- Tandas awam berharga 50,000 pound dibina di sebuah pulau terpencil Pulau Handa. Pulau itu tidak ada penghuni. Tandas diperbuat daripada besi yang direka khas untuk pembinaan tandas tersebut agar tahan goyang walaupun dilanda pukulan angin yang kuat. Tandas itu mempunyai tingkap yang membolehkan kita melihat pemandangan pantainya yang cantik sambil menyelesaikan qada hajat kita.
- Tentu ada yang tertanya-tanya apa pasal nak bina tandas awam kalau dah tidak berpenghuni. Sebenarnya pulau itu adalah kawasan simpanan hidupan liar. Seramai 6,000 orang akan datang setiap musim panas untuk menyaksikan kehidupan liar di situ.
- Sebelum ini setiap kali musim panas orang ramai akan menghadapi masalah melepaskan hajat masing-masing ketika berada dipulau. Terpaksa mencari kawasan tersorok sikit kalau dah tak tahan sangat dan biasanya kalau dah ada ramai orang kat situ, tiada tempat yang tersorok.
- Biasanya orang ramai terpaksa tahan sampai menggigil untuk melepaskan hajat mereka sehingga kembali ke tanah seberang.
Pages
▼
Saturday, 24 March 2012
Tandas awam paling mahal pernah dibina di Scotland
Rakyat diutamakan...Najib pembohong!
Rakyat diutamakan jadi slogan pemanis mulut masa zaman Najib. Kita tak payah nak tengok benda susah-susah pembohongan ayat tu. Kita tengok kat kereta proton sudah.
Apa kalian tau ka kereta proton yang dijual diluar negara tu jauh lebih murah daripada harga yang rakyat Malaysia terpaksa beli di sini. Menambahkan lagi malangnya rakyat Malaysia adalah semua kereta lain yang kualitinya jauh lebih baik daripada kereta proton dijual dengan harga melambung.
Harga melambung tu disebabkan cukai melampau atas dasar untuk protect proton yang kononnya kereta nasional. Kos bertambah lagi bila pengimport terpaksa membayar harga AP kepada segelintir individu yang kaya raya hanya dengan jual AP.
Last sekali semua kereta lain naik melambung harganya sampa rakyat terpaksa beli kereta proton. Rakyat yang terpaksa berkorban untuk pemilik proton yang sekarang ni jatuh ke tangan Syed Mokhtar yang dah beli syarikat pengeluar kereta nasional tu.
Dengar kata orang sebenar yang beli syarikat proton tu ialah Tun M. Dia ambil balik syarikat tu sebab itu baby dia dan senang nak buat duit apabila rakyat terpaksa kena beli jugak proton tanpa rela sebab kereta lain mahal. Jadi siapa yang utamakan rakyat dalam hal ini.
Rakyat sentiasa dibelakangkan dalam hal bagi kaya pemimpin adalah. Menambahkan lagi pedih hati bila kereta proton tu jula murah kat luar negara dan rakyat tanggung subsidi penjualannya. Subsidi kat dalam negara hanya untuk mengkayakan segelintir pihak.
Sudahlah tu Umno perlu disingkirkan daripada tampok pemerintahan negara. Depa hanya pandai berlakon kononnya jadi wira bangsa sedangkan mereka hanyalah makhluk pelahap yang menyeringai nampak siong bila ada peluang buat duit.
Wanita boleh klimak seperti jimak hanya dengan bersenam - Kajian
![]() |
| Senaman abdominal ini dikatakan paling mudah memberikan klimaks pada wanita yang sedang bersenam |
- Satu kajian yang disiarkan dalam majalah 'sexual and relationship therapy' mendedahkan satu fenomena pelik di mana wanita yang sedang bersenam mencapai kemuncak syahwat atau klimak seperti berjimak walaupun ketika bersenam mereka lansung tidak berimaginasi tentang seks. Mereka sebaliknya hanya melakukan senaman untuk kesihatan.
- Dalam kajian tersebut ratusan wanita berumur antara 18 ke 63 tahun telah diselidik dan mereka mengakui mengalami fenomena itu ketika sedang bersenam.
- Bukan semua jenis senaman boleh mendatangkan klimaks. Antara senaman yang banyak menghasilkan kemuncak dengan mudah adalah ketika mereka melakukan senaman abdominal.
- Senaman abdominal amat mudah menghasilkan klimaks dengan peratusan sebanyak 51.4%. Maknanya lebih daripada separuh peserta yang disoal selidik mengaku mengalami klimaks lebih dari 10 kali ketika melakukan senaman abdominal.
- Senaman lain yang mampu memberikan wanita kepuasan seks adalah:
- Angkat berat - 26.5%
- Yoga - 20%
- Kayuh basikal - 15.8%
- Jogging - 13.2%
- Berjalan kaki atau mendaki - 9.6%
- Waduh nampaknya rugi kalau para wanita tak mengambil peluang ini untuk merasakan klimaks percuma dengan mudah dan dalam masa yang sama menyihatkan.
- Musykil juga untuk memikirkan apakah pulak fatwa ulama terhadap fenomena in...? Baca laporannya di sini
Friday, 23 March 2012
Kebaikan anai-anai pada alam sekitar
- Ada orang yang menamakan anai-anai sebagai 'white ants' atau dalam bahasa Malaysia semut putih. Sebelum ini ada saya tuliskan di sini bahawa anai-anai bukanlah daripada keluarga semut walaupun tabiat berkoloninya dilihat seperti semut. Dia sebenarnya daripada keluarga lipas.
- Menurut Encyclopedia Britanicca, terdapat kira-kira 2,750 spesis anai-anai seluruh dunia dan 10% daripada spesis itu mendatangkan banyak kerosakan pada manusia.
- Walaupun banyak kerosakan dilakukan oleh anai-anai, ia tidak patut dipersalahkan kerana anai-anai adalah serangga hutan yang bergantung harap hidupnya dengan menjadikan kayu-kayan sebagai makanan. Oleh kerana manusia telah menebas habis hutan, tempat asal anai-anai maka ia sebagaimana biasa merayap dan mencari kayu kayan yang kini terdiri daripada struktur bangunan serta bahan perabot manusia.
- Dalam alam sekitar terutamanya di dalam hutan anai-anai amat penting kerana ia mencernakan cellulose kepada bahan yang boleh digunakan untuk menyokong semula penumbuhan tumbuh-tumbuhan.
- Kayu serta dedaun yang jatuh bertimbun-timbun di dalam hutan megambil masa yang amat lama untuk dicernakan jika bukan dengan pertolongan anai-anai.
- Tanpa anai-anai timbunan kayu serta daun mampu menimbus habis pokok-pokok di hutan dan menyebabkan tumbuhan mati.
- Jika kita pernah masuk hutan tentu kita dapat lihat betapa persekitarannya amat lapang seperti telah dibersihkan oleh seseorang. Itulah sebenarnya kerja anai-anai.
- Walau bagaimanapun anai-anai jika tidak dikawal dirumah kita boleh mendatangkan banyak kerugian apabila perabot serta struktur rumah kita dimakannya. Untuk mendapat petua mengawal anai-anai anda boleh dapatkannya di Pest Control Tips.
Ini ayah siapa...?
Tiada keterangan disertakan daripada gambar yang saya ambil di sini, anda sendirilah buat cerita yang patut...
Thursday, 22 March 2012
Apa kelebihan wanita rendah berbanding wanita tinggi dalam hubungan seks?
- Sebagai seorang lelaki wanita jenis mana yang anda suka, adakah jenis yang tinggi lampai atau jenis yang rendah comel?. Untuk mencari wanita yang tinggi lampai di negara kita sebenarnya agak sukar. Kalau ada wanita yang cantik anggun dan tinggi lampai biasanya laris untuk menjadi model.
- Ada ramai juga lelaki yang tergilakan wanita yang tinggi lampai dan tidak berapa berkenan dengan wanita yang rendah walaupun comel. Tinggi lampai, berambut panjang, putih melepak dikaitkan dengan kecantikan yang menjadi idaman.
- Tapi apakah perbezaan atau lebih tepat lagi apakah kelebihan wanita yang rendah berbanding wanita yang tinggi. Kita fokuskan dalam hal hubungan seks. Lagipun dalam kegilaan lelaki mengejar wanita akhirnya itulah matlamat kaum lelaki, untuk melepaskan keperluan mengawan.mereka.
- Kajian mendapati seorang wanita rendah akan lebih mudah mencapai klimaks dalam hubungan seks berbanding wanita tinggi lampai. Ini membuatkan wanita rendah kebiasaannya akan sihat dan puas dalam menjalani hubungan seks dengan pasangan mereka berbanding wanita tinggi.
- Ini dipastikan dalam satu kajian yang menemui bahawa jarak antara 'clitoris' dengan 'vagina' boleh dijadikan ukuran untuk mengetahui samada seseorang wanita itu akan mudah untuk mencapai klimaks. Dan semakin dekat jarak tersebut semakin mudah wanita mencapai klimaks. Semakin tinggi lampai seseorang wanita itu maka semakin jauh jarak antara 'clitoris' dengan 'vagina'.
- Timbul pula soalan bagaimana mengetahui ukuran jarak yang sesuai untuk wanita mudah mencapai kepuasan? jawapannya mudah saja, jika jarak itu lebih pendek dari jarak lebar ibu jari tangan anda, maka wanita tersebut akan mudah untuk klimaks.
- Mungkin ini merupakan salah satu punca kenapa perhubungan antara lelaki dengan wanita tinggi biasanya jarang berkekalan manakala hubungan rumahtangga antara lelaki dengan wanita rendah biasanya kekal lama.
- Bagi yang belum berumah tangga atau yang mahu menambah satu lagi, pastikan anda mencari wanita yang rendah agar anda dilihat hebat oleh isteri anda. Dia akan sentiasa kagum kerana anda dapat memberikan kepuasan kepadanya. Cuma sebelum kahwin jangan sampai anda minta untuk mengukur jarak yang disebutkan di atas terlebih dahulu
- Dapatkan semua maklumat di atas dengan membaca buku... Bonk: The Curious Coupling of Science and Sex:
Wednesday, 21 March 2012
Isu gaduh Karpal / Ramasamy selesai: Lim Guan Eng
Guan Eng umum hari ni persengketaan antara Benggali Karpal dan juga 'warlord', Ramasamy dah selesai. Guan Eng dah selesaikan dalam mesyuarat yang turut sama di hadiri oleh benggali kuat melalak tu (macam bagus saja). Tengok sini
Aku dok tak puas hati kat Karpal ni dah lama sangat sebab suka buat press statement lawan apa saja benda yang dia tak puas hati sekalipun sesama rakan kerjasama PKR dan Pas. Dia suka buat kenyataan kepada public tanpa perduli perasaan rakan seperjuangannya.
Dia rasa macam dia bagus sangat dan macam dia saja yang berjuang menegakkan kebenaran sampai bab judi, arak, isu valentine yang ditentang oleh umat Islam dia belasah secara umum, kurang ajar punya Karpal.
Yang aku hairan sebab apa orang tua nyanyuk ni masih diberikan tempat dalam DAP. Sudahlah ooi, hang dah nyanyuk. Bukan aku tak hargai sumbangan dia dalam kemajuan pembangkang tapi dulu lain sekarang lain, kalau dah nyanyuk kita masih nak jaga hati dia, alamat berserabut jadinya.
Ada satu group India yang belasah Karpal kata Benggali ni hanya setakat raja dalam kumpulan benggalinya saja dan buka raja dalam kaum keturunan India. Tak ada apa pun yang dia buat untuk kaum India selama 40 tahun sudah. Aku setuju apabila group ni kata Karpal dah jadi liability pada pembangkang. Hangpa baca kat sini.
Ulasan Ekonomi Mat Sabu layak dicalonkan "best statement of the year"!!!
Orang kuat nombor dua Pas, Mat Sabu a.k.a Mat Indera hari ni bagi analisis ekonomi paling bernas, superb, marvelous, dan awesome sekali dalam sejarah pembentukkan negara Malaysia selepas era Melayu kena perbodo dalam era Malaya.
Aku nak buat cadangan kenyataan Mat Sabu ini menang anugerah ' best statement of the year ' dan submit pada World Economis Review untuk di catatkan dalam Wikipedia setaraf dengan semua kenyataan Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela.
Waduh...suspen nampak hang pa nak tau apa kenyatan yang awesome Mat Sabu tu tentang ekonomi negara yang melibatkan kesejahteraan rakyat negara Malaysia....
Dia kata kalau BN menang PRU 13 nanti mampuih rakyat kena tanggung bebanan kos semua barang naik selepas BN umum nak tarik brek semua kenaikan cukai serta potongan subsidi sehingga selepas PRU-13 nanti.
Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu paling kuat takut dengan hantu. Orang yang paling teruk kena serang dengan hantu duit tak cukup adalah orang Melayu yang mana 96% menduduki carta senarai penduduk Malaysia berpendapatan tak cukup.
Kalau harga barang naik bertukar jadi hantu, orang Melayu akan lari dulu atau lembik jatuh pengsan sebab depa lebih takut pada hantu daripada harga barang naik.....
Kalau orang Melayu tak mau kena kejar dengan hantu, orang Melayu wajib nekad undi PR. Mat Sabu kata kalau PR perintah, kerajaan pemerintahan PR mampu jimat lebih daripada RM10 billion wang tercicir sebab rasuah.
Puhhhh berat juga aku nak explain nih....! ada paham ka? baca sini...woooit nanti dulu, hangpa tau tak?... Mat Sabu ulas dalam bahasa orang putih tu...ada class ma!!!
Berjasa nak lawan 50 kerusi parlimen dan yakin menang 20...mai mana pulak ni?
Parti Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam umum nak lawan di 50 kerusi parlimen dalam negeri Kelantan dan juga Kedah.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Hasyim karim berkata mereka yakin boleh belasah menang dalam 20 kerusi Parlimen sebab yakin dapat memperdayakan majoriti para pengundi atas pagar yang beragama Islam yang mahukan sebuah parti yang mampu menjadi pengantara antara kerajaan dengan pembangkang.
Maknanya mereka hanya mahu menjadi pengantara duduk ditengah-tengah. Nak kata kerajaanpun bukan, pembangkangpun bukan. Atas pagar tak ada pendirian, macam lalang ikut angin pukul. Ada ka gamaknya orang suka dengan golongan yang tak ada pendirian ni?.
Kalau memang adapun aku yakin sangat mereka adalah sejumlah 3 juta pengundi yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Puak ni tak ada pendirian, tak mau ambil peduli lantaklah aapa nak jadi mampuih pilah. Depa ni la kot yang bakal menjadi sasaran Berjasa hahaha. kalau macam tu sampai bilapun hang pa atak akan menang sebab geng tu tak pi mengundi.
Aku pernah dengar kata orang alim memfatwakan kalau dah ada sebuah parti politik yang memperjuangkan islam bertanding dalam pilihan raya, haram hukumnya mewujudkan sebuah parti lain yang dakwa memperjuangkan Islam juga.
Kalau tak selesa dengan kekurangan yang ada pada parti yang telah wujud tersebut, jalannya adalah masuk joint parti tu dan berusaha baikinya secara berjemaah. Lagipun bukankah perjuangan Islam mahu mencari keredhoan Tuhan. Masuk dan betulkan dengan niat suci tu dan gagal atau berjaya tetap ada rekod kebajikan, mati aman damai, tak ke begitu?
Berjasa ni ditubuhkan pada tahun 1978 dan sekarang ada seramai 5 ribu orang ahli. Nampak sangat jauh lebih lewat daripada Pas dalam penubuhan dan sudah pasti orang yang tubuhkan tu buat benda terlarang kerana tubuh parti Islam baru sedangkan dah ada Pas.
Ramai yang keluar Umno...kenapa hek?
Baru-baru ni Pak kadiaq hantar surat pada Tengku Nan bagi tau dia nak belah keluar dari Umno. Itu semua orang dah tau.
Yang ramai lagi orang tak tahu terutamanya Najib dan pemimpin tertinggi Umno lain adalah sebenarnya terlalu ramai orang yang telah keluar Umno di seluruh peringkat cawangan.
Peliknya nama mereka yang telah keluar Umno di cawangan-cawangan tersebut masih ada lagi dalam senarai ahli Umno. Sebabnya adalah kerana cawangan tak berani nak report pada pusat, takut kena marah...hahaha
Nampaknya pimpinan tertinggi Umno tengah kena tipu oleh pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan mereka. Baguih jugak macam tu biar depa tak sedar yang depa dok perasan tengah kuat sekarang.
Memang laporan kata rating najib tengah naik. Tapi yang laporan tak bagi tau adalah hanya rating Najib saja dok naik sebab dia la ni pulun kempem untuk Umno bukan buat kerja PM dan rating BN secara keseluruhannya tengah dok merudum...hahaha.
Najib dok harap dia menang besar dengan cuba ambil hati peneroka felda. Dia letak Mat Rasuah jadi boss Felda untuk kalih depa semua jadi penyokong Umno.
Tapi siapa tak kenal Mat Tak Cukup Jengkal tu, memang kaki buat duit. Sampai sekarang pihak yang mencadangkan IPO Felda Venture tu masih tak dapat jawab kenapa ada perjanjian sulit yang menjanjikan dividen special kepada pihak-pihak tertentu setelah penyenaraian tersebut.
Bukankah ada orang tertentu atau pihak tertentu yang akan kaut untung lebih dan dalam masa yang sama para peneroka yang memang dah susah dibelakangkan?
Hang pa semua tentu dapat agak puak mana yang dapat status istimewa belasah dividen dalam perjanjaian sulit IPO tersebut. Siapa lagi kalau bukan geng budak kasut tinggi tu. Mereka di namakan geng kasut tinggi sebab boss depa suka pakai kasut tinggi nak bagi cukup jengkal bila bersembang dengan orang hahaha...
Hangpa ingat aku merapu ka dengan apa yang aku tulih kat atas tu...hangpa baca la tulisan A Kadir Jasin (bukan Jasin kat Melaka tu) kat sini
Bagaimana anai-anai tahu berapa besar saiz kayu yang dimakannya?
- Anai-anai adalah sejenis makhluk yang buta. Ramai yang menyangka ia adalah dalam sejenis serangga yang sama keluarga dengan semut, tapi sebenarnya anai-anai berada di dalam keluarga yang sama dengan lipas!.
- Tahukah anda bahawa anai-anai yang buta itu bergantung kepada getaran untuk menjalankan aktivitinya dan juga komunikasi. Antena pada kepala anai-anai amat penting untuk membaca getaran dan juga resonan yang dihasilkan oleh getaran.
- Pakar yang mengkaji anai-anai mendapati getaran digunakan anai-anai untuk mengukur saiz kayu yang sedang dimakannya. Getaran juga menjadi isyarat dalam banyak lagi aktivitinya.
- Serangga yang halus ini masih belum habis kita kaji dan semakin kita mendalaminya semakin kita hairan dengan kejadiannya, apatah lagi Tuhan yang menciptakannya. Sungguh Allah Maha Tinggi, Maha Suci. Baca kajiannya di sini
- Soalan yang perlu kita fikirkan:
- Tidak ada satu kejadian yang Allah Ciptakan sia-sia, jesteru itu apakah fungsi anai-anai di atas muka bumi ini? kalau tahu sila jawab pada ruang komen di bawah...
Tuesday, 20 March 2012
Gunakan pepijat untuk merawat histeria !
- Tahukan anda pada abad ke-18, seorang ahli sains Perancis menyatakan bahawa pepijat mujarab untuk merawat masalah histeria atau masalah wanita gila meroyan.
- Bagaimana cara ia digunakan untuk merawat penyakit tersebut tidak pula dinyatakan. Jika anda nak tahu beberapa fakta menarik mengenai sejarah pepijat anda boleh membacanya di sini.
- Mungkin kita boleh buat ujikaji dengan meletakkan wanita yang terkena histeria tidur di atas katil yang teruk di serang pepijat dan lihat samada ada perubahan.
Isu Yahudi/Zionis: Apa kata Nik Aziz
- Tuan Guru Nik Aziz mempertahankan kenyataan Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi dengan menegaskan pihaknya hanya menentang urus niaga dengan kerajaan Zionis yang menguasai tanah Palestin secara haram.
- Menurut Tuan Guru Nik Aziz, berurus niaga dengan kerajaan Zionis bererti mengiktiraf kewujudan kerajaan Israel dan ia merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan.
- Sehubungan dengan itu, menjadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurus niaga dengan entiti haram Israel.
- Umno kononnya mahu menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalin hubungan dagang dengan Israel.
- Kerajaan BN sekarang telah mengubah larangan mutlak pengimportan barangan dari Israel kepada Larangan Bersyarat. Ini seterusnya membolehkan barang diimport dari negara Haram itu melalui lesen Import yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
- Ini merupakan bukti cerah seterang suluhan matahari di siang hari tentang hubungan dagang kerajaan BN dengan Israel.
- Tidak malukah akhbar Umno memainkan isu ini sedangkan dalam Dewan Rakyat menterinya mengaku ada hubungan dagang dengan Israel?
- Hakikatnya menerima akidah Yahudi dengan menerima sebahagian dari Al-Quran yang seiring dengan nafsu mereka dan menolak sebahagian yang lain adalah lebih bahaya daripada menerima wang daripada Yahudi.
- Nampaknya Umno seperti seekor ayam jantan yang mengepak ke sana ke mari sedangkan ekornya bergelumang dengan taik...ini aku yang tambah. Hahaha!
Penuhkan frame - Petua untuk gambar yang menarik
Aku ada lampirkan sebelum ini di bawah, gambar kanak-kanak yang aku ambil agak jauh sikit. Walaupun gambar tersebut nampak dah memenuhi frame gambar namun agak susah untuk aku meletakkan salah satu daripada mata kanak-kanak itu pada salah satu dari titik persilangan dua garis melintang dan dua garis menegak bagi memenuhi rule of third.
Walau bagaimanapun gambar tersebut aku rasa macam dah ok dan memberikan impak yang agak menarik dan masih memaparkan kecomelan gambar kanak-kanak yang aku ambil.
Kali ini aku zoom in lagi kamera dan penuhkan lagi wajah kanak-kanak comel itu pada keseluruhan frame gambar dan meletakkan mata kanan pada salah satu dari persilangan yang aku ceritakan di atas. Ternyata sebaik saja kita menatap gambar itu mata kita terus akan memberikan fokus pada mata kanak-kanak itu. Betul tak....?
Aku tak pasti gambar mana yang lebih menarik samada yang ni atu yang sebelum ini...
Aku tak pasti gambar mana yang lebih menarik samada yang ni atu yang sebelum ini...
Monday, 19 March 2012
Petua tangkap gambar dari Scott Kelby
Aku selalu pegang kata-kata Scott Kelby dalam buku tulisannya tentang kalau kita pi jalan-jalan apa benda yang perlu kita tangkap.
Tak kiralah ke mana kita pergi samada pi market atau pi pantai atau pi kebun sayur atau pi melawat bandar Hilir Melaka, tentu ada banyak benda yang boleh kita tangkap.
Sudah tentu antara benda yang boleh kita tangkap adalah pemandangan tempat yang kita lawat tersebut samada cantik atau buruk.
Gambar pemandangan atau tempat yang kita lawat kalau tidak ditambah dengan objek hidup kekadang nampak macam tak best, jadi apa jenis orang yang nak kena masukkan dalam gambar kita.
Kata Scott Kelby ada 2 jenis orang yang menjadi favourite gurugambar perjalanan mereka ada lah gambar orang tua tak larat dan gambar budak-budak. Alasannya adalah dua kumpulan tersebut kalau kita kejar mesti dapat tangkap...hehehe
Jadi kat sini aku paparkan gambar budak yang aku berjaya tangkap dengan senang sebab dia masih tak reti berjalan lagi, baru belajar mengesot macam askar kombat atau rambo menyusup bawah pagar. Namanya Aisyah...
Pemuda Pas tolak fatwa Haji Hadi ?
Lagi isu berkaitan kerjasama dengan Yahudi berlegar di ruang siber sahut menyahut mencari kedudukan stabil. Apapun benda yang tercuit kalau ikutkan hukum newton akan menimbulkan reaksi kerana jumlah keseluruhan tenaga adalah bersamaan dengan zero.
Dalam ayat ringkasnya formula tu kita namakan dia keseimbangan. Dalam Quran juga ada ayat yang menyatakan bahwa Allah Taala menjadi alam ini dalam keadaan seimbang, lama dah sebelum Newton buat formula sum of force equal to zero.
Jangan ingat kuasa atau tenaga tu hanya dalam bentuk fizikal seperti hentaman dan sebagainya. Kuasa atau tenaga juga boleh lahir daripada perkataan, perasaan dan sebagainya. Dan apabila Haji Hadi kata tak salah berurusan dan berniaga dengan orang yahudi, maka timbul ketidak seimbangan yang membuatkan Umno melaung-laung macam serigala ketagih mengawan.
Tenaga tak seimbang pergi tolak pula perasaan Prof Mahmood Zuhdi yang menterjemahkan keadaan tak seimbang yang berlaku dengan menolak kenyataan Haji Hadi dan kata dia tercicir dari landasan islam sebenarnya.
Lepas tu keluar pula kenyataan Nasruddin Hassan Tantawi menolak sebarang perhubungan samada niaga atau apa saja dengan puak Yahudi yang ada zaman ini. Beliau tak kata tolak fatwa Haji Hadi, tapi kenyataannya terang nampak berlawanan dengan induk daripada klonnya itu.
Apapun satu tulisan yang berani dari Ketua Pemuda. Berbalah bukan semestinya berpecah, sekadar mencari ruang untuk menuju kestabilan, macam teori Newton kata tu lah...!
Aku copy tulisannya di bawah:
1. Berurus niaga [ muamalat ] dengan individu Yahudi atau mana - mana pihak Yahudi yang terhad pada individu atau syarikat Sdn Bhd mereka, seperti Yahudi dari negara Eropah dan lainnya, maka pada hukum asalnya adalah harus justeru Rasulullah saw pernah berurus niaga dgn bangsa Yahudi.
2. Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.
3. Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.
4. Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.
5. Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.
6. Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.
" Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt. "
" dan sekali - kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka "
7. Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.
8. Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.
9. Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.
10. Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS
2. Namun urus niaga dengan Yahudi Israel hari ini, Yahudi yang membunuh Ummat Islam Palestine lalu merampas tanah Palestine dan menubuhkan negara haram Israel atas penderitaan dan kesengsaraan ummat Islam Palestine, Yahudi yang mencari dan mengaut keuntungan lalu membina kekayaan mengukuhkan kuasa dan penjajahan mereka keatas ummat Islam Palestine malah membunuh sewenangnya Ummat Islam Palestine, maka haram berurus niaga dengan mereka walau apa fahaman yang mereka anut termasuk zionis.
3. Ulama' telah banyak memberikan fatwa haram berkait urusniaga semasa dengan Yahudi Israel secara umumnya seperti Dr Yusuf al Qaradhawi, kerana asasnya keseluruhan Yahudi Israel telah melakukan satu jenayah besar ke atas Ummat Islam dan ianya masih berlarutan sehingga hari ini.
4. Fatwa haram urus niaga dengan Yahudi Israel Zionis ini dibina oleh para alim ulama' berasaskan kesan dan perkembangan politik dan ekonomi ummat Islam antarabangsa apabila setiap ringgit atau dollar yang mengalir ke Israel melalui apa jua bentuk urusniaga dengan mereka menghasil sebutir peluru yang telah dan bakal menembusi jantung ummat Islam Palestine yang sedang berjuang mempertahan aqidah dan membebaskan tanahair mereka.
5. Fatwa itu dibina bukan kerana mereka dilahirkan berbangsa Yahudi tetapi disebabkan mereka melakukan satu jenayah besar ke atas ummat Islam dan jenayah itu masih berlarutan hingga ke hari ini. Demikian adalah hukum yang berkait dengan muamalah atau urusniaga.
6. Sementara kedudukan Yahudi secara umumnya di mata ummat Islam telah disebut secara jelas di dalam Al Quranil Karim. Bagaimana dendam dan semangat permusuhan mereka terhadap Islam yang didedahkan oleh Allah swt.
" Kamu akan dapati golongan yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang - orang beriman ialah Yahudi dan mereka yang mempersekutukan Allah swt. "
" dan sekali - kali tidaklah Yahudi dan Nasara Redha terhadap kamu sehingga kamu mengikut cara hidup mereka "
7. Banyak ayat seperti ini di dalam Al Quran dan ia adalah pendedahan serta peringatan Allah swt kepada ummat manusia, khasnya kepada ummat Islam terhadap sikap dan bahaya yang dicetuskan oleh Yahudi berasaskan latar belakang dan sejarah mereka yang sering menipu, khianat, mungkir janji dan berdendam, biar apa pun fahaman yang dianut oleh mereka di sepanjang zaman termasuklah faham zionisme yang sememangnya telah mengisytiharkan protokol mereka yang jelas dan nyata memusuhi serta memerangi ummat Islam.
8. Justeru tiada pengiktirafan dan persekongkolan dengan Yahudi di atas peta politik dunia hari ini.
9. Ummat Islam tidak perlu panik dan usah resah dalam mengikuti perkembangan semasa berkait isu Yahudi, lantaran Perbahasan mengenai hukum muamalah adalah suatu yang berbeza dengan siasah. Keduanya mesti diteliti dengan cermat dan jelas.
10. Walaubagaimana pun terlebih aula dan wajar kita terus berfikir dan merancang untuk terus meningkatkan sokongan moral, politik dan ekonomi kita kepada ummat Islam di Palestine khasnya HAMAS untuk mereka terus membina masa depan mereka yang kebih baik berdepan kekejaman Yahudi Israel Alaihi Laknatullah berbanding kita berbincang dan berpolemik mengenai urus niaga kita dengan Yahudi.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS
Pak Kadiaq ambil masa 56 tahun untuk sedar UMNO sesat...!
Rasanya semua dah tau cerita paling sensasi saat ini yang jadi kat negeri Kedah nun di sana di sebuah tempat bersemanyamnya seorang ahli Parlimen paling putaq alam bertaraf lebai samseng ala Sarip Dol versi kopiah berjanggur sejemput. Kalau ada yang masih tak dapat tangkap lagi tempat tu kat mana, Kulim. Kalau tak tau siapa lebai mangkuk berayun tu, Zul Kulim.
Tapi cerita ni tak ada kena mengena dengan Lebai Zul Kulim kalau ada pun mungkin sikit saja bila aku buat penggulungan satgi masa ayat akhir. Cerita sensasinya adalah Pak Kadiaq atau nama resminya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah keluar Umno serta merta dan surat keluar partinya sekarang ini sedang terbang menuju ke Purtajaya ke hadhirat setiausaha agong parti putar alam Melayu tersebut, Tengku Nan.
Tengku Nan tentu puas hati sebab Pak Kadiaq ikut cakap dia yang bagi nasihat kalau Pak kadiaq tak puas hati atau tak suka dengan Umno elok dia keluar saja dari umno. Bagi Tengku Nan, hanya mereka yang suka hati dan selalu tersenyum simpul dan anguk ya ya ya pada semua Ketua berfahaman Feudal dalam Umno saja yang layak kekal dalam parti itu, yang lain bole blah...
Kesian juga aku pikirkan pada Pak kadiaq sebab ambil masa sampai 56 tahun bergelumang dalam lubang taik sebelum terloncat sambil tutup hidung dan menjerit..."puiiiih! apa bau busuk nihhhh!!!" lalu loncat keluaq dari lubang taik itu dan mula sedar...'ih ih ih, aku dok dalam lubang taik selama ni rupanya...'. Baguih la tu Pak kadiaq oooi sebab tiada ada erti lewat untuk berubah.
Yang aku hairan pulak adalah adanya seorang Lebai tu yang nampak macam ketagih nak cium bau taik dok pi himpit gesel-gesel kat lubang taik tu harap-harap ada orang keloi dia terjun masuk. Hang pa tau la sapa yang aku maksudkan...
Tahniah Pak kadiaq.
Haji Hadi tergelincir dari landasan Islam sebenar - Prof Mahmood Zuhdi
Sebelum ini Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi mengeluarkan kenyataan yang ketika itu turut sama dihadiri oleh Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz. Kenyataan tersebut menyentuh mengenai hubungan kerjasama antara orang Islam dengan orang Yahudi.
Menurut pendapat Haji Hadi dan ia mewakili pegangan Pas, adalah tidak salah untuk umat islam bekerjasama dengan orang Yahudi terutamanya dalam hal ehwal ekonomi asalkan Yahudi tersebut bukanlah kumpulan Zionis.
Apa saja pendapat Tuan Guru Haji hadi sudah tentu adalah pendapat yang telah difikirkan secara mendalam dan mempunyai hujah-hujahnya yang tersendiri. Takkan kita nak mempertikaikan ilmu yang dimiliki oleh Tuan Guru Haji Hadi kerana semua orang tahu dalam bab agama dia memang banyak ilmu.
Cuma sehebat manapun ulama dia tak akan tercicir daripada melakukan kesalahan. Dalam mengeluarkan pendapat sudah tentu dia sekali sekala akan terpengaruh dengan keadaan semasa dan keperluan yang mendesak mengikut suasana atau dengan siapa dia berkawan.
Mungkin itu yang dimaksudkan oleh Prof Mahmood Zuhdi ketika memberikan komen bahawa kenyataan Presiden Pas itu hanya mengelirukan umat Islam dan seterusnya memecah belahkan umat islam khususnya di negara kita.
Prof Mahmood Zuhdi terkejut dengan kenyataan Haji Hadi kerana sepanjang prof mengenali beliau, Haji Hadi merupakan seorang yang tegas dengan pendiriannya. Tetapi kini dia nampaknya seperti tunduk kepada pemimpin yang sokong mush Islam. Haji Hadi menurut prof hanya mahu mengambil hati pemimpin tertentu.
Nasihat Prof Mahmood Zuhdi pada Haji Hadi adalah agar bercakap benar walaupun pahit dan tidak gentar sokongan politik untuk pilihanraya akan datang semata-mata demi perjuangan agama.
Kenyataan seperti itu yang dibuat oleh Prof Mahmood Zuhdi tentu akan mengundang kecaman hebat daripada para penyokong Pas. Tambahan pula Prof kini dah bergelar Datuk dan dalam masa yang sama beliau merupakan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), tentu akan ada kecenderungan mengatakan prof telah dibeli oleh musuh Pas.
Bagi aku, Prof Mahmood Zuhdi bukan calang-calang orang dan tidak pernah aku menyesal membaca segala tulisannya maupun segala wawancara dengan beliau. Ilmunya amat mendalam dan kefahamannya dalam pergolalakan politik dunia amat luas. Perinciannya dalam kemasyarakatan juga amat mengkagumkan aku.
Dunia akedemik memaksa beliau menjadi begitu. kalau dia berhenti mengkaji dan berfikir sudah tentu title prof dia tak laku dan sia-sia duduk dalam dunia akedemik. Jadi kalau begitu komen prof terhadap kenyataan Haji hadi aku rasa kenyataan beliaulah yang lebih afdal diterima.
Berbalik pada kenyataan Haji Hadi pulak aku rasa ia merupakan jawapan spontan yang lebih bermotifkan politik. Itulah dilemanya ulama berpolitik, yang mana mereka terpaksa mengeluarkan pendapat agar ianya seimbang demi kebaikan agama itu sendiri dan dalam masa yang sama mendatangkan juga faedah kepada politiknya.
Bab Yahudi sebagai agama dan sebagai bangsa ini dicampurkan pulak dengan golongan Zionis pada zaman kita ini adalah satu bab yang complicated yang tidak boleh dikeluarkan pendapat sembrono, ia adalah bab politik antarabangsa dan melibatkan hal ehwal dunia dan telah bercampur aduk sekali dengan masalah kemasyarakatan, ekonomi dan agama di muka bumi ini sekarang, jangan dok bagi pendapat semberono....itu saja.
'Anda memilih kawan yang sama citarasa' atau 'anda ikut citarasa kawan yang anda pilih' : Mana satu?
- Samada kita perasan atau tidak majoriti daripada kawan-kawan kita yang rapat mempunyai citarasa atau ciri-ciri yang lebih kurang sama. Itu sebabnya kita selesa bersama dengan mereka.
- Sebagai contoh kalau kita kaki berniaga, kita akan dikelilingi kawan dari kalangan peniaga. Kalau kita kaki perempuan, kita akan dikelilingi kawan dari kalangan kaki perempuan. Kalau kita fanatik Pas kita akan dikelilingi kawan dari kalangan peminat Pas dan seumpamanya.
- Persoalannya kenapakah jadi begitu? adakah kita biasanya akan mencari kawan sejenis dengan kita saja atau kita cenderung meniru kecenderungan kawan kita?
- Kajian yang telah dijalankan menunjukkan kita sebenarnya bermula dengan mencari kawan-kawan yang lebih kurang sama dengan diri kita dan biasanya akan menjauhi mereka yang ciri-cirinya tak berapa sama.
- Kajian nya ada terlulis di buku ini.















