kita boleh buat untuk memastikan kita mendapat juga kelebihan solat berjemaah. Ada dua cara:
    • Kita terus berdiri tegak mengadap kiblat di tempat kita berada yang masih jauh di belakang saf yang terakhir lalu angkat takbir mula solat berserta niat ikut imam dan terus duduk bertasyahud ikut imam. Selepas imam memberi salam, anda boleh sambung selesaikan solat anda.
    • Kalau anda tak kisah untuk tetap berjemaah walaupun bukan dengan imam masjid itu, maka anda boleh terus berjalan mendapatkan saf di belakang dan mengharap kalau-kalau ada yang akan bangun menambah rekaat yang dia belum selesai. Anda boleh mengikut orang tersebut dengan berdiri di tepi kanannya dan kebelakang sedikit. Tapi awas:
      • Pilihlah siapa yang anda hendak ikut.
      • Kalau ianya tok lebai yang lengkap berpakaian sopan jubah atau kain pelikat serta baju melayu, anda boleh ikutnya tanpa ragu-ragu.
      • Jika orang itu berseluar jeans ketat dan berbaju t-shirt pendek, lihat dulu punggungnya ketika dia rukuk atau sujud.
      • Kalau nampak lurah punggungnya yang gebu atau berpanau kerana seluar terlondeh dan baju terangkat, jangan sia-siakan solat anda dengan mengikutnya carilah orang lain.
      • Ramai orang yang sudah rajin  bersolat sekarang ini tetapi tak prihatin dengan pakaian mereka yang sesuai untuk bersolat.
      • Jika anda musykil dengan tulisan saya kerana saya bukanlah seorang ustaz, eloklah anda pergi bertanya pada seorang ustaz yang anda kenal yang sering mengajar di surau atau masjid anda samada betul atau tidak teknik yang saya beritahu ini.
      • Jika ternyata saya salah jangan lepas mengambil peluang pahala dengan memberitahu dan mengajar saya semula.

Bagaimana Robert Kiyosaki memahami erti fokus ketika belajar membunuh


  • Saya sering jumpa tertulis dalam buku motivasi tentang pentingnya fokus jika seseorang itu mahu berjaya. Ramai juga orang-orang tua yang menasihati saya agar sentiasa fokus jika mahu menjadi usahawan yang berjaya.
  • Masalahnya saya tak berapa pasti apa yang dimaksudkan dengan fokus, saya biarkan ia berlalu dengan anggapan saya memang fokus sedangkan saya tak faham apa maksud fokus sebenarnya.
  • Saya terjumpa tulisan Robert Kiyosaki yang menceritakan pengalamannya bagaimana dia mula memahami erti fokus ketika belajar membunuh orang di pusat latihan penerbangan tentera udara Amerika.
  • Setelah lulus dalam latihan sebagai seorang pilot, Robert Kiyosaki memilih untuk menjadi pilot jet pejuang Amerika. Untuk layak menjawat jawatan tersebut dia terpaksa sekali lagi menjalani latihan memandu jet pejuang. Latihan kali ini bukan hanya untuk boleh memandu jet, tetapi bermatlamatkan untuk menjadi pembunuh dengan menembak musuh di darat.
  • Dalam simulasi peperangan, Robert Kiyosaki dibiarkan memandu jet pejuang dengan jurulatihnya duduk di belakang sambil memegang alat permainan kanak-kanak yang panjang.
  • Setiap kali sampai pada kawasan musuh yang tidak henti-henti menembak jet mereka, jurulatihnya akan mula memukul-mukul kepala Robert Kiyosaki dan membuatkannya hilang tumpuan dan marah dan biasanya jet mereka akan kena tembak pada masa itu. Sebaik saja kena tembak jurulatihnya akan berkata, 'you are dead..you let us dead...'
  • Robert Kiyosaki lansung tak faham dan mula meluat dengan jurulatihnya, namun setiap kali berlatih itulah yang dibuat oleh jurulatihnya kepada Robert. Selepas tidak berapa lama jurulatihnya memaksa Robert beri tumpuan untuk menembak musuh yang bertalu-talu menembak mereka tetapi dalam masa yang sama masih memukul-mukul mengganggu dirinya ketika berusaha menembak musuh dan seperti biasa mereka akan kena tembak lalu di sambut oleh jurulatihnya dengan berkata, 'engkau membuatkan kita semua mati'.
  • Akhirnya jurulatihnya menerangkan pada Robert jika dia masih tidak berjaya memberikan tumpuan untuk membunuh terlebih dahulu musuh di bawah walaupun ketika sedang dikacau selagi itulah dia tidak akan selamat balik sebagai seorang yang masih hidup. Samada bunuh atau membiarkan diri sendiri terbunuh.
  • Maka Robert akhirnya memberikan tumpuan dan lansung tidak menghiraukan hentakan pada kepalanya biar apapun yang dilakukan oleh jurulatihnya dan dia berjaya menembak musnah musuhnya dibawah. Robert berjaya melalui semua itu sehinggalah dia dihantar berperang di Vietnam dan selamat pulang dari perang sebagai orang yang masih hidup.
  • Itulah saat mula Robert memahami erti fokus dalam mencapai matlamat yang kita kejar. Kalau dalam perniagaan, kita akan sering diganggu dengan berbagai hal yang menghalang tumpuan kita menjayakan perniagaan kita.
  • Saya sering dengar vendor yang saya berikan kerja mengeluh tak dapat beri tumpuan pada kerjanya kerana anak sakit, bini merajuk, kereta nak kena tarik dan berbagai-bagai masalah lagi. Mereka berikan semua alasan itu sebagai sebab gagal melaksanakan tugas mereka.
  • Itu semua hanya meberikan tanda yang orang tersebut hilang fokus, kalau dia menjadi juruterbang jet pejuang, musuh di bawah tak dengar semua alasan seperti itu, dia akan terus menembak dan menembak sehingga kita mati kerana dia sendiri tahu samada dia tembak atau dia ditembak.
  • Sejak itu saya mula faham apa yang orang maksudkan apabila mereka berkata untuk berjaya anda perlu fokus. Jangan biarkan apapun menghalang tumpuan kita untuk mencapai matlamat kita, berjalan dan terus berjalan sehingga anda selamat sampai ke destinasi.

Tuesday, 27 March 2012

Sekolah Rendah Stowell, Bukit Mertajam

Stowell School Bukit mertajam. Logonya masih sama
macam dulu jugak.
Aku mula belajar di sebuah Tadika yang diadakan di Balai Raya berhampiran Sekolah Menengah Penanti. Masa tu balai raya tersebut didiami oleh Pak Nge (tak tau nak eja sebutan ni, biasanya orang nama Ismail kita panggil dengan nama ni) yang merupakan pakar buat wau bulan berdengung.

Nama saja sekolah tadika, tapi aku tak ingat berapa hari aku pi sekolah tersebut. Selepas tu aku cabut lari dan tak mahu meneruskan sekolah kat situ sebab tak seronok. Pak Cik Dali yang hantar aku bersama dengan anaknya yang aku panggil Lin ke Tadika tersebut.


Hari mula saja aku ikut Pak Dali dan anaknya Lin masuk sekolah itu. Keesokkan harinya masa berjalan  pergi tadika dengan mereka, sampai di kebun getah menuju ke Balai Raya tu, aku suruh mereka jalan dulu dan aku ikut di belakang.

Pokok angsana ini masih lagi berdiri gagah, ia dah wujud sejak
 aku sekolah rendah dulu lagi dan masa tu dah besar tinggipun
Sebaik saja mereka leka aku terus menyorok belakang pokok getah. Pak Dali baik orangnya, dia pangil aku dua tiga kali dan aku buat diam saja, dia meneruskan perjalanan tanpa aku. Aku selamat dari bencana masuk pergi Tadika hari tu dan begitulah seterusnya sampai keluarga aku putus asa.

Masuk umur aku tujuh tahun aku terpaksa masuk sekolah rendah pulak. Bapak aku mungkin punya visi jauh, semua anak-anak dia dihantar masuk sekolah orang putih, Sekolah Stowell. Termasuklah aku dia hantar ke sana jugak. Masa itu abang aku dah darjah 3, jadi semua urusan hari pertama aku dilepaskan pada abang aku.

Ini bangunan kelas aku dulu. Dihujung sana bangunan kecil itu adalah kantin
sekolah masa itu. Sekarang aku tak dah jadi apa, tak nampak macam kantinpun
Begitulah caranya ayah aku melatih aku menjadi hero. Hari pertamapun dia dah lepas aku berdikari sebab tak mungkin abang aku yang baru darjah tiga tu akan mampu bimbing aku dengan baik ke sekolah nanti. Jarak antara rumah aku ke Sekolah Stowell, Bukit Mertajam dalam lingkungan 8 km dan kami kena pergi ke sekolah dengan menaiki bas.

Bukan bas sekolah tapi bas penumpang biasa yang mana ayah aku telah belikan pas untuk perjalanan sebulan. Kalau tak silap aku harganya pada masa tu hanya RM3.60 saja.

Padang masih sama macam dulu, cuma rasa macam kecil sedikit. masa sekolah
dulu aku rasa macam nak mati kena lari 10 pusingan keliling padang.
Pada hari pertama aku ke sekolah aku cipta sejarah apabila terberak dalam seluar. Aku tak boleh tahan sakit perut sebab terlalu gementar dan tak tahu mana nak cari tandas. Jadi aku duduk diam atas akar pokok angsana dan berak. Selepas dah berak dalam seluar baru abang aku datang cari aku yang sedang diam tak bergerak.

Aku kena marah dengan abang aku sebab tak pergi berak dalam tandas. Aku lalu bertanya mana dia tandas, baru dia tunjukkan tak berapa jauh daripada aku. Aku mengengkang pergi ke tandas dan masuk untuk membuka seluar. Aku basuh berak, basuh seluar aku dan stokin yang terkena taik dan tunggu dalam tandas.

Nasib baik sekolah stowell masa tu ada menyediakan seluar pendek khas untuk murid yang yang terberak dalam seluar macam aku. Jadi aku rasa tak berapa malu sangat. kalau sekolah ada menyediakan seluar tentu dah ada ramai yang alami peristiwa yang sama, jadi aku bukan keseorangan. 

Cuma malangnya seluar tu warnanya biru pelik yang berbeza daripada warna seluar sekolah. Bila aku pakai masuk kelas dan balik rumah semua orang pandang pada aku dan senyum-senyum, mereka semua tahu aku berak dalam seluar hehehe.

Baru-baru ini aku sempat pergi ziarah sekolah stowell. Dah terlalu lama aku tak pernah masuk ke situ. Selepas aku tamat sekolah rendah dan masuk sekolah menengah kat sekolah menengah penanti, aku tak pernah lagi pergi ke sana, bayangkan aku masuk sekolah menengah pada tahun 1981. Aku tak mahu sambung ke sekolah tinggi bukit mertajam sebab malas lagi nak pergi sekolah naik bas.

Bangunan tempat aku belajar semasa di darjah enam masih ada lagi dan tiada perubahan, tetapi banyak bangunan lain dah hilang. Padang tempat aku main bola wakil sekolah juga masih ada, hijau dan terasa kembali siksaan berlatih di bawah jurulatih sekolah aku masa tu, Cikgu Arumugam.

Kami berlatih macam masuk askar, main bola hanya sebentar tapi lebih banyak buat latihan fizikal. Semua pemain sekolah masa tu amat fit dengan latihan yang diberikan oleh beliau. Sebab itu setiap perlawanan antara sekolah kami belasah semua sekolah lain tak kurang dari 5 gol.

Kebanyakannya akan kena antara 8 ke 12 gol dari kami sampai gurubesar nasihat jangan belasah orang teruk-teruk sangat nanti mereka tak mahu masuk pertandingan lagi. Itulah antara nostalgia yang kembali mengusik jiwa aku ketika berada id sana tempoh hari.

Pak Guard kata hari itu saja aku orang yang ke-5 minta kebenaran nak masuk tengok sekolah. Maknanya ada ramai lagi samada senior atu junior aku yang pergi hari itu untuk mengimbas kembali kenangan lama. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain....

Teknik keluar awal selepas beri salam selesai solat berjemaah


  • Pernahkah anda solat berjemaah di Masjid atau di Surau. Atau anda biasanya hanya bersolat bersendirian dirumah. Kalaui anda tak pernah solat berjemaah di Masjid, teknik keluar awal sebaik saja memberikan salam yang kedua tidak dapat anda praktikkan. Jadi mulakan dahulu dengan bersolat secara berjemaah untuk mengamalkan teknik di bawah.
  • Bagi mereka yang pernah dan menjadi amalan mereka solat berjemaah tentu akan rasa tidak lengkap jika bersolat bersendirian. Banyak juga perkara menarik yang kadangkala tidak kita fikirkan dalam solat berjemaah.
  • Salah satu benda menarik adalah melihat bagaimana ada para jemaah yang suka keluar awal tanpa menunggu bacaan doa imam untuk diaminkan. Mungkin mereka terdiri daripada penganut mazhab yang merasakan baca doa beramai-ramai selepas solat berjemaah adalah bidaah.
  • Walaupun apa alasan anda, tidak salah sebenarnya untuk keluar awal sebaik saja memberikan salam, tapi ramai yang keluar secara salah apabila ada dibelakang mereka orang yang masbuk ketika berjemaah.
  • Sebaik saja imam memberikan salam kedua, mereka yang masbuk akan bangun meneruskan solat bagi melengkapkan rekaat mereka. Cuba perhatikan bagaimana segelintir mereka yang nak cepat keluar buat.
  • Ramai yang akan tertunduk-tunduk penuh sopan lalu didepan jemaah yang masbuk tadi. Nampak macam sopan tetapi sebenarnya ia adalah kurang ajar.
  • Apa yang peliknya adalah kenapa ramai yang tidak sanggup keluar dengan melintasi di depan mereka yang telah selesai solat dan duduk berwirid bersama imam, sedangkan itulah perbuatan yang lebih sopan daripada melintasi mereka yang sedang solat.
  • Saya rasa kebanyakan mereka yang memilih untuk lintas di depan orang tengah solat adalah kerana orang yang sedang solat tak boleh bercakap atau memandang atau menjeling mereka yang lalu didepannya.
  • Oleh itu bagi mengelakkan gangguan untuk mereka cabut awal, mereka dengan tergesa-gesa lintas depan orang tengah solat. Mungkin sangkaan mereka, kalau melintas orang sedang duduk berwirid, mereka akan dihalang dan dipaksa untuk duduk kembali.
  • Kalau itu yang anda sangkakan, percayalah, tak perlu takut. Lalulah saja didepan mereka yang sedang bersila sambil berwirid itu daripada melintas orang yang sedang solat kerana perbuatan melalui depan orang bersolat adalah haram.

Gambaran Donald Trump tentang orang yang mahu berjaya tapi tiada sikap mahu berjaya


  • Kalau kita tanya sesiapa saja yang kita jumpa samada dia mahu berjaya dalam hidup atau tidak, jawapannya sudah pasti, 'YA'. Semua orang mahu berjaya tak kira dalam apa saja bidang yang dia ceburi.
  • Mari kita limitkan skop tajuk kita dalam bidang keusahawanan sahaja. Kenapa lebih ramai yang tidak berjaya berbanding jumlah mereka yang berjaya. Tidakkah dengan adanya keinginan untuk berjaya membolehkan kita menuju kejayaan.
  • Menurut Donald Trump, setakat punyai keinginan untuk berjaya saja tidak cukup. Kita mesti menyusuli keinginan itu dengan mempunyai sikap untuk berjaya.
  • Jika kita perhatikan majoriti daripada kita tidak mempunyai sikap mahu berjaya. Bagaimanakah boleh kita gambarkan tentang seseorang yang tidak ada sikap mahu berjaya.
  • Mudah saja. Ia sebagaimana yang digambarkan oleh Donald Trump sebagaimana di bawah:
    • Jika anda pernah melihat seorang penjual kereta yang meletakkan nota di atas bumbung keretanya yang tertulis, 'untuk dijual', dan anda perhatikan keretanya berdebu comot dan tidak terurus, maka itu adalah satu contoh yang baik bagi menggambarkan jurujual itu mahu berjaya tetapi tidak ada sikap mahu berjaya.
  • Kita boleh ambil banyak lagi contoh lain yang mungkin ada pada diri kita sendiri.

Utusan Meloya tukar jadi Malaya...

Masa aku melepak semalam aku terbaca tulisan Zig Zeglar tentang kisah hidup dia dari kecik sampailah dia berjaya jadi motivator hebat di Amerika. Satu benda yang aku tangkap dan terasa bagus jika aku jejaki dia adalah tentang sikap kita yang sering menyumbat kepala otak kita dengan perkara-perkara yang negatif sampai akhirnya cara kita fikir jadi negatif dan akhirnya apa saja tindakan yang keluar dari kepala yang negatif adalah negatif.

Dia bagi petua macam mana nak mula tukar software dalam kepala kita yang dah berkarat negatif tu jadi positif semula. kita boleh lakukannya dengan mula peka kepada segala yang positif. Kita buat keputusan dengan hanya menyerap segala yang positif saja dan tinggalkan yang negatif pada para drebar yang panas baran asyik hulur kepala maki pemandu lain.

Step awal untuk tukar kepala otak kita jadi positif adalah dengan memilih hanya perkataan-perkataan yang positif saja. Percaya atau tidak perkara pertama yang terlintas dalam kepala otak aku adalah tentang nama blog ini...Utusan Meloya.


Sebut saja nama tu aku dah mula rasa nak meloya dan bila buka saja blog ini untuk aku update, kepala otak aku akan dipenuhi segala perkara yang meloya dan aku asyik nak tengok sudut negatif saja. maka dengan azam setinggi gunung, aku terus buat keputusan mulai hari ini aku hanya nak tengok sudut positif saja dan pergi berambus dengan segala yang negatif.

Aku mulakan dengan menukar title blog ini menjadi Utusan Malaya, apa perasaan anda, teruja, nostalgia, terkesuma, terkedu, syahdu..tentu lebih baik daripada mendengan perkataan utusan Meloya kan kan kan.

Baik, jangan salah faham yang aku dah kena beli dengan puak politik banyak duit pakar spin ambil kesempatan dari kelalaian orang. Tidak, aku belum kena beli lagi sebab tak ada orang yang mai cari aku lagi buat tawaran, kalau ada tentu dah lama aku ambil tawaran tu, lagipun untuk apa aku menulis kalau tak ada apa-apa ganjaran, kalau ada yang nak bagi lebih baik aku ambil.

Setakat ni apa yang aku rancang tulis secara positif adalah seumpama...

Pakatan Rakyat memerintah dengan amat berkesan di seluruh negeri jajahan mereka berbanding kerajaan BN. Kerajaan BN walaupun sedang menggigil cemburu akan kehebatan PR masih belum putus asa malah berusaha dengan lebih kuat lagi dengan keseluruhan jenteranya mewakilkan pada Datuk Seri Najib, Presiden BN yang juga Presiden Umno untuk membuat segala kerja pemulihan kepercayaan rakyat pada BN. Marilah kita melempiaskan rasa kagum kita pada Najib yang nampaknya bertungkus-lumus buat kerja seorang diri tanpa ada sedikitpun rasa diperbodohkan....

Bukahkah semua ayat di atas positif belaka....namun mesejnya masih boleh disampaikan, kan kan kan...

Monday, 26 March 2012

Nambikei...poodah! nah tembikai - Hindraf

Najib dah terpaksa give up dengan orang cina. MCA dan Gerakan telah gagal pujuk orang cina. Apa yang Umno dan BN mampu harap sekarang ni hanyalah orang Melayu yang masih terkongkong dengan pemikiran feudal untuk tetap meletakkan Umno sebagai tuan mereka.

Untuk meyakinkan lagi kemenangan Umno dan BN mereka terpaksa lobi orang India sungguh sampai Najib tak kisah untuk turun ke batu cave bersama dengan mereka pada hari taipusam lalu.

Di situ terciptalah satu lagi perkataan power Najib yang melambangkan ikatan mesra Najib dengan orang India. Najib dengan mesra melaungkan perkataan NAMBIKEI???

Malangnya hari ini sekumpulan orang India pergi ke Putrajaya sambil membawa tembikai dan mereka berlaung kuat... deiiii Najib, pigi dah Nambikei,nah ni tembikai...sambil memecahkan buah tembikai lambang protes mereka pada Najib dan Umno dan BN yang gagal penuhi permintaan mereka...

7 langkah menghasilkan rumah yang sihat


  • Jika pemakanan yang baik serta senaman dapat mempastikan tubuh badan kita sihat, keadaan rumah kita juga sebenarnya mempunyai kesan besar terhadap kesihatan kita. Keadaan rumah serta cara kita menyenggara rumah dapat mengelakkan penghuni rumah daripada berbagai masalah kesihatan seperti lelah, alergi, keracunan, kanser dan kecederaan.
  • Pesan orang tua-tua, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Pengalaman juga membuktikan mencegah jauh lebih menjimatkan daripada merawat. Oleh itu marilah kita amalkan langkah-langkah mudah dan murah berikut untuk menghasilkan rumah penginapan yang sihat:
    1. Sentiasa pastikan rumah anda dalam keadaan kering. Rumah yang basah dan lembab adalah punca kepada pembiakan hama, tungau, cendawan, tikus dan lain-lain. Itu semua diketahui menjadi punca kepada serangan lelah.
      1. Sentiasa memeriksa dan segera baiki semua kebocoran pada singki, paip, mesin basuh, bilik mandi, tandas, peti sejuk dan apa-apa saja yang boleh membasahkan rumah anda.
      2. Segera baiki kebocoran pada bumbung dan siling sebelum dinding menjadi lembab dan kulat cendawan mula membiak di dalam rumah anda.
      3. Pastikan tiada kawasan di seluruh lantai rumah anda tidak berlekok dan menampung air.
    2. Pelihara kebersihan diluar dan dalam rumah anda. Ini dapat menghalang pembiakan serangga dan makhluk perosak serta menghapuskan pencemaran.
      1. Letakkan alas kaki di luar dan di dalam pintu rumah anda.
      2. Selalu lap lantai untuk membuang debu.
      3. Selalu lap kipas, lubang udara, dan lain-lain agar tempat itu semua bebas dari tompokan debu.
    3. Jadikan rumah anda bebas dari serangga dan makhluk perosak seperti lipas, tikus dan lain-lain yang terbukti sebagai salah satu daripada punca masalah lelah dan keracunan di kalangan kanak-kanak.
      1. Lihat tanda-tanda sama rumah anda ada lipas, tikus, kelawar atau lain-lain. Hapuskan mereka dengan menggunakan racun yang selamat.
      2. Tutup semua rekahan atau lubang yang membolehkan serangga atau binatang itu masuk ke rumah anda.
      3. Dapatkan khidmat syarikat Pest Control bertauliah seperti Pest Sciences untuk memberikan khidmat nasihat serta menghapuskan serangga dan makhluk perosak di rumah anda.
    4. Pastikan rumah anda selamat. Ramai kanak-kanak cedera dengan teruk akibat terjatuh di rumah. Orang tua-tua juga sering jatuh dan kadangkala membawa kepada kematian.
      1. Jangan jadikan tandas rumah anda sebagai perangkap maut dengan memasang mar-mar yang licin, begitu juga di bahagian tangga dan lain-lain bahagian lantai.
      2. Pastikan ada tempat berpaut di kawasan licin dan merbahaya seperti tangga dan juga di dalam tandas.
      3. Jangan biarkan bahan merbahaya seperti racun, pisau, dan lain-lain pada tempat yang terdedah.
    5. Pastikan keadaan di dalam rumah anda bebas pencemaran.
      1. Jangan benarkan sesiapa merokok dalam rumah anda. kalau nak merokok juga sila keluar rumah. Ini mampu selamatkan anda dan juga anak-anak anda dari pencemaran udara.
      2. Jangan pasang bahan-bahan yang terbukti merbahaya seperti siling asbestos dan lain-lain di dalam rumah anda.
    6. Pastikan rumah anda mempunyai sistem pengaliran udara yang baik ini membantu aktiviti pernafasan anda dan menyihatkan tubuh badan anda.
      1. Bukalah tingkap dan biarkan udara sentiasa bertukar.
      2. Pasang ventilator pada bumbung rumah.
      3. Jangan tutup bahagian tandas dan dapur tanpa ada pengaliran udara yang baik, pasang kipas sedut udara di dinding tandas dan juga dapur.
    7. Pastikan rumah anda disenggara dengan baik. Jangan biarkan sebarang kerosakan berlalu tanpa dibaiki. Rumah yang buruk mampu mendatangkan malapetaka pada penghuninya.

Sunday, 25 March 2012

After PRU-13....


1. PKFZ RM12 billion

2. Submarine Commission RM500 million

3. Sime Darby RM964 million

4. Paya Indah Westland RM88 million

5. Posmalaysia (transmile) RM230 million lost

6. Eurocopter deal RM1 billion wasted ?


7. Terengganu Stadium Collapsed RM292 million

8. MRR2 repair cost RM70 million

9. Maybank Overpaid BII RM4 billion

10. Tourism - NYY kickback RM10 million

11. 3 paintings bought by MAS    RM 1.5 million

12. Overpayment by Sport Ministry   RM 8.4 million

13. London 's white elephant sports complex   RM 70 million

14. MATRADE repairs    RM 120 million

15. Cost of new plane used by PM    RM 200 million

16. InventQ irrecoverable debt    RM 228 million

17. Compensation for killing crooked bridge    RM 257 million

18. Loss in selling Augusta     RM 510 million

19. Worth of APs given out in a year    RM 1.8 Billion

20. Submarines (future Muzium Negara artifacts)   RM 4.1 Billion

21. PSC Naval dockyard    RM 6.75 Billion

22. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1
billion losses (RM3.2 billion in 2008 ringgit)

23. The Maminco attempt to corner the World Tin Market in the 1980s
is believed to have cost some US$500 million (RM1.6 billion)

24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia
RM30 billion in the 1990s

25. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion)

26. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn Bhd
operation to shore up the stock market

27. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam

28. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of
€75.99 million (RM 348 million) Same as No.20 ?

29. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007

30. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra
was established, this orchestra has swallowed a total of RM500
million.    Hiring a Kwai-Lo CEO with a Salary of more than RM1M per annum !

31. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat
Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum

32. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching
Maths and Science in English over the past five years.     Out of the
amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipment which it is unable to give a breakdown.     Government paid more than RM6k per notebook vs per market price of less than RM3k through some new consortiums that was setup just to transact the notebook deal.      There was no Maths & Science Content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.

33. The commission paid for purchase of jets and submarines to two
private companies - Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million.  Expanding on No. 2 ?

37. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion "Crooked Scenic Half-Bridge"

38. RM1.3 billion has been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation of the Malaysia-Singapore Scenic Bridge


39. RM100 million on renovation of Parliament building which leaks

40. National Astronaut Programme – RM 40 million

41. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million

42. Eye of Malaysia  - RM 30 million and another RM5.7 million of free tickets

43. RM 2.4 million on indelible ink

44. Samyvellu  announced in September 2006 that the government paid
compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies.
RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from
the toll hike in 2008 alone

45. RM32 million timber export kickbacks involving companies
connected to Sarawak Chief Minister and his family.

46. Two bailouts of Malaysia Airline System RM7.9 billion.     At a time
when MAS incurring losses every year, RM1.55 million used to buy three
paintings to decorate its Chairman's (Munir) office.
Expanding on No.11

47. Putra transport system bailout which cost RM4.486 billion.

48. STAR-LRT bailout costing RM3.256 billion.

49. National Sewerage System bailout costing RM192.54 million.

50. Seremban-Port Dickson Highway bailout costing RM142 million

51. Kuching Prison bailout costing RM135 million

52. Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam bailout costing RM8.3 million

53. Le Tour de Langkawi bailout costing RM 3.5 Million

54. Wholesale distribution of tens of millions of shares in Bursa Malaysia under guise of NEP to cronies, children and relatives of
BN leaders and Ministers worth billions of ringgits.

55. Alienation of tens of thousands of hectares of commercial lands and forestry concessions to children and relatives of BN leaders and Ministers worth tens of billions of ringgits.

56. Since 1997, Petronas has handed out a staggering 30 billion ringgit in natural gas subsidies to IPPs who were making huge profits.In addition, there were much wastages and forward trading of Petronas oil in the 1990s based on the low price of oil then. Since the accounts of Petronas are for the eyes of Prime Minister only, we have absolutely no idea of the amount.

57. RM5700 for a car jack worth RM50

58. Government-owned vehicle consumed a tank of petrol worth RM113 within a few minutes

59 A pole platform that cost RM990 was bought for RM30,000

60. A thumb drive that cost RM90 was bought for RM480

61. A cabinet that cost RM1,500 was bought for RM13,500

62. A flashlight that cost RM35 was bought for RM143

63. Expenses for 1 Malaysia campaign paid to APCO ?

64. RM17 billion subsidy to IPP

65 USD24 million Diamond Ring for Ro$mah    -    Cancellation of Order
- how much compensation ?

66. CowGate    . . .    RM250 Million

67. Monsoon Cup   . . .  RM800 Million per year 

68. Illicit Fund Transfers out of Malaysia ( 2000 - 2009 ) : RM 1,077,000,000,000 !
69. Tajudin-Danaharta settlement to cover up for Dr M and Daim

A Concerned Citizen

Antara auta dan fakta Najib


  1. Najib sekarang ni dok ada di Negeri Sembilan dalam usaha menaikkan rating popularitinya sejak beberapa bulan yang lalu. Dia tak berenti berkempen untuk persediaan Pru-13 walaupun Parlimen belum dibubarkan sebab rating dia telah menjunam teruk. Itu fakta.
  2. Dalam ceramah yang beliau buat di PD semalam, Najib kata "Anwar tak layak jadi jadi pemimpin negara". Alasannya adalah ramai dari kalangan pemimpin PKR yang lalu telah keluar meninggalkan Anwar apabila mendapati Anwar tidak dapat menjanjikan kemewahan wang ringgit serta populariti sebagaimana yang boleh dihidangkan oleh Umno. Anwar tak layak jadi pemimpin itu adalah auta manakala ramai cabut tinggal kan Anwar sebab tak dapat habuan adalah fakta.
  3. Kata Najib lagi, Chandra Muzaffar yang suka orang memberi perhatian padanya pernah kata, sekiranya Anwar menjadi PM, satu malapetaka dasyat akan berlaku pada negara. Najib quote kata Chandra itu fakta, manakala kata Muzaffar itu adalah auta. Tapi kalau Chandra maksudkan malapetaka pada orang BN dan juak-juaknya, ia akan menjadi fakta.
  4. Najib marah sebab PR kata BR1M itu adalah rasuah politik. Bagi Umno politik untuk menang dengan menggunakan duit itu bukan rasuah, itu fakta. BN ikhlas semata-mata nak tolong rakyat dalam pemberian BR1M pula adalah auta.
  5. Najib tuduh bila kaunter BR1M dibuka, pembangkanglah yang mula-mula beratur pergi ambil duit itu. Semua rakyat yang layak, beratur ambil duit yang kerajaan beri sebab itu duit depa itu fakta. Pembangkang jadi orang pertama pergi ambil duit tu pula hanyalah auta.
  6. Auta yang paling besar sekali yang Umno bohong rakyat adalah "hanya Umno/BN saja yang mampu perintah Malaysia"
  7. Fakta besar sekali yang rakyat dah buka mata adalah, 'Terbukti Pakatan Rakyat mampu memerintah dengan lebih baik berbanding Umno BN di semua negeri PR terutamanya Pulau Pinang dan juga Selangor"  

Hasan pakar motivasi membebel dalam dewan...


  1. Belasah seorang individu yang dia sakit hati sebab asyik keluar negara macam tak ada kerja dalam negeri.
  2. Hina Dr Rani dari Pas kononnya dia kecewa sebab tak dilantik sebagai exco kerajaan negeri yang dikosongkan Hasan bodek Umno.
  3. Hinaan kedua pada Dr Rani dengan mengatakan Dr Rani ada masalah mental dan menggesa Dr Rani pergi jumpa pakar mental dengan segera. di sambut oleh hahaha dari geng yang sedang dibodeknya...Umno.
  4. Menghina Dr Rani sekali lagi dengan mendabik dada bahawa Hasan bukan saingan Dr Rani untuk berdebat sebab dia adalah bekas ahli parlimen sedangkan Dr Rani tak pernah jadi MP.
  5. Mendabik dada dengan juahnya mengatakan "aku seorang pakar motivasi...tiada kecewa dalam istilah hidup aku..."
  6. Akhirnya dengan nada sayu dan kecewa sambil meitiskan air mata Hasan ali berkata..." lagipun aku masa kecik dulu hanya bercita-cita nak jadi posmen saja..."
  7. Tak sangka dengan kepandaian membodek boleh menjadikan seseorang itu naik...hahaha.

Wooit Khazanah...stop gabung Mas-AirAsia


  1. Ada taktik kotor pihak airasia gunakan Mas melalui gabungan bebal ini.
  2. Penggabungan ini rugikan Mas dan juga menyusahkan ribuan pekerja Mas yang kini merasa tak selamat.
  3. Idea penggabungan adalah idea Najib, jadi tak boleh pakai sebab tak ada idea Najib yang boleh dipakai.
  4. Pekerja Mas didakwa diperintahkan letak jawatan dan disuruh pohon semula kerja kosong pada anak-anak syarikat Mas yang akan ditubuhkan.
  5. Rata-rata orang Mas tak mau letak jawatan sebab yakin ada orang tengah main taik daripada Air Asia.
  6. Bersepah pekerja AirAsia dibawa masuk ke dalam Mas, ini usaha menyingkirkan pekerja Mas. Tony nak perguna Mas untuk bayar gaji pekerja dia. Alamat Mas makin rugi dan AirAsia makin untung.
  7. Ternyata khazanah diuruskan oleh para pegawai yang tak ada otak, belagak pandai sebab banyak score A saja masa belajar akaun dulu tapi tak reti berniaga dan mudah kena tipu dengan Mat Tony yang cakap mat saleh telo british.
  8. Oleh kerana puak ni amat berbangga dengan pekas penjajah orang british, maka siapa saja yang cakap orang putih telo london akan dipandang genius melebih semua orang lain...hahaha.

Menteri ni ambil fakta mana...?

Ada soalan dalam perbahasan sidang Parlimen ditanya oleh BN Parit Sulong tentang langkah kerajaan bagi tangani salah guna media sosial seperti FB dan twitter. Soalan ini dijawab oleh Menteri Komunikasi dan Kebudayaan dengan ringkas...

" Tak payah nak risau, twitter dan FB kat Malaysia akan pupus tak lama lagi macam kat Eropah" 

Aku heran data dari mana Menteri veteran ni ambik. Cuba tengok data kat bawah ni:

  1. Menurut survey daripada European Global Web Index, peningkatan penggunaan FB di Eropah saja adalah sebanyak 68% tahun lepas.
  2. Survey dari European Parliament Digital Trend pula mendapati penggunaan FB oleh anggota parlimen eropah adalah sebanyak 69%, meningkat 33% dari tahun 2009.
  3. Peningkatan penggunaan twitter pula adalah 34%.
  4. Najib pulun guna FB sampai jumlah kawan dia kat situ mencecah satu juta.
  5. Najib juga pulun guna twitter sampai pengikut dia mencecah setengah juta.
Tiba-tiba menteri tu kata tak payah dok gaduh sangat dengan media sosial tu. Tak ada orang akan pakai lepas ni. Kalau hangpa nak tau menteri yang sama jugak bagi kenyataan dua tahun lepas supaya rakyat Malaysia toksah buang masa dengan internet.

Menteri tu suruh rakyat Malaysia jangan ikut budaya berinternet sebab itu adalah budaya orang eropah yang menggunakan internet sebagai medium business. Internet adalah medium buat duit orang barat dan Malaysia sekadat jadi pengguna saja, kata menteri tu. La ni tengok apa jadi kat internet, sampai dia sendiri kena fitnah melalui internet. Terkial-kial jugak dia dengan isu tersebut.

Dia juga arah orang pi sita semua komputer seorang blogger yang menggunakan medium internet sebagai cara berkomunikasi dan menyampaikan maklumat. Apasal yang pi sita barang yang tak penting tu.

Hang pa dah dapat teka ke siapa menteri tu, kalau tak tau lagi menteri tu adalah ahli parlimen Jelebu dan para pakar media sosial didapati telah menyampah dengan kenyataan ketinggalan zaman dia.

Itupun kerajaan Najib boleh ambil dia letak jadi menteri, menteri komunikasi dan kebudayaan pulak tu. Sebab tu aku rasa banyak menteri kat kerajaan BN ni dah ketinggalan zaman. Kita kena tukar kerajaan, kerajaan yang lebih ke depan dan mengikuti perkembangan masa, bukan kerajaan yang terkebelakang dan masih menggunakan sentimen bangsa dan agama untuk berkuasa.