Pages

Monday, 31 December 2012

Seronokkah anda Melayu jadi warga kelas 3?

Orang Melayu seperti saya:

  • Yang tinggal di Tanah Melayu, sejak lama dulu. Sebab itu tanahnya dinamakan sempena nama bangsa kita.
  • Yang diperintah oleh Champion World Heavyweight pembela bangsa-bangsa Melayu (UMNO)
  • Yang mempunyai seramai 9 Raja dan Sultan lengkap berkeris dan berdaulat yang sejak datuk nenek kita dulu menjadi ketua pembela agama dan hal ehwal kehidupan adat resam kita.
  • Yang punyai berbagai keistimewaan seperti mana yang dijanjikan oleh pembela mereka (UMNO)
  • Yang cukup taat pada Raja-Raja mereka (diketuai oleh JATI, PERKASA Dll)
  • Dan banyak lagi keistimewaan lain
Orang Melayu itulah kini menduduki status warga kelas 3, paling hina berbanding 3 bangsa utama lain yang ada turut sama menumpang Tanah Melayu iaitu India, Cina dan Melayu.

Walau bagaimanapun mungkin anda Melayu boleh berbangga kerana ramai yang mewarisi kepahlawanan hang Tuah dengan menjadi Polis, Tentera, Bodyguard dan lain-lain seumpamanya.

Walaupun orang kaya tersebut adalah Cina atau India, wajib pengawal peribadinya atau lebih dikenali sebagai machai adalah dari kalangan orang melayu. Kerana bangsa kita amat setia seperti hang tuah yang tetap taat hatta pada raja yang mangkaq!.

Sekadar luahan saya setelah membaca tulisan A kadir Jasin

Sunday, 30 December 2012

Untuk tatapan penyumbang Maahad Tahfiz Tg Karang

Hari pertama kami melihat keadaan surau dan sekolah Maahad Tahfiz Khalifah Abd Khalip, terasa berat untuk menjayakan semula Maahad yang telah mati akibat bencana kebakaran yang telah melanda. Ini memandangkan proses untuk memulihkannya agak panjang iaitu:

Rupa asal surau
  • Cari duit atau dana bagi memulihkan bangunan:
    • Surau - Kos RM30,000 ++
    • Sekolah - Kos RM150,000 ++
  • Cari kontraktor yang sanggup buat kerja berkualiti dengan harga yang rendah.
  • Cari kontraktor untuk membuat semula segala pendawaian elektrik
  • Mengejar masa agar surau siap dipulihkan pada bula December 2012 agar dapat digunakan pada bulan Januari 2013
  • Membuat aktiviti pemasaran mendapatkan pelajar, pengajar dan dana bagi menaja pelajar.
Namun dengan usaha semua yang terlibat dan sumbangan daripada pembaca blog dan kawan-kawan, maka terlaksana sudah satu tapak bagi memulihkan semuala Maahad Tahfiz tersebut.

Dalam kemalasan menulis blog dengan isu-isu politik sekarang ini dan berhasrat untuk merundur saja daripada aktiviti blogging politik, nampaknya masih ada guna gunannya blog ini.

Ia masih boleh dijadikan landasan bagi penulis berbuat khidmat bakti pada masyarakat dengan menghidupkan semula usaha agama dengan tindakan dan bukannya hanya bercakap.

Berikut di bawah saya paparkan perbezaan surau daripada keadaan asalnya berbanding sekarang untuk tatapan semua. Kini segala usaha sedang giat dijalankan untuk mengisi pelajar pertama yang kami sasarkan seramai 20 orang sahaja.

Jumlah pelajar yang akan mendaftar pada Januari 2013 kini hanya seramai:
  • 6 orang daripada usaha promosi, iklan dan temuduga.
  • 4 orang akan diambil daripada anak yatim
  • 10 orang masih kosong....
Bagi mereka yang ada anak, kenal mereka yang ada anak dan mahukan anak mereka belajar disekolah Tahfiz ini boleh hubungi pihak pendidikan tahfiz di sini untuk maklumat lanjut.

Kawasannya dipenghujung kampung yang dikelilingi sawah padi cukup sesuai untuk belajar agama. Di situ ada kedamaian dan udaranya masih segar dan nyaman.

Walau bagaimanapun cabaran masih belum berakhir kerana bangunan asal sekolah masih perlu dipulihkan dengan kos yang tinggi, iaitu RM150,000 ++.. Jika ada yang diberikan hidayah oleh Allah untuk mengirim dan menyimpan harta atau wangnya di akhirat melalui menyumbang pembinaan dan seterusnya membesarkan Maahad ini, bolehlah masukkan derma anda di akaun ini. Jangan lupa sms ke 019-226 0807 jika anda telah masukkan sumbangan.



Rupa terbaru!


Solat pertama setelah siap baik pulih...!

Friday, 28 December 2012

Status terbaru umat Islam di dunia

Agama Islam merupakan agama nombor satu yang paling pantas berkembang di Britain dan juga Amerika Syarikat. Semakin umat Islam ditekan dan dianaktirikan semakin ia berkembang.

Di Malaysia pula ada pihak yang sibuk menakut-nakutkan umat Islam kononnya mereka akan lenyap dan pupus. Maka berbagai usaha digembar gemburkan bagi menghalang orang Islam daripada terdedah dengan agama lain terutamanya Kristian.

Tetapi yang peliknya budaya merayakan apa saja perayaan agama yang dianuti oleh berbagai penduduk Malaysia tidak dilihat sebagai satu ancaman. Kerajaan menggalakkan kongsi raya untuk keseluruhan  rakyatnya dengan alasan saling hormat menghormati.


Jika difikirkan secara logik, membaca bible dalam bahasa Melayu tidaklah seteruk turut merayakan perayaan Krismas oleh orang Melayu. Hakikatnya terlalu kecil orang Islam di negara kita yang gemar membaca. Untuk umat Islam negara kita membaca terjemahan tafsir Quran sahaja teramatlah sedikit, apatah lagi nak baca terjemahan Bible.

Dalam kesibukan kita menghalang atau menyekat usaha dakyah agama lain dari mengacau umat Islam di negara ini, negara yang terbuka tanpa ada apa sekatan terhadap agama pula menunjukkan perkembangan Islam yang tinggi.

Kristian atauYahudi tidak akan henti mendakyahkan fahaman atau pengaruh mereka pada semua manusia terutamanya umat Islam. Mengetahui itu, kita sepatutnya meningkatkan pengetahuan Islam di kalangan rakyat. Kita juga perlu megukuhkan benteng akidah umat Islam. Apa saja kekangan yang kita buat musuh tak akan putus asa melakukan usaha mereka.

Mari kita lihat data terbaru umat Islam di dunia:
  • Umat Islam kini merupakan jumlah penduduk nombor dua paling besar di dunia dengan jumlah penganut seramai 1.6 billion. Ia bersamaan dengan 23% penduduk dunia
  • Majoriti umat Islam berfahaman Sunnah iaitu antara 87% ke 90%
  • Fahaman Syaih merangkumi antara 10% ke 13% umat Islam
  • 2/3 dari umat Islam tinggal di 10 negara berikut:
    • Indonesia (13%),
    • India (11%),
    • Pakistan (11%),
    • Bangladesh (8%),
    • Nigeria (5%),
    • Egypt (5%),
    • Iran (5%),
    • Turkey (5%),
    • Algeria (2%) dan
    • Morocco (2%).
Kalau nak tahu lanjut sila baca sini

Sunday, 23 December 2012

Zainuddin Maidin takut pada orang di belakang Anwar Ibrahim!

Setelah dikritik dengan hebat oleh orang Indonesia kerana menghina bekas Presiden mereka sebagai 'anjing imperialisme', Zam tak henti-henti menulis tentang isu Malaysia-Indonesia.

Beliau cuba merasionalkan kebenciannya pada Anwar Ibrahim dan juga hubungan rapat ketua pembangkang tersebut dengan pemimpin Indonesia dengan berbagai logik yang semua orang tahu. Kali ni dia merepek kononnya ada bayang hitam berdiri di belakang Anwar Ibrahim! bayang itulah yang ditakutinya...macam tok moh pulak orang tua mamak ni.

Semua orang tahu golongan kapitalis global yang bertuhankan kekayaan dunia sanggup buat apa saja untuk menambahkan kekayaan mereka. Begitu juga golongan kapitalis dan politikus Malaysia yang rakus, sanggup berbuat apa saja demi membuncitkan poket duit mereka.

Dalam Zam sibuk menuding jari ke arah kapitalis, samseng global yang mengaut keuntungan hasil keringat manusia lain, Zam macam terlupa golongan yang sama yang bergerak secara local di negara sendiri mempunyai perangai yang saling tak tumpah seperti master mereka di luar sana.

Kita menentang kesemua golongan tersebut tanpa ada double standard samada ianya global ataupun local. Sesiapa saja yang beriltizam untuk berkerja keras menjayakan hasrat itu sudah seharusnya diikuti oleh rakyat jelata demi membebaskan kita dari belenggu kebodohan.

Apasal TG Nik Aziz takda dalam senarai?

Baru-baru ni ada disenaraikan 10 manusia paling berpengaruh di Malaysia. Senarai tersebut merupakan hasil bancian terhadap orang ramai yang memilih nama-nama individu di negara kita menurut pendapat masing-masing siapa yang paling berpengaruh.

Hasil daripada bancian tersebut maka terkeluarlah senarai 10 nama mereka yang telah saya masuk dalam entri blog ini baru-baru ini.

Apa yang menarik, sebagaimana sudah saya jangkakan adalah timbulnya soalan kenapa tiada nama seperti Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Azhar Idrus, Anwar Ibrahim dan lain-lain. Bagi mereka yang mempertikaikan senarai tersebut, nama-nama besar yang tertinggal itu tidak sepatutnya tiada.

Lantas keluarlah ejekan pada senarai yang ditujukan pada saya, seolah-olah saya yang keluarkan senarai itu. Walaupun sudah diterangkan dalam entri itu bahawa ia senarai daripada bancian dengan saya sertakan sumbernya.

Apa yang dapat dirumuskan adalah perangai orang kita yang tidak sedar tertanamnya akhlak Fanatik di dalam jiwa sehingga terus naik angin sehingga menutup akal kewarasan dalam diri. Memang begitulah sifat mereka yang fanatik.


Jika dilihat dan difikirkan secara kritis, kita tidak dapat mengawal pendapat orang ramai dalam sebarang keadaan. Apa yang dapat kita lakukan hanyalah mengetahui apakah statistik pendapat terhadap sesuatu pertanyaan lalu keputusan tersebut dikaji sebagai landasan untuk kita bekerja mendapatkan strategi mengubah pendapat yang kita rasakan salah.

Walau bagaimanapun, memandangkan ramai daripada kalangan rakyat kita lemah matematik, maka perkataan statistik sahaja membuatkan mereka rasa meloya nak muntah. Ini membuatkan mereka tak faham apa yang dikatakan sebagai keputusan bancian.

Ramai yang tidak dapat membezakan apa bezanya antara pendapat individu atau diri sendiri dengan pendapat masyarakat secara koleksi. Maka tidak hairanlah kita sering berjuang menyebarkan dakwah atau fahaman kita secara semberono dan tidak menepati kehendak orang ramai!!!

Secara peribadi saya sendiri tertanya juga kenapa tiada nama seperti TG Nik Aziz, Anwar Ibrahim dan lain-lain sedangkan kita merasakan mereka sepatutunya berpengaruh. Dari situ timbullah beberapa kemungkinan yang perlu diselidiki seperti timbulnya persoalan seperti:

  • Apakah senarai tersebut diisikan oleh orang berbagsa Cina sahaja?
  • Jika ya, berkemungkinan nama seperti Ustaz Azhar Idrus tidak dikenali dan dianggap penting oleh sebilangan besar masyarakat Cina.
  • Adakah sumber pembanci iaitu Malaysia Digest merupakan portal yang dibaca oleh majoriti orang BN
  • Dan lain-lain lagi....
Jika kita berfikir secara kritis, banyak yang boleh dipelajari daripada hasil setiap kajian. Malangnya ramai yang tidak faham apa itu statistik hasil daripada bancian. Apatah lagi jika kita terangkan konsep strata dalam membentuk bahan kajian dan lain-lain...wallahu'alam, moga ada yang mendapat pelajaran...

Saturday, 22 December 2012

Muhyiddin mencabar kewibawaan Najib !

Lihat gambar Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengepalai solat berjemaah di atas.

Memang biasa bagi orang islam lelaki menjadi imam. Apatah lagi jika lelaki itu seorang pemimpin sebuah negara yang mendakwa negara mereka adalah negara Islam, tentulah menjadi harapan pada rakyatnya yang beragama Islam agar pemimpinnya menjadi Imam dalam solat-solat berjemaah.

Tentu juga menjadi harapan rakyat agar pemimpin-pemimpin besarnya merupakan muka tetap pergi menunaikan solat berjemaah terutamanya solat malam seperti magrib atau insya. Takkan asyik meeting tak habis-habis sampai tak ada masa nak solat berjemaah di masjid sekurang-kurang sekali dua dalam seminggu? apa bagus sangatkah dunia yang kamu kendalikan itu?

Apapun, dalam gambar di bawah ternyata Muhyiddin sedang memberikan mesej jelas pada Bossnya bahawa dia lebih layak menerajui sebuah negara yang didakwa sebagai negara Islam. Itupun jika dalam masa terdekat ini, Najib tidak berjaya menayangkan dirinya sedang mengepalai solat insya di mana-mana surau.

Teringin rasanya nak dengar Najib baca surah Fatihah dan surah lazim ketika mengimami solat magrib atau insya. Asyik dengar dia berucap dengan penuh bersemangat dah biasa sangat, apa salahnya sekali sekala mendengar dia bersolat sambil memperhambakan dirinya pada Allah pula?

Sumber gambar: http://wasukalu.blogspot.com/2012/12/gambar-muhyiddin-imamkan-solat-tersebar.html

Wednesday, 19 December 2012

10 manusia paling berpengaruh di Malaysia !

Tak tahu macam mana mereka menilai setiap nama yang disenaraikan di bawah, tetapi berdasarkan bancian berikut di bawah adalah senarai 10 manusia yang paling berpengaruh di negara kecil berjiwa besar...Malaysia.

Anda boleh saja bersetuju atau tidak bersetuju langsung dengan senarai yang dikeluarkan ini. Tetapi adalah lebih menarik jika anda tidak bersetuju dan tinggalkan komen dengan sertakan nama mereka yang anda anggap lebih berpengaruh.

Undang-undangnya adalah, orang yang anda sebutkan tidak boleh samada Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Lihat senarai di bawah (nota kat hujung adalah komen saya):


  1. Lim Guan Eng - Cina ni memang banyak pengaruh ramai yang benci dan ramai yang puji tapi orang tak henti cakap tentangnya setiap hari. As a Malaysian I respect his achievement. Buat as a Muslim I wish to replace him as Penang's Ketua Menteri
  2. Lee Chong Wei - Cina nipun semua orang kenal termasuklah kanak-kanak sekolah tak kira bangsa
  3. Khairy Jamaluddin - Dia ni tak sepatutnya ada dalam senarai, tapi perlu diakui semua orang kenal dia.
  4. Mukhriz Mahathir - Sukar untuk anak Mahathir keluar dari bayangan bapanya
  5. Raja Petra Kamaruddin - Dia ni kuat merapu dan rasa dia saja yang betul dalam dunia ni. Namun begitu ramai yang mengenalinya secara peribadi memuji kesopanannya melayan orang.
  6. Syed Mokhtar Al-Bukhary - Ramai yang tak berapa suka dengan Melayu paling kaya ni, tapi dia tetap terpuji dengan sumbangan serta aktiviti dermawannya. Lagipun dia cekap merebut peluang. Memang patut dia kaya!
  7. Tony Fernandes - From nowhere, this entertainment boy become a living legend in our country eventhough dia tak reti cakap melayu. Proud to be Malaysia eventhough I speak no Malay...
  8. Vincent Tan - Memang ramai yang terperangkap dengan jerat perjudian y7ang taukeh judi ni pasang
  9. Zeti Akhtar - Ramai yang puji Anak Mat Saleh ni, aku lemas perut dengar dia cakap Melayu. Mungkin sebab tu dia baguih kot...sebab dia fikir dalam bahasa England!
  10. KRU Brothers - Majoriti rakyat Malaysia suka hiburan terutamanya melayu, jadi pelik kalau tak kenal Geng sKRU ni !
Nak tau cerita penuh baca kat sini

Tuesday, 18 December 2012

PDRM guna Ninja 250 !

Motor Ninja ni pernah menjadi idaman semasa remaja dulu. Teringin nak beli dan pakai tapi duit tak ada. Jika ada di kalangan mat rempit atau peminat motor yang berminat miliki sebuah motor Kawasaki Ninja 250 ni, ada cara mudah tak perlu ada duit untuk dapatkannya.

Caranya dalah dengan menyertai pasukan Polis Di Raja Malaysia. PDRM kini menggunakan Ninja 250 sebagai motor buat mereka meronda mencegah jenayah trafik dan lain-lain. Baca sumber

Monday, 17 December 2012

Terakam gambar Malaikat di Masjid Nabawi...?

Lihat rakaman yang diselitkan dibawah. Ia dikatakan susuk tubuh malaikat yang menjelma sebagai manusia yang bercahaya. Susuk tubuh itu sedang kyusuk mendengar Khutbah jumaat di Masjid Nabawi.

Apa pendapat anda terhadap rakaman tersebut? ada yang sebaik saja melihatnya terus menafikan bahawa ia adalah gambar malaikat. Ada juga yang berkata ia adalah rakaman Jin dan ada juga yang berpendapat ia adalah buat-buatan.


Walau apapun kata orang, anda sendiri yang perlu memutuskannya. Persoalannya adalah samada anda percaya kewujudan Malaikat atau tidak? kalau percaya maka anda tentu juga percaya bahawa Malaikat boleh menjelmakan dirinya sebagai manusia.

Friday, 14 December 2012

Hati-hati! perempuan boleh kesan lelaki curang!

Bolehkah anda mengesan seseorang lelaki itu telah berlaku curang dengan hanya melihat gambarnya sahaja?

Jika anda seorang lelaki, kemungkinan besar, anda tidak dapat melakukannya dengan baik. Tetapi tidak bagi seorang perempuan.

Kajian menunjukkan perempuan yang hanya diberikan gambar sekumpulan lelaki yang diketahui berlaku curang dan tidak curang dapat membezakan mana yang curang di antara mereka.

Bagaimana perempuan punyai keistimewaan tersebut tidak dapat dipastikan lagi. Berkemungkinan faktor kejantanan yang menjadi daya tarikan pada seseorang lelaki menjadi faktor telahan mereka.


Lelaki yang terserlah kejantanannya dapat dinilai oleh wanita. Kaum wanita biasanya lebih tertarik pada lelaki yang terserlah kejantanan mereka. Oleh itu kemungkinan mereka yang jantan berlaku curang adalah lebih besar daripada mereka yang kurang serlah kejantanannya.

Walau bagaimanapun, kehebatan wanita dalam mengesan lelaki yang curang amat menakjubkan. Tetapi apa jadipun, samada mereka boleh kesan atau tidak boleh kesan, seorang jantan tidak sepatutnya berlaku curang! Lebih elok buat secara halal dengan berkahwin.

Kalau berkahwin pulak elok diberitahu, kerana biasanya isteri anda sentiasa dapat mencium bahawa suaminya ada pasang satu lagi isteri dengan hanya melihat mata anda!!!

Sumber


Wednesday, 12 December 2012

Awas lelaki pakai seluar dalam ketat!!!

Kajian terhadap lelaki seramai 26,000 orang yang dilakukan dari tahun 1989 sehingga 2005 menunjukkan jumlah sperma pada kaum lelaki semakin berkurangan sehingga 1/3. Ini mengundang risiko mandul kepada kaum lelaki. Ia adalah satu masalah kesihatan yang serius!

Antara punca yang dikenal pasti adalah:

  1. Pemakanan tak betul
  2. Gaya hidup tak sihat
  3. Seluar dalam yang terlalu ketat!.
Dalam kesemua punca di atas, hanya satu yang cukup mudah untuk diatasi oleh kita kaum lelaki...tak payah pakai seluar dalam!!!

Ayuh semua, mari kita mula amalkan sekarang untuk tidak memakai seluar dalam sekerap mungkin!


Thursday, 29 November 2012

Rahsia kejayaan Syed Mokhtar Al-Bukhary

Semua orang kenal Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang melayu paling kaya di Malaysia. Jumlah kekayaannya berbillion-billion ringgit. Itu berdasarkan nilai harta yang dikuasai oleh beliau di syarikat-syarikat yang dipasarkan di bursa saham.

Satu perkara menarik yang saya petik dari buku terbaru mengenai biography Syed Mokhtar adalah kenyataan berkenaan kekayaan yang dia ada sekarang.

Beliau berkata dia diketahui ramai sebagai orang Melayu paling kaya hanyalah disebabkan syarikat milikannya di bursa saham, sedangkan lebih ramai orang Melayu lain lagi yang jauh lebih kaya berbillion-billion daripadanya.

Apa yang kita boleh faham dari kenyataan Syed Mokhtar tersebut adalah terdapatnya ramai orang Melayu lain yang samada sama kaya atau lebih kaya daripadanya. Mereka tidak di ketahui ramai dan hidup low profile tanpa glamour....siapa agaknya mereka-mereka itu?

Baca rahsia kekayaan Syed Mokhtar di sini.

Wednesday, 21 November 2012

Doa hancurkan BN

Ya Allah ya Tuhanku! kau kalahkan BN pada PRU-13 yang akan datang nanti. Kalahkan mereka sekalah-kalahnya kerana mereka nampaknya macam juah sejak tak pernah kalah dari zaman merdeka dulu. Berikalah pada mereka pengajaran yang setimpal agar baru padan muka mereka!

Salah ke doakan macam kat atas tu? kenapa sibuk-sibuk sangat semua orang komen kononnya agama Islam mengkhaskan doa hanya untuk memohon kebaikan? memanglah doa macam kat ats tu mohonkan kebaikan agar mereka yang juah bongkak dan sombong menerima pengajaran setimpalnya....!

Monday, 19 November 2012

Masalah Tulang? - Jumpa pakar tulang tradisional Cina

Lorong 1, Kg Ungku Mohsin, Johor Bahru, Johor.

Ini alamat paling mudah untuk berjumpa Pakar Tulang Tradisional berbangsa Cina. Dari kecil sehingga besar kini, kami sekeluarga masih setia berkunjung ke sana jika terdapat kecederaan tulang; terseliuh, terpatah atau sebagainya.

Saya sempat bertanyakan Sifu Cina tersebut, sudah tua tapi masih berbadan sasa seperti pelakon kungfu cina, manis dengan senyuman, dan memang hebat, dia mengatakan bahawa rumahnya sendiri yang dijadikan pusat tumpuan telah beroperasi sejak 1963.


Kini, anak-anaknya juga membantu dan mempunyai bakat yang sama, tetapi bapanya tetap menjadi pilihan kami sekeluarga. Rasa-rasanya, pakar tersebut terkenal di seluruh Johor especially di kalangan orang cina.

Malah ramai juga pengunjung dari negeri lain yang mencuba rawatan di sana. Bukan sahaja cina, malah Melayu, India dan juga warga asing dari Indonesia dan Singapura juga mendapatkan rawatan di sana.

Harga rawatan juga tidak mahal. Jika mendapatkan rawatan membetulkan keadaan tulang sahaja, harganya sekitar RM15. Manakala jika ditampal dengan ubat-ubatan herba cina, harganya sekitar RM20-25. Dan rawatannya selalunya memuaskan.

Percaya atau tidak, Uncle tersebut boleh mengesan kedudukan tulang yang tidak stabil dalam badan hanya dengan memegang kawasan tersebut yang sakit, dan memberitahu pesakit sambil sempat mengusik. Dan cara yang dilakukan dengan menarik kawasan tersebut dengan kuat, sekaligus membetulkan keadaan tulang yang tidak tepat.

Oh ye..paling hebat... rawatan itu diadakan di hadapan orang ramai yang menunggu giliran untuk rawatan mereka. Terdapat juga pesakit yang boleh meminta special request untuk mendapatkan rawatan di dalam bilik (contohnya Muslimah yang menjaga aurat).

Ini bukan promosi, tapi sekadar berkongsi, kerana rasa-rasanya Uncle tersebut tidak pernah langsung promosi di alam maya, dan kemahirannya sangat diakui. Jika anda ingin mendapatkan rawatan, sila ambil nombor giliran dengan cepat kerana kebiasaannya jam 8 pagi, angka giliran sudah mencecah angka 30 dan terpaksa menunggu lama.

Usaha dalam menjaga kesihatan dibolehkan di mana-mana sahaja selagi mana tidak melanggar hukum syara'. Boleh lihat gambar-gambar di bawah, ada pesakit India, Cina, dan Melayu. Gambar diambil dari jauh kerana tidak mendapat kebenaran pesakit, hehe..maaf ye..



Sumber

Wednesday, 14 November 2012

Terima kasih pada semua yang menyumbang!

Kerja-kerja membaik pulih surau di Maahad Khalifah Abd Khalip Tanjung Karang sedang giat dijalankan hasil dari wang terkumpul yang diberikan oleh:

  • Pembaca blog budiman
  • Orang perseorangan
  • Kawan-kawan
Kepada seua yang menyumbang terima kasih diucapkan dan moga Allah kurniakan barang yang jauh lebih baik daripada apa yang anda telah lakukan. Pada yang bersimpati dan mendoakan juga moga mendapat rahmat daripada Allah Taala.

Duit yang ada cukup untuk urusan baik pulih surau namun masih tak cukup untuk membaik pulih bangunan sekolah. Insyallah usaha masih dijalankan bagi mengumpulkan dana biki bangunan sekolah yang bakal menelan belanja sebanyak RM150 ribu.

Selain daripada orang perseorangan, syarikat dan kawan-kawan, permohonan bantuan juga sedang diusahakan daripada lembaga zakat, majlis agama dan lain-lain. Mohon doa dari semua agar usaha ini berjaya. Insyallah!

Untuk melihat perkembangan surau yang sedang dibaiki tersebut sila klik di sini.

Thursday, 8 November 2012

Melayu boleh murtad, Cina pun boleh!

Macam mana nak masuk Islam?, mengucap dua kalimah syahadah dan beriktikad bahawa Tiada Tuhan yang layak aku memperhambakan diri dengan penuh ekstrem selain daripada Allah, dan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atasnya) adalah Rasul Allah. Maka jadilah orang itu muslim.

Macam mana pulak nak keluar Islam?. Mungkin ada yang berpendapat tak boleh memandai hukum orang kafir atau murtad kerana itu urusan Allah. Pendapat sebegitu cukup popular di negara kita. Terutamanya mereka yang rasa gerun menghukum kafir pada saudara lain yang dianggap muslim.

Walau apapun pendapat orang lain. Saya tetap dengan pandangan jika berlaku mana-mana daripada 3 perkara berikut di bawah, dan ia terang berlaku di depan anda, maka selayaknya anda menghukum orang tersebut kafir. namun itu bukan bermakna anda layak menghukum kesalahan murtad tersebut kerana ianya adalah urusan pemerintah.


Anda, samada Melayu, Cina, Arab, Turki, India, atau apa jenis bangsa sekali pun memang boleh katuh murtad. Bukan bermakna anda dibolehkan untuk murtad, tapi memang jika anda masuk Islam, maka anda juga boleh keluar Islam dengan melakukan salah satu daripada 3 perkara berikut:

  1. Perbuatan. Apa saja aksi yang menghina Allah, Rasul, atau apa-apa saja yang menyentuh hal ehwal agama. Contohnya memijak naskah Al-Quran. Atau sujud pada Tokong Hindu yang anda terserempak samada sengaja atau tidak (melainkan akal tak waras).
  2. Perkataan. Kata apa saja perkataan yang menghina dan bertentangan dengan agama seperti mencarut pada Tuhan, melawak tuduh kawan terlalu busuk hingga Tuhan pun tak sanggup bau dan lain-lain seumpamanya.
  3. Kepercayaan. Ini tak perlu diterangkan sebab anda sendiri tahu apa yang anda percaya. Jika anda percaya Tuhan serupa macam makhluk atau anda percaya Syaitan lebih kuat dari Allah sebab berjaya sesatkan orang sedangkan Tuhan mahukan semua orang jadi baik dan lain-lain seumpamanya.
Kalau saya dengar lihat atau tahu sesiapa saja yang di ketahui muslim melakukan salah satu daripada yang disebutkan di atas, confirm saya declare makhluk tu kafir tanpa ragu tanpa belas kasihan samada dia suka atau tak suka, samada orang lain nak marah kat saya dan tuduh memandai hukum orang kafir dan sebagainya, lantak kau oranglah sebab saya berpegang teguh dengan perkara tersebut.

Panjang mukadimah di atas! masalah sebenar hanyalah nak bagi tau, memang Melayu boleh murtad. kalau di negara kita, melayu lebih besar kemungkinan untuk murtad berbanding cina sebab Melayu diketahui selama ini mengaku islam.

Walaupun hakikatnya majoriti besar yang mengaku Islam itu tak pernah solat atau  pandang remeh dengan ajaran agama. Tapi sebab kita dibesarkan dengan doktrin bahawa Melayu itu islam dan islam itu melayu, di negara kita maka, siapa saja melayu samada hina agama, tak tahu syahadah, tak reti sebut Allah, tak pernah tahu apa itu Tuhan dan lain-lain, kita tetap declare dia Melayu dan islam. itu cukuip pelik dan songsang.

Hakikatnya kita sudah lama mengamalkan ajaran tiada paksaan dalam beragama. Kita tak pernah perduli apa orang Melayu lain buat samada mereka amalkan islam atau tidak, samada sembah tokong atau kubur, kita lepaskan pada Melayu sebagai pilihan bebas mereka sendiri.

Begitu juga jika terdapat segelintir Melayu yang benar-benar mengamalkan islam, taat bersolat, taat berpuasa, taat membuat kebajikan dan taat berdakwah mengajak kebaikan dan mencegah kejahatan, itu pilihan bebas orang Melayu tersebut.

Namun kalau dihalusi, ada sedikit tidak bebas untuk melayu taat seperti itu menjalankan aktiviti dakwah mereka. Ada sedikit halangan bila ada segelintir melayu islam mahu mencegah kemungkaran. Alasan kenapa tindakan mereka itu tidak direstui adalah...jangan pandai-pandai menghukum, semua orang ada akal dan tahu menjaga dirinya sendiri. kalau ada artis nak tunjuk buah dadanya di atas pentas, tak payah hukum sebab semua orang bebas mengamalkan apa yang diyakininya....maka sebab itu, Melayu yang Taat itu akan disuruh berhenti dari menjadi Mufti. Alahai politik....! tak habis

Sunday, 4 November 2012

Elak strok: Makan ikan lebih baik daripada makan 'fish oil'

Kajian yang dilakukan yang melibatkan 800,000 orang di 15 buah negara mendapati mereka yang makan ikan sebanyak 5 ke 8 kali seminggu mampu menurunkan risiko kena serangan strok sebanyak 12%.

Makan ikan terutamanya ikan yang berlemak jauh lebih baik daripada makan pil fish oil sebagai suplemen. Bagi mereka yang ada keturunan kena serangan strok perlu amalkan makan ikan dan kurangkan makan daging atau ayam.

Masalahnya sekarang, ramai daripada kita asyik makan ayam dan ayam saja di sebabkan harga ayam yang jauh lebih murah daripada harga ikan. Ikan kembung saja cukup mahal dan harganya semakin tahun semakin meningkat sedangkan ikan kembung merupakan salah satu jenis ikan yang menjadi menu utama rakyat kita dahulu.

Baca laporannya di sini

Friday, 2 November 2012

Pemimpin Pas mesti ulama, pemimpin Umno mesti Kaya?

Terfikir juga kenyataan Dr Asri yang menjadi isu besar terutamanya terhadap kepimpinan Pas apabila beliau risau dengan sikap segolongan ulama yang menjadi pemimpin. Jika seorang ulama dalam masa yang sama menjadi pemimpin politik, kuasa yang ada padanya terlalu besar dan jika disalah gunakan amat bahaya.

Kuasa ulama amat besar terhadap pencinta agama. Segala kata-kata ulama menjadi nasihat pada mereka yang dahagakan tunjuk ajar para ulama. Kebiasannya kata-kata para ulama lebih berpengaruh daripada pemimpin politik atau pemerintah.

Kuasa orang kaya yang memegang kuasa ekonomi juga tidak kurang hebatnya. Mereka mempunyai banyak pengaruh terhadap rakyat yang dahagakan kekayaan dan kesenangan dunia. Malah jumlah manusia yang dahagakan kekayaan dan menjadi pengikut tegar orang kaya amat ramai berbanding mereka yang dahagakan agama.


Bayangkan jika kita menggabungkan kedua-dua kuasa tersebut:

  • Ulama + Pemimpin politik
  • Orang kaya + Pemimpin politik
Barangkali untuk meredakan keadaan agar wujudnya keseimbangan antara kuasa politik dan kuasa agama atau ekonomi, kita perlu mengasingkan ulama dengan politik dan juga orang kaya dengan politik. Maka akan wujud 3 golongan kepimpinan yang saling semak dan imbang mengimbangi:
  • Ulama
  • Orang kaya
  • Pemimpin politik
Maka orang politik mestilah terdiri daripada mereka yang tak berapa ulama, tak berapa kaya dan sebenarnya golongan inilah yang menjadi majoriti rakyat di negara kita.

Wednesday, 31 October 2012

Hujah mangkaq Ketua Kanak-Kanak Umno (KJ) - Diketawakan YB Khalid

Setelah gagal mempertahankan amalan kronisma dalam pemberian konsesi penjanaan kuasa kepada syarikat IPP, Ketua Pemuda UMNO terpaksa menggunakan hujjah terakhir yang paling lekeh iaitu dengan menuduh PR bersikap hipokrit! Ini, menurutnya, adalah kerana kerajaan Negeri Selangor mempunyai saham sebanyak 25% dalam Genting Sangyen melalui anak sayrikatnya dan tidak menjualnya tetapi sebaliknya turut menikmati keuntungan dari konsesi yang dikutuk mereka.

HUJJAH KEBUDAK-BUDAKAN
Bila mendengar hujjah ini, saya tidak dapat menahan diri dari tergelak kerana teringat semasa zaman remaja apabila seorang rakan ditangkap guru kerana merokok dan dia memberi alasan kepada guru tersebut bahawa ramai lagi yang merokok juga! Begitulah bagi saya taraf hujjah yang dibawa Ketua Pemuda UMNO! Kalau sudah bersalah itu mengaku sahajalah dan terima sahajalah hukuman yang telah ditetapkan untuk kesalahan tersebut. Tidak perlulah menegakkan benang yang basah dengan membabitkan pihak lain.

Dia harus ingat, bahawa dia adalah Ketua Pemuda dan bukannya ketua remaja atau kanak-kanak UMNO. Maka perlu berhujjah atas dasar diberikan konsesi sedemikian rupa dan bukannya faktor sampingan seperti anak syarikat kerajaan Selangor ada saham!



Hakikat sebenarnya ialah saham kerajaan Negeri Selangor dalam Genting Sangyen telah dibeli pada zaman kerajaan UMNO/BN. Apabila PR mengambil alih, saham itu telahpun merupakan milik anak syarikat kerajaan Negeri Selangor. Mungkin sekiranya PR memerintah sebelum ini, semasa konsesi itu mahu diberi, maka PR tidak akan membelinya dan akan menentang pemberian konsesi tersebut di semua peringkat. Namun ianya telahpun menjadi milik anak syarikat kerajaan Negeri Selangor dan terpaksa menilai samada perlu menjualnya atau sebaliknya.

SEBAB PR MENENTANG KONSESI IPP: MENGUNTUNGKAN KRONI
Dalam membuat keputusan untuk menjual atau sebaliknya, maka perlulah mengambil kira sebab-sebab mengapa konsesi sedemikian rupa ditentang. Alasannya ada dua: 
  • Pertama, ianya mengkayakan kroni tertentu dengan memberi mereka layanan yang cukup istimewa dari segi harga dan jaminan keuntungan. Rakyat tidak mendapat sebarang manfaat.
  • Kedua, harga yang terhasil adalah tinggi dan ianya merugikan rakyat.

Apabila ditimbangkan, didapati bahawa dengan menjual saham syarikat tersebut, khususnya kepada pihak swasta, sekiranya ada yang berminat, maka ianya akan menguntungkan pihak swasta berkenaan. Pihak swasta atau individu tertentu akan menikmati keuntungan dari konsesi ini dan keuntungan tersebut tidak akan dinikmati rakyat sama sekali. Ini merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan bercanggah dengan pendirian PR!

Kita semua sedar dan faham bahawa PR menentang penswastaan ini di atas dasar ianya menguntungkan individu dan bukannya rakyat. Sekiranya konsesi tersebut diberi kepada mana-mana GLC, maka ianya mungkin tidak menjadi sesuatu yang boleh dianggap penyelewengan. Kemungkinan besar, harga pun akan lebih munasabah! Harga tinggi yang luar biasa diguna-pakai untuk konsesi ini kerana tujuan asal adalah untuk menguntungkan kroni. Ianya tidak ditetapkan atas dasar amalan serta pertimbangan komersial yang biasa.

Oleh yang demikian keputusan untuk tidak menjualnya kepada pihak swasta adalah keputusan yang konsisten dengan pendirian PR! Keuntungan akan dinikmati oleh syarikat milik kerajaan Negeri dan ianya dapat dipulangkan kepada rakyat negeri berkenaan. Ini adalah jauh lebih baik dari menjualnya kepada pihak swasta.

Walaupun masalah beban pada rakyat tetap tidak dapat diatasi, tidak wajar untuk kita melakukan kesalahan kedua dengan memperbanyakkan keuntungan kepada syarikat kroni! Pepatah Bahasa Inggeris menyebut, “two wrongs do not make a right” atau “dua kesalahan tidak menjadikan tindakan itu betul”. Pepatah ini adalah adik beradik dengan pepatah “syaitan yang dikenali…”

MEMUDAHKAN PENGAMBIL-ALIHAN
Pada masa yang sama, dengan kerajaan Negeri memiliki 25% saham dalam Genting Sangyen, ini akan memudahkan pengambil-alihan oleh kerajaan PR sekiranya berjaya membentuk kerajaan di peringkat Pusat. Ini adalah kerana kerajaan Negeri Selangor tidak akan berusaha untuk menggagalkan pengambil-alihan dengan menetapkan harga yang tinggi dan tidak munasabah. Oleh itu, penjualan saham berkenaan kepada pihak yang mungkin ‘antagonistic’ atau bermusuhan terhadap kerajaan PR boleh menyulitkan lagi usaha PR untuk menamatkan konsesi tersebut.

Walaupun kerajaan PR Negeri Selangor mendapat manfaat dari konsesi ini, PR akan sanggup menyerahkannya kepada pihak kerajaan Pusat untuk dimansuhkan konsesi tersebut kerana mementingkan rakyat dari segala yang lain. Ini terbukti dalam kes SYABAS! Walaupun kerajaan Negeri melalui KDEB mempunyai 30% saham dalam SYABAS, namun kerajaan negeri membantah kenaikan tariff air. Kenaikan harga menguntungkan KDEB tetapi kerajaan Negeri tidak mahu mendapat untung atas kesengsaraan rakyat.
Oleh itu, menambahkan saham dalam milik kerajaan adalah yang lebih wajar tetapi bukan sebaliknya.

TIADA YANG MINAT UNTUK MEMBELI
Saya juga turut dimaklumkan bahawa sebenarnya tiada pihak yang berminat untuk membeli saham Genting Sangyen tersebut pada ketika PR mengambil-alih kerajaan Negeri Selangor. Ini adalah kerana konsesi berkenaan hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi. Baki jangka masa yang pendek menyebabkan pelaburan dalam perniagaan berkenaan tidak begitu menarik.

Sebenarnya, sekiranya kerajaan Pusat memilih untuk tunggu sehingga tempoh konsesi tamat, maka 1 MDB boleh membeli loji penjanaan kuasa IPP Genting Sangyen dengan harga yang jauh lebih murah. Mungkin pembelian boleh dilakukan atas dasar ‘book value plus’ kerana keuntungan yang melimpah ruah telahpun diperolehi sepanjang tempoh 30 tahun yang asal!

Ini yang menimbulkan persoalan mengapa tempoh konsesi ditambah selama 10 tahun sempena pembelian oleh 1MDB dimuktamadkan. Harga yang ditawarkan mengambil kira tempoh konsesi tambahan. Ini jelas merupakan pengkhianatan terhadap kepentingan rakyat demi memberi harga tambahan kepada syarikat kroni dan memaksa 1MDB membelinya dengan harga yang tinggi.

Sambil hutang Negara membengkak, amalan kronisma tetap diamalkan BN tanpa segan silu.

KESIMPULAN
Jelas dari apa yang dibentangkan di atas bahawa tuduhan ‘hipokrit’ dan sebagainya yang dilemparkan terhadap kerajaan PR Negeri Selangor adalah tidak wajar sama sekali. Ianya hujjah yang ingin menutup kepincangan sendiri. Namun rakyat semakin sedar siapa sebanarnya yang ‘hipokrit’. Retoriknya ‘rakyat diutamakan’ tetapi rakyat ditipu disetiap persimpangan. Sekiranya PRU ke-13 membawa pembaharuan dan kerajaan PR memerintah diperingkat Pusat maka insyaAllah akan diperbetulkan segala yang diputar-belitkan sehingga rakyat akan sebenar-benarnya menjadi keutamaan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Isu penutupan AYSKL


ISU PENUTUPAN AYSKL

Yayasan Selangor (YS) akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, menggantikan AYSKL yang menelan belanja tidak kurang dari RM50juta(tidak termasuk kos tanah) dan tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur akan dibangunan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Kos pembinaan adalah pulangan dari memajukan tapak AYSKL dengan pendapatan keseluruhan tidak kurang dari RM300juta (in cash and kind).

Keadaan persekitaran dan kejiranan yang semakin dihimpit dengan pembangunan itu tidak lagi kondusif sebagai kawasan asrama.


Yayasan Selangor sedari dulu melaksanakan program-program pendidikannya tanpa mendapat geran peruntukan daripada pihak Kerajaan Negeri. Yayasan Selangor berpandangan, pengoperasian Asrama Pusat di dalam Bandaraya Kuala Lumpur memerlukan kos yang tinggi dan mempunyai beberapa kelemahan dan halangan seiring dengan pembangunan kawasan persekitaran asrama dan keadaan trafik masa kini. Sebagaimana sedia maklum, kawasan sekitar Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur sedang pesat membangun selari dengan pembinaan sistem jaringan MRT. Persekitaran ini tidak sesuai dan tidak kondusif bagi pelajar-pelajar menginap dan menjalani kehidupan di asrama serta mengikuti pembelajaran di kelas.

Sehubungan itu, Yayasan Selangor berpendapat, atas keperluan semasa, pengoperasian Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur tidak lagi kondusif dan ekonomik. Dengan pengekalan kuota di sekolah-sekolah premier melalui konsep pelajar berulang, Yayasan Selangor tiada kehilangan kuota pelajar, tetapi dengan lebihan peruntukan daripada penutupan pengoperasian Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur, ianya dapat menaja lebih ramai pelajar anak Selangor dengan konsep baru yang tidak memerlukan Yayasan Selangor mengeluarkan kos yang tinggi untuk pengoperasian seperti di Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (Asrama Pusat).
Penempatan semula pelajar akan ditempatkan di Asrama Pusat Yayasan Selangor di Klang dan Sabak Bernam ataupun Asrama Daerah  di seluruh negeri Selangor.
Pelajar-pelajar juga dibenarkan membuat pilihan sekolah daripada Asrama Pusat dan Daerah Yayasan Selangor kecuali pelajar memasuki Sistem Sekolah Berasrama Penuh Kementerian Pelajaran atau MRSM (bagi lepasan PMR).
Walaupun pelajar memilih berulang daripada rumah ke sekolah asal, pelajar masih diiktiraf sebagai pelajar tajaan Yayasan Selangor dengan kemudahan dikekalkan seperti biasiswa dan tuntutan kelas tuisyen.
Yayasan Selangor masih membuat pengambilan pelajar di sekolah ternama/premier di Kuala Lumpur dengan menawarkan pelajar yang berulang-alik daripada rumah sejak tahun 2012.
Selain itu, kemudahan sekolah di dalam Bandar dan luar Bandar ketika ini hampir tiada perbezaaan.

Tapak ATDI/ATPN (AYSKL) akan dimajukan kerana sebab-sebab berikut:

1.  Pelajar-pelajar di PJ menghabiskan banyak masa dalam perjalanan pergi/balik menaiki bas. Pelajar keletihan dan tidak dapat memberi tumpuan di sekolah mahupun semasa sesi ulangkaji di asrama.
2. Pada kebanyakan masa, disebabkan kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur, para pelajar hanya akan sampai semula ke asrama pada jam 8.30 malam dan terlepas solat Maghrib.

3.  Bangunan di sekeliling telah dan sedang diroboh dan akan dibangunkan sehingga menyebabkan keadaan persekitaran tidak lagi kondusif untuk pembelajaran.

4.  Aset YS di Kg. Pandan akan dimajukan untuk menambah dana bagi membantu membiaya lebih ramai pelajar yang layak dan memerlukan bantuan, selari dengan usaha YS membanyakkan Asrama Harian, Asrama Daerah dan mengecilkan Asrama Pusat.

5. Kos bagi menampung seorang pelajar di Asrama Pusat boleh membiaya 10 orang pelajar di Asrama Harian/Daerah.
6. Pelajar-pelajar yang berpindah adalah dengan persetujuan rasmi ibu bapa setelah dibuat penyelidikan yang teliti dan mengambilkira pandangan semua ibu bapa, di mana ibu bapa diberi pilihan sama ada hendak mengekalkan anak mereka di Asrama Pusat Yayasan Selangor AYSK, AYSSB dan Asrama Daerah atau berulang-alik dari rumah.
Semua pelajar masih diberikan kemudahan yang sama dan termasuk dalam Rancangan Khas Pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia-Yayasan Selangor yang dinikmati sebelum ini. Yayasan Selangor bertekad melipat-gandakan jumlah pembiayaan sehingga 5,000 orang pelajar, sejajar dengan pertambahan hasil pendapatan  daripada usaha memajukan tanah miliknya yang sedang dan akan terus dijalankan.
Yayasan Selangor sentiasa berusaha kuat untuk mengumpul pendapatan dan dana. Punca pendapatan ini adalah dari hasil sewaan ruang pejabat dan kediaman, projek usahasama, mengusahakan ladang kelapa sawit, pelaburan jangka pendek dan panjang, penyewaan kem-kem bina semangat dan sebagainya. Yayasan Selangor telah berjaya menjana pendapatan sendiri untuk perbelanjaan tadbir urus syarikat dan menjalankan aktiviti pendidikan dengan menaja pelajar-pelajar di asrama mahupun menaja pelajar-pelajar di menara gading, pelajar-pelajar dalam bidang kemahiran dan program-program modal insan.  Yayasan Selangor dalam usaha menjana lebih pendapatan agar lebih ramai pelajar dapat ditaja dengan projek pembangunan semula bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang, Kg.Baru, pembangunan tanah di Presint 7 Shah Alam dan pembangunan tanah di Kampung Pandan.
Perancangan pembelian rumah banglo berdekatan dengan SMK Assunta, SMK Sri Aman, SMK Bukit Bintang dan  SMK La Salle (semuanya terletak  di Petaling Jaya) tertakluk kepada kelulusan Jabatan Pendidikan Selangor untuk dijadikan Asrama Harian telah ditolak mentah-mentah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Yayasan Selangor juga telah berusaha memohon berkali-kali untuk mendapatkan tempat di asrama SMK Victoria dari pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan bagi mengisi 260 tempat kosong untuk menempatkan pelajar tajaan Yayasan Selangor di SMK Victoria, SMK St John, SMK Aminuddin Baki dan SMK (L) Methodist tetapi malang sekali ditolak atas alasan asrama tersebut ingin dijadikan Pusat Latihan Guru Wilayah Persekutuan.  
Yayasan Selangor tidak pernah lupa jasa dan pengorbanan Allahyarham Dato’ Harun Idris. Aspirasi beliau tetap akan diterjemah dengan pendekatan yang berbeza selaras dengan situasi semasa. Mulai tahun 2012, Program Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor akan dikembangkan di setiap daerah dengan  mengambil pelajar sama ada ditempatkan di asrama mahupun berulang dari rumah.
Pihak  pengurusan Yayasan Selangor telah mengambil langkah yang terbaik dan tepat bagi memastikan hak anak-anak Selangor yang berasal dari luar Bandar terjamin. Jaringan kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memudahkan urusan penempatan semula pelajar-pelajar di sekolah-sekolah yang `baru’  yang kebanyakan terletak di Bandar.  Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah-sekolah kawalan yang dipilih oleh pihak Jabatan Pelajaran bagi memastikan kesinambungan pendidikan pelajar-pelajar tajaan Yayasan Selangor ini tidak terjejas. Pelajar-pelajar ini ditempatkan di sekolah-sekolah kawalan yang mempunyai asrama (Asrama Harian) bagi memudahkan mereka mengikuti pembelajaran.
Pelajar-pelajar ini juga akan menikmati kemudahan tambahan seperti pembiayaan kelas tuisyen bagi memastikan prestasi akademik mereka terjamin cemerlang. Bagi pelajar-pelajar yang datang dari golongan kurang mampu, Yayasan Selangor bermurah hati untuk menaja yuran sekolah dan pemberian biasiswa sebanyak RM700 dan RM1000 seorang bergantung kepada pendapatan per kapita keluarga pelajar. Kebajikan pelajar-pelajar ini akan dikawal selia dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka mendapat kemudahan yang terbaik; baik dari aspek akademik, pembangunan diri dan sahsiah mahupun kewangan. Pelajar-pelajar ini juga akan mengikuti program-program yang diatur oleh pihak Yayasan Selangor bersama rakan-rakan mereka yang berada di Asrama Pusat dan Asrama Dearah yang lain.
Yayasan Selangor juga telah bersetuju untuk menggantikan AYSKL yang akan ditutup dengan membina sebuah asrama penuh di dua lokasi cadangan iaitu pertama di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kawasan tersebut  sangat strategik kerana terdapat berbagai pusat pendidikan dan kawasan riadah yang sangat sesuai untuk dijadikan tapak Kolej Yayasan Selangor. Pusat pendidikan sedia ada di persekitaran kawasan tersebut ialah Pusat Tahfiz Al-Quran, Maktab Rendah Sains Mara dan Institut Kemahiran Belia Negara. Cadangan lokasi yang pertama ini sangat sesuai kerana berhampiran dengan stadium dan kawasan riadah milik Majlis Daerah Hulu Selangor. Terdapat juga Masjid Darul Quran di dalam kawasan hub pendidikan ini. Suasana sekeliling yang sejuk dan dikelilingi dengan alam semulajadi yang asal sangat sesuai dijadikan tempat untuk belajar.
Cadangan lokasi yang kedua ialah kawasan yang terletak di dalam Bekas Hutan Simpan  Sg.Pusu dalam Daerah Gombak  yang terletak di belakang UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan berhampiran Kolej Islam Antarabangsa. Kawasan ini juga sesuai untuk dibina sekolah kerana dikelilingi oleh hub pendidikan dan alam semulajadi yang menghijau. Seluas 60 ekar  dicadangkan untuk pembinaan sekolah daripada keseluruhan keluasan tanah 284 ekar yang bakal dimiliki oleh Yayasan Selangor.

Tuesday, 30 October 2012

Jawapan kepada tweet Hanafiah Ghazali


JAWAPAN KEPADA TWEET HANAFIAH GHAZALI



Yayasan Selangor (YS) sentiasa mendukung Dasar Pendidikan Negara bagi memartabatkan pendidikan negara khususnya bagi pelajar luar bandar dan pelajar miskin supaya dasar pendemokrasian pendidikan dapat dilaksanakan. Sejak penubuhannya pada tahun 1970, Yayasan Selangor sentiasa fokus dalam memajukan pendidikan anak-anak Selangor.


Pada peringkat awal, YS telah menguruskan Asrama Pusat dengan menghantar para pelajar ke beberapa sekolah ternama. YS kemudian meluaskan program pendidikan di peringkat asrama daerah. Keputusan peperiksaan PMR dan SPM menunjukkan pelajar di asrama daerah lebih menyerlah berbanding pelajar di Asrama Pusat.

Sekali lagi ditegaskan bahawa YS akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, menggantikan AYSKL yang menelan belanja tidak kurang dari RM50 juta (tidak termasuk kos tanah) dan tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur akan dibangunan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya.

YS juga kini sedang membantu pelajar PMR dan SPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPT. Mereka diberikan pinjaman pelajaran bagi mengikuti 24 jenis kursus kemahiran yang diiktiraf bagi melahirkan tenaga mahir.

YS juga kini sedang membantu sekolah-sekolah agama rakyat  dan memberikan biasiswa kepada pelajar aliran agama. YS kini menajabiasiswa 637 pelajar aliran agama, iaitu 343 pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Bandar (MITIB), Jugra  dan 294 pelajar Maahad Intergrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITIS), Klang.

Setakat ini jumlah pelajar yang mendapat biasiswa di seluruh Negeri Selangor ialah 3,200 orang. Mereka diberikan biasiswa RM700.00 dan RM1,000.00, bergantung kepada pendapatan perkapita keluarga mereka.

YS akan terus bekerja keras untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat Negeri Selangor dan menganggap isu-isu yang ditimbulkan itu sengaja dimanipulasi untuk memburuk-burukkan imej YS dan Kerajaan Negeri Selangor.

ILHAM MARZUKI
Pengurus Besar

Yayasan Selangor tak amal sistem 'direct nego' kuno cara BN

PEMBANGUNAN TANAH YAYASAN SELANGOR TELUS

Sebagaimana yang dimaklumi, tapak seluas 7.5 ekar di Jalan Kg. Pandan, Kuala Lumpur milik Yayasan Selangor akan dibangunkan sebagai pusat komersil sebagaimana persekitarannya. Pembangunan tersebut akan dimulakan pada awal tahun 2013.

Sebagai ganti kepada Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), Yayasan Selangor akan membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang boleh menampung 1,000 pelajar, yang menelan belanja tidak kurang daripada RM50 juta (tidak termasuk kos tanah). Kos pembinaan SBP di biayai daripada pulangan cadangan projek usahasama memajukan tapak AYSKL, Jalan Kg Pandan dengan pulangan kepada YS tidak kurang daripada RM300juta ("in cash and kind").


Pihak kami ingin memberikan jaminan bahawa semua proses pembangunan hartanah Yayasan Selangor kini dan akan datang adalah telus dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan projek-projek yang telah dijalankan sebelum ini oleh pengurusan terdahulu.

Yayasan Selangor kini amat berhati-hati dan mensyaratkan pulangan kepada YS daripada sesuatu projek usahasama (joint-venture) adalah 30:70; di mana YS perlu mendapat 30% keuntungan daripada GDV (Gross Development Value) projek tersebut. Ini dilakukan bagi menjaga kepentingan Yayasan Selangor dan rakyat Negeri Selangor.

Ini amat berbeza dengan proses pembangunan semasa pemerintahan Barisan Nasional (UMNO) dahulu, di mana YS hanya mendapat antara 3 – 5% sahaja daripada GDV. Ini terbukti daripada pembangunan tanah di Persimpangan Jalan Raja Muda/Jalan Tun Razak, Kg. Baru apabila YS hanya mendapat sebuah bangunan bernilai RM54 juta, sedangkan GDV projek tersebut adalah sekitar RM1.8 billion. Begitu juga dengan projek-projek lain seperti pembangunan tanah di Petaling Jaya, Klang dan Kelana Jaya.

Semua projek kini adalah melalui proses tender terbuka, sedangkan pada zaman BN dahulu ia dijalankan secara rundingan terus (direct negotiation). Disebabkan pulangan yang amat rendah dan proses rundingan terus, pihak kami berpendapat kemungkinan berlaku penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.

Semua kepincangan proses pembangunan hartanah YS pada masa dahulu akan melalui proses “forensic audit” tidak lama lagi. Pemilihan Auditor kini sedang ditender secara terbuka.

Tuduhan-tuduhan kononnya pihak pengurusan tertinggi YS atau Kerajaan Negeri Selangor mempunyai kepentingan dan berhasrat untuk menjual tanah milik YS adalah fitnah semata-mata. Kami menganggap tuduhan liar tersebut hanyalah tindakan terdesak pihak-pihak tertentu untuk memancing undi dan menjatuhkan image Kerajaan Pakatan Rakyat, memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 akan diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, pihak kami ingin mengingatkan kalangan tertentu supaya tidak menyamakan proses tender kini yang dikendali secara telus/terbuka di YS, dengan proses pembangunan secara "runding terus" semasa zaman BN tidak lama dahulu.


ILHAM MARZUKI
Pengurus Besar
Yayasan Selangor

Monday, 29 October 2012

Lagi bahan sejarah Islam akan dibulldozer oleh Saudi

Musim haji tahun ini mungkin menjadi musim terakhir untuk para jemaah haji melihat Masjid Nabawi serta bangunan asal Masjid yang bersejarah. 3 lagi Masjid yang tertua di dunia akan direbahkan selepas semua para jemaah pulang ke negara masing-masing selepas ini.

Antara tapak sejarah yang akan dilanda bulldozer adalah makam Nabi, pusara Abu Bakar serta pusara Umar, dua orang sahabat penting dalam usaha Rasulullah menjalankan usaha dakwah mengajak manusia kepada Islam.

Di Mekah sebelum ini habis semua bahan sejarah umat Islam dimusnahkan untuk digantikan dengan berbagai bangunan mewah termasuklah pusat membeli belah dan penginapan bagi orang kaya-kaya yang pergi menunaikan haji atau umrah.


Pusat penginapan untuk orang Islam miskin ada juga dibina, tapi mereka tercampak jauh ke luar daripada kawasan tanah haram. Biasalah, orang miskin kena kerja kuat dan bersusah payah untuk menunaikan ibadah untuk mendapatykan pahala lebih manakala orang kaya kena bersenang lenang dalam mengerjakan ibadah agar pahala kurang?.

Berbagai pihak dan yang peliknya ada daripada mereka, orang yang bukan beragama Islam di barat menyatakan rasa terkilan mereka. Sikap kerajaan Saudi yang anggap Mekah dan Madinah serta segala bahan penting sejarah yang memahat peristiwa perkembang Islam di sana, sebagai hak peribadi mak bapak mereka sahaja tanpa memperdulikan umat Islam di seluruh dunia amat mengjengkelkan.

Mereka buat apa saja ikut suka kepala otak mereka tanpa sedikitpun memikirkan apa pendapat umat Islam lain di seluruh dunia. Ramai pihak yakin alasan untuk melakukan semua itu atas sebab peningkatan jemaah haji adalah untuk berselindung dari matlamat asala mereka untuk menghancurkan sehingga pupus segala bahan-bahan sejarah yang ada.

Ini berdasarkan doktrin Wahabi anutan mereka yang menganggap semua itu membawa kepada upacara penyembahan berhala yang membawa kepada amalan syirik. Tetapi bahan sejarah itu juga amat penting sebagai baan kajian sejarah, takkan ada orang nak pergi sembah Masjid kot?

Baca cerita panjangnya di sini

Saturday, 27 October 2012

Wala' & Thiqah jadi senjata pemimpin yang lemah!

Kebelakangan ini ada yang menimbulkan persoalan Wala’ dan Thiqah sambil memberikan penekanan terhadap pengamalannya. Ia bagaikan menjadi bagaikan satu ‘trend’ sehingga yang tidak tahu hujang pangkal turut ingin membicarakan persoalan ini. Tumpuan yang diberikan kepada persoalan ini memberikan gambaran seolah-olah PAS sedang dilanda musibah berhubung dengan dua ‘doktrin’ (sepertimana istilah yang digunakan) ini dan ianya perlu ditangani sebelum bencana melanda PAS.

Saya melihat keadaan yang wujud adalah hasil dari ketidak-fahaman ahli PAS sendiri terhadap penggunaan istilah ini. Apabila ianya tidak difahami maka ianya telah menimbulkan keluh-kesah kerana mereka ingin melihat dan mencapai sesuatu yang pada dasarnya tidak dituntut dengan cara yang sepertimana digambarkan. Bagi sebahagian ahli pula, khususnya yang masih ‘baru’, istilah wala’ dan thiqah ini membawa erti kepatuhan yang tidak berbelah bagi sehingga pemimpin serta apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pemimpin, tidak boleh dipersoalkan. Sekiranya ianya disoal, atas apa alasan sekalipun, maka bererti tiadanya wala’ serta thiqah bagi yang menyoal. Mereka ini kemudiannya terus dilabel ‘kurang tarbiyyah’, pemikiran sekular dan sebagainya. 



Oleh kerana salah faham sebegini wujud di kalangan kelompok yang tertentu dan disuburkan pula oleh yang golongan yang lain, maka timbul kekuathiran kononnya ada yang ingin “merobohkan doktrin wala’ dan thiqah”. Tetapi, pada hakikatnya, wala’ dan thiqah tidak menuntut ahli jemaah menjadi bagaikan lembu yang dicucuk hidungnya untuk diheret ke mana sahaja yang diinginkan oleh pemimpin.

Untuk menjelaskan konsep ini, marilah kita renung bersama kepada peristiwa pembahagian harta rampasan perang (‘ghanimah’ – yang hanya relevan pada ketika peperangan) selepas selesai perang Hunain. Dalam peristiwa ini, Rasulullah telah memberi ghanimah pada orang Quraisy yang baru memeluk Islam dan tidak pula kepada yang lain. Tindakan ini menyebabkan kaum Ansar berasa kurang senang sehingga ada yang mengatakan, “Semoga Allah mengampuni RasulNya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita pada hal pedang-pedang kita masih basah dengan darah mereka (kaum Quraisy)”.

Rasulullah (SAW) telah mendengar akan berita tersebut dan Baginda mengumpul kaum Ansar dan seterusnya bersabda, “Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan ku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan ku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita dan Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Bagi setiap soalan yang ditanya Rasulullah, kaum Ansar menjawab, “Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah (SAW) meneruskan, “Hai kaum Ansar, apakah kamu marah kerana tidak menerima ‘sampah dunia’ yang tiada nilainya? Dengan ‘sampah’ itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa”.

Maka jika kita perhalusi akan peristiwa ini, apa yang terjadi adalah kerana sebahagian dari kaum Ansar mempertikaikan keputusan Rasulullah (SAW) berhubung agihan ghanimah perang Hunain. Tahap pertikaian itu begitu hebat sehingga ada yang menganggap Rasulullah tersilap dan memohon maaf kepada Allah bagi pihak Rasulullah! Apabila Rasulullah mendengar berita tersebut, Baginda memanggil mereka dan menjelaskan mengapa dan kenapa ianya dilakukan sebegitu rupa. Penerangan dan penjelasan yang diberi begitu tepat dan kukuh sehingga semua yang mendengar menerimanya dengan baik, malahan ada yang merasa cukup bersalah kerana mempertikaikan keputusan Rasulullah.

Pengajaran yang utama yang boleh diperolehi dari peristiwa ini ialah kaedah kepimpinan Rasulullah (SAW) itu sendiri. Rasulullah tidak menangani persoalan ini dengan hanya menyebut “wala’ dan thiqah” dan kalau kamu pertikaikan keputusan aku maka kamu tak wala’ dan tak thiqah! Baginda juga tidak mengherdik mereka yang bertanya dan melabelkan mereka sebagai kurang tarbiyyah, berpemikiran jahilliyah dan sebagainya. Sebaliknya, Rasulullah memanfaat situasi yang wujud melalui pertikaian tersebut yang mempertegaskan lagi kemuliaan perjuangan Islam serta diperteguhkan lagi niat untuk menuntut keredhaan Allah yang mesti mengatasi segala niat dan tujuan yang lain.

Melalui kaedah kepimpinan sebegini, Rasulullah tidak menghalang perbincangan dan perbahasan berhubung sesuatu keputusan yang diambil oleh Baginda. Sebaliknya, mengiktiraf hak bertanya oleh kaum Ansar dalam soal sesuatu tindakan yang merupakan pendapat dan bukan wahyu dari Allah. Dengan memberikan penerangan dan penjelasan, wala’ dan thiqah terhadap Baginda (SAW) telah pada masa yang sama turut diperkukuhkan.

Dalam keadaan di mana keputusan Rasulullah sendiri disoal dan Baginda tidak pun melihatnya sebagai satu kesalahan, maka amatlah hairan jikalau pada ketika ini ada yang marah apabila keputusan pemimpin yang bukan seorang Rasul dipertikaikan. Sehinggakan mereka menganggap ianya budaya selain dari Islam kerana Islam tertegak dengan ‘doktrin wala’ dan thiqah’, yang mungkin bagi mereka membawa erti kepatuhan yang mebuta tuli.

Kalaulah Rasulullah sendiri pun tidak marah dan turut mengambil masa untuk menjelaskan kepada para sahabat dari kaum Ansar, maka persoalannya sekarang apakah hak pemimpin lain yang tarafnya jauh lebih rendah untuk marah dan memberi jawapan sekadar “wala’ dan thiqah”?

Perang Hunain adalah peperangan selepas peristiwa Fathul Mekah. Ianya diperingkat penghujung Sirah Nabi di mana golongan Ansar terlebih dahulu telah sempat melalui tarbiyyah dan latihan yang jauh lebih kemas dari kita di dalam PAS. Mereka lebih memahami dan mengetahui Islam dari apa yang ada ketika ini. Namun mereka tidak melihat reaksi mereka terhadap tindakan Rasulullah sebagai ‘tidak wala’ dan tidak thiqah’. Mereka hanya mempersoalkan sebab mengapa ianya dilakukan sedemikian rupa. Dan mereka faham dan tahu bahawa Rasulullah (SAW) selama ini pun mengajar mereka bahawa mereka berhak untuk bertanya.

Hakikatnya, kebijaksanaan dan ketepatan tindakan Rasulullah tidak dapat difahami mereka sehingga ianya dijelaskan oleh Rasulullah (SAW). Tetapi, melalui penerangan yang diberi, menjadi jelas kebijaksanaan dan ketepatan tindakan Rasulullah (SAW) dan mereka menerimanya dengan hati yang terbuka.

Dalam kedudukan mereka yang begitu tinggi kefahaman mereka terhadap Islam sekalipun, golongan ini memerlukan penjelasan apabila berlakunya tindakan yang dilihat agak kontroversi. Apatah lagi kita! Atau adakah dianggap memadai dengan menjawab “wala’ dan thiqah” kerana ahli PAS kini lebih hebat?

PAS sebagai jemaah Islam mestilah mempunyai keterbukaan, mendengar teguran dan kritikan, dari dalam dan dari luar dan memanfaatkannya untuk kebaikan kita. Lebih-lebih lagi kritikan dan teguran yang datangnya dari ahli. Oleh kerana yang menegur adalah ahli, maka PAS harus yakin bahawa teguran yang dibuat adalah bertujuan untuk kebaikan. Tidak wajar jika mahu ditutup saluran dan ruang teguran dan kritikan dengan memutar belitkan kefahaman terhadap wala’ dan thiqah untuk membawa pengertian kepatuhan tidak bertempat. Jika PAS bertindak sebegitu, maka ini akan dengan sendirinya mematikan apa yang Rasulullah sendiri ingin suburkan dan galakkan.

“Pemimpin tidak maksum dan pengikut tidak bodoh”. Kalau kita memahami ini dan mengamalkannya, sudah pasti corak kepimpinan kita akan mendampingi cara Rasulullah (SAW). Rasulullah sendiri bersedia mendengar teguran dan pandangan sahabat walaupun Baginda maksum. Baginda menghargai pandangan sahabat kerana mereka tidak dilihat bodoh oleh baginda malahan dalam banyak hal baginda mencari para sahabat untuk mendengar pandangan mereka.

PAS perlu menyedari bahawa wala’ dan thiqah perlu diperkukuhkan melalui tindakan yang telus dengan memberikan penjelasan berhubung sebab-sebab mengapa sesuatu tindakan itu diambil. Sekiranya tindakan itu mencurigakan, maka ahli berhak bertanya dan sekiranya tidak dijawab, ahli berhak mempertikaikannya. Wala’ dan thiqah tidak merupakan ‘alat pemimpin’ untuk menundukkan dan menafikan hak pengikut untuk bertanya dan mengambil tahu.

Dalam suasana masyarakat yang mengamalkan demokrasi, kemampuan PAS menjelaskan dan membuktikan keadilan dan ketepatan setiap tindakannya kepada ahli dan masyarakat umum amat penting. Ahli dan masyarakat umum menilai setiap tindakan PAS. Ketelusan tindakan serta wujudnya sebab dan alasan yang munasabah bagi setiap tindakan akan mengukuhkan keyakinan ahli dan anggota masyarakat terhadap kemampuan PAS untuk mentadbir Negara.

Oleh yang demikian, tidak cukup dengan hanya menjawab, “wala’ dan thiqah”. Dalam keadaan dan suasana gerakan siir, bawah tanah dan rahsia, jawapan sebegitu mungkin memadai dan hanya itu sahajalah jawapan yang mungkin boleh diberi. Namun pada ketika ini, suasana tidak seperti keadaan seperti Ikhwan pada tahun 60an. Negara kita ini berada dalam suasana yang jauh berbeza.

Lebih cepat di kalangan ahli PAS mampu memahami perbezaan ini dan impaknya kepada kaedah gerakan Islam, maka saya fikir itulah yang lebih baik.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Sayur organik sama saja dengan yang biasa?

Pasaran tanaman organik meningkat di Amerika daripada USD3.5 billion pada 1996 kepada USD28.6 billion pada tahun 2010. Ini menunjukkan orang ramai percaya dengan membeli tanaman organik mereka kan lebih selamat.

Tanaman biasa dikhuatiri mengandungi racun serangga yang boleh menjejaskan kesihatan mereka yang menggunakannya. Oleh itu mereka yang melihat ketakutan ini sebagai satu peluang buat duit telah menawarkan tanaman organik. Harga yang ditawarkan pula jauh lebih tinggi daripada tanaman biasa.

Di negara kita juga pasaran tanaman organik sudah mula mendapat tempat. Di pasaraya besar pasti ada kawasan yang menyediakan tanaman organik tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi daripada sayuran atau buah-buah biasa.


Masalah yang timbul hasil daripada ketakutan orang ramai terhadap bahaya racun tanaman adalah apabila mereka mengambil pendekatan dengan mengurangkan makan sayur dan makan buah di sebabkan terpaksa membeli tanaman organik yang jauh lebih mahal.

Bahaya tidak makan atau kurang makan buah dan sayuran terhadap kesihatan adalah jauh lebih teruk daripada makan tanaman yang menggunakan racun serangga. Ini di sebabkan penggunaan racun pada tanaman adalah dalam kuantiti yang dibenarkan dan masih dalam tahap tidak membahayakan manusia.

Kajian juga menunjukkan tanaman organik tidak terbukti mendatangkan apa-apa kelebihan pada kita berbanding tanaman biasa. Oleh itu kenapa membazirkan wang membeli tanaman organik dan dalam masa yang sama terpaksa kurangkan makan sayura dan buah sebab harga tanaman organik mahal.

Tambahan:
Walaubagaimanapun, penggunaan racun serangga perosak di Malaysia kebanyakannya diragui samada mereka mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tidak. Laporan daripada persatuan pengguna menunjukkan terdapat banyak sayur yang berlebihan kandungan racun yang boleh membahayakan pengguna.

Keadaan ini tidak mengejutkan kita kerana Malaysia terkenal mempunyai undang-undang yang terbaik di dunia tetapi malangnya tahap penguatkuasaan yang cukup buruk. Ini membuatkan apa saja undang-undang tidak menghasilkan matlamat yang dikehendaki.

Oleh itu jalan selamat bagi rakyat Malaysia adalah dengan makan sayur dan juga buah-buahan yang ditanam sendiri. Kalau nak beli buah pastikan anda membeli buah yang diimport dari Amerika atau lain-lain negara Eropah yang mengawal penggunaan racun serangga pada industri pertanian.

Alahai....! malangnya rakyat Malaysia?

Baca laporannya di sini.

Thursday, 25 October 2012

Sertai Kembara Soleh

Sejam bersama Hafiz Hamidun
pada 12 November
Jika anda ada anak dalam lingkungan dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 dan ingin menerapkan nilai-nilai Islam pada mereka di kesempatan musim cuti sekolah ini anda dijemput menyertai program:

KEMBARA SOLEH MAAHAD HABIBULLAH AL HAFIZ TAHUN 2012

Kembara soleh ini merupakan komponen program dakwah Habib yang melibatkan:

  • Pelajar Habib sendiri
  • Masyarakat setempat dan
  • Para pelajar dari daerah-daerah lain disekitarnya.
Melalui program berkumpulan dalam akitivi didakwah dan berdakwah, ini pelajar akan dapat amalkan Islam sebagai satu cara hidup holistik yang indah dan harmonis, sekaligus memartabatkan diri dan agama


Objektif Kembara Soleh
  1. Mempertingkatkan pengetahuan dan amalan ajaran Al-Quran/Agama dalam kalangan pelajar
  2. Menggerakkan pasukan pelajar yang cintakan Islam bagi memartabatkan diri selaku hamba Allah yang sebenarnya
  3. Mendedahkan pelajar kepada memahami hakikat keinsanan diri sejurus dapat meningkatkan Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah SWT
  4. Melahirkan pelajar yang dapat menghayati hakikat Syahadah, Solah dan Haji
  5. Mengujudkan ’networking’ dalam kalangan peserta bagi membentuk gagasan pendakwah hebat di masa hadapan
  6. Membentuk pendukung Islam yang cemerlang secara spiritual, mental dan fizikal
  7. Membentuk kecemerlangan berpasukan
Siapa menjadi sasaran Program Kembara Soleh
Kembara Soleh mensasarkan seramai seratus pelajar tahun satu hingga tingkatan lima dari sekolah-sekolah di Puncak Alam dan sekolah-sekolah di lain-lain daerah sekitarnya. Kelompok ’diverse’ ini diharapkan dapat menghasilkan kreativiti yang tinggi dalam program perkongsian ini.

Bila Kembara Soleh akan diadakan?

Bermula dari 11 November hingga 17 November 2012

Aturcara Program

  • 11 November: Tema Aktiviti - How "small we are"
    • Role modelling : mengenali Ilmuan Islam dan sumbangan mereka kepada kecemerlangan Islam 
    • Menyediakan portfolio pelajar
  • 12 November:  Tema Aktiviti - Smart Solat
    • Teori dan Praktis Wudhu dan Ibadah Solah
    • Bersama artis jemputan : Saudara Hafiz Hamidun
  • 13 November: Tema Aktiviti - Menjadi Tetamu Allah
    • Teori dan praktis ibdah Umrah dan Haji
  • 14 November: Tema Aktiviti - Tuhan dan Kehidupan
    • Bersama Penceramah Jemputan: Dr. Abdul Latif bin Abdul Razak Pakar psikoloji Islam dari UIA
  • 15 November: Tema Aktiviti - Keseimbangan Fizikal, Spiritual dan Mental
    • Fishing Race
    • Tilawah Al-Quran
    • Where am I?
  • 16 November: Tema Aktiviti - Detoxify
    • Pimpin Apek dan Mandi Sungai
  • 17 November: Tema Aktiviti - Showcasing Creativity
    • Persembahan kumpulan
Jika berminat dan mahu mendapatkan maklumat lebih lanjut sila hubungi:

Siti Intan Liyana bte Jais: 012-345 2785

Wednesday, 24 October 2012

Chua SL biadab, Beras Perkasam mengamuk, PR kena tangkap...

Seorang mangsa curi kereta membuat laporan keretanya dicuri. Ketika siasatan mangsa memberitahu keretanya tidak berkunci, kunci berada di dalam kereta yang berada di luar dan mangsa sedang nyenyak tidur. Lalu pegawai Polis berkata, "memang patutpun kereta kamu kena curi!"

Sesiapa saja yang waras akan bersetuju dengan kata pegawai Polis tersebut. Bukannya pegawai maksudkan setiap orang yang melihat keadaan seperti itu patut mencuri kereta mangsa. Sebaliknya ia membawa maksud keadaan cuai mangsalah yang mendorong keretanya dicuri oleh orang jahat.

Begitulah lebih kurang maksudnya bila Tuan Guru Nik Aziz berkata sesiap yang mendedahkan auratnya (yang mengiurkan) memang patut dirogol. Ia membawa maksud mangsa rogol begitu mendedahkan dirinya untuk dirogol apabila bertemu dengan orang jahat yang gemarkan seks seperti seorang pemimpin besar MCA yang terlibat dalam kes video porno bersama gundiknya.


Bagi seorang yang berbangsa bukan Melayu kalau tak faham ayat sebegitu, elok pergi migrate ke negara yang bahasa ibundanya adalah Cantonese dan jangan buat kacau di negara yang Agama resmi persekutuannya adalah Islam.

Kalau tak faham elok bertanya. Kenyataan menghina Hudud merupakan kenyataan yang sama berat kurang ajarnya seperti kes membuat video menghina Nabi. Memang kita kena faham bahwa orang bukan Islam yang tak nampak kebenaran Islam akan mudah melatah ikut selera fahamannya yang sesat (berdasarkan Islam)

Tetapi dalam dunia ini, tidak sunyi daripada terdapatnya kaum yang berfikiran sempit dan mudah melatah mengikut nafsu. Mereka tidak peduli samada rasional atau tidak untuk mengamuk membuat tindakan ganas. Di negara kita juga tidak sunyi daripada golongan yang 'over' seperti itu.

Oleh itu sebagai pemimpin yang bijak perlulah mengambil kira golongan ektremis tersebut agar negara tidak huru hara. Malangnya terdapat pemimpin Cina yang biadab suka cari pasal membincangkan undang-undang Islam yang tak ada kena mengena dengan kepercayaannya.

Apakah pemimpin itu terlalu bodoh? sudah pasti tidak kerana dia menjadi ketua MCA. Jika kita katakan ketua orang MCA itu bodoh tentu ia membawa maksud semua orang MCA turut bodoh kerana melantik ketua yang bodoh. Jadi rumusannya ketua MCA tidak bodoh! Lalu apa muslihatnya?

Barangkali ianya memang sengaja dilakukan sebagai satu taktik provokasi menaikkan kemarahan golongan ekstremis agar bertindak. Keadaan sengaja itu nampak lebih kuat bila teman rapat politiknya yang mendakwa mendaulatkan Islam hanya senyum tidak membantah.

Apabila ada yang bangun buat kacau, maka ada alasan kuat untuk mengambil tindakan. Dan mangsanya sudah tentu mereka yang membantah kenyuataan biadap Chua SL tersebut dan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah PAS.

PAS bukanlah sebuah parti ekstremis. Adalah satu tindakan bodoh untuk mengamuk buat kacau dalam keadaan Pakatan Pembangkang berada di kedudukan paling kuat dalam sejarah. Namun dalam arena politik perkara logik tidak diterima pakai.

Apa yang merisaukan adalah berlakunya satu lagi operasi Lalang yang bakal meragut habis kesemua pemimpin-pemimpin pembangkang seperti masa lalu. Dalam keadaan itu mudahlah BN nak menang bertanding tanpa pesaingan.

Tindakan Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan dan melancarkan maklumat memberitahu kepada semua pengamal media samada folmal atau tidak formal, media semasa atau media alternatif, terutamanya penyokong PAS, agar tidak melayan sebarang tindakan provokasi musuh memang tepat dan satu usaha yang terbaik daripada PAS.

Syabas Ketua penerangan Pas pusat. Ia satu bukti bahawa Pas bukanlah sebuah parti yang ekstremis dan mengambil pendekatan ganas untuk berdakwah. Dalam kita mengutuk kenyataan biadab hero porno tersebut, kita sedih kenapa dia masih tak faham terdapat ramai jirannya di Malaysia yang beragama Islam yang akan terguris apabila hukum yang disebutkan di dalam Al-Quran dihina sedemikian rupa.