Pages

Saturday, 31 December 2011

Khalifah Akan Muncul Pada 2014 - Sheikh Yassin Al_'Ajlouni

Seorang Ulama Jordan hari ini mendakwa bahawa Khalifah akan muncul pada tahun 2014 bagi membebaskan bumi Palestine dan membina semula Masjidil Aqsa dengan lebih indah. Beliau yang dimaksudkan sebagai bakal menjadi Khalifah umat Islam adalah anak kepada Raja Jordan sekarang iaitu King Abdullah.

Mungkin Anwar Ibrahim bukan Al-Mehdi yang dinantikan tetapi sebaliknya merupakan pemuda dari Khurasan yang bakal menjadi tentera Al-Mehdi menewaskan Yahudi di Bumi Palestine. Walaubagaimanapun Anwar perlu melepaskan dirinya dahulu daripada dipenjarakan pada 9 januari 2012 nanti dan seterusnya memimpin Pakatan Rakyat menakhluki Malaysia daripada cengkaman Dajjal. Selepas itu barulah boleh menyertai tentera Al-Mehdi di Palestin. kalau tidak tak payah mimpilah.

Tengok kenyataan Ulama Jordan tersebut di sini.



Yassin Al-’Ajlouni:

" I bring glad tidings to the Islamic nation: The days of the establishment of the Caliphate are near – the Caliphate that will reside in Jerusalem, and the Caliph who will conquer Palestine. “So when the second warning came to pass, we permitted your enemies to disfigure your faces, and to enter your Temple, as they had entered it before, and to destroy all that fell into their power.” This is the Caliph to whom allegiance will be pledged in Palestine, after he conquers the Arab Peninsula and Persia. I think – although Allah knows best – that the [Caliph] is among us. We see him with our own eyes. He is Abdullah, who reigns over Jordan at present. The man will be guided by Allah to this great conquest, and Allah willing, in 1446 AH [2024 CE], we will witness the rebuilding of the Al-Aqsa of the Al-Aqsa Mosque in the most beautiful manner. The armies that will conquer Palestine will all agree to have Abdullah as their Caliph. This will be a Hashemite Caliphate, but not the way we want it – it will not be in keeping with the path of the Prophet. Such a Caliphate will be established, Allah willing, by Muhammad, whom we believe to be the son of Abdullah II, the current king of Jordan – but Allah knows best. Allah willing, I will fill you in with more details on this matter...."

Apa Jadi Kalau Kiamat Berlaku Pada 2012?

Samada manusia mempercayai Tuhan atau tidak mempercayai Tuhan fakta bahawa dunia akan mengalami kehancuran tidak dapat dinafikan. Bezanya cuma mereka yang masih berdegil kewujudan hari kemudian selepas kiamat masih mencari jalan untuk melepaskan diri apabila berlaku huru hara kiamat nanti.

Mereka cari jalan bagaimana manusia dapat menyelamatkan dirinya apabila bumi menemui kehancuran dengan berangan-angan mencipta kapal angkasa yang mampu menerobos angkasa menuju ke destinasi yang tidak diketahui. Setidaknya itulah yang sering digambarkan dalam filem-filem barat apabila menggambarkan saat-saat kehancuran dunia.

Semalam saya berbual dengan seorang teman tentang betapa cepatnya setahun berlalu. Baru sebentar sahaja rasanya menyambut tahun baru 2011 dulu dan kini timbul pula 2012. Kami berbincang tentang ramalan segelintir orang yang kononnya kiamat berlaku pada tahun 2012.

Teman saya spontan menjawab kalau benar sudah tentu ia sesuatu yang amat melegakan. Saya terkejut dan bertanya kenapa. Jawabnya selamba "selesai semua masalah hutang aku". "Bukan aku sengaja tak mau bayar dah kiamat nak buat macam mana", sambungnya.

Teman saya itu punyai hutang berjuta ringgit dan beberapa kes saman yang masih belum selesai. Kini dia bertungkus lumus berusaha melepaskan dirinya daripada kekangan hidup dan setakat ini nampaknya nak lepas persediaan anak-anaknya ke sekolah pun sukar. "Sekurang-kurangnya aku tahu anak-anak aku yang kecil-kecil tu masuk syurga"...ayat akhir teman saya. Saya terdiam memikirkan apa yang dia cakap tadi.

Hari ini pula saya mendapat berita salah seorang kenalan saya Haji Abdul Rahman meninggal dunia beberapa hari lalu secara mengejut. Beliau dalam perjalanan naik lif untuk ke satu mesyuarat dan tiba-tiba mengadu sakit dada. Dia kemudiannya rebah dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital.

Haji Abdul Rahman merupakan seorang pegawai pencen. Beliau bersara daripada menjawat jawatan pengarah jabatan buroh di sebelah utara tanah air beberapa tahun lalu. Sejak bersara dia menjadi semakin ligat mengejar berbagai projek bernilai berjuta-juta ringgit.

Kalau berbual dengannya, semua projeknya bernilai tak kurang dari 10 juta. Kurang daripada itu jangan cakap, katanya. Kalau nak diikutkan apa yang dia ada sebenarnya semua sudah cukup, tapi keinginan menjadi jutawan tidak mampu dilepaskan daripada igauannya membuatkan dia seperti lipas kudung mencari peluang.

Baru 3 minggu sudah saya minum dengannya di sebuah kedai di Shah Alam. Beliau sedang sibuk menguruskan satu transaksi menjual minyak. Beliau telah mendapatkan kelulusan membeli minyak daripada Petronas untuk dibekalkan kepada syarikat yang berminat di luar negara. Kini beliau sedang berusaha mendapatkan pinjaman berbillion ringgit daripada pihak bank.

Selain daripada itu beliau juga sibuk mengatur dan mengemaskini satu syarikat 'public listed' yang baru diambil alihnya. Syarikat itu terlibat dalam industri perladangan dan wang bagi mengambil alih syarikat itu juga adalah hasil pinjaman dari beberapa bank yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Sebelum meninggalkan saya hari itu, dia sempat tersenyum dan berbisik pada saya, "aku ni berlagak saja sebenarnya, duit tak adapun dalam poket tapi bercakap tentang berjuta-juta ringgit....hahaha" dia ketawa lalu meninggalkan saya menaiki kereta Merz s calssnya. Itulah kali akhir saya melihat dan berbual dengannya. Berita kematiannya hari ini membuatkan saya berfikir panjang...sekurang-kurangnya semua kerjanya telah selesai dan tak pelu kelam kabut lagi.

Apa yang berlaku dalam masa-masa terakhir di ambang berakhirnya tahun 2011 ini membuatkan saya terfikir apakah agaknya yang terjadi kalau kiamat berlaku pada tahun 2012:
  1. Yang paling utama sekali adalah, masa sudah tidak ada makna lagi.
  2. Bagi mereka yang sedang dibebani dengan seribu satu masalah hutang, kes mahkamah, dikejar along, perniagaan yang tak menjadi dan lain-lain seumpamanya tentu merasakan kiamat merupakan penyelamat.
  3. Bagi mereka yang mempunyai wang ratusan juta ringgit, wanita-wanita teman sekatil dan bersuka ria yang cantik, hartanah yang bertimbun, pangkat dan kemashyuran tentu merasa amat rugi dan kesal dengan apa yang berlaku, mereka impikan hari yang lebih panjang bagi menikmati apa yang dimiliki. Kiamat menjadi satu musibah pada mereka.
  4. Bagi Pakatan Rakyat sudah tentu kemenangan PRU-13 yang baru dikecapi pada 2012 menjadi tidak bermakna. Penat mereka berusaha bertungkus lumus memperkuatkan parti dan berusaha sepenuh hati menumbangkan BN, akhirnya tak sempat memerintah apabila kiamat melanda.
  5. Bagi BN pula yang baru menerima kekalahan tersenyum lebar dan insaf apabila mereka telah tersedar dari mimpi tepat pada masanya. Tentu ramai yang berkata nasib baik kau bertaubat sebelum kiamat. Rupanya ujian jatuh terduduk membuatkan kita kembali tersedar. Terima kasih pada Pakatan Rakyat kerana menyedarkan kita, barangkali itu kata mereka.
  6. Bagi rakyat bawahan pula yang nak dikatakan senang tidak juga nak dikatakan susah tidak juga akibatnya mereka buat ambil tak penting dengan segala apa yang berlaku atas alasan mencari hidup yang aman akhirnya akan menyesal juga apabila terpaksa menerima huruhara kiamat dan musnah tanpa ada satu pegangan yang diperjuangkan. Kalau dulu aku lawan kebathilan sampai jadi abu kan bagus, barangkali itu kata mereka.
  7. Yang paling penting sekali adalah semua sedar bahawa apa saja perjuangan yang mereka tegakkan selama ini tidak ada apa-apa makna lagi. Jika mahukan harta, harta tidak menyelamatkan mereka lagi, kuasa juga tak mampu menyelamatkan mereka. Semuanya hancur dengan membawa tangan yang kosong. Kecualilah mereka yang membawa keihklasan dalam apa saja usaha mereka dihadapkan semata-mata mencapai keredhoan Tuhan, mereka lah yang akan menerima kehancuran sambil tersenyum samada menang atau kalah. Kiamat atau tidak kiamat pada tahun 2012 sama saja pada mereka. 

Kes Masjid Jadi Tempat Pembuangan Kepala Babi - Bergambar

Semalam kecoh di Johor apabila sembila kepala babi ditemui oleh jemaah Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru. Ramai yang kesal dengan sikap pembuang sampah yang menjadikan Masjid sebagai pusat pembuangan kepala babi.

Lepas ini Papagomo akan mengeluarkan satu laporan esklusif konspirasi Pas menggunakan kepala babi sebagai salah satu teknik meraih undi menjelang pilihanraya umum ke 13 yang bakal menjelang tak lama lagi. Dia sering menggunakan isu sebegini bagi memfitnah parti Islam mana-mana saja sebelum ini. Lihat kolek si gambar siasatan polis terhadap kes kepala babi di bawah (kredit kepada pemunya gambar di sini)













Lelaki Kahwin 4 Jauh Lebih Kreatif Daripada Lelaki Biasa !

Salih Yaakub tidak dinafikan memang kreatif !
Apakah kelebihan yang ada pada lelaki yang punyai 4 isteri. Tentu ada sesuatu yang menarik dan mengkagumkan pada lelaki seperti itu berbanding dengan lelaki biasa yang hanya setia pada seorang wanita yang bernama isteri sejak dia mula berkahwin sehingga ke penghujung hayatnya.

Sebenarnya memang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu mempunyai kelebihan istimewa. Ini dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan oleh Newcastle University yang membuktikan bahawa lelaki yang kreatif mempunyai lebih daripada satu pasangan seks. Lebih ramai pasangan seksnya maka lebih tinggi kreativiti seseorang lelaki tersebut.


Satu perkara yang amat ketara yang ada pada lelaki kahwin ramai adalah daya tarikan yang ada padanya yang mampu membuatkan ramai orang meminatinya. Biasanya dia bukan saja menarik minat kaum berlawanan jenisnya sahaja, malah rakan lelakinya juga biasanya selesa dan berasa berharga mempunyai kawan lelaki yang kahwin ramai.

Oleh itu kepada para isteri yang suaminya mempunyai hanya seorang isteri, iaitu dia sahaja, sepatutnya merasa bosan dengan suaminya yang kebiasannya adalah kurang kreatif. Untuk menyelesaikan masalah tersebut maka galakkanlah suami anda untuk menanam cita-cita berkahwin lebih daripada satu dan galakkan dia melakukannya, semuanya demi kreativiti.

HIDUP POLiGAMi!!! Kalau tak percaya dengan tulisan saya baca kat sini.

Menurut data jabatan perangkaan negara jumlah umat Islam yang berpoligami tidak sampai 5%. Data ini sepatutnya merisaukan kita kerana kita memerlukan lebih ramai umat Islam yang tinggi kreativitinya. Jika jumlah umat Islam yang kreatif ramai berbanding yang berpoligami, ada kemungkinan ramai yang mempunyai lebih dari satu pasangan seks secara tidak berdaftar.

Bagi mereka yang takutkan dosa, sudah tentu mereka telah berkahiwn di luar negara seperti di sempadan Thai. Ini  bermakna mereka mempunyai lebih daripada satu pasangan yang tidak di dedahkan kepada umum terutamanya kepada isteri nombor satu.

Dari segi kreativiti politik, semua orang tahu Umno amat kreatif dalam memperdaya rakyat Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang dengan membuatkan ramai orang Melayu percaya kalau tak ada Umno alamat habis lingkup bangsa Melayu. Ramai daripada kalangan pemimpin Umno tertinggi amat berdaya saing dalam kreativiti mencipta segala kepercayaan ini.

Semua itu membawa kepada rasa syak wasangka bahawa pemimpin Umno ramai yang mempunyai lebih daripada satu pasangan seks. Lebih ramai pasangan seks mereka maka lebih ramai daya kreativiti mereka. Jadi kita perlu menyiasat sama ada ada kegiatan seks tidak berdaftar berlaku di kalangan orang politik Unno terutamanya saf-saf kepimpinan tinggi mereka.

Walau apapun kita tidak perlu menghalang kaum lelaki mempunyai lebih daripada satu pasangan seks mereka, ini seolah-olah cuba membantutkan daya kreativiti mereka sedangkan negara amat memerlukan rakyatnya berdaya saing tinggi dengan keupayaan mengeluarkan idea-idea yang amat kreatif. Lagi ramai rakyat kita yang kreatif lebih maju jadinya negara kita dalam segala lapangan.

Usaha sekumpulan pejuang hak asasi wanita juga perlu diberikan perhatian agar mereka tidak berterusan membantutkan kaum lelaki mempunyai lebih daripada satu pasangan, sedangkan Islam membenarkannya ditambah lagi dengan kajian yang menunjukkan lelaki banyak pasangan adalah kreatif.

Jesteru itu satu kumpulan kerja khas bagi menggalakkan kaum lelaki berkahwin lebih banyak perlu diadakan segera oleh pemimpin negara kita. Kelab Isteri taat boleh dijadikan penggerak kumulan tersebut dan ramaikan lagi ahli kelab tersebut yang mana mereka juga merupakan ahli kelab poligami.

Kerajaan perlu memberikan dana khas kepada kelab isteri taat serta kelab poligami bagi memperomosikan usaha menggalakkan para suami berkahwin lebih daripada satu. Satu sasaran perlu diletakkan oleh kerajaan Malaysia agar sekurang-kurangnya 30% daripada kaum lelaki di negara kita berkahwin lebih daripada satu dan kalau boleh biar semuanya berkahwin empat, maka lebih ramai rakyat negara kita yang kreatif.

Kepada rakyat yang bukan Islam pula, mereka perlu terbuka untuk membenarkan undang-undang sivil membuka peluang kaum lelaki berkahiwn lebih daripada satu. Ini sekali gus menyelesaikan masalah orang Cina atau India yang kreatif mempunyai pasangan gelap atau mistress.

Ramai dikalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya mempunyai perempuan simpanan dan ia dilakukan secara sorok-sorok. Oleh itu apa salahnya membenarkannya dan jadikan ia sesuatu yang dibolehkan.

Rasanya cukup setakat itu saja andaian mengarut saya dalam hal ini. Mungkin dengan tulisan ini dapat membuka minda para wanita yang telah dimadu agar merasa bangga bahawa suami mereka adalah segelintir kecil lelaki yang dilahirkan kreatif dalam hidup mereka dan terutamanya isteri saya sudah pasti tidak akan marah malah berbangga jika selepas ini saya mula berkahiwn satu lagi dan satu lagi dan satu lagi...semuanya kerana saya amat kreatif. He he!

Friday, 30 December 2011

Pasti An-Nur Menang Anugerah Terbaik Di Malaysia (Bergambar)

Dalam perhimpunan Umno lalu ada perwakilan Umno yang memuji bagaimana Pas memajukan PASTI berbanding Tadika yang diuruskan Kemas. Memang dalam bab kejayaan Pas mewujudkan rangkaian Pasti mereka di seluruh pelosok negara adalah sesuatu yang amat mengkagumkan yang tidak sesiapa boleh menafikannya.

Ini merupakan salah satu bukti betapa usaha yang gigih diselitkan dengan keikhlasan mampu menghasilkan perkara yang hebat. Majoriti Pasti adalah merupakan usaha gigih para ahli Pas di segenap cawangan Pas di seluruh pelosok ceruk rantau negara dan majoritinya memulakannya dengan modal yang amat daif hasil daripada sumbangan para ahli Pas.

Apakah matlamat kewujudan Pasti adalah untuk merosakkan minda kanak-kanak agar menjadi fanatik Pas apabila besar nanti? sudah tentu tidak sama sekali, lihat saja sylabus pelajaran yang mereka ada dan tidak ada satupun sylabus tentang perlembagaan Parti pas.


Apa yang ada adalah sistem pelajaran yang bersesuaian dengan kehendak pelajaran sekolah di negara kita. Anak-anak Pasti dibelai agar mereka bersedia menghadapi persekolahan rendah apabila mencapai umur 7 tahun dengan kebolehan ilmu yang mencukupi untuk mereka mengira, menulis dan membaca dan yang paling penting sekali adalah pendedahan kepada ilmu kefahaman Islam sejak dari kecil agar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Salah satu Pasti yang patut diberikan perhatian dan pujia adalah Pasti An-Nur yang diuruskan oleh Pas Cawangan Puchong Intan. pasti ini sering saya tulis isunya kerana mengalami beberapa kontroversi antara Pas cawangan dengan Pemuda Kawasan.

Apa yang jelas adalah Pemuda Kawasan nampaknya tidak tahu menilai mana satu Intan mana satu kaca. Pnegurus Pasti An-Nur yang hebat sengaja mahu disingkirkan atas faktor perselihan politik sempit dan tidak terbuka. Saya yakin ini bukan gambaran sebenar sayap Pemuda Pas, sebaliknya hanyalah sikap tidak matang dan tergelincir Pemuda Pas Kawasan Puchong yang kebetulan diterajui oleh ketua yang tidak berkaliber.

Kehebatan pengurusan Pasti An-Nur terserlah lagi baru-baru ini apabila dinobatkan sebagai sebuah Pasti terbaik dalam pertandingan 3R di seluruh negara. Apa lagi yang mampu kita katakan kepada seluruh pihak pengurusan Pasti tersebut melainkan ucapan Tahniah setinggi-tingginya terutamanya kepada Pengurus Pasti An-Nur yang begitu gigih menjalankan amanah walaupun lansung tidak dihargai oleh Pemuda Pas Kawasannya sendiri.

Lagi koleksi gambar di sini

Thursday, 29 December 2011

Tahukah Anda Rakyat Negara Mana Buat Pencarian Perkataan SEKS Paling Tinggi Di Dunia ?

Semua orang tahu betapa hebatnya perkataan SEKS di dalam dunia cyber. Ia merupakan perkataan yang paling diminati oleh para pelayar di internet. SEKS yang dimaksudkan di sini adalah pencarian yang berunsurkan lucah atau porno.

Salah satu punca kenapa perkataan tersebut amat laku adalah kerana memang manusia tak dapat dipisahkan daripada seks. Naluri itu terlekat bersemadi di sanubari setiap makhluk yang bernama manusia. Tanpa wujudnya nalusi seks, alamat keturunan manusia tidak akan beranak-pinak.

Dengan dunia internet yang pada zahirnya seseorang itu merasakan bahawa tiada sesiapa memerhatikannya, maka naluri itu akan diluahkan tanpa ada rasa segan silu atas desakan perasaan ingin tahu yang kuat, lagipun ianya sesuatu yang menyeronokkan nafsu.


Kerana seks juga negara kita dibanjiri dengan mayat bayi yang baru dilahirkan oleh remaja yang tidak bersedia menerimanya. Dorongan seks mengatasi pertimbangan akal terhadap kesan yang bakal mendatang akibat terlanjur. Pergaulan bebas tidak terbatas menyemarakkan lagi aktiviti melepaskan nafsu serakah sehingga terkeluar anak.....seks ternyata bukan lagi perkara rahsia walaupun masyarakat kita masih berlakon yang ianya bukan perkara utama.

Mungkin atas sebab popularitinya maka Google sepanjang tahun mengeluarkan senarai carian perkataan seks oleh pengguna internet di seluruh dunia. Mereka mengesan daripada mana carian itu datang dan sepanjang tahun 2011, carian perkataan seks paling tinggi datangnya daripada negara Pakistan ! sebuah negara Islam ! ( moga ini hanya satu mimpi). Ini carta negara paling top mencari perkataan seks:

  1. Pakistan
  2. Vietnam
  3. India
  4. Mesir
Pakistan mengekalkan kejuaraannya menduduki tempat pertama pada tahun 2011 setelah menjuarainya pada tahun sebelum itu.




Wednesday, 28 December 2011

Lambang Kesetiaan Seorang Isteri - Gambar Menceritakan Segalanya

Rasanya tak payah nak terangkan...lihat gambar dan anda tentu dapat memahaminya....

Tuesday, 27 December 2011

Siapa Dia Warga Malaysia Yang Jauh Lebih Kaya Dari Queen of England?

  • Dia dan keluarganya dikatakan mempunyai kepentingan di lebih dari 330 buah syarikat di Malaysia
  • Dia juga dikatakan mempunyai kepentingan di 80 buah syarikat di 25 buah negara di dunia.
  • Kekayaannya yang dikira dalam syarikat berdaftar sahaja bernilai lebih daripada RM4.6 billion. Itu masih belum kira yang tidak dapat dikesan.
  • Dia lebih kaya daripada Queen of England yang mempunyai nilai kekayaan hanya RM2.45 billion
Kalau nak tahu siapa dia manusia bertuah tersebut sila baca laporannya di sini. Laporan mengenainya disiarkan diluar negara. Mungkin mereka cemburu dengan cara orang tersebut mengaut kekayaan atau mungkin orang tersebut layak disoal bagaimana dia membuat kekayaannya.

Tengok senarai syarikat dia di sini. Nak disenaraikan terlalu panjang...

Monday, 26 December 2011

Scan Penyakit Dengan Rasa Denyutan Nadi

Dah lama rasa tak selesa dengan keadaan badan yang sentiasa berangin. Yang paling merimaskan sekali apabila rasa nak sendawa tapi tak boleh sendawa. Tersekat-sekat di dada tak boleh mengeluarkan angin dari dalam. 

Kebetulan balik kampung baru-baru ini ada masa untuk berjumpa dengan 'bomoh scan'. Itu nama yang kami gelar pada tukang urut tersebut kerana dia mampu mengenal pasti apa masalah yang dihadapi oleh orang dengan hanya scan denyutan nadi orang orang tersebut.

Saya pergi mengurut keseluruhan badan di rumah bomoh scan yang terletak di Permatang Tok Jaya untuk menghilangkan masalah angin yang menjadi-jadi di seluruh badan.

Seperti biasa dia akan memeriksa nadi pada kaki untuk melihat kalau-kalau ada masalah penyakit. Setelah menekan ibu jari kaki saya dia buat kesimpulan saya sihat, seperti 'muda remaja' katanya. Tak ada masalah kencing manis, jantung atau darah tinggi.

Sambil dia mengurut dari kaki naik ke atas dia akan memeriksa semua nadi yang ada. Tiba di bahagian kaki kanan, dia memeriksa nadi yang terletak di antara pelipat kaki dan mula mengesan yang saya ada masalah pada perut. Kawasan ini bengkak katanya, sebab itu saya sering sendawa tak lepas.

Kemudia dia memeriksa pada bahagian atas pergelegangan peha di bawah perut. Situ juga bengkak katanya di sebelah kanan. Di sebelah kiri semuanya ok. Kawasan sebelah kiri menandakan keadaan usus saya ok manakala keadaan bengkak sebelah kanan menandakan saya ada masalah pada perut bahagian abdomen.

Selepas itu dia menekan pusat untuk merasakan nadi di situ. Tak ada nadi katanya. Dia mula mencari-cari nadi yang sepatutnya berada di bahagian pusat badan saya dan akhirnya bertemu di sebelah kanan atas sedikit daripada pusat. 

Sah memang perut saya bengkak. sebab itu nadi lari dari tempatnya, terang bomoh scan pada saya. Dia mula mengurut pada bahagian abdomen saya bagi membetulkan keadaan perut saya yang katang bengkak dan lari sebelah.

Lama dia mengurut bahagian tersebut. Sesekali ada kedenganran bunyi seperti gelembung angin yang pecah dari dalam perut. 'Banyak sangat angin dalam perut hang' kata bomoh scan. 'Kalau nak bagi pulih betul-betul dan buang segala toksik yang berselerak pada urat-urat darah hang ni kena makan ubat, harganya RM150.

Saya KIV dulu beli ubat tersebut. Tak ada modal lagi kata saya, nanti mai urut sekali lagi saya cuba. Selepas mengurut saya pulang ke rumah dan mula mengalami cirit-birit sejak dari hari sabtu, ahad sampai ke hari ini masih tak lega.

Saya telefon pada kawan yang membawa saya mengurut dengan bomoh scan. Dia menggunakan khidmat bomoh itu bagi memulihkan masalah gastrik. Saya tanya samada dia ada mengalami masalh cirit-birit selepas mengurut bagi membuang angin.

Dia kata tak ada. Tapi dia juga mengalami masalah cirit-birit seperti saya hari itu. Berkemungkinan di sebabkan minuman di kedai yang kami singgah sebelum pergi ke rumah bomoh scan. Dia makan nasi minum teh dan saya hanya minum air kopi-o. Jadi kami rumuskan air bancuhan kedai tersebut berkemungkinan kotor dan tidak cukup masak menyebabkan kami keracunan.

Begitulah sedikit cerita hujung minggu yang panjang kali ini. Malas nak update blog sekarang ini. Terlebih lagi mals nak update isu-isu politik yang sentiasa panas dengan berbagai isu di negara kita. Mungkin kena tukar cerita macam ini pula yang memaparkan kisah-kisah seharian masyarakat kita.